Disiplin Anak Dalam Islam
Sebagai ibu-bapa, kadang-kadang kita hilang sabar. Secara tidak sedar, kita memukul anak dengan rotan, atau dengan apa sahaja yang boleh dicapai dengan tangan. Selepas anak menangis teresak-esak, barulah kita rasa menyesal.
Lagi teruk kalau anak lebam dan berbirat badannya. Sedih sangat bila memikirkannya. Kami bukan pakar. Sekadar perkongsian peribadi kerana kami percaya cara disiplin anak bermula dari rumah sejak usia kecil lagi. Kali ini, mari kita berkongsi tips dan cara disiplinkan anak dengan cara yang lebih efektif:

1. Elakkan perkataan ‘Jangan’
Jeritan ‘Jangan’ cukup sinonim untuk semua ibu-bapa. Sebaik-baiknya, tukarkan perkataan itu dengan frasa yang lain. Jangan kata ‘Jangan’ (Tengok! Kami pun dah ‘ter’cakap ‘Jangan’ dah). Contohnya, kalau ada dua orang anak, suka main pukul-pukul adik beradik. Tiba-tiba yang si adik menangis. Apa kita kata, “Abaangggg, jangan pukul adik!”.
Cuba ambil dimensi dan pendekatan berbeza. Panggil abang dan adik, kita peluk dua-dua. Cakap elok-elok, “Abang dengan adik main sama-sama tau. Adik beradik kena ‘happy-happy’. Sekarang, abang peluk adik pulak”. Rasa-rasanya, yang mana satu lebih efektif?
Bukankah ibu-bapa itu adalah guru dan ‘role-model’ pada anak-anak?. Semua yang kita buat, dia akan ikut. Maka, eloklah kita buang tabiat buruk kita. Tunjukkan yang baik-baik sahaja depan anak-anak.

2. Elakkan pukul anak
Ini paling mudah. Kena pujuk dan didik hati kita sebagai ibu-bapa. Tiada guna pukul anak, esok dia buat lagi. Bukan tidak boleh pukul langsung. Cuma perlu ada alasan yang kukuh dan selalunya ada bukti depan mata. Jika ingin pukul sekalipun, pukul perlahan sahaja, sekadar untuk menyedarkan anak. Kawasan pukulan yang dibenarkan pula, bahagian kaki, paha ke bawah sahaja.

3. Puji anak depan orang lain
Bila anak kita berkelakuan baik, puji dia. Bila balik kampung atau sedang berada di rumah kawan sebagai tetamu, puji depan semua orang. Ini akan buat dia bangga dan rasa dihargai. Tentu dia tidak akan nakal-nakal lagi di rumah orang lain. Tunjukkan kemesraan, peluk anak selalu. Banyak kelebihan memeluk anak.

3. Pelajari ilmu ‘child development’ dan ‘parenting’
Bukan semua yang ibu-bapa kita ajar itu betul. Mungkin ada yang betul, mungkin ada yang salah. Untuk mendidik anak dengan cara yang terbaik, ikuti kelas-kelas ‘parenting’ jika ada masa. Nasihat yang diberikan adalah dari yang pakar, bukan omongan kosong. Lebih-lebih lagi zaman sekarang, proses tumbesaran anak lain cabarannya. Dulu, tiada iPad dan tablet. Kita asyik main panjat-panjat pokok. Sekarang tiada lagi.

4. Gunakan ‘Reward System’
Ini bukan rasuah. Bila anak ‘behave’ dan betul-betul baik dan rajin tolong kita, kita beri dia ganjaran yang sepatutnya. Puji dulu, peluk erat-erat, bagi dia rasa dirinya disayangi. Jangan bagi anak gula-gula pula. Nanti rosak gigi. Contohnya, “Kalau kakak dapat nombor satu, nanti mama belikan basikal baru”. Jika basikal ialah idaman dia, tentu dia akan berusaha bersungguh-sungguh. Contoh yang lain, “Pergi kemas mainan dulu. Kalau dah kemas baru mama bukak cerita kartun, Channel 611”.

5. Guna kaedah ‘Distraction’ untuk alihkan tumpuan anak
Suka lompat-lompat di sofa? Ajak anak main lompat-lompat di luar rumah. Suka conteng-conteng dinding? Belikan dia buku mewarna. Kalau ada duit lebih, biarkan anak main Play-Doh, tanah liat untuk buat apa yang dia suka. Belikan Lego untuk dia bina bangunan dan macam-macam jenis benda untuk elakkan dia mengganggu kita buat kerja-kerja rumah.

6. Ajarkan kaedah ‘Logical Consequences’
Contohnya, kalau anak suka main lari-lari, cakap elok-elok, “Adik, mari sini. Tak mau main lari-lari jauh-jauh tau. Main kat depan rumah je. Tak usah pergi sampai kat jalan besar. Nanti kena langgar kereta. Main elok-elok”. Ini akan memberikan satu isyarat logik pada anak, bahawa jika main di jalan besar, boleh kena langgar kereta. Tentu sekali dia akan main dekat-dekat sahaja.

7. Guna teknik ‘Positive Discipline’
Ini bermakna, jika anak buat salah, usah terus marah, “Jangan buat macam ni, salah” (Tengok! Kami pun asyik guna ‘jangan’. Ish, ish, ish). Kalau anak tumpahkan air di meja makan, elakkan marah anak. Untuk tanda protes, dia akan menangis. Akan datang, anak akan sengaja buat lagi. Sebagai ganti, ajarkan anak, “Tengok ayah buat ni, cawan kena pegang dengan dua tangan. Haaa… kan senang, tak tumpah pun”. Bila anak buat apa yang kita suruh, puji dia yang dia pandai. Seperkara lagi, ajar anak agar menghormati orang yang lebih tua. Kalau jumpa, suruh cium tangan.
Harapan kami
Jika mahu bercerita cara mendisiplinkan anak, sehari semalam tidak akan habis. Ada terlalu banyak cara yang boleh diikuti, ikut acuan sendiri. Apa yang penting, ibu-bapa perlu bersabar dengan karenah anak. Sabar itu kan separuh dari iman. Bak kata orang tua-tua, “Ala, budak-budak memang macam tu. Masa kecik je nakal, dah besar baik. Macam kau tu dulu, masa kecik, nakal kemain. Sekarang ok je aku tengok”.
Selamat membesarkan anak dan hayati proses pembesaran mereka. Anak itu anugerah Allah, maka jagalah mereka sebaik-baiknya. Didiklah dengan penuh kasih sayang dan cara Rasulullah. Nescaya anda akan rindu saat-saat mereka kecil satu hari nanti.
kat kaki je boleh babab pon ye
ok boleh terima… skang anak sy 1tahun 3 bulan… biase lah budak mcm nie tgk explore… tapi skng die dh pandai mengemas… mcm mn nak bg die x buat atau simpan balik… n suke sgt kacau time sy lipat bju… bile ckp jgn lagi die buat… bile pukul tgn tue… lagi die buat…mcm x sakit….
Ambil a few clothes bg dia belajar lipat. Bdk2 umur mcm tu suka ikut apa kita buat. So tunjuk cara lipat dan dia akan belajar. Anak saya alhamdulillah sy involve her dlm semua aktiviti rumah, cuci pinggan, basuh bju, lipat baju, mengemas, masak, menyapu, buang sampah, etc. Silap parents dulu klau buat kerja rumah selalu ketepikn anak dgn suruh pergi main instead of belajar menolong. Tu bila dah besar susah nak minta tolong. Sekarang walaupun anak baru 2 thn setengah tp boleh disuruh bantu buat kerja rumah yg mudah2. Selalu puji bila dia berjaya buat sesuatu kerja. Say we proud of her, hug and give her skall rewards. As per admin suggested.
sabar perlu ada dalam mendidik anak…;)
klu akk ajk bt sma2..lama klamaan dia tau kita bt pe n tlg skli jd dia xla kco..xpn tunggu dia tdo la bru lipat…hehehe
Setuju. ..
Ummi Auni Ammar kak kan die x paham sgt… dah bagi dh kain utk die lepat… di heret jao2 pastu dtg nk kacau yg dh lipat tue… bile kite pengang n ckp haaa… die ingat kite main…so die sje2 pengang la… bile die biar kan tgk2 dh clear dh…
Radullullah ada mengajar kita utk mendidik anak. Itulah yg paling terbaik. Sunnah Nabi…
Good Info! kdg-kdg kite terikt cr mak-mak kite ajar kite tp kdg-kdg cr tu xbetul pupun.
Ckp x pikir la ko ni..kalo mak ko ajar x betul pepun…maknanya ko ni msti satu ape x taw..msti x taw basuh berak sndiri…sedap je ckp mak ayah ko x btul ajar…x pikir …bodoh….kalo ckp cara mungkin berlainan dgn zaman skrg xpe gak..ko ni msti x kenang jasa mak ko kan…sb tu ko sggup ckp mak ko ajar xbtul….puiii
Apa khabar Prof Z ? Didoakan semoga ceria disamping keluarga dan kerjaya. Prof Z, AKRAB Kolej Komuniti bakal didedahkan pelbagai kemahiran asas membantu. Sy mencadangkan AKRAB KK ini dibekalkan dgn Kemahiran Hubungan Membantu agar dpt melaksanakan tugas dan peranan dgn lebih berkesan. Sy juga berhasrat menjemput Prof Z sbg pengendali bengkel berkaitan jika cadangan sy itu dipersetujui. InsyaAllah. ASLKM wbt.
Kadang2 memg kita hilang sabar jugak dgn perangai budak2…insyallah akan dipraktikn ilmu ini..
[email protected]
Tahniah info yang sangat berguna…….Mommie yg ingin mengetahui rahsia anak pintar & cerdas jemput ke blog saya : http://umiwarham.blogspot.com/
Saya ibu dr 2 anak lki2,anak yg prtma usiany 5thn lbih mmpnyai kterlambtan dlm bicara(autis)sedangkn yg k dua usiany 3,5 thun krna yg kakakny perlu prhtian lbih jd yg adik mrasa cmburu.sdngkn sya msih sulit mnjelaskn pd sang adik krna d usiany yg blm bs mngrti apa2.bgaimn cr sya hrus mnjelaskn pd sang adik spya mngerti tnpa hrus mreka mrasa d beda2kn prhatianny krna sya syang mereka.mohon solusiny…
tips yg bagus. sayapun diajar begitu.. dan sayapun buat begitu… elakkan rotan anak. rotan bukan untuk melepaskan geram tapi untuk memberi kesedaran.. jika niat kita betul.. pasti kita akan rotan dengan pelahan dan tidak menyakitkan mereka..
setuju sangat
Bukan mudah jd parents yg benar2 kuat dan dpt jd role model pd ank2. perkataan Jangan yg memang sinonim dgn kita kn.
Memang menakjubkan kalau anak menangis/mengamok tu kita peluk kuat2 & bisik2 kat telinga dia ayat baik2, terus diam & jd budak baik.. 🙂
Perkongsian yang sangat bermanfaat buat saya. Terima kasih
admin, apa beza JANGAN dan TAK MAU?
baru je baca malam tadi..sebab2 anak jadi tantrum..kita lupa concentrate pd anak2 waktu dia tgh positif.selalu klu dia tgh buat kerja dia,kita buat kerja kita sbb waktu tu kita rs boleh buat kerja.tp bila anak2 gaduh baru kita pergi pada mereka dan mula nk marah/rotan.maksudnya masa negatif kita beri perhatian,tapi masa dorg tgh ok kita tak bg perhatian.anak2 perlukan perhatian.klu sibuk sekalipun luangkan wlupun sikit.the key is let them know we love them.
Terima kasih atas tips yang diberikan. Memang kena belajar banyak bersabar dengan anak2 ni..
Acece.. pakai tak usah instead of jangan.. :p
But its great info. Thanks
info yg berguna….saya sdg membesarkan 3 orang ank lelaki yg sgt hebat. Lebih hebat dari ayahnya sewaktu kecil…
Saya pula sekarang ini tengah sibuk membesarkan 3 anak perempuan . Memang mencabar jugalah … kalau lelaki mau pecah gegendang telinga .. tp2 ari menjerit jerk .. anyway info yang sangat2 membantu .. Thanks
Alhamdullilah memang berkesan tips ni.. walau hakikat nya saya ni jnis cepat nak marah..tapi bila apply pada anak kcil berumur 1tahun 6 bulan.. Alhamdullilah berkesan.. saya didik hati saya untuk tidak marah2 pada anak..
Info yg sngt berguna untuk kita yg dh ada anak2x dan juga bagi yg belum berkeluarga…t.q..
Saya juga setuju. mngenai perkataan JANGAN tu dah sinonim, tp klu kita usahkan guna pasti boleh… beritahu ank2 dgn cr lbh positif, cntoh… kite selslu guna "abg jangan berlari" kita tukar abg berjalan elok2 yer…
Anak saya hampir 4 tahun, bila dia di rumah pengasuh, dia sgt displin sprt. buang air besar di toilet (Tak pakai pempes), makan elok, pendik kate kalau kat rumah pengasuh dia la paling baik sekali. tp agk brbeza bile dia dirumah brsama mama & baba nya. anak sy xd la hyper active sgt, tp bab makan, buang air besar sgt liyat. bila nak berak minta sy pakaikn pempers. sedangkn drumah pengasuh elok je dia membuang kt toilet.. smpai menagis2 xnk berak kt toilet nk pakai pempers jgkk . sampai satu tahap agk stress la jgk la nk memujuk. bab makn kne rasuah dulu bru nk makn (mkn bru boleh tgk utomen). Adakah ini kerana dia akn mjadi displin kalau ad ramai kawan2? kami suami isteri dlm proses nk mnjmatkn kos.. so mane leh cut kami nk cut. Ade ideas X mcmne nak buat??
Good info…pasni…no more "JANgAN" word d guna kan …hihi..insyaAllah….kuat kan hati..huhuhu
Imagine yang kita akan cakap baik2 ja bila anak misbehave. Isitighfar banyak2x. Semoga kita apply dan apa yang kita dah imaginekan.. iaitu yang baik2 aja.
Saya nak share tip ni di blog ya with credit.
kalau anak2 tgh nakal ni kan, camana kalau nak bawa diaorg ni gi makan kat luar? kfc ke kedai makan ke. atau mkn di rumah aje?
Ada beberapa tips mmg blh digunakn ttp ada yg tak sesuai. Contohnya kaedah distraction. Ia menjadikn jiwa anak lemah.
Kaedah peluk, mmg kena jadi satu amalan biasa setiap ibu bapa sehinggalah anak2 besar sekalipun.
Kaedah puji dan reward juga tidak boleh digunakan setiap waktu. Ia membina jiwa anak2 yg self-centered dan melakukan sesuatu utk dptkan perhatian. Ia boleh digantikan dengan pelukan atau bhs tubuh kita.
It’s good info.. Mana yang baik digunakan, mana yg buruk kita hindarkan..
mendidik anak perlukan kesabaran dan penuh kasih sayang. Terima kasih atas ilmu yang dikongsi.
Artikal bagus untuk saya baca dan gunakan nya sekarang. Buka senang nak didik dan disciplin anak2 sekarang, lagi2 saya yang ada anak 4, satu puteri dan tiga putera. Kecil2 lagi. Satu2 da mula ada perangai tersendiri. Bagus ada artikal ni. Bole saya gunakan kepada mereka.
Hmmm… info terbaik untuk we all… seperti tajuk kat atas; di rumah sejak kecil.. susah jugak kalau ibubapa kerja, dan anak2 ada di rumah pengasuh sejak kecil.. semoga dipermudah semua..
Tidak semuanya bgs. Cth dgn koncept reward. Bila dah jd kebiasaan die x kan buat ape yg kt suruh tanpa ganjaran termasuklah belajar. Dan sudah semestinya makin lama anak2 akan demand dengan nilai ganjaran yg die nak. Bila x dpt die akan memberontak. So, apepun konsep yg kt guna mengikut situasi anak. Mungkin bgs utk anak org lain tp x semestinya bgs utk anak kt.
Assalam..Terima kasih dengan pengkongsian utk ibu bapa yang masih xtahu bagaimana hendak berhadap dengan situasi anak-anak dirumah.Moga dpt dijadikan panduan dalam mendidik anak-anak generasi sekarang..Kita sebagai ibu bapa perlu menjadi teladan,menjaga tutur bahasa yang baik dan berakhlak mulia dihadapan anak-anak.