10 Tips Berjumpa Bakal Mertua Untuk Pertama Kali

Tips Berjumpa Bakal Mertua

Baca tajuk sahaja pun boleh buat hati rasa nervous. Betul tak?

Bagi yang rasa nervous itu, pastinya bakal jumpa mertua buat pertama kali. Sudah tentu dada rasa berdebar. “Dup.. dap…. dup…. dap”. Ada yang lebih teruk, siap tidak boleh tidur malam kerana terlalu takut memikirkan perkara ini. Takut jika mertua tidak boleh terima diri ini seadanya.

Semua orang tahu, perkahwinan adalah sesuatu yang indah. Namun sebelum mendirikan sesebuah masjid, perlu ada cara dan langkah yang tertib demi menjamin kebahagiaan yang berkekalan, dan juga sebagai memohon restu daripada keluarga mentua agar mendapat keizinan mereka dalam menjalin kemesraan antara dua pihak.

Di sini tips-tips yang paling kerap dilakukan diterangkan secara terperinci, berdasarkan di atas pengalaman-pengalaman yang di alami oleh semua bakal pengantin yang akan mendirikan singgahsana bersama yang tercinta. Walaupun hanya calon, belajar cara mengambil hati mertua, agar disayangi mertua selalu. Usah bertangguh lagi, ikuti tips bertemu calon mertua ini.

1. Rancang pertemuan

Ini tips berjumpa bakal mertua yang pertama. Faktor masa adalah penting dalam membuat temujanji atau aturan bertemu keluarga mentua. Kerana pemilihan masa akan menentukan keadaan dan suasana pertemuan itu. Elakkan pertemuan secara mengejut, atau datang bukan dalam waktu keraian. Pilihlah tarikh pertemuan seperti hari raya, kenduri kahwin saudara dan yang sewaktu dengannya.

Untuk lebih menunjukkan adab, biar pasangan kita yang aturkan pertemuan itu. Kita cuma ikut sahaja aturan dia.

2. Jaga penampilan diri

Tanggapan pertama keluarga mentua amat penting supaya mentua dapat menganalisa keperibadian anda sepenuhnya. Maklumlah, untuk menyerahkan kehidupan anaknya kepada anda, mereka perlulah membuat kajian sendiri juga tentang bakal menantu yang akan dikahwini oleh anda. Jadi berpakaian sopan merupakan kepentingan utama. Contoh berpakaian sopan yang paling ideal adalah baju kurung.

Jangan pakai yang terlalu menjolok mata. Ini bukan pameran fesyen. Juga janga terlalu formal siap tali leher, bagaikan di pejabat. Biar santai tetapi kemas.

3. Tunjukkan adab sopan dan kerajinan

Tips berjumpa bakal mertua
Foto Kredit: www.workingwonders.ca

Tunjukkan akhlak yang baik. Pertuturan yang baik dan sifat yang terpuji menggambarkan keperibadian anda. Untuk perempuan, ringankan tulang anda untuk membantu bakal mentua seperti memasak, mengemas, membasuh pinggan dan sebagainya. Bakal mentua juga akan menganalisa anda berdasarkan skil komunikasi, memasak, skil sebagai suri rumah tangga yang akan menjaga anak mereka kelak.

Untuk lelaki pula, jika ada kenduri, buat-buatlah rajin tolong goreng ayam. Jika ada keraian, ringakan-ringankan tangan angkat makanan dan dulang pada tetamu. Tentu akan ada orang berbisik-bisik, “Eh, siapa tu yang rajin angkat hidang. Tak pernah nampak pun”. Haaa.. nampak tak permainan ini?

4. Biarlah bersederhana

Tips berjumpa bakal mertua yang seterusnya ialah sentiasalah bersederhana dalam segala perlakuan anda. Ini kerana sifat bersederhana dituntut oleh syarak dan juga menyejukkan mata yang memandang. Jangan ada rasa bongkak diri atau bersifat berlebih-lebihan. Ini kerana mentua menyukai menantu yang tidak mempunyai sifat bangga diri dan sentiasa bersederhana. Ianya juga akan merapatkan silaturrahim antara kedua belah pihak. Untuk perempuan, elakkanlah bermekap tebal-tebal.

5. Jadi diri sendiri, jangan ‘fake

Ini adalah tips yang sebaik-baiknya dan perlu dijadikan tabiat. Ianya akan menunjukkan keperibadian anda yang sebenar kepada mentua. Sepertimana anda terhadap pasangan anda, begitulah juga layanan anda kepada mentua, cuma perlu lebih bersopan dan mengetahui batas-batasnya. Hipokrasi hanya akan mengundang syak wasangka dan memberikan tanggapan buruk dari pihak mentua.

Jangan sebelum kahwin nampak baik, selepas kahwin baru tunjuk tembelang!

6. Ada pengetahuan agama yang kukuh

Tips berjumpa bakal mertua
Foto Kredit: islam.com.kw

Ilmu pengetahuan tentang agama amat penting kerana itu adalah tunggak kebahagiaan dan kewajipan keluarga. Agama memberi panduan kepada keluarga dan pasangan ke arah kehidupan yang lebih bahagia di dunia dan akhirat. Selain itu juga, ilmu tersebut juga akan menjadi panduan kepada anak-anak yang akan lahir kelak.

Untuk lelaki, jangan sampai bakal mertua suruh baca doa makan, tidak tahu pula. Apatah lagi bila didorong ke depan untuk jadi imam solat, asyik geleng-geleng kepala. Jika mahu kahwin anak dia, kenalah tahu memimpin keluarga.

7. Soal-selidik pihak mentua

Sebelum berjumpa pihak mentua, eloklah membuat soal-selidik dahulu melalui pasangan anda. Ini kerana ianya dapat mengelakkan salah faham dan juga mengetahui cara yang betul untuk menambat hati pihak mentua. Tanya betul-betul, cuma jangan sampai pasangan rasa pissed-off.

8. Pandai membuka bicara/memulakan topik perbualan.

Dalam mana-mana skil komunikasi, pembukaan bicara adalah yang paling sukar dilakukan terutamanya apabila di dalam keadaan yang janggal. Setelah melakukan soal-selidik pihak mentua daripada pasangan anda, anda akan dapat gambaran apakah topik yang dapat dibicarakan bersama mentua. Cuba berbual secara spontan dan natural, supaya ianya tidak digambarkan seperti sudah dirancang dan diskripkan.

Jika tidak tahu mahu bual apa, cuba tanya tentang cuaca, “Macam mana minggu ini, panas tak?”. Atau, “Lama rasanya tidak hujan tempat saya. Kat sini hujan tak?”. Nescaya, akan panjang perbualan itu.

9. Bawa buah tangan

Buah tangan merupakan simbol penghargaan kepada pertemuan anda dan pihak mentua. Dari soal-selidik juga, anda dalam proses menambat hati mentua. Ianya juga dapat dijadikan topik perbualan seperti contoh, kalau anda membawa kek lapis, kemungkinan pihak mentua akan bertanya dari mana anda membelinya. Jikalau anda membuat sendiri, mungkin anda dan pihak mentua dapat berkongsi resipi atau tips untuk memasaknya.

Yang paling selamat ialah dengan bawa buah-buahan sahaja. Tanya pasangan, buah-buahan yang macam mana yang mertua suka.

10. Kenal-kenal dengan bakal abang/kakak/adik ipar

Ini tipps berjumpa bakal mertua yang terakhir. Dan ini antara yang paling penting. Jangan buat muka sombong. Cuba berbaik-baik dan kenal-kenal dengan bakal abang/kakak/adik ipar. Mulanya, mungkin ada yang nampak sombong. Bila bakal mak mertua kenalkan satu persatu, mungkin boleh jadi lebih rapat.

Ambil peluang untuk mengenali lebih rapat, kerana bila berkahwin dengan pasangan, kita bukan kahwin dengan pasangan itu sahaja. Kita kahwin dengan seluruh keluarganya.

Akhir kata

Tips berjumpa bakal mertua
Foto Kredit: mazuanabilasmiles.blogspot.com

Apa yang penting adalah niat anda yang suci dan murni dalam menambat hati pihak mentua. Banyakkan berdoa sebelum pertemuan dan biarkan proses pertemuan berjalan secara semula jadi dan lancar. Jikalau anda sentiasa tenang dan relaks dalam setiap situasi, pasti pihak mentua akan yakin dengan anda sebagai menantunya. Untuk perempuan, Norfanil ada sedikit tambahan tips berjumpa bakal mertua.

Bagaimana dengan anda? Ada pengalaman dan tips berjumpa bakal mertua? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.

10 thoughts on “10 Tips Berjumpa Bakal Mertua Untuk Pertama Kali”

  1. Saya dah jumpa bak mertua, dia sangat2 sporting. Dia tahu saya seorang yg selamber, lagi satu bakal mertua tu, memang cakap lepas tapi hati baik. Caring! Masa pertama kali, jumpa memang nervous giler!! Tapi, dia bahasakan dirinya 'MAK'. Dia saling taktumpah mcm ibu saya sbb terlalu caring.. rindu nak peluk dia and rindu bila dia ikatkan rambut jadi tocang. Hehehe pengalamanku. Terima kasih.

    Reply
  2. 1 tahun mnjalni rumah tangga sampai saat ini belom tau kalo aku adalah menantu dari emak mertua..ayah mertua…
    bila saya tengok gambar di bagi kan dengan suami dan madu… terasa hati sebagai menantu.tak mahukan …. kiisah mnjdi istri ke 2.. kadang merasa tersisih dari segi apa pun …
    Tidak berhak atas apa pun … kisah saya …. trimkasih

    Reply

Leave a Comment