5 Tips Berkesan Tingkatkan Ketinggian Sebanyak 3 Inci Dalam Seminggu

“Apasal generasi sekarang ni makin tinggi eh? Aku juga yang ‘rendang’. Dah nasib, genetik aku bukan tinggi-tinggi. Apa yang budak-budak ni makan sampai boleh tinggi. Kalaulah aku tahu ada cara cepat tinggi, awal-awal lagi aku dah cuba. Tak apalah, nanti kalau aku ada anak, boleh aku praktiskan kat dorang, biar tinggi semuanya”

Memang jealous bila tengok orang sekeliling tinggi-tinggi belaka. Bila berjalan bersama terasa seperti Menara KL dengan The Weld. Itu yang harap sangat hendak tinggi juga!

Kalau saya beritahu saya ada tips untuk tingkatkan ketinggian sebanyak tiga inci dalam masa seminggu, percaya atau tidak?

cara cepat tinggi
Foto Kredit: wildash.london

5 Tips Tingkatkan Ketinggian Sebanyak 3 Inci Dalam Masa Seminggu

Di sini saya kongsi tips dan cara cepat tinggi. Mudah saja.

1. Dapatkan tidur yang cukup

Dua jam pertama sewaktu tidur adalah penting kerana pada masa inilah hormon pembesaran dilepaskan dalam sistem oleh kelenjar pituitari.

Apabila badan tidak cukup tidur, hormon yang dilepaskan berkurangan.

Sebab itu jika anda ingin tinggi, pastikan anda peroleh tidur yang cukup iaitu antara lapan hingga sembilan jam.

Pastikan anak tidur lena

2. Diet yang seimbang

Salah satu cara cepat tinggi paling berkesan adalah melalui pemakanan.

Oleh itu, anda perlu banyakkan pengambilan makanan berikut:

  • tinggi protein seperti susu, ikan, telur dan daging
  • kaya kalsium seperti bayam, yogurt dan kale
  • cukup dengan zink seperti tiram, labu, kambing, kacang, ketam dan wheat germ
  • vitamin D seperti ikan, alfalfa dan cendawan

Kanak-kanak memang susah untuk diajar makan sayuran dan apa saja berkhasiat.

3. Elak makanan yang boleh mengganggu proses ketinggian

Kafein, junk food dan makanan mengandungi banyak gula adalah ancaman yang terbesar jika ingin tinggi.

Elak daripada mengambilnya dengan kerap dan dalam kuantiti yang banyak.

Ia mengandungi pelbagai bahan yang tidak elok untuk tumbesaran tulang.

junk food

4. Lakukan aktiviti yang membantu meningkatkan ketinggian

Terdapat pelbagai aktiviti yang jika dilakukan boleh meningkatkan peluang untuk menjadi tinggi.

Antaranya berenang, hanging exercise, toe touching, super stretch dan lompat tali.

Yang penting, pastikan anak anda sentiasa cergas sepanjang hari. Bukannya menghadap televisyen dan gajet.

cara cepat tinggi
Foto Kredit: redhoundstudio.com

5. Jangan lakukan perkara yang boleh membantutkan ketinggian

Malnutrisi adalah penyebab paling utama di kalangan kanak-kanak yang tidak dapat meninggi secara normal.

Ia berpunca daripada pemilihan makanan yang tidak berkhasiat mahupun amalan pemakanan yang buruk sehingga menyebabkan makanan tidak dapat dihadam dan diserap nutrisinya.

Masalah obesiti, pengambilan rokok, dadah, alkohol dan steroid pada usia muda juga boleh membantutkan ketinggian.

cara cepat tinggi
Foto Kredit: thedailybeast.com

Sesuai Dipraktikkan Untuk Anak Kecil & Remaja

Cara cepat tinggi ini hanya sesuai untuk mereka yang masih dalam peringkat membesar kerana masih ada peluang untuk meningkatkan ketinggian.

Bagi mereka yang sudah mencapai umur lewat 20an dan ke atas, ia tidak praktikal kerana tulang sudah berhenti membesar.

Apapun, elak membeli pil yang menjanjikan peluang menambah ketinggian apabila dimakan.

Bukan mudah untuk menjadi tinggi dengan hanya menelan bermacam-macam pil. Sudahlah membazirkan duit, impian untuk menjadi tinggi tidak tercapai kerana pil yang dimakan menyebabkan penyakit lain yang datang.

Leave a Comment