17 Tips Masuk Rumah Baru. Sebelum Masuk Buat Apa?

Memiliki rumah sendiri memang menjadi idaman semua lebih-lebih lagi yang lama duduk menyewa. Bagi yang menyewa pula, mungkin mencari angin baru.

Namun, banyak yang perlu diuruskan sebelum memasuki rumah baru demi mengelakkan tekanan di saat-saat perpindahan.

Tips masuk rumah baru

Tips masuk rumah baru
Foto Kredit: shrewsburyhouses.co.uk

Saya pecahkan kepada dua bahagian agar lebih senang faham.

A. Sebelum masuk rumah baru

Sebelum berpindah keluar, pastikan anda sudah:

1. Cari lori

Atur temu janji dengan syarikat lori agar proses mengangkut barang berjalan mengikut waktu yang ditetapkan. Kami cadangkan, guna thelorry.com kerana sangat mudah dan menjimatkan.

2. Buat label pada kotak

Label semua kotak dengan cermat supaya anda tidak pening kepala apabila mencari barang yang ingin digunakan

3. Buat checklist

Buat senarai semak perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum dan semasa berpindah. Adanya senarai semak ini, anda dapat membuat kerja secara sistematik dan terkawal.

4. Asingkan barang ikut kategori

Jangan main hentam keromo. Asing barang yang berharga seperti barang kemas, komputer riba dan sebagainya dalam tempat selamat dan tidak bercampur dengan kotak lain.

5. Ingat sambungan kabel perkakasan elektronik

Ambil gambar sambungan kabel di perkakasan elektronik seperti komputer, tv ataupun sistem bunyi, sebagai rujukan. Satu hal pula jika anda terlupa yang mana satu sambungan wayar dan kabel yang betul!

6. Beritahu tuan rumah

Jangan main keluar rumah macam itu sahaja. Hantar notis kepada tuan rumah sebagai makluman hitam putih yang anda tidak lagi terikat dengan kontrak penyewaan.

7. Selesaikan hutang yang ada

Bebas hutang dengan tiada tunggakan sewa mahupun bil. Jika ada, jadilah penyewa berhemah dengan memaklumkan kepada tuan rumah.

8. Update alamat terkini

Kemas kini alamat dengan bank dan syarikat utiliti agar serahan surat dan bil dihantar ke alamat baru.

9. Bersihkan rumah yang ditinggalkan

Pastikan rumah ditinggalkan dalam keadaan bersih dan berkunci. Pastikan untuk memulangkan kunci pada tuan rumah.

tinggalkan alamat baru dan nombor telefon kepada jiran agar tidak terputus silaturahim meskipun sudah tidak tinggal berdekatan.

 

B. Semasa masuk rumah baru

Sewaktu berpindah masuk ke rumah baru pula, anda perlu:

1. Laungkan azan

Bagi yang Islam, digalakkan melaungkan azan sebaik sahaja memasuki rumah yang dibiarkan kosong terlalu lama lebih-lebih lagi rumah baru yang belum pernah dihuni.

2. Tidak mengganggu jiran

Kerja pemindahan biasanya dilakukan pada waktu cuti. Sebaiknya, elak daripada terlalu bising sewaktu melakukan kerja pemindahan supaya tidak mengganggu jiran sebelah rumah yang sedang berehat di hujung minggu.

3. Periksa pili dan sumber elektrik

Buka semua pili di dapur dan bilik air untuk memastikan adanya pengaliran air. Periksa juga sama ada elektrik berfungsi dengan baik. Anda juga yang susah jika tiada bekalan air dan elektrik.

4. Tiada halangan di laluan

Alihkan wayar, kabel atau apa sahaja yang boleh mengganggu pergerakan keluar masuk sewaktu memindahkan barang untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

5. Kira semula kotak

Jangan lupa periksa bahagian dalam lori untuk kali terakhir bagi memastikan tiada yang tertinggal. Semak semula checklist dan pastikan semua kotak sudah dibawa masuk.

6. Terus susun barang

Jika ada kabinet dan almari dalam rumah, terus susun barang dan pakaian ke dalamnya. Biarlah penat satu hari daripada menangguh kerja. Ajak ahli keluarga lain membantu sama.

7. Periksa keselamatan

Oleh sebab anda belum biasa dengan kawasan perumahan baru, elok dipertingkatkan kawalan keselamatan di setiap ceruk rumah.

8. Berkenalan dengan jiran

Jangan sombong. Luangkan masa berkenalan dengan jiran sekeliling. Mana tahu anda mungkin memerlukan bantuan daripada mereka satu hari nanti.

Akhir kata

Tips pindah rumah baru
Foto Kredit: twopointfivekids.com.au

Tahniah kerana dapat masuk rumah baru. Tidak kisah samada rumah sendiri atau rumah sewa.

Cuma ingin diingatkan, rumah baru, maknanya environment baru. Kena sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Selamat menempuhi alam baru!

Leave a Comment