Cara Buat Kerepek Daripada Biji Durian, ‘Rare’ Tapi Sedap

Sejak mula musim durian baru-baru ini, ‘viral’ pula dengan penangan kerepek biji durian. Haa… Mesti ada yang belum tahu bahawa biji durian boleh dimakan kan?

Ramai yang kata rasanya sangat rangup dan berlemak, ala-ala kerepek ubi atau kerepek kentang. Jangan risau, tak ada rasa pahit atau rasa durian.

Kami sangat berbesar hati kerana Puan Zakiah Abdullah sudi berkongsikan cara buat kerepek menggunakan biji durian ini. Siap ada gambar ‘step-by-step’ lagi.

Jadi, siapa nak cuba tu memang bolehlah sangat, dah ada panduan bergambar.

cara buat kerepek durian

Foto Kredit: FB Puan Zakiah Abdullah

Cara Buat Kerepek Daripada Biji Durian, Langkah Demi Langkah

Berikut adalah cara buat kerepek daripada biji durian. Cuma ada 5 langkah, mudahnya!

1. Rendam biji durian

Biji durian seelok-eloknya direndam semalaman supaya kita senang nak buang bahagian buah dan sedikit kulit yang masih melekat pada biji durian.

kerepek durian 1

2. Keringkan

Selepas dibersihkan kulitnya, jemurkan biji-biji tadi supaya kering sedikit.

Kalau tak tunggu kering, biji durian ini akan rasa berlendir. Jadi, kalau licin susah pula nak dipegang dan disagat.

Nanti bersihkan macam dalam gambar di bawah ini ya.

kerepek durian 2

3. Sagat

Selepas dibersihkan bijinya, kemudian gunakan penyagat (alat untuk kikir halus) untuk dapatkan kepingan halus.

Kalau tak ada, boleh juga gunakan ‘peeler’ yang selalu buat buang kulit epal tu.

Ini contoh biji durian yang telah disagat.

cara buat kerepek durian

4. Goreng

Selepas siap disagat, bolehlah kita menggoreng sampai kekuningan dalam minyak panas.

Agak-agak warna putih tadi dah bertukar kekuningan, angkat dan toskan minyak berlebihan.

kerepek durian 4

5. Bubuh Perasa

Untuk menyedapkan rasanya, bolehlah tambah sedikit garam  dan di gaul-gaul.

Kalau minat dengan perasa lain, bolehlah cuba juga.

Perasa kari ke, perasa sambal ke. Ikutlah kreativiti dan tekak masing-masing ya.

kerepek durian 5

Siap!

Jadi, lepas ini janganlah buang bijinya. Dah beli mahal-mahal, kenalah makan sampai ‘licin’ sekali dengan bijinya.

Mudah sangat cara buat kerepek daripada biji durian ni.

Kalau nak rasa hidangan yang unik dan ‘rare’, anda kenalah cuba. Sebab setakat ni rasanya belum nampak lagi orang jual.

Memang ‘win’ habis!

 

*Sumber asal daripada sebuah post melalui laman Facebook peribadi Puan Zakiah Abdullah yang diterbitkan semula dengan kebenaran.

Leave a Comment