Amalan & Cara Berpantang Orang India. Lain Dari Kaum Melayu!

Cara Berpantang Orang India

Ini bukan entri yang ada kena mengena dengan keagamaan. Ia adalah sekadar perkongsian bermanfaat agar kita memahami budaya berbilang kaum di Malaysia. Sungguh unik!

Untuk pengetahuan, masyarakat India biasanya akan meletakkan ibu yang baru bersalin dan bayinya di dalam satu bilik asing atau bahagian tertentu di dalam rumahnya. Sepanjang tempoh ini, ibu biasanya dijaga oleh pembantu khas yang ditugaskan untuk menjaganya. Pembantu khas ini akan menyediakan makanan khas untuk ibu, mengurut, memandikan ibu dan bayi, serta mencuci pakaian ibu dan bayi.

Tujuannya supaya si ibu dapat berehat daripada melakukan kerja-kerja rumah dan mengembalikan kesihatan ibu yang baru melahirkan bayi.

Tempoh lazim berpantang bagi masyarakat india antara 30 hingga 40 hari. Masyarakat India yang berasal dari bahagian utara, barat dan selatan Negara India akan mengamalkan tempoh berpantang hingga 40 hari. Sementara, kebanyakan masyarakat India yang berasal dari bahagian timur India tidak mengamalkan amalan berpantang.

Makanan Berpantang Orang India

Terdapat beberapa jenis makanan di kalangan masyarakat india semasa tempoh berpantang. Antaranya ialah :

1. Makanan berlabu.

Makanan berlabu seperti lauk dan tori dapat menambah bekalan susu ibu untuk menyusukan bayi.

2. Makanan sejuk.

Masyarakat India juga mengelakkan makanan sejuk seperti timun, kubis dan nenas. Selain itu, mereka juga tidak minum minuman berkarbonat semasa dalam pantang.

3. Biji hitam.

Mereka menggantikan cili merah dan hijau dengan lada hitam dalam setiap sajian semasa berpantang. Selain itu, daun sirih juga perlu dikunyak oleh ibu berpantang setiap kali selepas makan.

Amalan Berpantang Orang India

  • Mereka hanya mandi dengan air herna suam iaitu daun neem.
  • Mereka tidak akan meninggalkan bilik yang ditempatkan untuk mengelakkan berlakunya jangkitan.
  • Tidak membaca atau menonton televisyen kerana akan menyebabkan keletihan.
  • Tidak memasak atau membuat sebarang kerja rumah.
  • Kepala akan ditutup dengan kain seperti skaf, sentiasa memakai stoking dan berbaring di atas katil selama yang boleh bagi mengelakkan angin masuk.
  • Pendingin hawa dan kipas tidak akan dipasang sepanjang tempoh berpantang bagi mengelakkan perubahan suhu yang keterlaluan yang boleh menyebabkan selsema.
  • Ibu dan anak akan diurut dengan minyak campuran khas sepanjang tempoh berpantang oleh pembantu khas.
  • Selepas diurut, ibu juga akan memakan bengkung seperti masyarakat melayu dengan kain panjang bagi mengendurkan otot yang kendur selepas bersalin.
  • Bayi juga akan dirurut dengan minyak khas demi kebaikan tumbesaran tulang dan perkembangan keseluruhnannya.

Ada persamaan dengan kaum Melayu atau Cina tak? Jika anda adalah seorang India yang sedang membaca artikel ini, maklumkan pada kami jika ada yang perlu diperbaiki.

Terima kasih!

10 thoughts on “Amalan & Cara Berpantang Orang India. Lain Dari Kaum Melayu!”

  1. Biasa baca cara berpantang melayu dan cina sahaja. Baru jumpa cara berpantang kaum india. Orang india guna bengkung juga ke?

    Reply
  2. Daun herna, biasa orang india ikat didepat rumah masa demam campak pun,boleh di dapatkat tepi jalan,daun itu pahit sangat

    Reply
  3. Menarik info ini.
    Tetap ada persamaan malah masyarakat lebih ketat amalan pantangnya.
    Hingga tak boleh berjumpa dengan orang ramai hinggakan ke ahli keluarga sekali pun.
    Untuk elakkan bayi dan ibu sakit.

    Reply

Leave a Comment