Kalau Ada 7 Tanda Ini, Maksudnya Anda Dah Bersedia Untuk Berkahwin

“Umur dah nak masuk 30 tahun. Mak kata aku ni langsung tak ada tanda bersedia untuk berkahwin. Nak kata tak ada calon, dah ada. Kerja pun boleh tahan. Kenapa Mak kata macam tu ya agaknya?”

Walaupun seseorang sudah memiliki teman istimewa selama 5-10 tahun sekalipun, belum tentu lagi mereka sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Ini kerana, mungkin ada yang rasa was-was dan tidak tahu apa yang perlu diharapkan dalam sebuah perkahwinan.

Tapi, ada sesetengah yang lebih matang walaupun tidak pernah menjalinkan hubungan istimewa dengan sesiapa.

Jadi, kalau anda ada 7 tanda bersedia untuk berkahwin ini, cepat-cepatlah cari calon ya!

Isteri sembunyikan daripada suami
Foto Kredit: in-islam.com

Ini 7 Tanda Bersedia Untuk Berkahwin, Dah Boleh Cari Calon

1. Boleh bertolak-ansur

Tak kiralah dalam sekecil-kecil hal, anda sering berusaha untuk mendengar dan menerima pendapat orang lain.

Anda tidak ego terhadap keputusan yang dibuat walaupun anda menjadi ketua dalam sesebuah organisasi.

Ini adalah sikap yang amat penting dalam sebuah perkahwinan.

ego lelaki
Foto Kredit: usefullink.info

2. Berfikiran realistik

Anda tidak menganggap sebuah perkahwinan yang indah itu seperti dalam drama Melayu.

Bukannya tiba-tiba dapat rezeki bekerja di luar negara, naik pangkat, dan kahwin pula dengan anak Dato’.

Sebaliknya, perkahwinan sebenar kebiasaannya perlu bermula dari bawah, kadang-kadang hanya berkongsi pakai motor, tidur atas ‘toto’, makan ala kadar, dan perlu sangat berjimat-cermat.

tanda bersedia untuk berkahwin
Foto Kredit: rusbase.com

3. Bersedia untuk komitmen

Banyak perkara yang perlu dikorbankan sebaik sahaja anda melangkah ke alam rumah tangga.

Tanda bersedia untuk berkahwin antaranya adalah mengorbankan masa dan kehidupan sosial untuk keluarga.

Bagi yang ingin berkahwin muda, mungkin ini adalah cabaran untuk anda.

tips ibu muda
Foto Kredit: goodhousekeeping.com

4. Yakin untuk hidup bersama pasangan

Keyakinan ini datang dari pelbagai aspek, antaranya kewangan, emosi, dan persediaan mental untuk berkongsi segala-galanya.

Ramai yang fikir, perkahwinan itu indah, sweet, dan romantis. Mana tidaknya – semuanya dapat dibuat bersama.

Tapi, kita perlu ingat bahawa kesusahan juga perlu ditanggung bersama!

selepas-kahwin

5. Mampu menguruskan diri

Tanda bersedia untuk berkahwin bukanlah nak kena handal masak siakap 3 rasa atau nasi arab.

Cukuplah dengan menguruskan tugas harian seperti mencuci baju, basuh pinggan sendiri, kemas, tak perlu lagi disuruh oleh ibu bapa.

Seperkara lagi, jangan pula kita harapkan pasangan kita yang akan mengambil alih semua tugas itu.

Suami yang baik

6. Berfikiran matang

Kalau tak habis-habis layan drama sambil menangis tak tentu hala, atau ada yang masih main game lagi sampai jam 2-3 pagi, tak tahu tentang isu semasa sebab bahan bacaan harian pun novel saja. Anda perlu cuba tanya diri sendiri sama ada anda dah matang atau belum.

Perkahwinan akan memerlukan sifat bertanggungjawab pada keluarga dan diri sendiri. Jika anda adalah anak ‘harapan’ dalam keluarga yang rajin membantu kerja harian, pandai usahakan pendapatan sampingan, selalu tolong adik-adik, beginilah baru calon yang baik!

watching tv 1

7. Selesa dengan diri sendiri

Anda yakin dan selesa dengan diri sendiri dan tidak perlu mengharapkan pujian daripada pasangan sepanjang masa.

Ini penting kerana anda bakal menempuh perubahan yang besar setelah berkahwin.

Contohnya, kalau terpaksa berhenti kerja kerana mengikut suami, anda tak cepat melatah, mempunyai matlamat jangka masa panjang yang tertentu.

tanda bersedia untuk berkahwin
Foto Kredit: vemale.com

Fikirkan – Kenapa ingin berkahwin?

Inilah soalan yang akan membuat kita berfikir sejenak.

Sebuah coretan menarik daripada sebuah laman web keagamaan menyatakan bahawa kita perlu mengubah persepsi ‘mengurangkan maksiat’ sebagai tujuan untuk bernikah.

Ini kerana, perkahwinan bukanlah jaminan bahawa ia akan menutup segala maksiat yang telah dilakukan.

Sebaliknya, kita perlu bertaubat dan berusaha mengurangkan maksiat tersebut sejak sebelum kahwin lagi supaya kita lebih fokus terhadap matlamat asal perkahwinan yang suci.

 

Leave a Comment