11 Tanda Bakal Suami Akan Bahagia Selepas Berkahwin Nanti

Walaupun ada pasang surutnya, setiap isteri inginkan suami mereka bahagia dalam melayari alam rumah tangga. Bukan mudah untuk lihat suami tunjuk sayang pada isteri.

Ketahuilah, 7 tanda di bawah ini menunjukkan suami anda bahagia hidup bersama anda.

Apakah tanda suami bahagia?

1. Selalu peluk & cium

Apabila dia pulang dari tempat kerja, dia akan menghadiahkan anda sebuah ciuman. Ciuman itu bukanlah hanya sentuhan di pipi tetapi lebih sensual dan intim. Anda boleh tafsirkan perbuatannya itu bahawa dia sangat gembira pulang ke rumah bertemu semula dengan anda.

2. Sentiasa call, SMS atau Whatsapp

WhatsApp menjadi penjalin hubungan lelaki dan perempuan
WhatsApp menjadi penjalin hubungan lelaki dan perempuan

Apabila dia pergi untuk urusan perniagaan, dia akan menghubungi anda setiap hari dan memberitahu betapa rindunya dia pada anda. Ada juga suami yang baru sampai pejabat, terus buat laporan, hantar Whatsapp pada isteri, “Ayang, abang dah sampai“. Sehinggkan ada teman sepejabat kata dia kena queen-control.

Hakikatnya, apabila seorang suami betul-betul bahagia berumah tangga, dia akan merindui isterinya dan ingin selalu bersamanya. Dia sangat setia pada anda dan anda juga tahu kebenarannya.

3. Selalu sebut ‘I Love You

Dia akan memberitahu yang dia mencintai anda. Dia akan mengulangnya setiap hari dan anda juga akan membalasnya.

Selepas beberapa tahun mendidirikan rumahtangga, ada isteri yang akan mula merungut “Awak ni, tak cakap awak cintakan saya pun”; dan kemudiannya dibalas dengan “Eh, awak ni. Kan saya dah cakap masa kita kahwin awal-awal dulu. Tak cukup lagi ke?”. Itu bukanlah perangai seorang suami yang bahagia. Dia suka menyebut selalu kerana dia dapat rasai perasaan cinta tersebut dan dia tahu anda amat suka mendengar kata-kata tersebut.

4. Ringan tulang

Tanda suami sayang isteri
Foto Kredit: atruesurvivor.com

Dia membantu anda menguruskan hal dalam rumah dan dia mahu meringankan beban anda. Dia dengan sukarela mengemas dan menguruskan rumah supaya rumah anda selesa didiami. Bukan itu sahaja, malah dia turut mendidik anak-anak untuk membuat perkara yang sama. Dia sedar bahawa tanggung jawab mendidik anak bukan terletak hanya di bahu isteri, tetapi juga pada dia.

5. Selalu puji isteri

Dia suka memberi pujian pada anda. Dia memberi perhatian pada anda dan segala yang anda lakukan. Anda perasan dia memerhatikan anda, tetapi dia tak mampu menghentikannya kerana dia sangat mencintai anda. Dia tidak pernah jemu melihat anda tidak kira apa jua perubahan yang berlaku pada diri anda. Janganlah asyi hamburkan kata-kata yang tidak sedap didengar seperti, “Awak ni, makin gemuk pulak abang tengok“.

6. Menjadi penenang

Dia akan memeluk erat apabila anda menangis. Apabila anda berasa kecewa dan sakit hati sehingga menyebabkan air mata anda mengalir, dia ada untuk anda. Dia akan cuba sedaya upaya memahami apa yang anda lalui walaupun kadang-kadang tidak sesempurna mana.

7. Perkongsian dari hati ke hati

Ini antara tanda suami bahagia yang sangat jelas. Dia akan berkongsi cita-cita dan kesedihannya dengan anda. Senang cerita, selalu ada sesi pillow-talk.

Perkongsian ini bukanlah sesuatu yang mudah baginya kerana dia perlu memberitahu anda supaya anda boleh menyokongnya dan membantu membina keyakinan dalam dirinya. Apabila dia terbuka untuk berkongsi dengan anda mengenai perancangannya untuk kerjaya, dia mengharapkan anda mendengar dan memberikan sokongan. Dia tahu anda satu-satunya orang yang memahaminya. Rasa cintanya pada anda sangat mendalam dan cukup untuk membuatkan anda memahami dan mendengar curahan hatinya.

8. Tidak marah kalau tak ‘dapat

Ada jenis suami yang bila isteri ‘period‘, dia hangin satu badan. Bila isteri tidur, dan apabila kejutkan tak bangun untuk ‘bersama‘, pagi-pagi akan muncung muka.

Wahai suami, isteri bukan boleh tentukan bila haid akan datang. Kadang-kadang, isteri penat buat kerja rumah sampai tertidur. Bukannya tidak mahu layan suami, cuma bila penat sangat, apa pun tak sedar.

Bagaimana kalau pantang 100 hari? Boleh tahan?

9. Tidak malu panggil Ayang atau Sayang depan orang ramai

Tanda suami bahagia ialah dia bersikap natural pada bila-bila masa. Ada suami yang control macho, tidak mahu tunjuk manja depan public. Ada yang panggil isteri dengan nama sahaja. Maka, suami yang panggil Ayang atau Sayang, atau apa-apa nama manja isteri tanpa rasa malu, itulah lelaki sebenar.

10. Tidak malu pegang tangan isteri depan orang ramai

Kadang-kala kita nampak ada pasangan yang sudah tua, tetapi masih lagi berpegangan tangan. Terus terdetik dalam hati, “Ohhh… sweetnyaaa….!“.

Ramai yang inginkan moment seperti itu. Ramai yang ingin kedut bersama-sama bila menginjak usia tua.

11. Selalu ajak solat berjemaah

Bila suami tidak ke masjid atau surau, dia akan ajak isteri solat bersama. Dia faham konsep jika solat berjemaah, dapat pahala 27 kali ganda. Oleh kerana sayangkan isteri, dia mahukan isteri mendapat pahala bersama-sama.

Akhir kata

Tanda suami bahagia
Foto Kredit: yummyyummybaby.com

Para suami yang membaca artikel ini, sila beri perhatian. Jika anda masih belum melakukan perkara di atas, inilah masanya untuk anda meletakkan isteri anda pada tempat tertinggi dalam senarai keutamaan anda.

Manakala kepada para isteri yang membaca artikel ini, terimalah dan hargai kebaikan yang diberikan oleh suami anda. Jadikan dia juga keutamaan anda dan anda akan menjadi pasangan yang bahagia yang membuktikan pada dunia bahawa perkahwinan adalah kebahagiaan, tidak kiralah pada waktu senang mahupun susah. Jangan asyik berfikiran negatif, selalu cari tanda-tanda suami curang pula.

Semoga berbahagia!

56 thoughts on “11 Tanda Bakal Suami Akan Bahagia Selepas Berkahwin Nanti”

  1. Indahnya perasaan seorang isteri apabila ciri2 ini ada pada seorang suami. Senanglah untuk melakukan perubahan dari masa ke masa di atas sikap ‘natural’ seorang wanita.

    Namun, fenomena alam rumah tangga itu adakalanya hujan dan cuaca panas silih berganti…selesai satu ujian, dan beralih ke satu ujian yg baru sesuai kemampuan.

    Sampaikan tanda bahagianya rasa sebenar itu, datang dari peristiwa (gaduh2, perbalahan kecik dsb nya). Tapi, kekuatan cinta dan sayang jika disandarkan kepada Allah…kebahagiaan pasti sama2 dirasa.

    Best ! Artikel ni antara artikel paling positif menyentuh sikap dan perasaan seorang ‘lelaki’

    Reply
  2. tentulah suami yg sama2 tolong segalanya.. buat bersama2.. tak semestinya kene sebut semua di atas tu.. sbb mmg ada jenis suami yg pendiam,.eh.. ke pendiam tu bahaya? heehhe

    Reply
  3. Ini cuma pandangan dari satu aspek sahaja. Ada suami yg x buat pun beberapa perkara di atas, still isteri masih rasa kasih suami pd nya. Hidup suami isteri kena ada byk sabar & tolak ansur, setiap pasangan ada cara masing2. Yg penting kedua2nya menerima pasangan seadanya dan kerana Allah…semoga semua di sini berbahagia dgn pasangan masing2. I love my hubby♡

    Reply
  4. Untunglah dapat suami baik camni suami saya 1 pun xda ciri kat atas tp as wife tanggungjawab kita laksanakan sebaiknya dapat redha allah je

    Reply
  5. Perkahwinan adalah satu proses saling melengkapi antara suami isteri. Jangan pula kalau takde ciri-ciri suami cam kat atas, ada isteri yang menjeruk rasa.

    Siapa tak mahu semua 11 ciri kat atas tu kan, tapi sebagai isteri, kene bersedia menjadi kesayangan suami.

    Bersyukur dengan rezeki dikurniakan pasangan, banyak memberi, tidak berkira dan kurangkan merungut, inshaa Allah bahagialah sentiasa.

    Admin, thanks for sharing. Memang best 🙂

    Reply
    • Saya sokong.. Terima la semua kekurangan dan cuba lengkapi satu sama lain.. Bersyukur kerana kamu masih punya suami.. Ada sahabat² lain yang teringin merasai kebahagiaan yg kita anggap kurang sempurna itu.. :).. Allahu, semoga kita akan menemukan kebahagiaan duniawi yang kita semua harapkan..

      Reply
  6. Adzlin Hana awak tak rasa apa saya rasakan, setiap layanan dingin…. jgn la meletakkn anak itu sebagai konsep kasih sayang, cuba letak sebgai contoh pelacur sorry to say tpi itu contoh terbaik, adakah pelacur meletak customer dia sbgi special dan dia hanya akan layan satu custumor dia, sebab itu sbgi suami ada letak duduknya di sisi isteri dan tuhan itu harus menjadi yg utama,…

    Reply
  7. Asdalsmualaikum… Giod ibfo tapi adakah semua ini hanya utk suami jer… Mayb x semua diatas dilakukan… Tapi adakah seorang isteri tau tanggungjawab dia.. Jangan disalahkan lelaki diatas semua sebab… Cermin diri dulu… Adakah isteri dh tunaikannya… Even gambar di screen handphone pun takde gambar suami…. Apapun ingat para idteri… Suami didahulukan dari semua aspek

    Reply
  8. Terapkan nilai ugama kpdnya. Klu mmg dia tau hukum, dia akan letakkan awak no. 1 dlm hidup dia slps Allah dan rasul… Cuba minta dia baca, awak pun blh baca buku Membina Hati Bahagia oleh Dr. HM Tuah…

    Reply
  9. Tak semestinya semua petanda ni tanda bahagia…manusia pun ada mcm2 jenis….ada juga yang suka tunjuk bahagia bila depan orang….bila belakang x begitu pun….ada juga yg kata, tanda2 pasangan ada kekasih, jadi telebih romantik…sebab nk kaburkan pandanga….kesimpulannya, semua org suka kalu dpt semua ciri di atas…bahagia itu datang dari hati…tanpa perlu dipamerkan….taa perlu rasa tidak dsayangi kerana yang penting kita menyayangi….erti hidup pada memberi…

    Reply
  10. Saya rasa niat awak perlu dibetulkan dan sama sama berubah ke arah kebaikan.nak samakan isteri dengan pelacur? Masing masing penerangannya pun berbeza..awak pilih dia..dan dia pilih awak…banyak banyak lelaki..dia pilih awak.so sama sama sedar. Off course anak memainkan peranan..hargailah orang lain jika kita mahu dihargai.10 tahun kahwin pun x bermakna awak dah mengenali dirinya.

    Reply
  11. Maaf kalau sy menegur ya.

    Apalah autoriti awak untuk impose nilai2 ini dlm mengukur cinta suami terhadap isteri.sesetengah wanita (dan lelaki) suka baca info2 cinta dr mereka yg hanya bercakap ikut logik akal dan berdasarkan pandangan/citarasa peribadi (seperti wartawan majalah wanita).bg mereka kata2 kamu kamu seperti wartawan majalah mingguan wanita adalah berautoriti (berpengaruh) sedang ntah mana2 dtg kepakaran kamu.sesetengah isteri2 (atau suami2) mudah terpengaruh dgn tulisan ikut logik akal seperti ini,sekali gus memungkinkan gelora yg tak diperlukan dlm rumah tangga kerana ia membangkit pelbagai perasaan termasuk inferior,suspicious dan pelbagai lg.jgn tulis sebarangan melain sdr ada kepakaran dan sanggup ambil tanggungjawab.elok juga bt peringatan diawal dan dihujung tulisan yg tulisan2 sdr adalah pandangan peribadi semata2.. thanks..

    Reply
  12. Suami saya sibuk,tp dia selalu bgtau ank2 dia bahagia dgn saya, carilah
    isteri mcm ibumu,nk g mane2 nk saya berada d cc nye, saya dapat merasakan dia bahagia bersama saya,tak perlulah ada semua tanda2 di atas tu,yg penting kita dpt rasakn dia bahagia bersama kita,setiap org ada cara tersendiri n manusia itu tidak sama

    Reply
  13. Abang kedua sy… kemain sayang sayang dengan bini.. depan orang terlentok lentok… memuji muji isteri.. rajin menolong isteri mcm sapu rumah, beli sayor beli ikan… tolong didapor.. siap pergi umrah lg bersama…
    tapi baru ni sibuk nak kawen lagi sekor…
    cis.. tak betul cara diatas…. auta..

    Reply

Leave a Comment