Berapakah Berat Bayi Normal Yang Baru Lahir? Baby Anda Berapa kg?

Berat Bayi Normal

Saya percaya pasti ramai yang mahukan anak yang sihat dan salah satu penanda aras ialah mempunyai berat bayi normal seperti anak orang lain.

Sebenarnya Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO ada mengeluarkan garis panduan tentang berat bayi normal sehinggalah ke peringkat kanak-kanak. Ada eloknya kita tahu sedikit sebanyak supaya dapat memastikan pertumbuhan bayi berada di peringkat yang normal.

Mengapa kita perlu mengambil tahu tentang berat bayi normal ni? Saya percaya kita sebagai ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak kita dan jika berat bayi terlalu sedikit, bimbang pula bayi tersebut sakit. Tapi kalau berat sangat pula, takut-takut bayi kita menghidap obesiti pula.

Jadi berapakah berat bayi normal pada waktu kelahiran?

Mengikut statistik, berat bayi normal sebaik sahaja dilahirkan adalah sekitar 3.4 kilogram. Julat yang normal adalah di antara 2.5-4.5 kilogram. Hanya 5% bayi yang dilahirkan berada di luar julat ini dan menunjukkan keabnormalan bayi tersebut dari awal lagi.

Apakah yang membuatkan bayi anda lebih atau kurang daripada bayi orang lain?

Sebenarnya terdapat pelbagai faktor yang menyumbang. Di antaranya ialah:

  • Diet pemakanan dan berat anda, sebelum dan selepas kehamilan. Jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan, kebiasaannya bayi anda akan lebih berat. Jika anda tidak mendapatkan zat-zat yang cukup semasa mengandung, bayi anda mungkin lebih ringan dan kecil.
  • Tahap kesihatan anda, samada anda menghisap rokok atau menghidap diabetes atau mempunyai penyakit lain
  • Berat kelahiran anda sendiri, berat anda dan berat suami anda, kedua-duanya boleh memainkan peranan dalam menentukan berat bayi normal atau pun tidak
  • Jantina bayi anda, samada lelaki atau perempuan. Kebiasaannya bayi lelaki lebih berat berbanding bayi perempuan
  • Samada ini adalah bayi pertama atau tidak. Bayi pertama biasanya lebih ringan daripada bayi anda yang seterusnya
  • Samada anda mengandung anak kembar. Ini adalah kerana jika anda sedang mengandung anak kembar, bayi-bayi tersebut akan lebih ringan daripada anda mengandung seorang

Penurunan berat badan bayi selepas lahir?

Jika berat bayi anda menyusut sedikit selepas baru lahir, usah bimbang. Secara purata, bayi anda akan hilang 5-10% berat berbanding waktu lahir. Ini disebabkan bayi anda kehilangan bendalir yang merupakan perkara biasa sejurus lahir. Dan juga kerana bayi anda tidak memerlukan susu yang banyak dalam tempoh beberapa hari selepas lahir. Semua ini bakal berubah dan dalam tempoh 10-14 hari, bayi anda akan mula menambah berat badan.

Berapa berat bayi normal selepas lahir?

Secara amnya, bayi akan bertambah berat sebanyak 0.5-1 kilogram setiap bulan untuk tempoh 3 bulan yang pertama. Selepas bayi berusia empat bulan dan keatas dan dengan memperkenalkan susu tepung formula kepada bayi tersebut, berat bayi akan naik lebih sedikit kerana susu tepung formula mengandungi kalori yang lebih daripada susu ibu.

Akhir kata

Sekali lagi, bagi memastikan berat bayi normal untuk anak anda; boleh rujuk kepada carta yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO. Selepas anak besar sedikit, amalkan cara pemakanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan untuk kanak-kanak yang kurang berat badan.

Harus diingatkan, kami tidak menulis tentang berat bayi dalam kandungan, cuma berat bayi selepas dilahirkan sahaja. Jika anda sedang hamil dan ingin mengetahui berat bayi dalam kandungan, kunjungi klinik yang berhampiran.

Semoga maklumat ini bermanfaat untuk kita semua. Sebelum itu, berapakah berat bayi anda ketika dilahirkan? Kongsikan di ruangan komen!

27 thoughts on “Berapakah Berat Bayi Normal Yang Baru Lahir? Baby Anda Berapa kg?”

  1. anak sy yg first lahir 3.4kg .tp x kena berat sy plk time preggy. tsgt lah kurus. alhamdullilah makin sihat smp doktor bgtau anak sy obes plk masa baby.skrg dia dh 2thn9bln.

    Reply
  2. Anak 1- 2.53kg 38 week
    Ank no.2- 2.98kg 40 wèek
    Ank no.3- 2.3kg 38 week
    Ank no.4 -3.05kg 37 week
    semua susu badan kecuali ank no.3.
    Semua jaundis tinggi kecuali ank no.4 sampai tukar darah.
    semua sihat

    Reply
  3. Anak sy yg sulung berat 2.85kg, yg kedua 3.2 kg dan yg ketiga 2.78kg… sy ingin bertny knp bby sy yg ketiga kecil sedikit dr yg pertm dan kedua? Sbb ada pendpt yg mengatakn bby akn naik bert bdn dia slps kt mengandungkn yg pertm dan kedua… kerana rahim telah membesr… blh admin tlg jelaskn?

    Reply

Leave a Comment