5 Tips Berpantang Selepas Bersalin Caesar. Tak Gemuk, Boleh Slim Balik!

Kebanyakan wanita yang bersalin dengan kaedah Caesarean punyai kadar yang lebih tinggi untuk menjadi gemuk selepas bersalin.

Kenapa?

Salah satunya adalah kerana terbatasnya peluang untuk berpantang secara normal dan strict. Luka pembedahan di bahagian rahim itu perlu dijaga dengan baik supaya tidak terkena risiko infection, bernanah, jahitan terbuka dan sebagainya. Walaupun cuma terzahir luka di bahagian kulit, harus diingat masih ada 6 lapis jahitan tersembunyi di bahagian dalam.

Tips berpantang selepas bersalin Caesar (pembedahan)

Bersalin secara pembedahan bukan bermakna kita harus redha saja menjadi gemuk. Harap bertenang semua. Tak perlu terjun bangunan sebagai tanda protes tak boleh kurus. Jom kita cuba bahagian berpantang mana yang boleh dipraktikkan.

1. Berparam, jangan ingat ini zaman moden tak perlu guna

 

Tips berpantang selepas bersalin pembedahan
Foto Kredit: flowersoflifez.blogspot.my

Param adalah sejenis campuran herba yang boleh memanaskan badan. Zaman tok gajah dulu, param ni ditumbuk dilumat. Jenuh juga nenek-moyang kita nak buat. Tapi sekarang zaman senang. Pergi kedai jamu, dah siap set berpantang yang complete pelbagai jenama.

Angkat jari telunjuk dan tunjuk saja set mana yang anda nak di atas rak. Sekarang param ada dijual dalam bentuk losyen.

Sapu losyen param di seluruh badan, terutamanya bahagian perut. Kita akan rasa seluruh badan panas. Tapi hati-hati, jangan sampai terkena param di bahagian luka pembedahan kalau tak nak menangis tersedu-sedu tahan sakit pedih.

2. Minum air kunyit

Tips berpantang selepas bersalin caesar
Foto Kredit: cantikalamiku.com

Kunyit hidup dihiris-hiris dan rebus bersama sedikit asam keping. Pertama kali minum boleh meleleh air mata. Tapi sebab nak cantik kurus dan badan macam kerengga, gigihkanlah juga telan sampai habis. Sehari minum 3 cawan. Ya, selamat menangis.

Air kunyit ini elok untuk buang angin dalam badan. Suami-suami tak payah buat muka macam ada
bencana alam kalau isteri asyik kentut dan sendawa. Redha katanya.

3. Pakai bengkung, jangan degil

7 Amalan Berpantang Selepas Bersalin, Secara Tradisional!
Foto Kredit: bianca.embracinglabor.com

Bengkung yang berlilit-lilit bersimpul segala bagai tu sebenarnya lebih elok dari bengkung korset. Cara yang betul pakai bengkung adalah semasa berbaring. Tapi hati-hati dengan kawasan luka bedah. Selagi luka belum kering, elakkan dari pakai bengkung metutup bahagian luka sebab takut kulit berpeluh dan luka boleh terkena infection.

Bengkung lebih elok dipakai lepas badan disapu param supaya badan lebih panas. Tapi haruslah stress bila pakai bengkung sebab serba-serbi pergerakan terbatas. Nak jalan terkangkang-kangkang? Lupakanlah.

Anak sulung berlari buat onar dalam rumah? Redhalah bagai Redha Airways. Memang mencabar bagi sesiap yang berpantang seorang diri. Jangan sedih-sedih!

4. Haba

Tips berpantang sendiri
Foto Kredit: unahuchna.blogspot.com

Pastikan badan sentiasa dalam keadaan panas. Sentiasa berstokin, baju lengan panjang, dan lebih
elok jika pakai sweater atau baju tebal. Pernah duduk Antartik? Ya, gunalah jaket bulu-bulu tebal tu.

Pakai sekali bulu-bulu bahagian telinga untuk kesan yang lebih efektif. Untuk 2 bulan cuba jangan
ber-air-cond.

Jangan ber-ais. Bersalji jauh sekali.

Tapi jangan terlampau obses nak kurus sampai badan melecur. Jangan buat gila pergi terjun atas
periuk api pula.

5. Makan

Foto Kredit: greatermalaysia.com
Foto Kredit: greatermalaysia.com

Jaga pemakanan. Jangan makan makanan yang bersifat sejuk. Contohnya timun, tembikai,dan air sejuk. Juga jangan makan makanan yang mengandungi telur untuk mengelakkan luka bedah menjadi gatal dan bernanah. Baca resepi berpantang yang sudah ramai orang cuba.

Wanita yang bersalin kaedah pembedahan atau selalunya dipanggil Caesarean digalakkan minum sedikit jus oren untuk menyembuhkan parut luka bedah. Boleh minta konsultasi nenek-nenek atau jiran sebelah untuk tips-tips pantang cara zaman dahulu kerana cara dahulu lebih efektif.

Akhir kata

Tips berpantang selepas bersalin caesar
Foto Kredit: tumbuh-kembang.co.id

Kesimpulannya, nak cantik kenalah sakit. Confirm boleh slim semula. Dah kurus nanti jangan pula pakai seksi-seksi pula ya kakak-kakak semua.

Kakak-kakak yang lain, apa antara tips atau petua yang diamalkan? Boleh kongsi?

 

32 thoughts on “5 Tips Berpantang Selepas Bersalin Caesar. Tak Gemuk, Boleh Slim Balik!”

  1. Walaupun bersalin secara pembedahan, mesti ber BENGKUNG. Material bengkung pun perlu diambil kira..kalau kain yang tak bagus, peluh bertakung kat situ luka pun jadi kembang dan susah nak sembuh..sekarang ni ada cara mudah dengan hanya pakai bengkung moden Premium Beautiful Corset..bantu sembuhkan luka dalam dan luar. mudah dipakai, cepat, selamat dan terbukti berkesan..memang berbeza pengalaman berpantang dengan bengkung biasa vs bengkung pb..nak tau lagi, whatapps akk yea..013-3496050

    Reply
  2. Alhamdulillah sy mmg seorang yg tegas dlm berpantang.. Lahir anak ketiga secara caeser.. 100% follow pantang tok nenek zaman dahulu.. Telur mmg tak pernah mkn semasa dlm pantang sbb takut ade luka dalaman yg masih belum sembuh.. Masa preggy 63.. Selepas bersalin 48.. Alhamdulillah smpai sekarang anak no 3 tu pun dah 7 thn?

    Reply
  3. Masa sy berpantg cser dlu. Nk hilgkn kuning anak cpt sy mndikan dgn air daun kucai dn biakan dia kering sdri. 3hri hilg kuning. Pstu strt rebus mnjakani.kunyit hidup. Halba sikit. Gula batu. Halia. Cukup 5 hri tmpt opret kering xberbekas sbkn mnjakani tu. Boleh bangun mmg xrsa apa2 beebeza msa cser anak ptama cuma mkn ikan haruan je .mkn ikn hruan mybbkn luka tu berbekas dan bergulung.sy ada tye bidn2.katanya haruan mmg bagus.tp lw mkn tlalu byk mybkn luka bergulung dn jdi tbl dn xbaik dlm gulungan tu. Klu mkn 2 minggu sekali je. Atau semingu skli. Sekadar berkongsi pglmn:)

    Reply
  4. Xapa.. elok sgt utk bersihkan rahim.. klu time nak hbs2 priod tu lg elok minum dia kuakan sisa2 darah. Sy masih amalkan seminggu 2 atau 3 kli time mlm smbil2 tgk tv. Rebus skli dgn mnjkni tok kecutkn rahim dn halba tok kempiskan perut. Xnak kelat tmbah gula batu. Petua nenek sy. 🙂

    Reply
  5. Bert asal sy 45 lps bsalin 60 dlm tempoh sebulan bert bdn kurg byk skrg sy 47 kg. Y pnting nk kurus jgn tingl sarapan pagi. Penting. Dn jgn mkn nsi lps kol 6. Mkn biskut je.mkn bnda berkhasiat. Sayur jgn lupa mkn .ayam(kulit xboleh) ikan.. selmt mncuba ye.. sy dh cuba alhmdulillah berkesan dn anak sihat.. Jgn risau.selamat mencuba ibu2 🙂

    Reply
  6. Saya c section jg, langsung xde pantang bkn mls nak pntang tp orng mat salleh ni terlebih sains x pcaya semua tu. Sakit ati gak ar. Apa saya buat utk mmudahkn perut cepat susut ialah bagi ank saya susu badan bnyk2. Perut saya kene gam je xde jahit or staples.

    Reply
  7. Assalamualaikum semua…sy pregnant anak pertama…ketinggian sy cuma 153..skarang ni usia kandungan dh 39minggu…saiz baby 3.7kg…sy ni tkot sngt2 nk czer tp lg tkot nk bersalin cara normal sbb tkot sy xde kudrat atau berlaku koyak kan rabak yg teruk…betul2 dlm dilema….Ya Allah

    Reply
  8. Jgn risau, banyakkan membaca mengenai teknik meneran sms bersalin yg betul. Dptkn nasihat doktor n bidan atau wanita berpengalaman. Lastly hafal doa mudah bersalin. InsyaAllah selamat semuanya. Anak itu anugerah, bygkn wajah comel bayi akan hilang semua rasa negatif tu

    Reply
  9. Betul betul saya setuju tips diatas.. saya bersalin caeser, saya amal benda diatas kecuali param, hasil nya dalam sebulan berat badan saya turun dari 55kg jadi 45 kg..bulan seterusnya 43kg..ramai yg terkejut saya cepat sangat slim 🙂

    Reply
    • insyaAllah boleh lagi. Cuma kesannya mungkin lambat sebab lemak dah degil. 😀

      luka operate ni susah nak hilang 100%. Memang akan ada parut tapi kalau diusahakan insyaallah parut boleh pudar. tapi hilang terus tu susah kot.

      Reply
  10. Xde mslh. sy minum air rebusan ni pun lps je anak xde kuning.. dalam hri ke 5 pantang. Masa tu menyusukan anak.. alhamdulillah anak mmg xada apa2 efek pn.. tok luka y berulung tu pun x de efek lw minum air rebusan ni.. dia lg cept sembuhkan luka.. tp nak hilg kan bergulung tu mmg susah. Sy bnasib baik sb anak ke2 pun cser. Dokter buang gulungan tu.then pntang kedua sy minum rebusan ni x makan ikab haruan langsung.pati haruan pn tk.. cuma rebusan ni je. Cukup 5 hri minum air rebusan ni.. mmg xsakit dah.lgsung x rsa apa2 pedih kt tmpt opret.:)

    Reply
  11. Tu la sis, masa pantang aritu minum pati haruan n mkn sup ikan haruan smpai naik bintik2 merah kat kaki sy.smpai skrg rasa pedih operate masih terasa lg.xselesa bergulung.dgn perut yg besar mcm ngandung smula.rasa malu plk bila sdara n kwn2 tegur.inshaAllah sy akan cuba petua sis.thanks sis sudi respon komen sy

    Reply
  12. Huhuu tulah.. sy pun dah merasa mcm tu. Malu org tegur "prgnt lagi ke?" Stress je. In syallah boleh. Y pnting kne paksa diri sdri.klu mls nak rebus xada masa. Smlm tido mlm basuh dn rendam 1 keping asm gelugur dgn gula batu dalam gelas.simpn dlm peti sejuk. Balik kerja boleh minum.elok jugak.asm gelugur y xkering sgt. Goodluck ye.. 🙂

    Reply
  13. Bersalin pembedahan pun boleh berbengkung, tujuannye untuk support perut yang menggelebeh tu..jadi tak lah bergesel dengan tmpat luka. Material bengkung kena pastikan yang boleh serap peluh dan tak panas.

    Reply

Leave a Comment