Bayi Ini Suka Senyum Sejak Dalam Kandungan Lagi

Seorang ibu bernama Amy Cregg (24 tahun) menjalani ujian ultrasound 4D scan di saat kandungannya berusia 31 minggu. Beliau terkejut kerana gambar cetakan 4D scan tersebut menunjukkan bayinya sedang tersenyum!

bayi-tersenyum-ultrasound-4d-scan-2

Yang lebih menarik, Amy dan suaminya Leighton Hargreaves mengatakan Leo terus tersenyum hingga dia lahir pada 30 Jun 2014 yang lalu. Kedua-dua pasangan bahagia dari Accrington Lancashire, Britain itu mengaku terkejut ketika melihat sikap Leo. Bukan mereka sahaja, malahan jururawat yang membantu proses kelahiran Leo juga kehairanan.

bayi-tersenyum-ultrasound-4d-scan-3

Senyum Leo begitu begitu memikat sehinggakan agen model dan perusahaan pakaian tertarik untuk mengabadikan senyuman comelnya itu dalam produk mereka.

Namun Amy dan Leighton tidak mahu terburu-buru untuk ‘menjual‘ anak mereka. “Saya akan tertarik jika Leo sudah agak besar sedikit.

bayi-tersenyum-ultrasound-4d-scan-4

Scan 4D itu dilakukan di Babybond Ultrasound Direct clinic di Burnley. Dengan menjalani ujian ultrasound 4D scan, kita boleh mengetahui jantina, pertumbuhan dan berat bayi.

Apa beza 3D scan dan 4D scan?

3D scan adalah gambar-gambar tidak bergerak yang menunjukkan bayi dalam tiga dimensi, seperti foto-foto yang anda pernah lihat dalam surat khabar dan majalah.

4D scan (waktu merupakan dimensi keempat) adalah imej 3D bayi yang bergerak. Jika anda bercadang untuk membuat skan 4D, anda akan diberi gambar serta rakaman CD atau DVD.

Ibu mengandung disarankan agar buat 4D scan bila kandungan sudah mencecah 28 minggu ke atas. Untuk senarai klinik di Malaysia, boleh rujuk pautan ini.

Sumber: Telegraph UK

2 thoughts on “Bayi Ini Suka Senyum Sejak Dalam Kandungan Lagi”

Leave a Comment