3 Tips Bahagia Dunia Akhirat Bersama Pasangan

Terdapat pelbagai faktor yang menentukan kebahagian sesebuah perkahwinan.

Tetapi, 3 tips rumah tangga bahagia yang utama adalah Kejujuran, Kasih sayang dan Keperihatinan, serta Hormat-Menghormati.

Bercinta selepas kahwin
Foto Kredit: alia-ali-ahmad.blogspot.com

Bagaimana Pula Dengan Cinta?

Cinta akan hadir setelah 3 prinsip utama ini diaplikasikan dalam sesebuah rumah tangga.

Untuk sesebuah cinta itu hadir, bukan sebarang cinta – tetapi cinta yang penuh keharmonian, cinta yang kekal mekar sepanjang zaman, cinta yang semakin dalam seiring usia yang semakin meningkat, cinta yang semakin harum mewangi saat masa diluangkan bersama.

Oleh itu, 3 prinsip ini perlu dipegang oleh kedua-dua pihak dalam sesebuah rumah tangga.

tips rumah tangga bahagia
Foto Kredit: muslimmatters.org

3 Prinsip Menggapai Bahagia Perkahwinan, Walaupun Penuh Ujian

Kejujuran, Kasih Sayang dan Keprihatinan – mendahulukan keperluan pasangan sebelum diri sendiri, serta Hormat Menghormati perlu wujud terlebih dahulu.

Kecantikan luaran akan hilang dimamah usia. Itu sesuatu yang pasti berlaku mengikut hukum Allah.

Tiada manusia yang semakin hari semakin cantik. Maka, 3 tips rumah tangga ini yang akan memastikan sesebuah perkahwinan itu kekal bahagia dan harmoni.

1. Kejujuran

Kejujuran itu adalah menyatakan apa yang kita rasakan seperti mana kita rasai, bukan seperti yang diharapkan.

Cara untuk curang
Foto Kredit: huffingtonpost.com

2. Kasih Sayang & Keprihatinan

Kasih Sayang & Keprihatinan itu adalah memberikan layanan yang terbaik kepada pasangan kita kerana kita tahu dan sedar, kita adalah tempat bergantung bagi pasangan kita.

Foto Kredit: http://www.redbookmag.com/love-sex/relationships/advice/g1431/fix-bad-marriage-habits/
Foto Kredit: www.redbookmag.com

3. Hormat-Menghormati

Hormat Menghormati itu pula adalah dengan kita menghargai nilai kepercayaan yang diberikan oleh pasangan kita, sehingga dia membenarkan kita berada di dalam lubuk hatinya yang paling dalam.

Ketiga-tiga prinsip ini dapat dilihat dalam kehidupan Sahabiah yang mulia, Ummul Mukminin, Khadijah Binti Khuwaylid bersama suami tercinta, Muhammad bin Abdullah, Rasulullah.

Foto Kredit: thoughtcatalog.com
Foto Kredit: thoughtcatalog.com

Tips Rumah Tangga Melalui Kisah Agung

Dari ‘Aisyah, Ummul Mu’minin r.a, katanya:

Wahyu yang mula-mula turun kepada Rasulullah saw, ialah berupa mimpi baik waktu beliau tidur. Biasanya mimpi itu terlihat jelas oleh beliau, seperti jelasnya cuaca pagi. Semenjak itu hati beliau tertarik hendak mengasingkan diri ke Gua Hira. Di situ beliau beribadat beberapa malam, tidak pulang ke rumah isterinya. Untuk itu beliau membawa perbekalan secukupnya. Setelah perbekalan habis, beliau kembali kepada Khadijah, untuk mengambil lagi perbekalan secukupnya.

Kemudian beliau kembali pula ke Gua Hira, hingga suatu ketika datang kepadanya Al Haq (kebenaran atau wahyu), iaitu sewaktu beliau masih berada di Gua Hira itu.“Malaikat datang kepadanya, lalu katanya, “Bacalah!” Jawab Nabi, “Aku tidak pandai membaca.”

Kata Nabi selanjutnya menceritakan, “Aku ditarik dan dipeluknya sehingga aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca. “Bacalah !” katanya. Jawab ku, “Aku tidak pandai membaca. ” Aku ditarik dan dipeluknya pula sampai aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca. “Bacalah!” katanya. Ku jawab, “Aku tidak pandai membaca.” Aku ditarik dan dipeluknya untuk ketiga kalinya, kemudian dilepaskannya seraya berkata: “Iqra’ bismi rabbikalladzi khalaq. Khalaqal insaana min ‘alaq. Iqra’! Wa rabbukal akram. (Bacalah dengan nama Tuhan mu , yang menjadikan. Yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Demi Tuhan mu Yang Maha Mulia.)

Setelah itu Nabi pulang ke rumah Khadijah binti Khuwailid, lalu berkata, “Selimuti aku! Selimuti aku!” Lantas diselimuti oleh Khadijah, hingga hilang rasa takutnya. Kata Nabi saw. kepada Khadijah (setelah dikhabarkannya semua kejadian yang baru dialaminya itu), “Sesungguhnya aku cemas atas diri ku (akan binasa).”

Kata Khadijah, “Jangan takut! Demi Allah! Tuhan sekali-kali tidak akan membinasakanmu. Engkau selalu menghubungkan tali persaudaraan, membantu orang yang sengsara, mengusahakan (mengadakan) barang keperluan yang belum ada, memuliakan tetamu, menolong orang yang kesusahan kerana menegakkan kebenaran.”

Subhanallah. Sungguh indah kisah cinta keluarga bahagia Rasulullah saw bersama isteri tercinta, Saidatina Khadijah.

Tanpa Kejujuran mana mungkin Saidatina Khadijah mampu membenarkan suaminya tinggal berseorangan di dalam Gua Hira’, meninggalkan dirinya sendirian di rumahnya.

Tanpa Kasih Sayang dan Keprihatinan, mana mungkin Saidatina Khadijah melayani suaminya dengan baik dan mentaati baginda tanpa sebarang persoalan. Tidak pula beliau beliau berkata sepatah perkataan melainkan terus menyelimuti baginda seperti yang diminta.

Tanpa Hormat-Menghormati pula, mana mungkin Saidatina Khadijah boleh mampu mengeluarkan kata-kata yang menenangkan Suaminya, mendorong dan memuji suaminya dan memberikan sokongan penuh saat Baginda memerlukan beliau. Saidatina Khadijah juga yang menjadi sandaran di saat orang lain menggelar Baginda sebagai ‘gila’ dan ‘tidak siuman’ sepanjang dakwahnya.

tips rumah tangga
Foto Kredit: nicefun.org

Hayatinya, Semoga Dapat Mengambil Pelajaran!

Banyak lagi tips rumah tangga yang kita boleh telusuri dengan menghayati sirah para Isteri baginda, Serikandi di sisi Rasulullah saw.

Semoga Allah mudahkan kita untuk mengamalkan segala yang kita pelajari dan tempatkan kita bersama- sama baginda di Syurga Firdaus kelak. Amiin.

 

 

 

 

Leave a Comment