10 Tanda Bayi Sedang Tumbuh Gigi. Asyik Meragam!

“Eh, asyik menangis je dari tadi. Serba tak kena dibuatnya. Ini tanda bayi tumbuh gigi ke? Macam awal sangat pula sebab Aisy baru 3 bulan.”

Rata-rata, bayi akan mula tumbuh gigi pertamanya sekitar usia 6 bulan. Ada yang awal, ada yang lambat. Itu normal.

Namun, simptomnya mungkin akan berlaku lebih awal dan bayi akan mula menunjukkan tanda gelisah.

Setelah kemunculan gigi pertama, proses ini berulang kembali pada tempoh tertentu hinggalah bayi memiliki 20 batang set gigi lengkap sekitar usianya sekitar 3 tahun.

10 Tanda Bayi Tumbuh Gigi. Asyik Meragam!

Ini 10 tanda bayi tumbuh gigi yang dapat diperhatikan. Kalau tahu awal, bolehlah ibu bapa melakukan sesuatu untuk membantunya berasa lega.

bayi hisap jari
Foto Kredit: quiltingboard.com

1. Suka Menggigit

Satu tanda bayi tumbuh gigi yang paling ketara adalah sifatnya yang suka menggigit permainan atau apa saja yang dijumpai.

Ini kerana, menggigit dapat melegakan memberi kelegaan pada gusi dan menjadikan gusi yang sakit itu kebas.

tand abayi tumbuh gigi
Foto Kredit: momjunction.com

2. Air Liur Meleleh

Saliva atau air liur yang lebih akan diproduksikan untuk melembapkan gusi bayi yang lembut.

Simptom ini mungkin berlaku beberapa bulan lebih awal sebelum gigi bayi dalam proses menolak ke permukaan gusi.

sakit-gusi-akibat-tumbuh-gigi-pada-bayi

3. Suka Memasukkan Jari Ke Dalam Mulut

Sama seperti proses menggigit, perbuatan memasukkan jari dan menekan gusinya adalah salah satu tanda bayi tumbuh gigi.

Mungkin mereka lebih selesa menggunakan tangan sendiri berbanding permainan atau barangan yang keras.

bahasa tubuh bayi
Foto Kredit: parents.com

4. Menarik Telinga

Kadangkala, kesakitan yang dialami oleh bayi semasa tumbuh gigi boleh merebak hingga ke telinga atau pipi, terutamanya gigi belakang.

Menurut Metro Parent, kelakuan menarik telinga ini adalah satu bentuk ‘urutan’ untuk membantu bayi berasa lebih aman.

tanda bayi tumbuh gigi
Foto Kredit: vk.com

5. Ruam Muka

Ekoran daripada air liur yang meleleh tadi, sesetengah bayi akan mula mendapat ruam kerana kulitnya yang sensitif.

Maka, biasakan mengelap air liur bayi untuk mengurangkan kerengsaan ini.

Salah satu penawar yang boleh disapukan pada pipinya adalah ‘nipple cream’. Pastikan ia bersifat organik, hypo-allergenic, dan selamat dimakan.

sebab bayi menangis

6. Kerap Menangis

Sebagai orang dewasa, mungkin kita terlepas pandang betapa sakitnya apabila gigi yang tajam mahu menembusi permukaan gusi.

Oleh itu, tidak hairanlah kebanyakan bayi akan menangis dan merengek semasa dalam proses tumbuh gigi kerana berasa sakit dan tidak selesa.

Ada yang akan merengek selama beberapa hari, tetapi ada juga yang akan terus meragam hingga berminggu-minggu lamanya!

gula dan garam pada makanan bayi 1
Foto Kredit: healthyharlem.org

7. Kurang Berselera

Pada ketika ini, bayi mungkin suka mendapatkan payudara atau puting tiruan untuk digigit, tetapi kurang meminumnya.

Anda mungkin akan menganggap mereka suka ‘main-main’, tapi sebenarnya mereka sedang berusaha melegakan kesakitan yang dialami pada gusi.

Petua Menghilangkan Batuk
Foto Kredit: babycentre.co.uk

8. Batuk Atau Muntah

Menurut laman web keibuan What To Expect, sesetengah bayi mungkin akan berasa tidak selesa pada tekak akibat pengumpulan air liur sehingga terbatuk dan muntah.

Anda tidak perlu risau sekiranya bayi tidak mengalami kenaikan suhu badan seperti demam atau selsema.

Foto Kredit: 114118hr.com
Foto Kredit: 114118hr.com

9. Terjaga Malam

Tanda bayi tumbuh gigi yang mungkin paling menyeksakan ibu bapa adalah terjaga malam.

Kesakitan itu bukan saja berlaku pada siang hari, tetapi juga pada waktu malam.

Oleh itu, cuba biarkan bayi buat beberapa ketika sebelum menenangkannya. Dengan cara ini, bayi dapat belajar tidur semula tanpa pertolongan anda.

Foto Kredit: themotherish.com
Foto Kredit: themotherish.com

10. Cirit-birit Atau Demam

Kedua-dua simptom ini sebenarnya dikaitkan dengan tabiat bayi yang menelan air liur atau memasukkan barang ke dalam mulut.

Akibatnya, kotoran atau bakteria yang terkumpul mungkin akan menyebabkan bayi mengalami demam rendah ataupun cirit-birit.

tanda bayi tumbuh gigi
Foto Kredit: onlymyhealth.com

Utamakan Kebersihan

Apabila mula menunjukkan tanda bayi tumbuh gigi, anda perlulah memastikan kebersihan dan persekitarannya terjaga dengan lebih rapi.

Ini bagi mengelakkan perebakan bakteria atau kuman yang akan menjadikan bayi bertambah tidak selesa.

Anda boleh juga memberi ‘teether’ bersih yang disejukkan dalam peti ais atau menekan-nekan gusinya dengan tangan bersih atau berus gigi bayi untuk melegakannya.

Leave a Comment