Home / 2-4 Tahun / 6 Tips Bercerai Susu Botol. Susu Badan? Ada Petua?

6 Tips Bercerai Susu Botol. Susu Badan? Ada Petua?

Ini adalah pengalaman saya sendiri di mana apabila anak-anak cerai susu botol, mereka akan tidur lena dan lebih mudah dikendalikan. Ramai yang bertanya bilakah masa yang sesuai untuk cerai susu botol sedangkan anak sudah menjejakkan kaki ke tadika dan bagaimanakah cara untuk cerai susu botol. Ada juga tanya petua paling efektif. In Shaa Allah, saya akan kongsikan di sini.

*Tip ini bukan untuk memberhentikan susu. Susu tetap boleh dan perlu diteruskan kerana susu adalah baik untuk tumbesaran. Susu masih boleh diberikan melalui cawan walaupun mereka sudah tidak meminumnya melalui botol.

 

Keburukan Minum Susu melalui Botol

Sebelum itu, kita perlu tahu, kenapa kita harus memberhentikan botol susu kepada anak-anak yang berumur 2 tahun ke atas? Di bawah adalah keburukan botol susu bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas:

1. Anak akan suka menyusu dan kurang makan kerana mereka sudah kenyang susu. Menghisap botol membuatkan mereka leka dan khayal.

2. Kebanyakan ibubapa yang mempunyai anak yang menghisap susu botol, mereka akan menjadikan botol susu sebagai cara untuk mendiamkan anak atau menidurkan mereka. Jadi apabila terjaga malam, ibubapa akan memberikan susu untuk menidurkan mereka semula, sedangkan itu bukan cara yang bagus untuk mereka.

3. Ibubapa terpaksa membawa peralatan menyusu ke sana sini termasuklah ketika melancong.

4. Tahap kesihatan anak yang menghisap susu botol juga tidak menentu jika ibubapa tidak menjaga kebersihan dengan sebaiknya. Penyakit yang selalu di hadapi adalah cirit birit.

5. Anak akan kerap bangun malam. Sebenarnya adalah normal bayi dan kanak-kanak bangun malam 4 hingga 6 kali. Tetapi jika kita memberikan susu setiap kali anak bangun supaya dia tidur semula maka dia tidak akan tidur semula selagi tidak mendapat susu.

 

Tips Bercerai Susu Botol

Percayalah, tips di bawah ini sungguh mudah. Kenapa saya katakan mudah? Ini disebabkan saya mengalaminya sendiri. Mari kita lihat.

1. Ibu mesti bersedia dan yakin

Cakap elok-elok dengan anak, bahawa dia tidak perlukan susu botol lagi. Biar dia faham. Contohnya, “Ummi yakin Wajdi sudah besar dan bersedia untuk berhenti susu botol!”

2. Jangan tawarkan selagi anak tidak minta

Jika anak tidak minta, buat apa beri? Bekalkan dengan air masak kalau perlu.

3. Lengahkan jika anak minta botol susu

Contohnya:

“Ummi, nak susu! “

“Boleh tapi Wajdi tolong Ummi dulu. Boleh?”

Kadang-kadang, bila kita lewatkan, anak jadi lupa. Lebih-lebih lagi bila seronok dan leka bermain. Bila haus sangat, dia pandai cari air masak sendiri.

4. Kurangkan kuantiti susu

Jika kita biasa buat 200ml pada satu-satu masa, kurangkan sedikit demi sedikit.

Malam minggu pertama: 200ml

Malam minggu kedua: 150ml

Malam minggu ketiga: 100ml dan seterusnya sehingga kita tidak menawarkan susu kepada anak.

5. Tidak membawa susu botol ketika berjalan-jalan atau melancong

Sebaik-baiknya, ibu perlu maklumkan kepada anak supaya dia bersedia yang tiada susu di sepanjang perjalanan. Bila anak tahu akan perkara ini, lebih mudah dikendalikan. Paling penting, tidak akan mengamuk saat kita seronok melihat pemandangan indah ketika melancong!

6. Gantikan sesi menyusu ketika sebelum tidur dengan aktiviti lain

Antara aktiviti itu seperti bercerita atau menyanyi sambil menggosok lembut badan anak sehingga dia tertidur. Janga pula sambil bercerita, sambil tengok ‘smartphone’ main Facebook. Berikan perhatian penuh pada anak.

 

Apa kesan positif selepas berhenti?

1. Anak akan mudah makan dan selera bertambah

2. Anak akan lebih berdikari

3. Anak tidak bangun malam/kurang bangun malam

4. Anak akan mudah diajar untuk tidak memakai lampin kerana kurang membuang air kecil

5. Ibu akan dapat tidur yang cukup

Kalau sesiapa ada doa cerai susu, mohon kongsikan dengan saya. Juga sesiapa yang ada pengalaman dan tips sendiri bagaimana pula bercerai susu badan, boleh kongsikan di ruangan komen.

Semoga ada manfaatnya untuk semua!

About admin

10 comments

  1. Saya nak tny, kalau la kita ceraikan susu botol, adakah akan mempengaruhi kadar pengambilan susu? Maksud saya, anak tk nk mnm susu. Anak akan stop lebih awl untuk susu, ada kemungkinan tk akan mnm susu langsung. Mcm mana nak mengatasinya?

    Terima kasih

    • Salam puan
      Cerai susu botol bukan bermakna kita berhentikan dia dari menyusu tetapi hanya menceraikan botol. Susu maish dan sangat bagus untuk diteruskan namun dengan menggunakan cawan. Sumber makanan tenusu juga boleh didapati dari makanan lain seperti yogurt dan keju.

  2. Salam…terima kasih, artikel yang sangat menarik, diminta admin boleh beri cadangan/tips/petua untuk anak-anak supaya tidak menghisap puting/jari dan tidak menggunakan lampin/pampers. maklum sekarang pampers makin mahal.

    Terima kasih.

    • sy ingin kongsi pengalaman sy disini…anak sy bru berusia 3 tahun lebih..ank sy berhenti menggunakan pampers sejak umur die 2 tahun lebih..maknenye sudah setahun tdk menggunakan pampers…kesabaran perlu ade dlm mengajar ank supaya ke tandas..mase mula2 sy practise..byk kali juga la ank asyik buang air merata @ selepas buang air bru die bgtau..tp itu semua normal sbb die msih x biasa lg..so setiap 1 jam sy akan paksa die ke tandas..selama sebulan sy buat begitu akhirnya die sendiri ke tandas..so sekarang sy dh x risau lg..jika die ingin buang air die akn ke tandas sendiri..try practise ank anda begitu…jgn marah die klu die buang air merata…

  3. Salam tips utk ceraikan susu badan mudah je amik seulas bawang putih di tumbuk sedikit…ambil air nya dan di sapu di atas puting buah dada nanti anak akan terasa pahit dan berbau busuk…tips ni saya gunakan pada anak saya yg akhir…alhamdulillah berjaya dan sekarang ni saya dah boleh tidur lena…

  4. Salam…semua tip yg diberikan boleh diprektikan.Tapi saya tetap akan berikan susu pada anak saya sehingga dia besar.Susu baik untuk gigi & tulang anak2 kita.Tapi bagaimana nak ceraikan susu & botol.Jika boleh nk tips untuk ceraikan botol susu.kerana ank2 ttp nk minum susu dlm botol bukan dlm cawan.

    • Salam puan Linda,
      Tip ini bukan untuk memberhentikan susu tetapi botol. Susu masih boleh dan perlu diteruskan kerana kebaikan susu tersebut. Susu yang sudah tidak diberikan melalui botol masih boleh diberikan melalui cawan. InshaAllah tip di atas telah saya praktikkan. Sehingga sekarang anak-anak saya masih meneruskan minum susu melalui cawan. Selamat mencuba

  5. As salam..nk Tanya pendapat kwn2 sume d sini.ank sy yg bongsu dh berumur 4thun.thun dpn nk msukkn tadika..hingga kini masih ag minom susu bdn.byk kali tukar susu tepong n botol tp masih tknk.cme stlh sy brkeje kurang sikit minomnya..dia cri susu waktu mlm nk tido atau pantang nmpk sy free je..dia kurang nk mkn.ade petua utk hentikan atau boleh sy teruskan hingga ank brhenti sdri?

  6. aslam,ank saya berumur 3thn,dy susah bgt diceraikan dari potol susu,kalau sudah mitak susu,hrus dksi g gitu dy nagis g brhenti2,mksh sekian

  7. terima kasih atas sharing..nak cba praktik utk ank sy yg dh 5thn tp masih susu botol hehe….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *