7 Tips Membersihkan Rumah Secara Mesra Alam. Mudah & Berkesan!

“Dah lama betul aku tak kemas rumah. Bukan malas sebenarnya. Tapi, tangan aku ni sensitif dengan bahan pencuci, lagi-lagi yang kuat bahan kimia. Sebelum apa-apa, baik aku tanya Mak tips membersihkan rumah guna bahan semulajadi. Tak adalah rosak kulit tangan ni lagi.”

Ya, kebanyakan sabun pencuci yang sedia ada di pasaran banyak mengandungi bahan kimia. Bagi yang mengalami masalah kulit sensitif, apabila bersentuhan dengan bahan kimia ini boleh menyebabkan kulit gatal-gatal, mengelupas dan kemerahan.

Sebab itu ramai yang mula beralih arah pada sabun pencuci mesra alam yang mengguna bahan semula jadi, lebih-lebih lagi kerana ia sangat selamat untuk bayi.

Tapi, tahukah anda sebenarnya kebanyakan bahan pencuci mesra alam ini boleh didapati dengan mudah di rumah. Malah, bahannya murah dan sangat berkesan.

Foto Kredit: merchantcircle.com
Dengan menggunakan agen pencuci semulajadi, kulit bayi pun kurang terdedah kepada bahan kimia. / Foto Kredit: merchantcircle.com

7 Tips Membersihkan Rumah Secara Mesra Alam. Mudah & Berkesan!

Berikut tips membersihkan rumah menggunakan bahan semulajadi yang anda mungkin tak tahu.

Meskipun lebih bersifat neutral dan semulajadi, ia mampu bertindak sama seperti sabun pencuci yang mengandungi bahan kimia misalnya:

1. Lemon

Sebagai pengganti kepada bahan peluntur atau klorox, anda boleh menggunakan perahan lemon bersama sedikit garam.

Caranya: Campurkan ½ cawan jus lemon ke dalam ½ cawan air. Tambahkan ¼ cawan dengan garam.

Siram pada dinding dan lantai jubin. Biarkan selama 10 minit atau sehingga keluar kerak-kerak hitam pada lantai. Bilas dan ulang sekali lagi. Ia juga berkesan menanggalkan kesan hitam pada papan pemotong atau chopping board.

tips membersihkan rumah
Foto Kredit: okchicas.com

2. Cuka

Satu lagi bahan semulajadi yang boleh bertindak sebagai agen pencuci adalah cuka.

Caranya: Campurkan air dan cuka pada kadar 1:1 . Kemudian tuang dalam botol spray.

Setiap minggu, semburkan cairan tersebut pada permukaan yang kotor seperti tandas. Kesan hitam yang selama ini susah ditanggalkan akan mudah hilang.

tips membersihkan rumah
Foto Kredit: thebalance.com

4. Air Panas

Tips membersihkan rumah dengan menggunakan air panas sangat sesuai untuk membersihkan periuk yang melekat dengan kesan masakan. Anda juga boleh menanggalkan karat hitam atau kerak yang tertinggal pada permukaannya sejak sekian lama.

Caranya: Rebus air dalam periuk besar dan masukkan setengah cawan soda penaik ke dalamnya. Kemudian masukkan penapis ke dalam periuk. Kesan minyak dan kotoran akan perlahan-lahan tanggal dengan sendirinya. Apabila semua kotoran tiada lagi, alih periuk dan tutup api.

Boleh juga masukkan separuh cawan cuka untuk menanggalkan kerak-kerak degil yang masih melekat.

cara hilangkan karat kuali
Foto Kredit: wittyfeed.com

5. Soda Penaik

Selain bahan di atas, bahan yang turut popular untuk digunakan sebagai agen pencuci yang efektif adalah soda bikarbonat atau serbuk penaik.

Caranya: Masukkan soda penaik dalam botol spray bersama sedikit cuka. Apabila soda penaik sudah larut, masukkan setitik sabun cecair.

Goncang biar sebati dan sembur pada bahagian yang kotor. Biarkan selama 10 minit atau sehingga kering. Untuk mempercepatkan proses pengeringan, buka kipas.

Kalau nak bersihkan kotoran degil, gunakan pes baking soda dengan mencampurkan sedikit air. Nak guna untuk putihkan baju pun boleh.

soda penaik tips membersihkan rumah
Foto Kredit: rebeccaloyd.wordpress.com

6. Mustard

Mustard adalah bahan yang biasanya digunakan dalam salad sebagai dressing. Tapi, jangan guna yang itu. Cari dry mustard boleh dijual dalam bentuk serbuk.

Ia boleh digunakan sebagai agen pengilat bagi bahan-bahan perak dan logam.

Caranya: Campurkan soda penaik dan dry mustard dalam ratio 1:3. Lap pada peralatan perak yang ingin dibersihkan. Hasilnya permukaan peralatan peralatan akan nampak seperti baru!

tips membersihkan rumah
Foto Kredit: theweavingideas.com

7. Arang

Selain membersih, tentu kita juga mahu memastikan agar rumah tidak berbau kan?

Arang adalah salah satu bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk menyahbau yang tidak menyenangkan.

Caranya: Masukkan beberapa ketul arang dalam bungkusan yang berlubang seperti beg plastik yang dilubangkan atau beg kain yang boleh mengalirkan udara.

Foto Kredit: eleganthomes.xyz
Foto Kredit: eleganthomes.xyz

Senang sangat!

Amalkan tips membersihkan rumah ini untuk menggantikan sabun atau pencuci bahan kimia yang terlalu kuat.

Ia bukan saja memudahkan kerja, malah agen pencuci mesra alam DIY ini selamat digunakan dan tidak memberi kemudaratan pada kesihatan.

Leave a Comment