Cara Mencegah Bayi Kuning
Seringkali kita terdengar bayi yang baru lahir menghidap jaundice atau demam kuning. Kadangkala kasihan melihat bayi yang baru lahir terpaksa berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Ditambah pula dengan keadaan ibu yang masih belum sihat sepenuhnya. Lebih teruk apabila ibu dan bayi terpaksa di tahan di hospital kerana harus menjalani rawatan fototerapi. Jaundice terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan.
Bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi kerana mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadangkala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu. Jaundice tidak merbahaya kepada bayi tetapi akan menjadi bahaya jika tidak dikawal lebih awal. Mungkin petua dan amalan yang akan kami kongsikan ini dapat membantu para ibu untuk mngelak dan mengubati jaundice.
Antara amalan ibu mengandung yang boleh mengelakkan jaundice :

1. Makan 3 sudu madu tanpa air atau meminum air madu 5 sudu setiap hari.

2. Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari. Seelok-eloknya semasa sarapan dan sebelum tidur.

3. Mengamalkan minum pati delima paling kurang 500ml sehari

4. Mengamalkan makan buah kurma sebagai sarapan

5. Amalkan minum air kelapa muda setiap hari ketika hampir bersalin. Di samping baik untuk bayi, air kelapa juga dapat mengelakkan jaundice.

6. Suami digalakkan mengusap perut isteri sambil berselawat sebanyak mungkin.
Amalan di atas sesuai jika ibu sedang mengandung. Jika anak sudah lahir dan ditakdirkan bayi kuning, baca artikel kami tentang cara mengatasi bayi kuning.
Semoga bermanfaat!
Saranan yg amat berguna kepada ibu2 dan bakal ibu2
tq amat berguna.. 🙂
Alhamdulillah, dua2 ank x penah kena kuning waktu lahir.minum air kelapa mmg favorate..
bagus untuk bakal ibu… ank kita hampir sebulan baru bebas dari kuning….
Very useful… sy akan praktikkan petua2 yg diberi.
mommies yg berminat nk amalkan susu kambing boleh pm sy k.ada perisa asli & coklat.TIADA rasa hamis
Alhamdulillah, baby sy yg ke-3 mmg tiada jaundis..sy xamik apa2 suplemen pun.seingat saya..semasa pregnant, sy mmg byk mkn buah dan sayur.kuantiti yg berganda.setiap meal mesti 2 jenis sayur dan buah2 mmg wajib. Alhamdulillah..smpai nurse kt klinik minta petua
Hebatnya…makanan sunnah juga including..
Info bermanfaat.. tq.! Blh amalkan tuk pregnant kali ni… tp mmg suka mkn buah ..
Fadley Bakrin
Syed Izham
satu lagi amalan family sy….minum air ribena ms preggy sampai nk beranak….In shaa Allah dgn izinNYA…kt hny berusaha…slmt mencuba….
Aleeya Abdullah… Ahmad Saffwan Abdullah
Nik Suhardi Nik Ibrahim..ingat dehhh
Nurul Fienaz
Terbaik.bukan senang sebenarnya nak ubati kuning. Terima kasih.
Fadzli Perang
Honestly, kebanyakan yang disaran mmg saya amalkan, tp anak sy tetap prolong jaundice…hmm..
Perkongsian yang sangat bermanfaat. Saya minta izin share di blog saya ye!
e