Adab Suami Ketika Isteri Mengandung
Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ada suami ketika isteri mengandung melibatkan emosi. Isteri sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :
1. Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.
2. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
3. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.
4. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talak kepada isteri.
5. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, “La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin”
Maksudnya : “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim”
6. Suami hedaklah kerap solat sunat atau solat hajat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat. Mengandung akan memberi tekanan terhadap wanita dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya.
Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi, maka tugas para suamilah untuk menjaga hati para isteri.
Blh bagi no utk contect sbb sy perlukan rujukan tentang masalah rumah tangga sy skrg.isteri sy tengah mengandung anak sulong..skrg isteri selalu nk mintak dilepaskan.tlg pe yang perlu sy bt
Cuba prthana shbis baik… siann ank jgn ikot istri sgt.. biasala mngndung kan.. sbar naa
adzrin.. pegi bwk isteri ke pjabat agama.. diorg akan kaunseling
Mohd Jasmin Shariff
Mohd Zaki baca ni fahamkan betul2
kalau sering melakukan hubungan badan saat hamil sudah mendekati 9 bulan boleh tidak ya?
Confuse lah
Sulaiman Hakim baca tau..
Mohli Amri baca dan fahami.
Azrul faiz