10 Tanda Awal Kehamilan Sebelum ‘Missed Period’. Bagus Tahu Awal!

“Hmmm… Rasa tak sedap badan pula 2-3 hari ni. Kalau ikutkan, minggu depan baru tarikh normal ‘period’. Agaknya mengandung kot? Bolehkah kita rasa tanda awal kehamilan sebelum lewat datang haid? Kalau ada, nak juga tahu tandanya. Dah lama teringin nak timang ‘baby’.”

Walaupun lewat haid atau ‘missed period’ adalah satu tanda awal kehamilan yang paling signifikan, tapi tentu ramai wanita yang teruja untuk tahu lebih awal. Bukan apa, teruja sangat!

tanda habis haid
Foto Kredit: tentantes.com.br

Bilakah Waktu Terbaik Untuk Periksa Kehamilan?

Kadar sensitiviti alat pengesan kehamilan adalah berbeza mengikut jenama dan jenisnya. Secara umumnya, alat ini akan mengesan kehadiran hormon hcG dalam air kencing anda.

Apabila membeli alat pengesan kehamilan, anda boleh memeriksa sensitiviti yang berbeza pada paketnya. Ada yang mengesan daripada 10mIU/ml hingga 40 mlU/ml. Lebih rendah nilainya, lebih sensitiflah alat ini. Jadi, ianya boleh digunakan lebih awal untuk mengesan kehamilan. Biasanya, harganya juga lebih mahal sedikit.

Kalau nak diikutkan, waktu terbaik untuk menggunakan alat pengesan kehamilan atau ‘pregnancy test’ adalah sekitar 2-3 hari selepas lewat haid. Namun, ada alat pengesan kehamilan yang baik mampu mengesan kehamilan seawal 5 hari sebelum tarikh jangka haid yang akan datang.

meningkatkan kesuburan
Foto Kredit: parenting.com

10 Tanda Awal Kehamilan Sebelum ‘Missed Period’

Berikut adalah 10 tanda awal kehamilan yang boleh diperhatikan sebelum menjelang tarikh jangkaan haid anda.

1. Pendarahan Dan Rasa ‘Cramp’

Dalam masa 1 atau 2 minggu sebelum tarikh haid anda, mungkin akan berlakunya sedikit pendarahan sekadar beberapa titik yang dinamakan pendarahan implantasi.

Ketika proses ini, sedikit pendarahan adalah normal dan tidak merbahaya. Anda juga mungkin akan merasa sedikit ‘cramp’ pada bahagian rahim atau perut.

masalah kencing kotor
Foto Kredit: kk.no

2. Kenaikan Suhu Tubuh

Wanita yang ingin merancang untuk hamil biasanya akan merekodkan suhu tubuh badan (basal body temperature) mereka setiap hari.

Ini kerana, akan terdapat perubahan suhu sekitar tempoh ovulasi yang meninggikan peluang untuk berjaya mendapat zuriat.

Selesai tempoh ovulasi, anda akan mendapati suhu tubuh anda akan terus meningkat berbanding biasa apabila telur berjaya disenyawakan.

tanda subur wanita
Foto Kredit: fertilityroad.com

3. Payudara Terasa ‘Berat’ Dan Nyeri

Apabila anda hamil, hormon akan terus menghantar isyarat kepada tubuh anda supaya dapat bersedia dalam masa 40 minggu.

Ketika ini, saluran darah dalam payudara akan menegang dan mula membesar. Inilah sebabnya payudara akan semakin membesar apabila usia kehamilan semakin meningkat.

Kadangkala, ada yang merasakan simptom ini dalam masa beberapa hari sebelum haid tetapi ramai wanita berpendapat ketidakselesaannya lebih teruk apabila hamil.

tanda subur wanita
Foto Kredit: pingminghealth.com

4. Keletihan Yang Melampau

Keletihan yang bukan berpunca daripada kerja berat mungkin menandakan tubuh anda sedang bekerja dua kali ganda untuk menyokong pertumbuhan fetus.

Selain itu, peningkatan hormon progesteron di awal kehamilan boleh menyebabkan anda penat dan mengantuk sepanjang masa.

tanda kehamilan kembar
Foto Kredit: verywell.com

5. Loya

Ini adalah tanda kehamilan awal yang klasik dan selalunya benar!

Ini kerana, 75% daripada wanita mengaku akan berasa loya di awal kehamilan, lebih-lebih lagi pada awal pagi.

Cara Mengatasi Mabuk Hamil
Foto Kredit: parentables.howstuffworks.com

6. Ketidakselesaan Perut

Ada yang akan berasa kembung, senak, dan sembelit apabila mulai hamil akibat perubahan hormon yang menjejaskan sistem pencernaan.

Selain itu, tanda ini biasanya diikuti dengan kerap terkentut, dan asyik sendawa.

Perut kembung semasa mengandung
Foto Kredit: vau.fi

7. Kerap Kencing

Apabila anda hamil, lebih banyak darah akan dihasilkan. Pada masa yang sama, buah pinggang juga akan bekerja lebih keras untuk menapis darah ini dan menyebabkan pundi kencing anda sentiasa penuh.

Maka, anda akan perlu lebih kerap ke tandas, terutamanya pada waktu malam.

masalah faraj berbau
Foto Kredit: metro.co.uk

8. Alah Terhadap Makanan

KIra-kira 85% wanita akan berasa alah terhadap beberapa jenis makanan dalam tempoh awal kehamilan atau trimester pertama.

Biasanya, keadaan akan kembali normal dalam trimester kedua atau ketiga. Namun, ada yang akan merasa begini sehingga bayi lahir.

Foto kredit: homeremediesforthrushinadults.com
Foto kredit: homeremediesforthrushinadults.com

9. ‘Mood swing’

Perubahan hormon bukan saja akan menjejaskan fizikal anda, tetapi juga mental.

Ini kerana paras hormon ini turut menjejaskan bahagian neurotransmitter pada bahagian otak sehingga menyebabkan emosi anda lebih tidak stabil.

wanita ingin hamil

10. Sakit kepala

Paras gula yang rendah boleh menyebabkan sakit kepala apabila sel otak tidak mendapat keperluan yang diperlukannya.

Sakit kepala yang kerap juga adalah tanda awal kehamilan akibat hormon estrogen dan progesteron untuk menyokong pertumbuhan rahim bagi bayi dalam kandungan.

tekanan darah rendah
Rasa mual, pening, loya, dan pitam adalah tanda-tanda tekanan darah rendah

Mengetahui Tanda Awal Kehamilan Beri Ruang Untuk Lebih Bersedia

Lebih elok jika anda dapat mengesan kehamilan seawal mungkin kerana segala aktiviti yang menjejaskan kandungan dapat dielakkan serta-merta.

Di samping itu, mungkin ada yang ingin mengambil vitamin atau apa-apa suplemen tambahan secepatnya kerana sebelum ini pernah mengalami keguguran.

Jadi, perhatikanlah tanda awal kehamilan ini supaya lebih bersedia!

1 thought on “10 Tanda Awal Kehamilan Sebelum ‘Missed Period’. Bagus Tahu Awal!”

Leave a Comment