Anak-anak memang suka tengok cerita kartun, betul tak?
Lagi-lagi sekarang tengah ‘hot’ cerita Upin Ipin, malah ada yang sudah menghafal dialog dalam cerita itu kerana menggunakan bahasa Melayu. Wataknya pun lucu dan bersahaja!
Apa yang ‘best’ sangat cerita kartun ini?
Animasi adalah salah satu cara penyampaian yang paling berkesan untuk menarik minat anak kecil. Gambar yang berwarna-warni beserta karakter yang comel dan unik bukan saja menghiburkan anak-anak, tetapi juga orang dewasa.
Selain itu, jalan cerita yang ringan dan kelakar menggamit kanak-kanak untuk duduk dan fokus setiap kali siarannya ke udara.
Adakah kartun dapat memberi impak positif kepada anak-anak?
Kita selalu menerima saranan untuk mengehadkan masa menonton televisyen, dan secara tidak langsung, ia mencerminkan imej yang negatif terhadap kartun.
Namun, sebenarnya banyak juga yang anak-anak dapat belajar melalui kartun. Jika dipilih kartun yang elok, ia mampu meningkatkan perbendaharaan kata, serta membantu anak kecil memahami bahasa dan mencontohi perlakuan yang baik.
Selain Upin Ipin, ada juga cerita kartun yang menyampai mesej-mesej positif dan memberi inspirasi jika ditonton bersama anak-anak kita.
15 Cerita Kartun Yang Mesti Ditonton Oleh Anak-anak
1. Mulan

Sifat positif yang ingin disampaikan: Jangan mudah putus asa
2. The Lion King

Sifat positif yang ingin disampaikan: Belajar dari kesilapan sendiri
3. Cinderella

Sifat positif yang ingin disampaikan: Bersabar, pasti ada ganjarannya
4. Aladdin

Sifat positif yang ingin disampaikan: Jangan menilai dari luaran
5. Lilo and Stitch

Sifat positif yang ingin disampaikan: Ambil berat antara satu sama lain
6. Finding Nemo

Sifat positif yang ingin disampaikan: Jangan pandang belakang, tetapi terus bergerak ke hadapan
7. Ratatouille

Sifat positif yang ingin disampaikan: Tidak kira apa jua latar belakang anda, yang penting adalah anda yang sekarang
8. Pinocchio

Sifat positif yang ingin disampaikan: Jangan kerap menipu
9. The Incredibles

Sifat positif yang ingin disampaikan: Apa pun yang terjadi, keluarga selalu di sisi
10. Wreck-It-Ralph

Sifat positif yang ingin disampaikan: Cintai diri sendiri
11. Phineas & Ferb

Sifat positif yang ingin disampaikan: Jangan letakkan had kemampuan anda
12. Kung Pu Panda

Sifat positif yang ingin disampaikan: Takut dan stress menyukarkan pencapaian anda
13. Turbo

Sifat positif yang ingin disampaikan: Jika anda percaya anda boleh, anda pasti boleh
14. The Land Before Time

Sifat positif yang ingin disampaikan: Dengar suara hati setiap hari
15. Wall-E

Sifat positif yang ingin disampaikan: Lakukan apa yang anda gembira lakukan

Tonton bersama anak-anak
Dalam setiap perkara, tentu ada nilai positif dan negatif yang tersembunyi di sebaliknya. Sebagai ibu bapa, kita perlulah sentiasa memantau aktiviti anak-anak.
Lebih baik lagi jika kita dapat turut serta dalam menerangkan mesej-mesej positif yang terkandung dalam cerita kartun tersebut.
Kalau kena caranya, cerita kartun juga mampu memberi impak positif dan mengetengahkan nilai-nilai murni yang boleh menjadi ikutan anak-anak kecil. Seperti yang kita tahu, mereka sememangnya mudah terpengaruh dengan perbuatan yang dilihat sama ada melalui televisyen ataupun dalam kehidupan seharian.
Terapkan sifat positif ini pada generasi akan datang yang semakin hilang dengan sifat murni-murni ini.