Home / Cinta / 10 Tanda Lelaki Sedang Curang Dengan Pasangan

10 Tanda Lelaki Sedang Curang Dengan Pasangan

Tanda Suami Curang

Benar dan tidak disangkal, ramai juga isteri curang. Namun, apa yang selalu kita dengar ialah suami curang. Tanda suami curang itu tidak perlu dicari. Tiba masanya, ia bocor sendiri.

Jangan ingat suami yang baik di depan anda itu tidak curang. Usah pandang remeh. Banyak tanda suami curang pada isteri, yang isteri sendiri tidak sedar. Percayalah, suami yang tampak bagai seorang ‘family-man’ itulah yang cukup berbahaya. Mereka pandai merahsiakan sesuatu dari isteri sendiri.

Mari kita tengok, apakah ciri-ciri atau punca suami curang?

 

1. Marah-marah apabila isteri tanya lokasi suami

Suami curang ada affair, takut dengan Maxis Friend Finder
Suami curang ada affair, takut dengan Maxis Friend Finder

Bila isteri tanya, “Malam semalam pergi mana?”. Suami jawab, “Eh, pergi rumah Mizan la, tengok bola Manchester United lawan Arsenal. Kalau tak percaya, pergilah ‘call’ Mizan tu”, sambil mendengus. Tampak biasa bukan?

Percayalah, bila lelaki bersikap defensif apabila ditanya ke mana dia pergi, itu adalah satu petanda besar yang tidak baik. Kalau betul, buat apa nak tinggikan suara?

Seperkara lagi, suami sangat fobia dengan fungsi ‘location tracking’. Fungsi moden ini, contohnya dari Maxis, iaitu produk Maxis Friend Finder akan membuatkan suami tidak senang duduk.

 

2. Menjadi samada lebih ghairah atau tidak ghairah dengan isteri

Suami curang lebih ghairah untuk melakukan hubungan intim
Suami curang lebih ghairah untuk melakukan hubungan intim

Kalau suami tidak melayan isteri di ranjang untuk memenuhi tuntutan seksual, ia sesuatu yang pelik. Walau apa pun alasannya, lelaki normal tidak akan menolak ajakan isteri untuk melayari bahtera rumahtangga.

Namun, apabila suami ghairah tidak bertempat, lain dari kebiasaan, ia juga satu petanda dia menyimpan perempuan lain. Suami sebenarnya rasa bersalah dan ingin menebus kesalahan itu dengan melayani isteri sebaiknya. Lebih teruk, apabila suami telah ‘bersama’ dengan skandalnya itu, ia akan menaikkan hormon testosteron. Lantas, isteri di rumah juga menjadi mangsa rakusnya, walaupun ia halal.

 

3. Tiba-tiba berperwatakan kemas & berpenampilan menarik

Suami tiba-tiba cukur misai dan janggut untuk tampak anggun
Suami tiba-tiba cukur misai dan janggut untuk tampak anggun

Dulu tidak pernah peduli dengan penampilan diri. Sekarang, tiba-tiba suami ‘tuck-in’ baju ke dalam seluar. Baju kemeja atau t-shirt, hatta jika ingin pergi ke kedai, suami akan seterika sendiri. Suami juga sudah pandai beli minyak wangi. Seluar dalam yang sebelum ini isteri beli, suami sudah pandai memilih. Janggut dan misai sudah pandai ‘trim’.

Hati-hati bila perkara di atas berlaku. Pada zahirnya, nampak seperti perubahan positif, sebenarnya ‘ada udang di sebalik batu’.

 

4. Perubahan sikap suami yang ketara

Suami yang ada 'affair' dan 'skandal' akan berubah sikap
Suami yang ada ‘affair’ dan ‘skandal’ akan berubah sikap

Sekadar ingatan, antara tanda lain ialah ‘mood‘ suami juga berubah-ubah. Sekejap baik yang ย melampau, sekejap kasar. Sekejap marah, sekejap baik. Sekejap cium isteri, sekejap malas nak pandang isteri. Pada dasarnya, bila suami ada dua orang perempuan lain dalam satu-satu masa, dia berasa takut dan cemas.

 

5. Sudah pandai bawa telefon bimbit dalam tandas

Kalau tiada apa-apa, kenapa bawa 'handphone' masuk tandas?
Kalau tiada apa-apa, kenapa bawa ‘handphone’ masuk tandas?

Sememangnya pelik bukan? Buat apa bawa telefon bimbit atau ‘handphone’ dalam tandas. Alasan suami untuk bermain ‘game’ sebenarnya adalah satu penipuan yang perlu diselidiki. Suami sebenarnya mengambil peluang untuk main mesej dengan skandalnya itu dalam suasana yang tenang tanpa gangguan isteri dan anak-anak.

 

6. Telefon bimbit adaย ‘password

Hati-hati bila suami letak 'password' pada 'handphone'
Hati-hati bila suami letak ‘password’ pada ‘handphone’

Pasangan suami isteri sepatutnya sentiasa berterus-terang antara satu sama lain. Tiada rahsia yang perlu disimpan. Jadi, apabila suami meletakkan ‘password’ pada ‘handphone’, dengan alasan takut anak ‘delete’ mesej penting adalah karut semata-mata.

 

7. Menjadi seorang perahsia & tidak mahu bercakap

Suami tiba-tiba jadi seorang pendiam
Suami tiba-tiba jadi seorang pendiam

Selalunya, suami akan bercerita apa yang berlaku di pejabat. Apabila dia tidak lagi mahu bercakap dengan isteri dan mula berahsia tentang aktiviti hariannya, isteri kena selidik. Suami akan berkata dia sebenarnya penat dan perlukan rehat. Sebenarnya, dia ‘penat’ untuk melayani dan mencintai dua perempuan dalam satu-satu masa.

 

8. Asyik suruh isteri balik rumah mak

Pelik sungguh bila suami tolong 'packing' beg balik kampung
Pelik sungguh bila suami tolong ‘packing’ beg balik kampung

Dulu selalu marah bila isteri berkeinginan malu melawat mak dan ayah. Sekarang, asalkan hujung minggu sahaja, nak hantar isteri dan anak-anak balik kampung. Apatah lagi cuti sekolah. Kalau boleh sepanjang cuti sekolah dia mahu bersendirian. “Ada banyak kerja, selalu balik lambat” katanya. Alasan yang tidak munasabah.

Dulu tidak pernah tolong ‘packing’ beg untuk balik kampung. Sekarang suami terlebih rajin pula tolong siapkan beg, kemas baju dan permainan anak untuk dibawa pulang.

 

9. Naluri seorang isteri, ‘6th sense‘ atau ‘woman instinct‘ selalunya betul

Jangan main-main dengan 'woman instinct' seorang isteri
Jangan main-main dengan ‘woman instinct’ seorang isteri

Ini ialah tanda yang paling jelas dan terakhir. Bila isteri rasa “Macam ada ‘something’ yang tak kena je“, ia sebenarnya memang ada sesuatu yang tidak kena. Jarang sekali telahan isteri itu salah. Tidak perlu diperkatakan, setiap isteri memang dikurniakan deria keenam yang tiada siapa boleh menidakkannya.

10. Terlebih ‘caring’ pada isteri

Selalunya, suami kita tidak begitu. Tiba-tiba sahaja, dia berubah menjadi teramat baik. Kalau berlaku perubahan mendadak sebegini, tentu ada sesuatu yang tidak kena. Orang dilamun cinta, begitulah hendaknya. Senyum memanjang. Bila bersama isteri sendiri, dia teringat bersama skandal. Sebab itulah asyik senantiasa senyum. Nama pun lelaki, cukup mudah ditafsir.

Akhir kata

10 Tanda Suami Curang Pada Isteri, Ada Affair & Skandal!
Foto Kredit: Google

Akhir kata, semoga anda semua berhati-hati dengan perubahan suami. Sama-sama kita berdoa agar dapat melayari rumahtangga yang harmoni dan bahagia.

About admin

146 comments

  1. Hahahhaha..sume tanda2 tu 'die' ade..heee..wat can i say…this is all true ๐Ÿ™‚

  2. smpai skang tiap kali tipu isteri mesti kantoi. Hebat kan naluri seorg isteri. #tak pandai bohong

  3. Huhhh, NurAfeeqa @ Wiwie, malang sungguh nasib ko yg dpt somi curang blakang ko.. Ko je yg x tau.. Dah hbs dia kikis duit adik aku, dah bawa ke katil krog.. Pandai lak nak lari, closed fb acc.. Sume bukti dah ada, x dek masa aku nak share dgn ko… Allah tu Maha Adil, aku takkan doakn musibah…smg laki ko sedar dia hanya Hamba Allah..

    • murah sgt sbb 2 sng kna bwk ataS katil…pdan muka…syg pon agak2 lah smp gadai maruah sndri sapa suruh…yg bodoh skrg sapa….???tnya diri sndri…dh kna bru nk mengelabah bewak…..semoga berubah leeeee….:)

  4. x sume suami mcm tu..wlaupn adae tnda2 seperti yg disebut..

  5. ~Aiyokkk!!..xtau hehehe..adesss ๐Ÿ™‚ ~

  6. Salam…..semua diatas ada pada diri saya..tapi tidak terlintas sama sekali untuk menduakan isteri ataupun menyimpan teman wanita …tidak semua lelaki yang berperangai begitu disebabkn perempuan simpanan mahupun skandal…mungkin ada masalah lain yang tidak boleh berkongsi dengan isteri atas sebab sayangkan isterinya supaya tidak mahuisteri turut memikul bebanya…

    • Bagusnya awak….harap2 awk tidak diduga oleh isteri lah hendaknya nanti..

    • kalo jpe pic pmpn laen lam hp ape mkne nyer..sdgkn pic istri lngsg x dew..bru 6 bln bkhwin..trase bile sy dkat dgn nya,dy seolah2 menjauh dr sy..perubahan bru sgt berlaku..ditmbh ujian kegugurn..trase bkn shj hilng ank ttpi khilngn dri nya disaat sy sgt memrlukn skongn dr nya..plu kew btny purpose dy mgmbil pic pmpn laen tu..dy dlete pic tu tp folder bck up ttp ade..sy jpe n diamkn dri..tp hti kuat nk taw knape dy buat mcm tu..

  7. Suami saya pun sama..ciri2 dh terang..lagi tk mengaku…lepas tu hutang keliling pinggang…dan uat saya mcm gantung tk bertali..konon tk sanggup lepaskan saya!!!!semua ni drama!!!!

    • kebanyakan laki mmgmcm tue, laki aku pun ada suma ciri2 nie. tapi smpai skank x mgaku….. aku cuma pikirkan 1 jln nie je iaitu BERCERAI….. tapi kawan aku nasihatkan aku bawa bncang elok2…. tah la sayang mmg la sayang, tp hati yg sakit nie mcm ne lak?

  8. Wahai para isteri elok baca tip tip yang di beri tapi berhati hati jika tidak percaya pada suami atau pada pasangan sendiri kelak hubungan akan menjadi dingin seperti salju

  9. Kali pertama suami ku trkantoi..simpan GRO..aku tetap maafkn dia..aku masih lg nk taat pd suami ku..msh lg lakukn tggungjwb sbg isteri..tp dia buat lg..ht aku dh tawar setawar2nya…aku dh xnk jd isteri yg taat..aku dh mula buat ape saje yg aku x pnah buat slma aku jd isteri yg taat..aku rse mcm d perbodohkn…aku dh xnk lg d sentuh..aku bg tau dia..aku geli sb dia dh pn celup pmpuan kotor tu..n aku blm nk mati d sbbkn AIDS..padan muka laki aku…itu je ubatnyer

  10. Naluri seorang wanita memang peka dengan permasalahan ini. Nice share

  11. norliana sulaiman

    baru tahu ciri2 suami curang

    • Sy xprcya sgt..leh amk tw hl cmni tuk pngetahuan cz xslh brhati2,tp xsmestinye btl..dlu,sy prnh de asben yg xtnjukkn cri2 cmni,tp upenyer skandal lg brsepah..tnjuk baik dpn kite,xsmstinye baik jg dblkng kite..tp,ituslh satu plan dyeorg tuk mngaburi mata istri..hanya jauhari mngenal manikam,sy tringt kt dnding skola sy..hahaaa..(yg psti,llki da mmg lumrahnya mmpunyai otk ligat sprti kncil)

  12. Wewengkon Sumedang

    hemmm setuju sekali, terima kasih atas ulasannya

  13. Hahaha . Lelaki pandai main peranan

  14. Bila trbca komen2 wanita y mmpunyai suami curang..rasa kasihan tramat sgt..demi Allah sy bkn nak mnunjuk tp bersyukur sgt2 d kurniakan En.suami..
    1 ~bla rhat wktu krja sntiasa msej brthu sdag wt ape,mkn ape d klang
    2 ~ble da smpai atau hndak pulag dri klang msti msj *ayh da smpai bu* ayh blek dlu ea bu*
    3 ~hnfon brsepah2..*xprnah smbunyi*
    4 ~msej2 law sy y xpdam.,bratos2 msej trsmpan..*sylh y clearkn sgla msej,log pgilan*
    5 ~ble sy pg umah mak.,msti tanya kol bpe nk blek.,*umh sy ng mak sekagkag kera je*
    6 ~nk pg mne2 msti nk d agkutnya sy ng anak waima kedai dpn 2 je pn…

    Sy mnta maf jika ad y trasa tp sy cma ingin brkogsi.,
    Rakan2.,bersabar ye..hanya doa snjata y bleh tlong kta..
    Sy sentiasa mendoakn rkan2 wanita d luar sna..
    Tiada siapa y mnta suami curang kn..
    Sy fham..

    Doakan sy sentiasa dlndungi dri perosak2 rumah tagga..
    Salam..

    • mummy jumila hanni

      salam.. syukur alhamdulillah bleh jua tumpang gembira dgn nasib awk yg baik.. biaselah lumrah kehidupan.. ada derita ada bahgia, ada suka ada duka.. semuanya d jadikan berpasangan kan.. rasanya ramai yg bermasalah umahtgga tp yg hidup aman damai pon ramai jua.. yg kta bace d sini mmg la sume yg bemasalah sbb klu da aman damai nak cite ape kan.. hehe tp sy salute awk xde mslh n masih sudi share cite baik2 tentang suami n mendoakan semua.. bkn ape, mostly org zaman skang ni lebih suka mengutuk, menyalahkan n pangkah hbs je tau, bknnnye nk tlg menolong antara sesame kta hambaNya yg lemah ni kan.. yg tgh bahgia lak lupa la yg tgh susah.. bla kena btg hdg sndiri baru ada akal kan.. pape pn plg utama, segalanya2 rujuklah pd Dia dulu.. ini sume keja Dia.. tol x? hehe pape pn sy doakan awk terus berbahgia bsama yg tsyg smpai bla2 yek ๐Ÿ˜‰ wslm

    • suami saya terlalu mengambil berat hal rumah tangga terutama anak2 wlaupun mereka dh besar, selalu balik kerja mesti hanya d rumah, bersama kluarga, keluar menonton wayang , mkan atau apa saja, pasti bersama

    • Bahasa apa akak pakai ni

    • Aku pernah kenal laki yg mcm laki ko ni. Time pegi balik keje mesej wife cakap dah sampai semua. Lunch hour pun call cakap dah makan ke belum and etc. Fon dia memang tinggal merata je and takde nak sorok2 or takut wife dia nampak.

      Tapi di sebalik kebaikan tu dia ada skandal lain kat luar. Fon dia tinggal merata dan tak takut sebab dia ada cara lain nak contact skandal dia. Mesej n log panggilan tu dia simpan mana yg xda kaitan dengan scandal dia xpun dia ada cara lain nak contact. Dia tanya bila nak balik sebab dia nak plan time dgn skandal dia.

      Apapun tak semua laki jahat dan penipu.

    • Tahniah puan kerana mendapat suami macam ni… Berbaik sangkalah dengan suami sendiri. Itu adalah lebih baik dan merupakan doa. Sekiranya dia tidak lagi baik untuk kita, Allah akan permudahkan urusan untuk kita mendapat kebahagiaan yang lain. Untuk pengetahuan puan juga, saya juga pernah berjumpa dengan rakan sekerja yang baik sebegini tetapi dalam masa yang sama sedang mencari cara sebaiknya bagaimana untuk memberitahu isterinya keinginannya untuk mengahwini perempuan lain yang telah lama menjadi perempuan yang disayanginya juga.

  15. Hahaha.. bahaya site ni.. info kena batang hidung lelaki sangat..

    Baiklah.. saya akan buat site dengan niche edisi lelaki pasni..

    sirapbandung.com (hahah sweet)

  16. emmm bila dipikir2mcm dah cek abg buat ..memndangkn ank ku telan semuanya”’tapi kesian gak pada skandal2 depa ni tak takut akhirat kn kacau suami org…emm adakala syg ada kala geram..sabar jelah.

  17. Suami mmg ade password hp..tp sy tau nombornye secara senyap2..konon nk selidik la..tp mmg xde ape2 yg luarbiasa..hmm xtau nape dia letak password.,huhhu.

  18. si suami slalu keluar rumah…ditanya g kedai …
    slalu pegang hp…trsengih tgok mesej…bla tanya….terus off….suami kwn pompuan tu 2thn lbh….sampai sgp g jumpa pompuan tu kt kg dgn ank buah suami….kt rumh mula…marah ank n istri…diberi kata dua…..bla 2 masa pun tinggalkn mrk ank istri…..istri akhirnya jumoa mesej n no tel. n gambr. pompuan tu….hancur hati tk boleh percyakn suami lg….si istri call girfren suami…korek cer….girfren clash dgn suami……the end…..tp. skrg maybe si suami ada grlfren lg?????

  19. tak betul…. tak betul…. tak betul….

  20. lelaki cari pompuan lain …. kompem kata curang. salah lelaki cari 2nd wife? sebelum kawen nak kenal2 dulu lah kan hehehehe. kompem pompuan tak suka. klu dah ada 4 isteri masih layan pompuan lain baru curang.
    Yg pompuan… ingatlah pompuan majoriti penghuni neraka antara puncanya derhaka pada suami. apa suami buat itu dosa dia ngan Allah.. tapi kamu pompuan kamu layan lah suami sebaik2Nya . Jgn kerana lelaki nak kawen 2 kamu menjadi isteri derhaka. Jgn kerana suami kamu sudah menolak hukum Allah dan jadi hilang akal. Pikir kan ganjaran yg bakal kamu terima selagi kamu tidak di suruh melakukan kemungkaran oleh suami kamu.

    fikir2lah …

    • stuju dgn brader

    • Totally agreed..

    • bkn tolak hukum tp lbh kpd syg kat suami… takut x tertanggong tanggongjawabnyer…. isteri kenal suami n leh tgk sendiri… laki dia tu mampu ker x nk kawen lbh….mampu k!!!!… sy konsider kebanyakan isteri yg melawan ialah isteri yg mmg kenal laki dia dr kalangan yg x mampu…. sori to say, ari ni ramai laki mampu bab2 kewangan… yg lain2 hampeh…. so, sblm suruh org pikir…. anda pikir ler dl… n cermin2 kan diri sendiri… tgk anak n isteri…. adakah mrk di kalangan muslimah n muslimin yg bagus…. kalu belom…. sila laksana tanggongjwb anda…. jgn nk tambah beban kalu yg ader pon byk yg cacat….

      • bab duit kurang mampu, bab lain ter’over’ mampu.

      • apa yg korang mengarut ni

        Apa yg korang dok ngarut2 ni? Jangan sampai jatuh kafir dan kufur. Setiap apa yg korang komen, seolah2 memperlekehkan, mencerca, memerli, menghina Nabi MUHAMMAD S.A.W yg juga berkahwin 4. Korang seolah2 nak tolak HUKUM ALLAH yg membenarkan lelaki berkahwin 4 yg dipelopori oleh nabi MUHAMMAD S.A.W. sila berhati2 bila nak komen. Wahai keyboard2 warrior. Pi balik ngaji. Kalau x der ilmu gi belajar. Jangan sombong, riak. Salam.

        • Oi nokharrom,

          Org tu xlekehkn Nabi la sengal.
          Apa yg dia sampaikn is LELAKI SEKARANG XMAMPU SEPENUHNYA NAK KAHWIN LEBIH DR SATU. semayang tunggang langgang, ekonomi tah kemana, hutang keliling pinggang, bini kt rumah pon belom habis di didik lg. Belom kire bab adil x adil dgn bini n anak pertama.

          Unlike our prophet, dia SEBAIK BAIK MANUSIA dan mmg mampu dr segala aspek.

          Hang ckp depa ni keyboard warrior, atleast x seteruk ustad online mcm hang. Puihhh!

    • Memang le jantan boleh kawen 4.. Tapi sblm nak berskendal atau nak kawen tu, tanye dulu diri tu mampu ke nak sara nafkah zahir dan batin.. Kebanyakan isteri yg marah laki dia berskendal sbb diorang kenal dan tahu sgt laki dia tak mampu.. spender bini pun tak boleh nak belikan, apatah lagi perkara2 nafkah yg utama yg lain… Ada laki yg suka kpd perkara laro’ drpd perkara agama.. Diri sendiri terumbang ambing dlm hal agama, anak bini yg sedia ada ni pun tak mampu nak dibimbing ke jalan akidah yg betul, ada hati nak tambah tanggungang (isteri)?.. Isteri kejut bangun utk solat subuh pun dah membentak isteri mcm isteri tu buat kesalahan jenayah berat, ada hati nak tambah isteri?.. Isteri ajak imamkan solat dan ajar mengaji Al Quran pun liat, ada hati nak berniat tambah tanggungjawab baru? Solat, ajar ttg agama, ajar mengaji itu adalah tanggunggjawab laki dan itu adalah salah satu nafkah batin bagi isteri dan anak2… Sblm gelenyar sgt bercakap soal hak, dosa dan pahala, wahai jantan bergelar suami, tanya lah dulu diri sendiri, tanggungjawab terhadap hubungan dengan Allah tu dah utuh kukuh dan padu kah belum? Hak2 isteri dari segi zahir dan batin, hak2 keagamaan isteri dan anak2 dah ditunaikan kah belum??.. Kebanyakkan isteri yg tak bersetuju laki dia berskendal or kawin lain,tak lain tak bukan adalah sebab atas dasar kasihan kat laki diorang.. Berapa banyak lagi dosa yg sang jantan ni nak gali nak longgokkan atas kepala dia?.. Tak cukup2 kah lagi dosa anak bini yg maha hebat yg harus ditanggung, tambah dgn dosa si jantan yg sedia ada., tambah lagi kiranya berskendal top up lagi dosa bermaksiat dgn skendal… Takde perasaan takutkah wahai jantan dgn azab, kafarah dan musibah Allah ke atas batang tubuh kamu dgn dosa2 yg dipikul tuuu??.. Ini yang kebanyakkan isteri risaukan sebenarnya.. Kasihan kt suami yg mengutip dosa demi dosa hingga lupa batang tubuhnya tu milik Allah., dosa pahala kena dihitung kira sblm tiba waktu Allah membalasnya.. Si jantan meloncat menghunus keris bila mana sang isteri mengajak sang laki meninggalkan dosa dan mencari jalan pahala menuju Allah Taala.. Jantan yg ego menganggap batang tubuhnya adalah hak milik mutlak dirinya, sampai ada yg berlagak seperti raja mahupun tuhan di depan sang isteri… Wahai suami, tanyalah iman terlebih dahulu walau apapun tindakan yg diambil, serong jln diambil, serong jugaklah seisi keluarga amanatnya tuu.. sama2 kita renungkan, buangkan ego, ambil Allah sebagai pedoman hidup..

  21. fasha farisha ismail

    dulu perkahwinan pertama masa umo aku 23 slame 3 tahun kawin suami ku kaki pukul ada skandal sampai la aku bercerai…d umo 26..skang da kawin br suami br duda anak dua n beza umo 11 thn skang aku 27 dia 38…seronok baik caring manje sampai kad bank dia pun aku yg pegang aku yg yrus segalanye…alhamdullilah dpt somi yg baik..x sangka perkahwinan ke dua ni dpt yg baik…

    • ya allah betapa skit nya hati bila di curangi suami…apatah lagi kepala nie pkir bukan2 tak snggup bila suami tidor gan perempuan lain..hanya mampu berserah

    • ya allah betapa skit nya hati bila di curangi suami…apatah lagi kepala nie pkir bukan2 tak snggup bila suami tidor gan perempuan lain..hanya mampu berserah

  22. Em. .lbh rela brcerai dpd brkongsi suami dgn seorg perampas. .

  23. suami kejam..lebih elok di ceraikan..

  24. Si isteri pula kalau dah tahu suami curang, dah dapat kesan.. sila beri perhatian lebih pada diri anda sendiri. Org gemuk pun takk semestinya takk cantikk. Jaga penampilan. Jgn duk rumah asyik pakai baju besar dan kain batikk sja. Beli baju tidur yg sexy. Perfume. Deodorant jgn lekang. Jaga rambut dgn rapi. Gunting rambut kemas ikut kesesuaian penampilan dan saiz badan…

    • menda ni dah jadi pada saya.. semua ciri2 sama.. hati manusia Allah cipta berubah ubah.. saya nekad jalani hidup mcm biasa.. cuba lupakan apa yg dah terjadi.. mungkin betul banyk silap dari saya.. saya pasrah dan menyerah segalanya pada Dia.. sy terus berusaha jadi yg terbaik utk suami dan anak2.. selagi saya isteri dia sy akan buat yg terbaik.. at least ada juga saham akhirat utk sy hasil dr amalan di dunia.. Suami, selagi tak terlafaz talak, dia boleh jadi ladang pahala.. gunalah sebaik mungkin peluang yang Allah beri.. bersyukur dengan dugaan.. Allah ingt kita sbb tu dia duga kita.. Doalah kepada pemilik hati supaya hati supaya memulangkan hati si suami pada kita.. doa juga pada pemilik hati agar kita sentiasa sabar.. sy belum berjaya lagi.. tp saya akan terus berusaha.. moga Allah bersama saya..

  25. blog ni blh membuatkan suami isteri. bercerai bwlerai.kepercayaan seorg isteri akan pudar pada suami bila baca blog ni..sanggupkah anda menanggung dosa akibat perceraiaan mereka angkara blog anda..

  26. emmm…rasenya mmg x salah kalo nk kawen 2 atau 3 or maybe 4…tp seharusnya perlu diselidiki dgn sedalam2nya konsep POLIGAMI NI…setahu saya POLIGAMI ni bertujuan bg memelihara maruah SIJANDA DAN BALU bukan anak dara, Malah NABI junjungan kita mengahwini balu dan janda demi menjaga maruah mereka.Jadi keperluan Poligami ini adalah berdasarkan MEMELIHARA MARUAH PEREMPUAN YANG BERSTATUS JANDA DAN BALU bukan ANAK DARA.Majoriti lelaki M’sia x baca kitab sampai habis dek kerana seronok nk berbini dua dan tiga.kalau para suami membaca kitab dgn lebih terperinci saya percaya mereka akan berfikir beribu kali utk berkahwin lg…tanggungjawab yg bukan mudah.

    Wallahualamissawab…

  27. tanda-tanda mcm nie ada juga.. tp x pastilah dier curang atau tidak.. hanya mampu bersabar ..biar hati terluka asalkan dia bahagia.. sakit mmg sakit tp moga aku tabah dalam menghadapi semua ini .. Hanya Allah yang mengerti akan hati dan perasaan ini..

    • Sememangnya betul APA yg di bincangkan ciri2 suami yg curang

    • Juz nak share apa yg patut…as a husband,sy setuju no.8 & no.9..yg no 1 smpai no 7 tue nak kebarangkalian maby dlm 40%…tya la each man dlm dunia nie..setia mcm mana pun still akan tolak no 1 smpai 7 tue..blogger nie msti pmpuan kan..jgn la buat artikel ikut logik akal tp x rasai naluri seorang suami..takut rumahtangga org runtuh sbb artikel cmni..awak jugak nak tanggung kat SANA nnt..To “Hamba Allah”: sy rasa awak x patut syak perkara yg x baik tntang suami awak..seorang isteri x akan faham apa yg seorang suami seringkali fikirkan..im sure ur husband x curang..In Sha Allah..

      • Sy rasa apa yg ditulis tu betul..sbab semua tu terjadi pada sy 2 kali perkahwanin sy..sbab tu sy serik dgn lelaki..

  28. Assalammualaikum…

    apa kata kalau kite balik semula kepada ajaran Agama Islam ….Kepada Suami dan Isteri berpeganglah kepada ajaran Al-Quraan dan Sunnah ..Selamat Dunia Akhirat InsyaAllah…Jika kita tidak menghormati dan menyayangi SUNNAH NABI bukankah kita telah mengkhianati NABI ?? Anda Semua TAHU MOYANG2 kita dulu SIAPA? Adakah Mereka dulu BERMADU ?? ๐Ÿ™‚ Cerr singkap kembali atau brfikir sejenak dimanakah asal usul kita ??

    Bagi SUAMI :-
    # Memang betul LELAKI (KAUM ADAM) dibolehkan “bernikah” hingga 4 Isteri…TAPI..NABI kita bernikah lebih dari 1 ada Sebabnya…Anda pergilah beli buku mengenali NABI tau sebelum nak NIKAH…Setuju sangat kalau Lelaki ingin berkahwin lagi jika betul2 nak memnbantu kaum HAWA…Ingatlah..NIAT itu seperti SURAT, Jika tersalah Tulis Alamat, SURAT akan sampai ke tempat LAIN…

    BAGI ISTERI :-
    # Anda sememangnya PERLU BERSYUKUR kerana anda masih mempunyai seseorg yg menanggung DOSA ANDA walaupun SUAMI anda telah bernikah lagi …APA yg wanita RUNSING sangatt bila SUAMI nak kahwin lagi satu ?? JIKA ANDA adalah wanita yg TAAT kepada PERINTAH ALLAH, ANDA AKAN BIARKAN SUAMI ANDA kahwin lagi..INGATT…!!! JIKA anda melawan atau melakukan perkara membelakangi SUAMI, bermakna ANDA TIDAK takut dengan ALLAH SWT..ANDA JUGA TELAH Mencabar HUKUM ALLAH SWT…ANDA BERANI MELAWAN HUKUM ALLAH SWT?? Berani Buatlah… ๐Ÿ™‚

    utk isi2 dalam blog ini amatlah saya x bersetuju…ia membolehkan kaum hawa berfikiran negatif terhadap hukum ALLAH SWT…ingatlah..berpesan2lah perkara baik kepada umat islam yg lain…..

    Untuk Anda yg bergelar WANITA atau ISTERI yg telah berkeluarga Sila amalkan DOA ini InsyaAllah :-

    Ya Allah,
    Andai Suamiku ini pilihan-Mu di Arash
    Berilah aku kekuatan untuk terus bersamanya..
    Andai Suamiku inilah yang akan membimbingku di titian-Mu
    Kurniakanlah aku sifat kasih sayang dan REDHA atas segala perbuatannya..

    Andai Suamilu ini adalah bidadara untukku di Syurga Mu
    Limpahkanlah aku dengan sifat tawaduk akan segala perintah-Mu
    Andai Suamiku ini adalah yang terbaik untukku, Peliharalah tingkah laku ku
    daripada menyakiti perasaannya

    TAPI Ya Allah….
    Andai Suamiku ini ditakdirkan bukan untukku seorang
    KAU tunjukkanlahku jalan yang terbaik untuk kuharungi segala dugaan Mu..
    Andai Suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu,
    Limpahilah padaku kesabaran untuk terus membimbingnya…

    Andai Suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
    Kurniakanlah kekuatan untuk aku perbetulkan keadaannya…

    Andai Suamiku mencintai kesesatan, KAU pandulah aku
    untuk aku menariknya dari terus terlena…

    Amin…amin…aminn Ya Rabbal Allaminn…

    InsyaAllah ada Jalan…You Are Not Alone…REDHA….!!

  29. Nota untuk isteri.

  30. Klu berjauhan tiggal cam nak pastikan dia curang

  31. bukan smua btl pun..ini hnya meroskkn hub suami istri ja.baik utk brhati2,buruk utk salh sngka..

  32. BULLSHIT. Macam ko ni pandai sangat.

  33. Berdasarkan pengalaman…memang tepat sekali!

  34. Jgn ada rasa was2 n curiga antara berdua… setiap suami is3 mesti faham had dan limitasi pergaulan..lebih2 lg dlm social media..fb.. whatsaps..sms dll dlm sedar atau tanpa sedar.. mgkin akan melepasi had..jika terlepas had.. pasti salah seorang akn brasa hati.. tersinggung.. rasa dikhianati..lebih2 lg jika tinggal berjauhan kerana kerjaya…rasa kepetcayaanak iblis bernama dasim akn memainkan peranan sehingga anda bergaduh cerai berai..

  35. Ada tak info
    ciri2 isteri curang plk cmner?

  36. Pendek kate…perempuan kena pandai bawa diri.!
    Maksud saye, pandai pandailah berdiri atas kaki sendiri.
    Jangan 99% bergantung hidup pada laki.
    Maksudnye, bila oang pompuan boleh bedikari, dan dalam masa yg sama laki curang dan buat hal sepatutnya atau dah banyak sakithatikan si istri, SENANG SENANGLAH BUANGKAN ORANG TU DARI HIDUP.TAK BERBALOI PUN POMPUAN DOK MENANTI SAMPAI 10 KE 30 TAUN….ALAMAT DIRI SENDIRI YANG TERBUANG

  37. Kalau isteri mengamalkan sikap demikian …suami pula kena beringat…haaaaaaa

  38. memang betul la apa dlm blog tu…..semuanya berlaku….dlm 100% tu..hanya 1% saja lelaki yg tk curang…..nak kata bohong n tk betul? kena pda diri sdiri bru taw la…..

  39. Ni semua tanda2 admin ada masalah rumahtangga…. Bagi panduan pd kaum isteri supaya bersikap prasangka dn bersangka buruk instead off panduan menjaga suami. Memang secara tak langsung nk merosakkn rumahtangga org…

  40. Kalo isteri tu dh buat yg terbaik utk suami tp si suami tetap curang mmg teruk la perangai si suami tu. Tp kalo isteri jenis x bleh ditegur, queen control tu mcmana plak. Lg 1, kalo dia curang dgn perempuan tu mmg normal, kalo curang dgn lelaki tu yg abnormal…Bkn apa, menyampah dgn artikel yg sangat stereotype berkaitan dgn hubungan suami isteri ni. Seolah-olah semua suami tu mcm tu…ini pendapat saya lah..maaf kalo ada wanita diluar sana yg x bleh terima.

  41. perubahan dia atas ni berlaku juga pada perempuan yg curang…telah berlaku disekeliling saya..berhati2 lah wahai suami..

  42. Semua tanda2 tu ada pada saya.. tapi saya tidak curang terhadap isteri.. ini semua tidak benar 100%.. kecurangan saya hanya sebab mau peluang pergi mancing dengan member2..

  43. Be a stronger individual.. if he is not yours.. no point of keeping him.. let him go… we always throw away used toys.. kih kih kih

  44. Semua perkara diatas mmg berlaku… dlm perkahwjnan saya.. lelaki tak payah nak cover..

  45. That what was happened to my previous marriage all the aboved said is proven and 100% true enough

  46. Sebenarnya lelaki ke perempuan ke same je….yg penting dlm rumahtangga tu kene ade sifat saling memerlukn…jgn bile da ade org ke tiga tuding jari salahkn org..ape pon blk pd diri kite sdri…mungkin diri sdri ade silap…n pebetolkn same2…pendapat sy je…

  47. Boleh kahwin smpai 4 so apa masalahnya?

  48. apa salahnya kalau suami nak beristeri lagi? tak salah di sisi agama Islam. menjadi 'secret affair' berpunca dari isteri yg berkeras taknak dimadu. kalau isteri ada 'secret affair', memang salah di sisi agama.

  49. Semua diatas tidak betulll… lelaki nak curang tak payah tunggu semua diatas …

    • Haha.. aku setuju.. xpayah syarat bagai kalo nak curang.. tp blom pon terniat nak curang wlpn kbnykkn yg kat atas tu ada kat aku. itupun 2-3 kali pmpn ajak serius. aku tolak elok2 siap gtaw org rumah lg. kdng2 penyampaian tu betul tp pemahaman dan penerimaannya plak lain.. itu yg gaduh.. hehe

  50. Pada pendapat saya apa pandangan article ini bukan fakta yang sebenarnya. Jikalau dikata kan naluri seorang isteri sayan tidak boleh menafikanya sebab sebagai pasangan suami isteri mereka lebih faham dgn sikap masing masing.
    Jikalau seperti pass lock code, bawa telepon bibit ke tandas dan lain lain lagi saya rasa pandangan ini sangat tidak relevant . Zaman smart phone sekarang rata rata semua pakai pass lock code tak kira suami atau isteri. Jadi jikalau isteri ada password lock bermakna isteri ada scandal lain ke admin?? Kan pendapat ini boleh merumitkan keadaan rumah tangga. Kalau ke tandas bawak smartphone kebanyak kan orang main game atau selainya.
    Saya bole mengatakan pandangan admin tidak relevant cuma satu saja yang relevant iaitu “Naluri Seorang Isteri” itu benar sekali.
    Jadi admin sebelum post sesuatu article cuba rujuk dan tafsirkam dgn lebih matang..

  51. Aaahhh….lelaki klu dah jumpe yg bru …yg lame ni mcm2 la alasannye..sedangkan bini ni la yg bnyak berkorban tuk suami die

  52. Semua tanda ada kat hubby. Alhamdulillah to those hubby yg setia. Those yg defensive tu mungkin terasa. Bagi saya ujian ini diterima dgn reda wlupun sakit dibuat gitu. Tapi itu tandanya Allah sayang dkt kita dgn memberi ujian.
    Perkahwinan saya dah nak masuk 17 tahun n umur hubby pun series 40an. Selagi suami leka dengan hiburan luar dan mempunyai cita2 tinggi apabila dia dah dlm keadaan senang akan lupa dgn keluarganya yg senang susah bersama dulu. Memang dia bertanggungjwb memberi nafkah tapi tanggungjwb memberi ksh syg, ajaran agama n ambil tau sebgi anak, suami dan ayah diabaikan. Semua ni atas sebab ego yg tinggi kerna dia mampu.
    Tak aper… semua ini ada ujian. Jgn le nanti dah tua n tak punya ape2 baru ler ingat akan isteri dan anak2 dan menagih kasih. Lihat le contoh mengapa kdg2 ada bapak2 yg dibiarkan oleh anak2 mereka. Jgn lah disalahkn anak derhaka jika dahulu sianak tidah dipeduli oleh siayah sejak kecil. Ibu tidah akan menghasut tapi mereka sendiri pndi berfikir mengenainya.

  53. 10/10.. semua tanda2 tu benar belaka, berlaku kpd diri sendiri.. cuma skandalnya sesama lelaki..

  54. Aku yg tersakiti

    So true………!!!
    Masa mula2 baca artikel ni dulu mmg tak percaya langsung….still pikir positif….tp bila dah kantoi sendiri depan mata…..ohhh sakitnya hanya Allah shj yg tahu….semua ciri2 ni ada kat dia….tapi takpe…..what goes around comes around…setiap sesuatu yg berlaku itu PASTI ada hikmahnya……..

  55. artikel yang amat2 berguna buat orang perempuan. mohon share ya… tq

  56. IsteriYgSakitHati

    Sume ciri2 2 mmg btl…lelaki yg pendiam jgn sangke nmpk baik…smpai skrg sy mmg x sangke suami sy belaku curang blkg sy…idup2 sy d tipu…slame idup ngan dier sy x pnh sekat ape yg dier nk buat…2 mgkn silap bsr yg sy dh buat…mati2 sy pecayekn dier kalo ngan pmpuan bujang xpe nie ngan bini org…OMG…dlm hati nie Tuhan jerk yg tau demi anak sy kuatkn smgt utk trs hidup ngan dier…wlaupn dh dkt 10 bln belalu tp sakitnyer smpai skrg x bole hilang…kemarahan sy x lps lg…moga ade jln utk sy lpskn marah sy nie…

    • Same la kite…suami scandal dg bini org yg suka goda laki org…sy pon kuat semangat demi ank2…walopun sakit yg sy rase.

  57. suami curang x cukup bahaya lagi..
    isteri curang sampai mengandungkan anak skandal lagi bahaya..
    kalau kantoi memang tak boleh nak cakap apa la kan..
    kalau dapat cover..bela la anak tu walaupun bukan darah daging sendiri..
    so suami2 yang ada niat nak curang tu fikirkan la..
    sanggup ke terima kenyataan kalau isteri pun curang juga?
    skandal isteri dah jilat satu badan lepas tu kau pulak sambung jilat..

  58. Apa benda semua ni..kalau suami kita jadi mcm tu. Apa kita patut buat? Apakah kita kita patut menyangka sebalik nya terhadap si suami, dan apa pula akan jadi pada isteri kalau ia di katakan curang juga. Dunia bertamadun sekarang bermacam macam boleh berlaku baik lelaki yang bergelar suami atau perempuan yang bergelar isteri. Pasti perkahwinan itu hanya sekadar helah dunia . Islam mengajar kita kearah kebaikan. Rasullullah menjadi contoh yang terunggul tanpa tandingan. Tapi kita sebagai manusia di dunia bertamadun pasti banyak cabaran dan dugaan kehidupan.

    Saya akur sebagai lelaki,sifat ego amat hebat tapi tidak kah anda tahu bahawa sifat ego tu lah yang perempuan cari tanpa di sedarinya sampai jatuh hati. Seks bukan lagi menjadi pits stop , yang pasti para isteri belum cukup lagi dalam memahami isi hsti si suami sebenar benarnya. Jika tidak , mana mungkin perkara yang di luar jangkaan boleh berlaku. Sifat isteri yang selalu caring dengan cara menjengkelkan juga membuat mood si suami menjadi pudar dan tidak hairan dengan isteri. So , secara moralnya , isteri harus bijak menangani permasalahan ini. Dan bagi isteri yang kariernya agak hebat dari suami , ingat ingatlah . Suami tetap di tempat paling tinggi dalam islam. Rasullulah pernah berkata perempuan lah paling banyak ke neraka oleh sebab sebab tertentu semasa bersama suaminya di dunia dahulu. Saya bukan ustaz atau murabbi apatah lagi malaikat atau rasul.saya na’ie bukan mufti. Islam itu indah . Wassalam.

  59. Assalamualaikum. ..

    Sekadar berkongsi cerita dr pengalaman sendiri,kebanyakan ciri2 yg disebutkn diatas mmg dimiliki para suami,akan tetapi lebihlah elok jika diselidiki sedalam2nya sebelum menuduh si suami curang dan bermain kayu tiga.

    Setahun yang lalu hampir juga rumah tangga saya goyah dek kerana keegoan diri sendiri dan suami,mujur juga bukan kerana pihak ke 3,syukur Tuhan masih ‘membuka’ mata hati saya utk menyedari kesilapan diri dan suami,kebanyakkan ciri2 yg disebutkn diatas pula ada,yg terlintas dihati ” mungkin dia sudah x sayangkn aku lg…” itulah telahan diri aku sendiri,mengandaikan bahawa sidia telah sepenuhnya berubah hati… makin hari makin menjadi2 gaduhnyer…perkataan cerai sudah menjadi mainan bibir…hati sudah semakin tawar…semakin lama semakin payau…pahit…kelat…tiada rasa yg sama lg…hati sudah pasrah…dan menyerah…ape nk yg nk terjadi….biarlah terjadi…tidur pun jarang sekatil…jika dia dibilik aku senang tidur disofa…begitulah sebaliknya…walaupun begitu tugas rumah tetap dibuat demi anak…selalu kami bergaduh didlm bilik membuatkn aku tidak selesa utk duduk dekat dgn dia…seboleh2nya kami tidak mahu bertengkar didepan anak…bilik merupakan medan perang kami…lama kelamaan aku lebih suka buat hal sendiri….bermain laptop…main game…dan akhirnya terjerat cinta siber yg kukenali secara tidak sengaja. …dr borak biase kami berborak pelbagai cerita….hinggalah masalah aku dan suami…dia yg kukenali bukanlah org Malaysia ttp berasal dr India dan berkerja sbg Engineer di satu syarikat ternama di India..malah dia juga bukanlah seperti sesetengah lelaki yg dok control macho didepan perempuan…membuatkn aku yakin kami boleh bersahabat baik…hari2 yg aku lalui semakin indah warnanye…bertemankan FB dan Skype kami bertemu empat mata…malah sidia yg sudah beristeri semakin gila bila sanggup menelefon aku walaupun kosnye mahal gile…katenye ” it’s cheapest rate,dun worry abt it…” makin hari suamiku mula perasan aku tidak lg seperti dulu…aku menjadi pendiam dirumah…malah jika suamiku marah2…aku tidak lg mahu berbalah…yg aku lakukan cuma berlalu pergi ke dapur atau kerumah mami yg jaraknye sekangkang kera dr rumah aku…semakin hari semakin jauh…malah aku yg dulu bukanlah aku yg sekarang…dulu selebet skrg 24 hours pasang badan…org tgh angau la katekn…semua nk cantik dpn mambang…pernah suamiku tanye “ayang kenapa skrg ni?… jawabku “.. malas dan penat nk gaduh…suka hatilah ayg la nk buat ape…nk cerai talak 3 pon buatlah….hati dh kosong.. ” begitulah yg kurasa…penat bermati2an membuat dan menguruskan segala2 sendiri…suami lak asyik cari kekurangan diri…sana x kene…sini x kene…penat rasenye…mcm dh ‘KEBAS’ mcm dh x rase ape2 lg…umpama kaki yg kebas bila duduk lama sgt…lps tu rase mcm semut kecik gigit2…tp xle nk buat ape…just biarkan jer…begitulah rasenyer…suamiku mula carik akal nk tgk aku mcm dulu…beri perhatian…memanjakan dia….yg telah lama aku biarkn…dia buat suprise birthday party di seafood utk mengembirakan aku…dihadapan adik beradik dia aku tersenyum gembira menutup rasa lara dan duka…bermain wayang didepan semua…blik rumah seolah2 tiada ape…suamiku skrg menjadi x tentu arah…apa yg kumahu dia berubah. ..jd suami yg bertanggungjawab dlm keluarga tidak pernah aku meminta lebih dari itu…tp penerimaan dia seolah2 aku sepertinya menghina dia…sehalus lembut suara aku tiap kali bila berbicara…malah tengkingan yg aku dpt…diluah salah dipendam jd berdarah…sakit kepala otak aku…mmg suamiku jenis panas baran tahap maksima…tp setidak2nya dia x pernah naik kaki dan tgn…cuma selalunya perkataan yg diucap lebih byk ‘mencederakan’ perasaan…aku perempuan yg diajar santun dan sopan sedari kecil oleh ayah dan mami…ape yg boleh dilakukan tiap kali dimarah cuma menangis tanpa suara…menjerit dlm diam….perubahan diri aku amat ketara sehingga suamiku mula bertanye… ” ayang menyesal ke kawen dgn org…? Aku menjawab ” belum pernah terdetik lg rase sebegitu…tp rase letih sgt sbb semua serba serbi x kene…dh xde rase ape lg dh skrg….suke ati ayg la nk pikir ape.. ” rutin aku main game dan chat memlm bile suamiku tidur…dia mmg sedia maklum aku akn main internet setiap hari utk mengelakan diri dr bergaduh dgn dia…aku semakin ceria…makin rase dihargai..disayangi..kembang kuncup rasenye bile sidia yg puji…sedangkn suami aku sendiri dok ckp aku selekeh…makin hari makin indah rasenyer…rase mcm btol2 jatuh cinta kali pertama gitu…yg dia x penah jumpe pompuan mcm aku yg aku lak x penah jumpe laki cam dia yg ‘lain dr lain’ katenye…( org tgk mabuk cinta gitulah… )segala yg tersembunyi didlm hati semua diluahkn oleh sidia…sedangkn suami aku sendiri payah nk paham….makin menjadi2…tp hubungan jarak jauh ni x mampu bertahan…dia disana aku disini… ( inilah hikmahnya kenapa Tuhan memberikan aku jalan sebegini…utk menyedarkan aku dr mimpi…dan memperbaiki diri…) hampir2 saje sidia tinggalkn bini dia utk dtg sini jumpe aku…btol2 gilalah…yg aku lak cam terpana…biar btol…dia Hindu…aku org Islam…mane mungkin… sampai dia ckp.. ” soon I’ll becomes father for ur sons..” tp itu cerita org tgh mabuk kepayang…aku lak baru tersado…kate org johor…tergambar muke sedara mara..kwn2..yg dok bercerita perihal kegagalan rumah tangga aku dan suami…perghhhh x bole nk ckp perasaannyer bagaimana…segala2nyer berputar dlm kepala otak aku…yg disana Mr.Right yg disini Mr.Wrong…if I give my husband another chance..will he appreciate it?… aku bermonolog sendiri… or if I take this decision..what would happen to my kids? Both of them close with their father… I m thinking abt it for few days…if He comes here how will he survive? With different cultures different language different ppl…so many things playing on my head…once in my life I m just like….freeze…everything is not working…all memories playing back like a movies. …GOD what I m doing???? Aku mcm baru tersedar…Subhanallah….astagfirrullahalazim. …I can’t do this just because my husband doing that to me…for the first times in my life I m thinking with my brain….Allah Maha Besar…aku mula menjauhkn diri…dr sidia…membuat kn dia berfikir aku cuma ‘player’… sehinggalah dia sendiri yg memutuskn hubungan. ..sedih? Mau x sedih…He is good guy… he can read my mind without I say anything…but I m wife of somebody…He deserve me more than him…even my husband make a mistake I should not do this. .. Aku mula muhasabah diri…memikir knp semua ini terjadi…memang betul suami aku yg memulakan…ugut2 lg dgn perkataan cerai…tp sampai kesudah xde ape pon…malah buat suprise birthday party utk aku…makin lama makin ligat kepala otak aku mengingatkn segala kenangan yg pernah aku ada dgn suami aku…dlm diam aku memaafkn dia…dan berserah kepada Allah untuk hari esok…mungkin benar tuhan sedang menduga aku dan suami…kuat manekah kasih sayang kami berdua… aku mula tidur sebilik dgn suami aku…entah mcm mane suatu hari…entah ape mimpinya..bangun2 tidur trus pegang tangan aku…terperanjat aku dibuatnye…mane taknye..dulu kalo aku nk pegang ditepis2..rimaslah…itulah inilah…skrg nk pegang pulak…bile aku tanye knp? ” org mimpi ngeri. .. ayg tinggalkn org pastu ikut lelaki lain…” berderau darah aku..dipegang kejap2 tgn aku seolah2 kalo terlepas nnt aku hilang trus…dlm hati aku. ..sayang gak dgn aku igtkn bile kate “..kite bercerai jelah..” dia dh x syg…aku mula memasang akal…biarlah kali ini aku buat yg terbaik…jika jodoh x menyebelahi kami berdua setidak2nye nama aku akn slalu meniti dibibir dia sbg isteri yg baik…segala2 aku ubah…mcm slogan tu..INIKALILAH! pertengahan tahun dia bwk aku dgn anak2 bercuti…seronok tp gaduh gak lg…tp kerana percutian tu lah hubungan kami dpt diperbaiki… walaupun aku sebenarnye sudah pasrah dgn setiap keputusan…dan suami ku meminta peluang kedua…buka buku baru katenye..bile tgk aku sudah pasrah dan tidak mahu mempertahankn lg rumahtangga kami…bukan tak sayang tp perasaan yg cukup luka dan pedih…yg aku mahu tiada lg perkataan CERAI keluar lg dr mulut dia…sesusah manepun kehidupan aku dan suami belum pernah terdetik utk mengungkapkn perkataan keramat tuh….aku berkahwin bukan utk bercerai…byk yg di janjikan…mudah2an diperkenankn oleh yg Maha Esa.selepas sesi membasuh hati da
    n perasaan…terasa suatu tenaga yg luar biase…semangat nk memulakn hubungan baru…langkah demi langkah kami susun bersama…skrg tidur pun pegang tgn…sengol2 kat dapur pun dpt kene cium…dh mcm org br kawen lak…ya Allah manisnye bile kite ikhlas memaafkan…seolah2 jd org baru dilahirkn….yg suami lak manje kemain…menjadi gak strategi ‘MEMIKAT HATI SUAMI “…

    Nasihat utk para isteri diluar sana,

    Bykkn bersabar dlm melayari rumah tangga,keadaan setiap org tidak sama,layanilah para suami dgn sebaik2nye…kerna dia hanya pinjaman dr yg maha Esa,di Syurga para Bidadari sedang menantinya…
    Perindahkn tuturkata,rendahkn nada bila bersuara,pujilah suami walau pun hanye menolong mengelap meja,hantarlah dia hingga ke pintu setiap kali bila dia mahu keluar mencari rezeki,ciumlah tgnnye dan doakanlah dia..senyumlah semanis kurma bile dihadapan suami,layani suami sebaik2nye ditempat tidur,supaya bila dia keluar senantiasa anda dihati dan matanya,

    inilah yg saya cuba pratikan dan Alhamdulilah dgn izinNya ianya berjaya…hari raya yg cukup bermakna bile suami membelikan brg kemas dan gadget baru sambil mengukir senyum dibibir…subhanallah…
    senyum yg bukan dibuat2…senyum ikhlas yg meleret…Allah gembiranya dia walau duitnye habis…hanya kerana utk gembirakan isterinya yg tersayang…
    Terima Kasih Allah kerana memberi ujian ini…Terima Kasih Allah kerana masih memelihara jodoh kami…
    Tanpa kesilapan kita tidak akan tahu akan erti sebuah penghargaan…

    Buat Para Suami hargailah isteri anda,Di Syurga Bidadara sedang menantinya…kawen bukanlah tiket utk para suami melakukan sewenang2nye pada isteri…jgn igt mereka HAK MILIK KEKAL anda…jika anda mahu dilayani seperti Raja,layanilah isteri anda seperti permaisuri…anda buat anda DAPAT…

    Sekian

    Wassalam

  60. salam isteri-isteri…jgn dok kalut sgt dgn 10 tanda-tanda ni…tak der pun dalam hadis-hadis nabi atau ayat2 alquran…isteri wajib berhias untuk suami DAN tolong kejutkan suami untuk solat subuh berjemaah di surau/masjid setiap hari…inshaAllah rumahtangga bahagia…

  61. Artikel bodoh dan menimbulkan kecurigaan isteri-isteri pada suami yang mungkin berperangai begitu sebab kerja, dsbnya.

    Terlalu bernafsu atau langsung tidak bernafsu. Everything in between cannot be quantified. Perubahan sikap yang ketara, terlalu caring. What? Memang laki tu nak buat baik pada isteri.

    Saya trim misai, pakai smart, cuba caring pada isteri, tapi langsung takde perempuan lain. Hanya nak berubah sebab bukan lagi budak remaja untuk pakai selekeh dan layan isteri secara selamba. Romantik tak macho bukan lagi motto.

    Jadi perempuan2 yg baca ni, tolonglah fikirkan benda baik tentang suami korang. Tak pasal2 kalau kebetulan perangai diorang sama macam artikel ni, berkecai rumah tangga.

  62. “semua laki mmg mcm ni !!”
    kira Rasulullah cam ni gak ka? (Astaga)

    cuba sblm ckp fikir dulu knapa laki jd cmtu?
    laki ni ade EGO die trsendiri,tp dgn bini lah ego die bley down,

    pernah tak cik puan semua lakukan?
    pernah tak salam n cium tgn suami seblum kluar ka?
    pernah mengata depan suami ka?
    tak berhias ka utk suami?
    tak jaga badan ka?
    keje makan beli luar ka?
    puji n urut2 laki bila die baru blk keje?

    artikel ni pun satu, penambah RACUN dlm keluarga,
    dah zaman skrg susah nk kawen, seks bebas berleluasa,
    bila dah kawen bg plak artikel mcm ni,
    tak ke bodoh namanya.

    DOA adalah senjata terbaik mukmin,DOA lah n rintih kat Allah

  63. Mungkin betul apa yang dtulis tentang cri2 tu.. mmg hati isteri akan terluka kalau benar suaminya curang.. tp disni, kita jangan salahkan suami 100% kalo suaminya boleh berlaku curang..

    Lelaki sndri dibolehkan utk berkahwin 4.. ttpi kpd mereka yg mampu berlaku adil, dan tidak mnggkkan tgjwbnya sbg seorg ayh dan suami. Scra logiknya, perempuan mana yg mahu dimadukan?? Kongsi ksih syg?? Susah nk jmpa wlpun ada.. sy sndri perempuan n mgkin jg sush utk sy trima kalau dimadukan..

    Tp sebelum tu muhasabh dri kita dlu.. knpa lelaki boleh curang?? Mmg rmai yg hdung belang.. istri dah baik jg elok2.. tp dok lyn perempuan lg..

    Tp kita kna tahu, ada sesetengah kes, si isteri sangat biadap terhadap suami shggakan xde rasa hormat kpd suami dan keluarga si suami.. boleh maki hamun suami, mninggi suara.. mnta cerai krn alasan yg kcil .. kdg2 tu, si isteri bergji lbih tggi berganda2 yg mnyebabkam egonya pun naik tggi sggkan xde rsa hormat pada si suami.. jadi kalo kes begini, adakah salah si suami mula berlaku curang dan cuba mncri pengganti utknya??

    Kdg2 tu kita jgn judge something tanpa tahu apa yg sbnrnya trjdi dlm rumh tgga mereka.. yg kita tahu, trus blame org ketiga sbg perampas.. mslah rumh tgga, bukannya boleh cerita pda semua org.. jadi, jgn lah kita memandai2 nk slahkan sesiapa kalau xtahu cerita sbnrnya.. cuma, yg kita boleh buat, jga akhlak sndri.. in sya allah, suami kita pn berakhlak juga..

  64. sy alami semua cerita ini.. tika sy kenali dia lebih 10 thn.. n ngandungkan anak ketiga… nmpk ketara kuar mlm n bg alasan x dpt blk n tido di rmh.. namun… hati naluri n naluri seorg isteri.. x blh dinafikan.. tuhan Maha Adil n Mengasihi… Suami sy ditangkap dlm.hotel bersama seorg GRO.. Allah sj yg tau betapa luluh nya ht sy… sy rahsiakan dr pengetahuan semua…. saudara…specially anak2.. Anak2 x perlu tau apa yg sy tau n rasa.. Dan demi anak2.. sy maafkan dia.. sy sanggup terima dia kembali hya kerana anak2

  65. HaHa.. Saya mungkin bersifat macam ni bila isteri buat “perangai” bukan bila ada perempuan lain..
    lumrahnya lelaki tak suka diberi arahan, dicabar, dipertikai dan paling tak suka melayan benda remeh ๐Ÿ˜‰

  66. Sy telah mengalami semua yg d nyatakn d artikel tu,kini hidup sy bermadu,rumahtangga sentiasa d penuhi pergaduhan,lantaran tiada keadilan,dulu sy adalh seorg ibu tunggal berkwen dgn duda.tnpa d sangka suami dlm diam berkwen semula dgn x wive dia secara sembunyi,namun naluri es3 allah beri,sy berdoa kpd Allah jika benar dia curang tunjuk kn lh,doa es3 yg terinaya makbul,Allah memberi petunjuk pic pernikahannya sy lihat,hnya Allah saja yg tahu betapa hncurnya hati ni,setelah terbukti suami tetap menafikannya,bila kita menyakiti hati seorg es3 yg taat,setia dn patuh,rumahtangga yg d bina dgn cara sedemikian tdk juga bhgia,suami sering bercerita es3 nya itu minta dlepaskn,jika sy tidak d ceraikn,namun suami tetap tdk mahu melepaskn sy,ank pula yg d pergunakn oleh madu sy untuk menyakiti hati sy,suami utamakn ank2nya,rela sakiti hati sy demi menurut segala kehendak ank2,maka berlakulh pergaduhan antara sy dn suami,sy minta d lepaskn supaya hati sy tidak d sakiti,suami tetap dgn pendiriannya tdk akn melepaskn sy,kerana tdk snggup melihat sy hdup bersama org lain,kini keadaan suami tdk bg tu mengizinkn,pd sy lh suami bnyak mengadu,kesihatan suami juga semakin merosot sy lh yg bnyak ambil berat,kerana madu sy tdk kisah dgn keadaan suami mlah jika suami sy mati pun dia tk kisah,katanya ‘dh mati kwen lain lh buat ape nk bersedih’hati sy benar2 bersimpati dgn luahan suami sy,ternyata niat nya berkwen semula dgn suami hnya untuk menghancurkn rmhtangga sy dn suami,kini suami mula sedar yg mane kaca dn yg mane permata.Suami menyatakaan dia telah salah perhitungan….bila kita sentiasa memohon kepada maha pencipta,in shaa allah akn kita dpt hasilnya…kini segala masalah dia akn bercerita dgn sy,dia juga bnyak luangkn masa dgn sy,yg selama ini tdk d pedulikn,kerana es3 nya sentiasa tiada d rmh,keluar tnpa izin dn tnpa ketahui kemana.

  67. Maaf ye penulis blog ni..tulisan anda berbaur hasutan terhadap isteri2. Mmg
    xdinafikan ada benarnya point2 ni..tp bkn
    setiap kali blaku cmni tandanya suami curang. Penulisan anda menggambarkan
    seolah-olah ianya sudah pasti. Kalo penulisan ini punca bertambahnya keraguan si isteri kepada suami serta menyebabkan perceraian maka penulis tanggunglah dosa akibat perceraian yg berpunca dari penulisan ni.

    Satu lagi saya tgk ada sesetengah isteri dalam blog ni yang menjadikan situasi “suami pasang skandal” sebagai alasan utk mereka buat ssuatu yang boleh jatuh derhaka terhadap suami. Salah dah tu persepsi tu. Tiada satu pun alasan atau sebab musabab yang membolehkan para isteri melakukan sesuatu yg boleh jatuh derhaka terhadap suami. Selagi mana anda isteri dia yang sah selagi tula kena menjaga batas2 nya. Kejarlah keredaan Allah..jgn kejar kpuasan dendam kesumat.

  68. Blog nie dh mnimbulkn syak wasangka bg kaum2 hawa thadap suami mereka…hubgn.yg elok pn bole jd kacau…seeloknye padam la post nie..haru biru nk mjwb d dpn tuhan nnt…

  69. Suami curang… tu antara dia dgn Allah swt.. sbgi kaum hawa.. kita akn sakit hati.. tapi kembalikn kpd Allah swt.. semuanya akn ok..

    Teguran untuk admin blog ni.. apa yg anda tulis ok tapi x de bukti ilmiah.. ia berunsur hasutan kpd isteri2 yg baik. Kadang2 bila suami curang fikir balik apr dosa kita sebelum ini..

    Dan mungkin itu dugaan dari Allah swt.

  70. harini anniversary sy yg pertama..tp suami sy tiada disisi..mmg dok asing .saya kl dia melaka..2 3 bulan kebelakangan ni suami saya berubah seperti ciri2 di atas..saya malas tuduh..tp hati sakit hari2 gaduh dlm telefon.Tp harini saya jadi kuat..dan sya taknak fikir pasal dia lagi..lantak lah ape nak jadi pun..sy bnyak mengadu pada Allah bila hati sy terluka..sekian

  71. jgn difikirkan tanda2 tu sume..fikirkan iman tu sendiri…berkongsi suami tu halal..cuba filirkan.. dosa yang diterima berkongsi aurat. xpayah yg berat2..cukup hanya rambut dan susuk tubuh berbsju ketat dikongsikan untuk dilihat..lebih2 lagi di upload kat media sosial..hari2 beribu bukan muhrim menatap dan melihat sambil menambah dosa2 yg empunya diri.wallahualam..

  72. Assalamualaikum
    Lelaki nak curang bila bila masa sahaja dia boleh curang…walaupun xder tanda tanda yg kat atas tu…even he is 100% perfect he’s still looking for another one..so be perfect to fulfill the perfection.
    DOA…sentiasa berdoa kepada Allah…kita jaga hubungan kita dgn Allah…insyaAllah DIA akan jaga hubungan kita dgn Encik SOMI kita.
    Kepada yg dpt suami yg agak nakal dan curang tu..mawar harap berbanyaklah bersabar dan berdoa lah kepada Allah..permudahkan segala urusan dan tunjukkanlah kebenarannya…

    Alhamdulillah syukur kita ada suami kan…
    Nanti dah dia dah tiada nanti macamana agaknya…

  73. Salam,

    Entry ni nampak seperti info yg seronok di baca.tapi hati2 ye, punca keretakan rumah tangga @ perselisihan faham mgkin akan terjadi dan mgkin memburukkan lg hubungan antara suami & isteri selepas baca entry ni selepas mempraktikkan info di atas. Fikir:

    KENAPA?
    1) isteri akan bersikap lebih berhati2 & mula cari punca suami curang sehingga suami tidak selesa. Padahal sebelum ni tidak.
    2) ketidak kepercayaan isteri terhadap suami akan melampau
    3) mula bercerita tentang keburukan suami dgn org lain(dosa free)
    4) mula bercerita tentang keburukan suami dlm komen entry ni(free dosa lg)
    5) rumah tangga hancur walaupun suami tidak sekali pun curang (freedom for isteri)

    P/S : Fahami & selalulah berbincang dgn suami agar hubungan lebih mantap. Kepada sesiapa yg pernah gagal dlm perkahwinan, percayalah tidak semua lelaki curang & salahkan dia punca penceraian. Sebaliknya selami diri dan perbaiki diri sendiri atas kesilapan yg pernah di buat sebelum ini. Moga perkahwinan akan datang akan lebih bahagia dari sebelumnya.tq

  74. jgn lah kawin klu gini..risiko terlalu tggi..HAHAH..
    lelaki zaman skrng dh lain sgt…

  75. Suami saya ada tanda2 yang disebutkan..tapi sampai sekarang tak mengaku..sabar jelah..

  76. Jom layan cite SELAMAT PENGATIN MADU. Hehe

  77. Aku rasa artikel ni dari seorang pmpn jg. Mmg pmpn ni penuh dgn rasa ingin tahu yg tinggi. Pd aku pegang few tips simple. Kalau yg ramai komen ni Islam fikir basic asas. Qada’ dan Qadar. Kalau jd jgn terlalu negatif. Byk komen awal2 duk cite suami dia mcm tu.. Xsangka lah. Mmg xde sp knl anda. Tp anda buka aib suami anda msti ada sbb suami ada curang.
    Yg suami pun bab wanita yg hadir lepas perkahwinan ni mmg dugaan dlm hidup semua lelaki. Jgn krn dia curang anda yg isteri lupa sgl kebaikannya.
    Lastly ni mmg benda yg aku rs byk pmpn make mistake. Siasat utk tahu kebenaran. Pd aku sblm siasat tny dlu korg dh sedia nk tahu senario terburuk atau x. Rata2 ramai ug blm sedia tp, siasat. So dpt apa? Hati sakit. Kecewa, murung, bergaduh.. Yang lg teruk bercerai berai. Cite aib suami.. So, buat apa siasat kalau rs diri sndiri xblh handle. Bab tolak hukum Allah tu aku mls nk ilas ramai dh ulas.
    Cuma aku rasa sebagai wartawan yang waras xsepatutnya keluarkan artikel ni. Bkn nk suruh pmpn jd xpandai tp fikir action ko ni menyebabkan ramai pmpn2 yg belum ada pegangan atau kekuatan emosi utk handle benda ni. Lagi lah baik ko buat artikel psl bagaimana mengatasi situasi suami curang. Be a smart reporter. Not a cheap 1

  78. Sama-samalah kita kpd fitrah kejadian manusia. Baik buruk yg hadir di dalam hidup kita adalah ujian Allah krn Dia sayangkn kita serta mahu mengangkat darjat kita. Jadi janganlah kita byk mengadu domba. Kesukaran yg hadir juga ‘kifarat’ (istilah karma bg agama hindu @lain2 agama) bagi menyucikan dosa-dosa kita yg lalu. Jadi Alhamdulillah.. Bersyukurlah jija kita diuji.

  79. dah tkena..berulang2 kali kena tipu..bila gi pejabat kadi..br mengelabah..hurrmmm…

  80. Fahaman yahudi.
    Fahaman hindu.
    Fahaman budha.

    Dalam agama tersebut lelaki hanya boleh berkahwin sekali atau mempunyai seorang isteri.

    Dalam Islam tak pernah wujud perkataan suami yang curang atau main kayu tiga.

    Tidak bermakna lelaki muslim boleh suka2 nak berkepit dengan perempuan lain.

    Jika berkenan untuk menikahi lebih daripada satu.

    Fikir dengan mendalam jauh dalam sudut hati. Apa yang membuatkan hati nak berpoligami.

    Ramai yang nak poligami. Tapi tak mampu uruskan keluarga. Sumber kewangan.

    Major alasan. Kerana sunnah nabi. Isteri akan dapat payung emas diakhirat. Nak cita bab poligami memang pakar dalam agama. Tapi solat 5 waktu. Hurm tunggang langgang. Puasa? Mengaji?.

    Daripada fikir nak poligami. Baik fikir macam mana nak jadikan anak kita berjaya dunia akhirat. Macam mana nak bawak isteri kita ke jannah bersama kita.

    Sanggup habiskan duit nak poligami. Kenapa tak habiskan untuk menunaikan haji. Bawak anak bini tunaikan rukun islam ke 5.

    Nak mendirikan masjid kedua? Banyak lagi surau2 masjid2 sekolah pondok yang memerlukan bantuan kewangan. Tak rugi pun.

    Dalam poligami kena adil.
    jangan kerna nak kejar sunnah nabi. Kita yang masuk neraka kerana tak berlaku adil.

    Tanggungjawab makin berat. Sedangkan isteri yang ada pun tak mampu nak uruskan.

    Dalam madu 3. Lagu p.ramlee. isteri tua merajuk. Kawen dua. Kalau dua2 merajok. Kawen 3.

    Kalau semua merajok. Kawen 4. Kalau dh 4 4 merajok. Takkan nak ceraikan salah seorang. Nak kawen yg ke 5.

    Renung2kan.

  81. Salam, bagi pendapat saya apa pun riaksa terhadap pasangan kita kita perlu selidik dan tanya secara jujur dahulu tidak perlu terburu2 ntuk membuat keputusan yang negatif yang sering kita baca di internet ,setiap manusia mempunyai sikap yg berlainan mungkin seseorang itu tidak pernah mempunya skandal atau affair diluar tetapi sikap dia sahaja yang menampakkan begitu jadi kita perlu selidik secara terperinci sendri bertanya dan berbincang mungkin ada masalah lain selain masalah skandal atau affair ini. Jadi pendapat saya saling lah mempercayai satu sama lain dan memahi pasangan kita supaya masalah seperti ini tidak muncul jangan sesekali membaca fakta di luar dan terus menilai seseorang itu. Hanya kita sahaja yang akan kenal orang yg kita sayang. Terima kasih kepada admin yang berkongsi cerita ini. Harap maaf jika saya ada tersalah bicara. Salute.wasalam

  82. Semua list lelaki curang suami saya ada.tp tak tau la benar ke tak…nasib badan lan

  83. Ciri2 admin yg nk memecah belah kan rumah tangga org ni la dia.blaja pn x hbs nk tafsir hati manusia pulak.

  84. huhuhu,,sedih bila pikirkan.

    tapi kan, kalau kita wanita asyik pk negatif nanti mesti negatif jadinya.
    positif..positif..positif

  85. Assalamualaikum….

    Pertama kali sy nak mohon mf pd smua skira comment sy buat org trasa atau x suka. Terus terang sy gtau sy berkawin dgn ex playboy…sblm kwin suami sy mmg hot d klgn wanita….shingga kami bertunang pun msh Ada wanita tertarik pdnya. Org kata tiada angin xkan pokok bgoyang…Dan byk kli sy pinta perpisahan tp dia mmg xnk…Dan wanita2 yg meminati dia sdiri ada yg bjumpa dgn sy memberitahu yg suami sy caring, suka membantu tp xpnh ambil kesempatan pd mereka, ada yg minta maaf, ada yg minta agar sy lepaskan…sbb utama suami sy sorg yg caring giler2, peramah n berhalus bila berckp. Jodoh kami kuat agknya, orgtua pun byk mmbantu pthnkan hbgn kami. Sy plak bila da sedar yg keadaan sebegini, sy pun x pasti samada sy bole terima atau x klu hal2 camni tjadi slps kami bkawin. Dr situ sy mila knal redha dgn smua yg tjadi. Klau inilah dugaan Allah, in shaa allah pasti ada hikmahnya. Alhamdulillah skrg da hampir 10thn usia pkwinan kami….wlau sbhgian ciri2 curg ada dia, dgn plak history dia sy smmang tgalkan sdkit ketidakpercyaan pd dia. Dia mmg family man, syg ank2 n mmg akn keep SMS/call klu sy keluar smpai sy bosan. Klu sy tdo rumah orgtua sy atau dia outstation, kami akan bersms/calling2 cam org bcinta Dan sy tau dia sememang bosan tanpa sy. Tp utk hati2 mmg sy xkan pcya dia 100%…. Sy hny pcya n ykin dgn qada qadar Allah shj. Utk isteri2 kt luar Sana, sy nak share agar kita x stress dgn hal2 camni…
    1) jgn tgal solat n ingat Allah sntiasa ada utk apa yg tjadi sklipun
    2) jg diri Dan sygi sdiri
    3) jgn bhenti jd kekasih wlau da bgelar isteri Dan jgn bhenti jd isteri wlau da bgelar ibu
    4) bermanja,bergurau
    5) usaha berikan apa suami perlukan dan tahu bgaimana mnolak dgn elok jika d luar mampu kita
    6) anak2 pngikat kasih syg, fokus pd anak tp dlm perhatian psgn juga..

    ***sy adalah seorg isteri, ibu, pkerja, pelajar***

  86. Apa yg diterjemah kan ini ada betuinya..tp tak semua lelaki sama..allah tu unik..maka dia ciptakan hambanye juga unik..apa yg berlaku itu bukan shaja lelaki tetapi trmasuk juga wanita..asal nya pangkal dari hati..kalau hati takda iman maka nafsu akan mnguasai..maka mai kita sama2 tarbiyah dirri kita masing agar dpat jalan yg sentiasa diredhoi allah

  87. HanifSiti Castello

    ceh

  88. Pokok pangkal, tempat sorg is3 d cc suami.. jgn biarkn suami yg bkerja jauh trus berasa sunyi.. is3 perlu bkorban utk brd d cc somi selalu.. suami yg sunyi membuka ruang dlm hatinya utk wanita lain.. saya nasihat ats dsr pengalaman yg pnh dilalui.. is3 pula sibuk mengejar hal sndiri sedangkn somi bsusah pyh berulang alik setiap minggu yg byk mkn duit.. jika x kasihan pd somi, kasihanlah pd perhubungan yg dibina ats dsr cinta.. mana2 manusia pun pasti akn longgar imannya abdai digoda.. jgn slhkn somi.. jgn slhkn is3.. salahkn diri masing2 yg x bpegang pd jnj utk ssh sng bersama sblm kawen.. & kpd somi yg pnh curang pd is3 & yg sering menggoda is3 lelaki lain, seandainya anda tlh bjanji BERTAUBAT, patuhilah taubat itu krn itu jnj anda kpd ALLAH.. is3 anda mungkin x tau krn jauh, tp Allah SWT tu lihat sgala apa yg dilakukan.. kasihan is3 anda yg diperbodohkn dgn sumpah jnj anda… & is3 sedarlah, jika sekali pnh berlaku x bmakna xkan berlaku lagi.. anda sbg is3 perlu memainkn peranan..

  89. semoga kita semua berkelakuan baik,baik perempuan mahupun lelaki

  90. ade btol ade idaknya….tp yg pntg jgn cepat na bruk sagka. jew kjew nya….buat ape ckit da kata itu ini kat suami…sdgkam apew yg dia buat tu utk isterinye jgak…bkn utk sapa2…JGN CEPAT JATUHKAN HUKUMAN KAT SESEORANG…tnpa usul priksa…baru suami na brubah utk si isteri da kene tduhan mlulu…mcm mna suami na idop man mcm nie…kalau ade bini cenggini…xde supporting…sbb ISTRI YG SOLEHAH,ISTERI YG TAAT DGN SUAMI..(yg pntg still ikut syariat islam)

  91. jika iman tidak dipupuk dalam hati seorang suami, memang nafsu mudah luruh. jadi para suami atau isteri, pupuklh iman dalam keluarga. segalanya perlu jujur. hati perempuan jika sakit memang amat sukar diubati jika suami berlaku curang.

  92. Salam..saya mempunyai masalah apabila isteri saya membaca blog tuan. Segala kasih sayang saya tumpahkan pada isteri yg sgt sy cintai. Blog tuan menghujah perkara iaitu tanda suami curang. Betul saya membuat kata kunci di telefon sy tp bersebab dan isteri juga mengetahui kata laluan itu malahan sering kali isteri sy memeriksa kandungan di dlm hp sy. Kata laluan sy terpaksa buat sebab x mahu anak sy terhantar perkara atau sesuatu yg tidak ada kaitan dengan org lain terhadap keluarga sy. Ada kala anak saya akan terdail no org yg tdk sy kenali dan ini sebab sy memasang kata laluan. Salahkan sy membeli apa jua barang yg isteri mahukan? Tuan menghujah suami yang caring secara tiba-tiba ada org lain. Utk makluman tuan sy banyak bertugas di luar kawasan. Salahkah sy memanjakan isteri dengan barang yg dia inginkan? Salahkan sy caring? sy tidak pernah menyuruh wife pulang ke rumah ibu bapanya dan sy juga tidak melarang dia berbuat begitu. Tuan mengatakan naluri isteri kuat…tetapi tuan tidak menyatakan ada waktu ketika naluri mereka tidak stabil. kerana catatan tuan masjid yg saya bina akan runtuh. Saya minta tuan perjelaskan secukupnya apa jua catatan tuan dan akan difahami oleh isteri2 lain di luar sana.

  93. Apa dosa nye….. Klw suami curang isteri

  94. Adik i br bsalin 2 mggu anak pertama,suami kawin di bantam,memang nak kna hntam…

  95. Semua nya benar dan sama apa yang saya alami

  96. laa..i jadi takut nak kawin…

  97. Beserah kpada allah…jodoh ptemuan d tangan allah…ajal maut k tetuan allah…

  98. Huhu…tanda2 tu smua ada kt dy..

  99. laki aku ada sume tanda2 kt atas. bile tanye x ngako.. bile dh kantoi aku plk kena marah

    punye la nk cover aku plak kena blame mcm aku plk yg curang..
    paling terkilan curang ngan member aku sendiri dan pompuan gatal tu plk bini bestfren laki aku..

    mmg x blh blah..

  100. Sume da pd laki aku.. Laki aku dh brape kali curang ngn aku…last ritu die dh bersumpah xkan curang lg… Kali ni die curang lg…aku dh mls nk hidup ngn die lg… Mtk2 urusan aku dipermudahkan kelak…

  101. Assalamualaikum,

    Disebabkan article inilah rupanya isteri saya sudah syak yang bukan-bukan terhadap saya selepas 10 tahun berkahwin dan mempunyai 2 orang anak.

    Tak sangka segala kebaikkan , kasih sayang dan pengorbanan yang saya berikan selama ini dibalas dengan syak wasangka yang mengarut, hanya disebabkan article yang berbaur hasutan seperti ini.

    Hidup saya sekarang umpama banduan yang telah diikat dengan gari. Kini semua gerak geri saya diawasi dan membuatkan kami kerap bergaduh kerana soalan mengarut berbentuk syak wasangka dari isteri.

    Sedarlah, tidak semua suami curang pada isterinya. Saya sayang isteri saya sepenuh hati. Remuknya hati saya bila tau yang sikapnya berubah disebabkan article sebegini.

    Ya Allah. Jika inilah suratan-Mu terhadapku. Jika inilah yang terbaik untukku. Aku redha.

  102. Semua ada..cuma sy yg bodoh n terlalu trust sgt smp buta..lani dh terlambat.

  103. hahaha..lawaknya, semua takleh pakai…jangan tengok pada kesalahan suami bila diri sendiri pon tak nak buat apa yang patut, susah la, ini lah, tak nak lah, sibuk lah…mana la tak suami tu teringatkan kisah percintaan dulu, bila suami cuba, awak buat tak tahu, tapi bila awak nak cuba awak nak orang tahu betapa frust kalau tak menjadi. Suami tu ibarat tempat berteduh, zaman skang ni suami dah macam kuli dibuatnya, mana la tak orang tu memberontak. Kalau tak caya, tunggu mati nanti, kalau suami tak reda, padah la jawabnya..

  104. xsalah nak madu..tp terus terang la dengan isteri..klu isteri xrela di madu lepaskan lah isteri..isteri pun berhak mencari kebahagiaan sendiri…adil kan…kalau ada isteri yang sanggup bermadu xapalah…sesetengah wanita rela hidup sendirian daripada berkongsi..klu jodoh kamu dgn dia kuat…pasti mcm mn cara buat pun tetap xkan berpisah…yakin dengan Allah..bukan takut terus terang dgn isteri..jodoh perpisahan semua kententuan Allah.

  105. hati yang dilukai

    Salam..dulu sebelum kahwin dia seorang yang caring..terlalu sayang dn menyintai saya..bila mintak putus menangis sebab tak sanggup kehilangan saya..tapi selepas kahwin saya rasa ada something pada rumah tangga saya..dia selalu keluar malam..dia kata nak pergi beli topop lah..beli rokok lah..tp balik sampai 2 3 pagi..bila dia balik saya tanya pergi mana dia kata pergi minum kat kedai mamak tengok cerita best kat astro HBO..bila nak pergi mana2 mesti bawak handphone..bila saya suruh tinggalkan mesti dia akn padamkan simkad..entah lah saya pun tk tahu nak percaya kan dia lagi atau tak..sebab bukan sekali 2 dia cantoi menipu dah banyak kali dah..tapi bila saya mintak dia lepaskan saya dia tak nak..Tuhan menganugerahkan saya hati yang terlalu lembut cepat untuk memaafkan walau pun kesalahan itu terlalu besar..kadang2 saya terfikir berdosakah saya menyimpan perasaan curiga pada suami..?? Saya selalu berdoa pada Tuhan jika benar dia jodoh ku jauhkanlah perasaan prasangka buruk dalam hati aku ini jauh2..tapi jika dia bukan jodoh ku yang Engkau redhai..pisahkanlah kami dengan jalan yang Kau berkati..Amin..jadi pada wanita2 di luar sana yang terasa suami curang cepat2 lah ambil wuduk dan berwirit..maaf saya bukan nak mengajar..tapi sebagai wanita juga dan hamba Allah..saya patut mengingati..sya bukan nak bukak aib suami sendiri tapi sebab saya sendiri tak pernah jumpa jalan penyelesaiannya..harap wanita2 di luar sana bersabar dan banyakkan berdoa..Insyaallah..Amin..Salam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *