Menyesal Menjerit Pada Anak? Ini 5 Tindakan Anda Patut Lakukan

“Syazwan Hakimi! Berapa kali ibu cakap jangan panjat kerusi tu. Ibu dah cakap pelan-pelan tak mau dengar. Nak juga suruh ibu menjerit baru nak dengar cakap ibu?

Aduhai anak. Kena tinggikan suara baru dengar cakap.

Kalau boleh memang tak mahu tinggikan suara atau menjerit pada anak tapi itulah cakap perlahan-lahan, memang tak ‘makan saman’. Memang kena banyak sabar hadapi kerenah anak.

Masalahnya bila sudah jerit pada anak, timbul pula rasa bersalah. Yalah, mereka masih kecil dan bukannya tahu apa yang mereka lakukan mengundang bahaya atau tak.

menjerit pada anak
Foto Kredit: lockerdome.com

Ini yang patut dilakukan selepas anda tidak sengaja telah memarahi atau menjerit pada anak:

1. Bertenang

Duduk dan banyakkan berzikir selepas menjerit agar hilang semua rasa marah, geram dan sebagainya. Dengan itu, hati akan rasa lebih tenang.

Apabila hati tenang, anda akan dapat memikirkan semula tindakan yang sepatutnya anda lakukan. Bukannya terlalu mengikut emosi dan merajuk tak tentu pasal.

2. Minta maaf

“Ish, kasihannya tengok anak merajuk sampai tertidur. Rasa bersalah sangat. Tapi, takkan nak minta maaf dengan anak?”

Jangan layankan perasaan ego, sebaliknya tunjukkan sikap matang dngan meminta maaf kerana menjerit padanya.

Tidak salah meminta maaf pada anak, kerana apabila kita sering meminta maaf, anak juga akan mudah meminta maaf pada anda.

menjerit pada anak
Foto Kredit: parenting.com

3. Beri penjelasan

Terangkan pada anak sebab anda menjerit padanya. Biasanya sewaktu marah, mesej yang ingin disampaikan pada anak tidak diberi dengan jelas.

Kalau boleh, bercakaplah ‘one-to-one’, tanpa gangguan atau pengaruh sesiapa.

Sekurang-kurangnya anak tahu apa kesalahan yang dilakukan dan takkan mengulanginya.

4. Cuba cari jalan penyelesaian

Bersama-sama, cuba cari jalan penyelesaian atas apa yang terjadi. Komunikasi dua hala itu penting walaupun anda rasa anak masih kecil dan tidak tahu apa-apa.

Namun sebenarnya, anak lebih mudah memahami jika mereka diberi peluang untuk meluahkan pendapat dan perasaan mereka, seperti orang dewasa.

menjerit pada anak
Foto Kredit: kaev.net

5. Luangkan lebih masa bersama

Kadang-kadang, anak buat perangai kerana dahagakan perhatian daripada ibu bapa. Sebab itu, mereka lakukan pelbagai kelakuan agar dapat tumpuan anda berdua.

Jadi, berilah perhatian pada anak dan letakkan telefon bimbit anda jauh-jauh!

menjerit pada anak
Foto Kredit: profesionalespanama.net

Jika perlu menjerit pada anak

Tinggikan suara jika perlu, namun jangan dilakukan selalu kerana anak-anak ini ada perasaan. Siapa yang suka kalau di jerit selalu? Begitu jugalah perasaan anak-anak.

Walaupun anda menyesal dan cuba membaiki keadaan, anak anda akan ingat apa yang telah anda lafazkan dalam keadaan marah. Malah, ia mungkin akan mencalarkan emosi, menghantui masa depannya, dan memori ini takkan dapat terpadam daripada memorinya.

Leave a Comment