Tips Anak Pintar
Mempunyai anak bijak adalah impian semua ibu-bapa. Namun, tahukah anda bahawa proses mendidik anak jadi pintar boleh dilakukan sejak dari dalam kandungan lagi? Ibu-bapa perlu memberikan perhatian yang penuh pada bakal bayi yang bakal lahir. Jika ketinggalan dengan entri sebelum ini, jemput baca petua didik anak pintar yang kami kongsikan sebelum ini.
Secara asasnya, untuk menjadikan anak pintar:

1. Berikan nama yang baik
Benar! Sebelum lahir lagi, berikan nama yang baik untuk bakal bayi. Ajak bayi berbual bersama-sama kita. Semasa Trimester 1, mungkin belum ada apa-apa lagi. Apabila mula masuk Trimester 2, usap perut dan selalu berkomunikasi dengan bayi.

2. Berbicara dengan bayi
Jika sudah ada nama, panggillah namanya. Ucapkan kata-kata seperti, “Sayang, ini mama ni. Mama sayang sangat adik. Mama tak sabar nak tunggu adik keluar. Nanti besar jadi anak yang soleh/solehah ya. Patuhi perintah Allah. Jaga mama dengan ayah baik-baik”. Kadang-kadang, tanpa sedar, seakan-akan bayi memahami bahasa kita. Tindakan refleks seperti menendang perut akan membuat kita tertawa sendirian. Pada Trimester 2, bayi sebenarnya sudah mengenali suara ibu mereka. Jadi, selalu-selalulah berkomunikasi dengan mereka.

3. Bayi mahukan sentuhan ayah juga
Ayah mungkin tidak dapat merasa ‘tendangan’ si bayi. Cuba dekati perut ibu, ucapkanlah sesuatu yang baik-baik untuk bayi. Untuk lebih keseronokan, mungkin si ayah boleh merakam suara dan kata-kata, dan dengarkan menggunakan ‘headphone’ pada perut ibu.

4. Dengarkan ayat-ayat suci Al-Quran
Jika sudah puas bercakap dengan bayi, si ayah juga boleh mengalunkan ayat-ayat Al-Quran pada bayi. Jika ada kelapangan, solat berjemaah dengan si ibu. Selesai solat, baca Al-Quran bersama-sama. Andai ada masa terluang, bahkan dalam kereta sekalipun, dengarkan ayat-ayat suci selalu pada bayi. Mudah-mudahan, apabila besar kelas, boleh menjadi seorang hafiz/hafizah.

5. Bacakan cerita pada bayi
Selain Al-Quran, jika si ibu membaca buku-buku ilmiah yang lain, bacakan sekali kuat-kuat. Biar si bayi dengar akan isinya. Mudah-mudahan terang hatinya selepas keluar nanti. Rangsangan dan sentuhan pada bayi amat penting dalam membina ‘bonding’ antara keduanya. Berbual dan berceritalah selalu dengan bayi. Apabila ibu dalam keadaan gembira, begitu juga bayi. Elakkan ‘stress’ kerana secara tidak langsung, bayi akan merasa tekanan itu juga.

6. Penuhi keperluan nutrisi dalam pemakanan
Bakal ibu perlu makan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Ini kerana, setiap nutrisi dari makanan itu, akan sampai pada bayi. Yang penting, pastikan sumber rezeki adalah dari sumber yang halal. Elakkan membeli menggunakan wang dari sumber yang diragui seperti rasuah. Ia akan mengalir dalam darah bayi tersebut. Makan makanan seimbang untuk kebaikan ibu dan bayi.

7. Penerimaan dengan hati yang terbuka
Si ibu perlu bersyukur ke hadrat Ilahi kerana bakal dikurniakan seorang anak. Hati mesti ikhlas menerima rezeki dari Allah. Kadang-kadang, ada ibu yang kurang bersedia untuk menimang cahaya mata. Ada juga yang menolak cahayamata akibat faktor ekonomi. Jika berfikiran sedemikian, cepat-cepat kita buang jauh-jauh. Penerimaan ini penting kerana ia membabitkan emosi dan hubungan antara ibu dan bayi. Secara tidak langsung, emosi negatif ini akan sampai pada bayi. Kekalkan elemen positif sepanjang hamil.
Kenapa bangsa Yahudi bijak?
Namun, pernahkah anda terbaca bahawa bangsa Yahudi juga melahirkan generasi yang bijak? Kebetulan kita sedang berbincang tentang perkara ini, apa kata kita singkap sekali apa rahsia mereka.

1. Ibu akan membuat latihan matematik dan muzik
Untuk merangsang otak bayi, dikatakan ibu ini akan menyanyi dan bermain piano. Si ibu dan ayah akan membeli buku matematik dan menyelesaikannya bersama-sama. Semestinya soalan-soalan yang sukar. Latihan matematik yang di lakukan sewaktu bayi di dalam kandungan dipercayai dapat melatih otak bayi untuk menjadi lebih bijak. Latihan ini di lakukan sehingga bayi dilahirkan.

2. Pemakanan yang istimewa semasa anak masih dalam kandungan
Pemakanan ibu mengandung juga berbeza. Dikatakan juga, mereka gemar memakan kacang badam atau ‘almond’. Jangan ingat Almond London semasa hari raya sahaja. Mereka juga makan kurma bersama susu, roti, ikan tanpa kepala dan salad yang digaul bersama pelbagai jenis kacang. Diberitahu, daging ikan adalah amat baik untuk perkembangan otak bayi. Kepala ikan dipercayai mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan perkembangan dan penumbuhan otak sewaktu bayi di dalam kandungan. Juga menjadi kewajipan kepada mereka untuk mengambil pil minyak ikan sebagai nutrisi tambahan.Kebiasaannya, mereka makan buah-buahan dahulu sebelum nasi dan karbohidrat lain bagi mengelakkan merasa mengantuk dan lemah untuk memahami apa yang dipelajari. Sama seperti ajaran Rasulullah SAW, mereka tidak menyajikan ikan bersama daging, bagi mereka tidak elok di makan bersama.

3. Pemakanan yang istimewa semasa anak membesar
Dikatakan, anak-anak Yahudi diberi makan buah-buahan, kacang badam dan pil minyak ikan.

4. Mempelajari bahasa asing sehingga fasih
Sekurang-kurangnya 3 bahasa yang dikuasai oleh kanak-kanak Yahudi, iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris. Dengan faktor geografi yang hampir dan dikelilingi negara Arab, mereka mempelajari bahasa itu.

5. Mempelajari alat muzik
Mereka dilatih sejak kecil untuk mempelajari bermain alat-alat muzik seperti piano dan biola / ‘violin’. Pemahaman yang diperlukan untuk seorang kanak-kanak memahami nota-nota dan kod lagu akan membuatkan kanak-kanak itu lebih bijak. Dikatakan, dengan bermain muzik, seperti belajar bahasa, otak kiri dan kanan akan dirangsang sepenuhnya.
Tips… 🙂
The best info!
Assalamualaikum??maaf bertanya,tidak salah ker menggunakan petua dari bangsa yahudi?
Tak salah..cara pemakanan je..jgn ikut perangai yahudi..sbnrnya cara yahudi tu asalnya nabi dh ajar sejak dulu lagi…
Amalkan membaca surah Luqman, Surah Yusof, Surah Mariam. Selepas tamat solat fardhu selepas salam muka menoleh ke kiri, si ibu hendaklah membaca SubhanaAllah wal hamdulillah waala ilah haiillahlaaAllahu waallahuAkbar, SAMBIL TANGAN KANAN menyapu perut dengan berdoa dalam hati, usapan pertama, Ya Allah sempurnakanlah kandunganku, usapan kedua Ya Allah jika lelaki jadikanlah anak yang soleh, jika perempuan jadikanlah anak yang soleha, dan usapan ketiga Ya ALLAH PERMUDAHKANLAH AKU KETIKA MELAHIRKANNYA. SYUKUR AMALAN INI YANG SAYA AMALKAN SEMASA MENGANDUNG DAN MELAHIRKAN KELIMA-LIMA ANAK. ANAK-ANAK PENYEJUK MATA, JIWA DAN PENENANG HATI.Amin dan syukur.
Terima kasih buat Ustazah Sapiah yang telah memberi saya ilmu tahun 1986 ketika saya mengandung anak sulung di SMK Ahmad Boestamam, Sitiawan, Perak.Moga Allah sahaja memberkati kehidupanmu Ustazah.
gud info
Banyakkan beribadah pada Allah ♥
Pupuk sifat mahmudah dlm diri ♥
dah buat experiment ni.. dengan izin Allah ianya menjadi… Alhamdulillah.. Semua atas kehendak Allah, kita hanya berusaha dan xde kuasa…
sharing
good tips ✨
Azimah Kamal
hi…tips yang memang baik..mohon untuk share…:)
nice sharing:)
tips yg baik untuk digunakan utk masa akan dtg.
Terima kasih atas perkongsian ini…saya ibu muda yang masih belajar untuk memberikan yang terbaik untuk anak2..
Artikel yang sangat baik…tidak boleh dipertikaikan lagi minyak Ikan adalah salah satu lagi pemakanan terbaik untuk otak…
insyaalah boleh try mengamalkan makanan kekacang dan selesaikan masalah matematik selepas ini. Ada juga saya dengar buat soalan matematik yang mudah (yang boleh congak untuk dapatkan jawapan). inyaallah kita hanya mampu berusaha yang terbaik untuk anak-anak. =)
ALhamdulillah.. tips yg sangat bagus
Alhamdulillah utk info, yang penting kita berbalik pada ajaran Rasulullah SAW dalam mendidik. JOM SAMA2 AMALKAN
MENDIDIK ANAK-ANAK MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W., ANTARANYA ADALAH:
1. Umur anak-anak 0-6 tahun (Kasih sayang)
Pada masa ini, rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan menganggap anda sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka .
2. Umur anak-anak 7-14 tahun. (latih displin diri dan tanggungjawab)
Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai disiplin dan tangungjawab kepada anak-anak.
• Menurut hadith abu daud,
“Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).
3. Umur anak-anak 15- 21 tahun (Berkawan dengan anak-anak)
Inilah umur remaja yang penuh sikap memberontak.
• Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan berkawan dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara atau masalah yang mereka hadapi, jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain.
4. Umur anak 21 tahun dan ke atas- (Cuba beri kepercayaan dan beri keyakinan jaga diri)
Umur ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak-anak dengan memberi kebebasan dalam membuat keputusan mereka sendiri.
• Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. In sha’allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka.
Banyak faktor yang memainkan peranan untuk anak yang bijak… selain persekitaran, pemakanan, didikan, pendedahan juga amat penting. malah, jika ibu sedang hamil main game minda pun mampu melahirkan anak yang cerdas otak.
Sekarang gajet pun macam2, yang penting gajet yang elok, sesuai dan memberikan impak positif pada anak-anak contohnya: produk bijak pandai seawal usia… jemputla singgah ke web/blog saya… adala sedikit perkongsian… Mudah-mudahan!
wah bagus artikelnya..
bermanfaat buat kehidupan sehari-hari.
semoga banyak pahala.
gud info.
sebagaimana kita bentuk dari dalam perut, begitu juga bila anak-anak sudah lahir.
tapi saya suka dengan tips buat latihan matematik semasa bayi dalam kandungan. saya setuju dengan tips tu.. keasnnya bayi yang dilahirkan akan lebih bijak.
sebab tu ramai ibu2 yang sambung belajar ketika pregnant, anaknya dikatakan akan jadi bijak.
apa2 pun doa yang terbaik dari allah.
Tips yang membantu. Kerapkan membaca al-quran juga baik untuk bayi 🙂