12 Cara Cepat Hamil Yang Mudah, Ini Petua & Tips Berguna!

Cara Cepat Hamil

Mahu tahu cara cepat hamil? Sebelum itu, tahu tak apa itu ‘bunting pelamin‘? ‘Bunting pelamin‘ ialah situasi di mana pengantin perempuan disahkan mengandung hanya pada ‘percubaan’ pertama kali setelah sah bernikah sebagai pasangan suami isteri.

Apabila pengantin lelaki berjaya ‘membuntingkan‘ pengantin perempuan, pasti dia akan diusik oleh kawan-kawan lelakinya. Gurauan seperti, “Weh, ‘sharp-shooter’ ni weh” atau “Power, power. Kau memang power! Kurang dalam masa sebulan nih!” selalu bermain di bibir lelaki sambil diiringi gelak yang tidak berhenti-henti. Ini bukan satu ejeken, tetapi lebih kepada satu penghargaan dan ucapan tahniah pada pengantin baru itu.

Kita tinggalkan seketika gurauan tersebut. Mari kita lihat apakah tips-tips agar dapat cepat mengandung.

Jaga pemakanan dan diet untuk cepat hamil
Pastikan makan makanan yang sihat

1. Jaga pemakanan dan diet

Ini cara cepat hamil yang pertama dan yang paling penting. Diet bukan sampai tidak makan langsung. Nanti ada pula yang kata, “Aku gemuk pun boleh mengandung apa!”. Itu rezeki namanya.

Apa yang ingin ditekankan, pastikan makan makanan yang berkhasiat. Jangan pula melantak macam masa bujang dahulu. BMI itu penting, bukannya berat badan.

Bagaimana dengan supplement? Mesti selalu dengar tentang asid folik bukan? Mengikut saranan doktor, sesiapa yang ingin mengandung kena makan ‘folic acid‘ untuk kesuburan. Selain itu, kena makan makanan berkhasiat.

Cakap memang senang bukan? Namun, mahu melakukannya cukup payah. Kena amalkan gaya hidup bersukan untuk badan kekal cergas.

'Supplement' seperti vitamin dapat membantu cepat hamil dan mengandung
‘Supplement’ baik untuk badan

2. Makan vitamin

Cara cepat hamil yang kedua ialah berkenaan makanan tambahan atau supplement. Badan perlukan nutrien. Lihat senarai vitamin ini yang dapat meningkatkan kesuburan dan memudahkan untuk ‘conceive’:

  • Vitamin E
  • Zinc
  • Copper
  • Panthothenic acid
  • Potassium
  • Vitamin A
  • Vitamin C
  • Vitamin D
  • Thiamin B6
  • Riboflavin
  • Niacin

Fuh, banyaknya kan? Kalau ada duit lebih, boleh beli di farmasi. Jika tidak, cari buah-buahan dan makanan lain yang mengandungi nutrien tersebut. Untuk pil herba, sila rujuk pada yang pakar juga. Jangan makan sebarangan.

Mempunyai berat badan ideal
Mempunyai berat badan ideal

3. Mempunyai berat badan ideal

Mungkin ada yang kurang setuju. Siap ada yang kata, “Eleh, si Liza (bukan nama sebenar) tu, gemuk je aku tengok. Tapi, tiap-tiap tahun sorang. Aku ni biasa-biasa je, tapi susahnya nak mengandung”. Benar, ia rezeki dari Allah. Namun tidak salah kita mencuba bukan? Lihat semula point yang nombor satu di atas.

Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, ‘overweight‘ atau lebih teruk lagi ‘obese‘, mulakan senaman untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana, risiko orang yang ‘overweight‘ ialah terdedah kepada darah tinggi dan kencing manis. Jika semasa mengandung mempunyai ‘high blood pressure‘ dan ‘diabetes‘ banyak komplikasi yang tidak baik bakal menanti. Mari kita amalkan gaya hidup sihat. Sentiasa pantau Body Mass Index (BMI) untuk mengetahui tahap ‘obesiti‘.

 

Minum jus buah-buahan juga salah cara nyah-toksin
Minum jus buah-buahan juga salah cara nyah-toksin

4. Detoks (Bahasa Inggeris: Detox)

Ini antara cara cepat hamil yang jarang kita dengar. Toksin dalam badan yang tinggi tidak elok untuk badan kita. Ada banyak produk di luar sana yang dapat membantu kita nyah-toksin dalam badan. Perlu diingat, jangan beli semberono sahaja, lebih-lebih lagi dari penjual Multi Level Marketing (MLM) yang mahu melariskan produk mereka sahaja.

Luangkan masa melawat farmasi berdekatan untuk mendapat khidmat nasihat dari yang pakar. Jumpa ‘dietitian’ untuk memberi pandangan yang boleh membantu kita. Elakkan mendengar nasihat kawan-kawan dan percaya sepenuhnya.

Lakukan hubungan intim dengan kerap
Biar bilik tidur bersepah, asalkan suami isteri bahagia

5. Lakukan hubungan intim dengan kerap

Sudah bergelar suami isteri, apa nak malu? Bukannya orang lain, pasangan sendiri yang halal kan? Buangkan sikap malu ‘meminta‘. Berterus terang dengan pasangan adalah lebih baik. Nikmati hubungan kelamin tersebut, bukan sekadar untuk mendapat anak sahaja.

Ketahui waktu subur atau ovulasi
Pasti tersenyum lebar jika ujian ‘pregnancy test’ positif

6. Ketahui waktu subur atau ovulasi

Ini adalah fakta yang sangat penting. Ramai yang ambil ringan tentang perkara ini. Ada yang sudah ada anak pertama, tetapi sukar untuk mendapat anak kedua. Untuk mengelakkan kekecewaan, belajar cara membaca waktu ovulasi. Kenali diri sendiri. Kami tidak dapat menceritakannya disini kerana ovulasi setiap wanita adalah berlainan.

Jika kena masanya, dengan sperma yang sihat akan bercantum dengan ovum yang berovulasi. Jom ambil sedikit masa untuk belajar. Jika ingin mengandung, kena belajar ilmu dan cara cepat hamil. Jangan main hentam keromo sahaja, dah selepas itu mengadu masih tidak hamil.

Untuk kira waktu subur, boleh guna Kalkulator Ovulasi kami. Boleh juga Google “Ovulation Calendar Tool” untuk maklumat lebih lanjut. Ingatan sekali lagi, ketahui diri sendiri. Pelajari kitaran haid atau ‘period’ untuk waktu yang tepat.

Jumpa doktor pakar (specialist) dan gynaecologist
Cari ‘gynaecologist’ yang berpengalaman

7. Jumpa doktor pakar

Sudah 2-3 tahun masih tidak hamil? Atau sudah lebih 5 tahun? Kalau sudah lama mencuba dan masih tidak berjaya, sila jumpa doktor yang pakar. Semestinya doktor akan beritahu cara cepat hamil yang terbukti berkesan.

Biasanya doktor akan melakukan ‘health screening’ dahulu untuk mengetahui tahap kesihatan diri kita. Seperkara lagi, jangan hanya isteri seorang sahaja. Suami juga perlu melakukan ‘checkup‘ juga. Jangan berat mulut untuk bertanya kawan-kawan, gynae mana yang bagus.

Pastikan posisi seks yang betul
Bukan sekadar pelukan sahaja, teknik mesti betul

8. Pastikan posisi seks yang betul

Jangan main-main. Ini bukan benda lucah. Sebenarnya, ini antara cara cepat hamil yang ramai orang buat tidak peduli. Kami tiada masa untuk bercerita perkara yang bukan-bukan. Posisi semasa melakukan hubungan seks adalah sangat penting. Ini akan memudahkan sperma berenang ke arah ovum. Cara dan posisi bersetubuh adalah penting dalam memastikan isteri dapat cepat mengandung. Posisi apakah itu? Anda cubalah sendiri ya.

Elakkan tekanan
‘Honymoon’ banyak kali, apa salahnya?

9. Elakkan tekanan

Tenangkan diri. Ini kunci dan cara cepat hamil yang sukar dilakukan oleh wanita berkerja. Walaupun ‘stress‘ itu sudah jadi asam garam, cuba rehatkan diri secukupnya. Kerja pejabat, habis di pejabat sahaja. Apabila berada di rumah, tumpukan perhatian pada keluarga. Apabila badan sihat, otak pun cerdas, bukankah lebih mudah untuk melakukan hubungan intim?

Bagi yang mengalami keguguran, pastikan akan lebih tertekan. Pasti ada cara cepat hamil pada masa akan datang. Percayalah, semua itu kerja Allah. Tenangkan diri dan cuba lagi.

Jauhi rokok, tidak baik untuk kesihatan
Kalau berani, patahkan rokok suami

10. Jauhi rokok

Nasihatkan suami yang menjadi perokok tegar. Kalau isteri itu sendiri merokok (ada, bukan tidak pernah berlaku), cepat-cepat berhenti. Kajian saintifik mengatakan apabila seseorang itu merokok, ia akan menyumbang kepada ketidaksuburan dan masa yang lebih lama untuk mengandung.

Kurangkan kafein (Bahasa Inggeris: Caffeine)
Jaga kesihatan, ambil berat pengambilan gula dan kafein

11. Kurangkan kafein (Bahasa Inggeris: Caffeine)

Kafein bukan sahaja terdapat pada kopi, tetapi banyak lagi minuman lain.

Ramai kata jika minum kopi, dapat tenangkan fikiran. Namun tahukah anda, jika kandungan kafein itu tinggi, lebih dari lima cawan sehari, iaitu lebih kurang 500mg, ia dikatakan dapat mengurangkan kesuburan. Jika boleh, kurangkan tahap pengambilan kafein kepada 200-500mg sahah sehari. Bukan itu sahaja, jika disahkan mengandung dan masih lagi kuat minum kopi, risiko keguguran tetap ada.

Jika peminat tegar, ikut sahaja cara cepat hamil ini. Apa salahnya tinggalkan sementara?

 

Doa cepat mengandung, mendapat anak dan zuriat yang baik
Allah sentiasa mendengar doa hamba-Nya

12. Berdoa pada Allah

Cara cepat hamil ini adalah yang terakhir. Tips ini tiada di mana-mana artikel Bahasa Inggeris. Mereka lebih menjurus ke arah tips yang berasaskan saintifik semata-mata. Kita sebagai orang Islam perlu percaya bahawa rezeki anak itu ialah dengan izin dan rahmat Allah. Amalkan doa untuk cepat mengandung seperti di atas. Islam itu indah dan memudahkan. Lebih baik meminta pada Allah. Jika anda ada doa-doa lain, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen.

Harapan kami

Semoga cara cepat hamil yang kami kongsikan ini berguna untuk bakal-bakal ibu. Jika ada masa, luangkan sedikit masa untuk baca tips cepat hamil tanpa produk.

Sumber: SoFeminine UK, BabyCenter.com dan Parenting.com

49 thoughts on “12 Cara Cepat Hamil Yang Mudah, Ini Petua & Tips Berguna!”

    • permisi cik, izin berbagi..
      saya juga hampir 1 tahun tidak dapat zuriat, dan saya mendapat pengetahuan dan alhamdullah berhasil. Cuba cik hitung masa subur, caranya hitung 14 hari sebelum menstruasi yang akan datang, Example: perkiraan menstruasi yang akan datang pada 20 September, jadi masa ovulasinya tangal 6. maka berhubunganlah pada tanggal 5, 6 dan 7 september.. insyaallah berhasil dengan asumsi sama-sama subur..

      jika menstruasi tidak lancar, coba makan obat kontrasepsi agar teratur, dan disaat masa subur (3 hari) tidak usah dimakan obatnya..

      selain itu diupayakan didalam masa tersebut mendapat makanan yang menambah kesuburan seperti, kacang hijau, telur, dan susu..

      Selamat mencuba..

      Reply
  1. Assalamualaikum semua. sedar tak sedar dah 10 bulan saya kahwin tapi belum ada rezeki lagi. sebelum ni macam tak kisah sangat tapi bila tersedar yang dah 10 bulan mcm berdebar pulak. tak tau apa yang nak didebarkan. mungkin malu kot, takut2 nanti orang mengata dan sebagainya. sama2 lah kite berdoa ye untuk yang belum ngandung lagi. semoga Allah perkenankan doa kita semua. amin ya Allah

    Reply
  2. Alhamdulillah saya tidak mengalami kesukaran untuk mengandung tetapi kandungan saya biasanya sedikit berisiko. Pemakanan dan iet yang sihat sangat penting dan mempengaruhi pasangan untuk mendapatakan zuriat.

    Cara terbaik adalah mengetahui waktu subur, makan vitamin yang disarankan, kerap berhubungan intim pada waktu subur dan berdoa. Doa adalah senjata yang paling mustajab, insyaAllah

    Reply
  3. Masih menanti dengan penuh kesabaran dan tawakal, sudah masuk 1 tahun kahwin masih belom di kurniakan, masalah period teratur, ambik supliment, makanan terjaga tetapi belom masih di permudah kan dan d beri rezeki, doakan saya hamil.. amin amin amin, gembira tgok kalian dah hamil.. ^_^

    Reply
  4. Assalam. Sy br seminggu lbh bernikah. Kebetulan period sy jg br seminggu habis. Kami berdua berdoa moga cpt dikurniakn anak, penyeri rumahtangga n pengikat kasih syg kami. Aamiin.

    Reply
  5. menurut saya stress atau tekanan adalah yang paling mempengaruhi sulitnya seorang ibu untuk punya anak. cobalah meluangkan waktu untuk berlibur bersama pasangan ke tempat wisata agar bisa mengembalikan ketenangan dan semoga bisa segera hamil

    Reply
  6. Salam… saya dah hampir 2 bulan kawin tapi belum ada rezeki.. rimas jgk ade yg bertanya stress dibuatnya.. saya doakan anda semua mendapat zuriat.. doakan saya juga ye.. tq amin…

    Reply
  7. salam …anda dan pasangan inginkan cahaya mata. dah lama khawin tapi masih belum dikurniakan cahaya mata..terkekan dengan orang2 sekeliling..mai whatsapp 0176607841. insyaallah saya ada cara penyelesaiaan dengan produk ni selain kita berikhitiar kita kena usaha jugak….untuk keterangan lanjut boleh mai whatsapp saya

    Reply
  8. saya mmg nak sgt2 dikurniakn baby , yaa allah permudahknlah , perkenanknlah doa kami ,., saya pon da 8 bln kwin,, mnanti untuk dikurniakn zuriat yg soleh dan solehah ,, allhuma aamiin

    Reply
  9. I do accept as true with all of the concepts you’ve introduced in your post.
    They are very convincing and can certainly work.

    Nonetheless, the posts are very brief for novices.
    May just you please prolong them a little from subsequent time?
    Thanks for the post.

    Reply
  10. anak saya yg kedua dah 14thn ingin tambah lagi zuriat, sapai skrg lum ada lg rezeki… kawan2 tolong doakan utk saya juga ya.. trm kasih

    Reply
  11. Assalamu’alaikum.wr.wb.
    semoga kita yg sampai sekarang belum juga hamil dan punya anak,insya ALLAH segera diberi keturunan yg saleh/salehah…mari kita terus berusaha, berdoa dan jangan pernah putus asa…segala amalan baik juga termasuk ibadah…tdak ada yg sia-sia,itulah indah nya Islam.
    oia ini ada tambahan amalan doa utk kita yang ingin cpat hamil…
    1.surat Al furqan ayat 74
    2.surat Ash shafat ayat 100
    semangat…semoga insya ALLAH,dlm waktu dekat ini kita dpt kbar bahagia yg ditunggu-tunggu yakni diamanahkan keturunan yg saleh/salehah….amin ya rabbal’alamin.

    Reply
  12. Saya suda 2 tahun kawin. Tapi masih belum ada zuriat. Da cuba banyak kali. Tapi masih jugak gagal. Saya kadang2 cemburu dgn kawan dan sedare mara sebab mereka mudah skali dapat baby. Tapi saya bertahun cuba tetap gagal. Saya tahu zuriat rezeki dari allah. Tapi kadang2 tertekan sendiri. Saya tk malu dgn sindiri org lebih2 lagi dari sedara mara. Cuma sedih sendiri. Saya akan cuba tips di atas insyaallah ada rezeki.

    Reply

Leave a Comment