10 Petua Hilangkan Rasa ‘Nervous’ Dalam Segala Hal

“Alamak dah nak dekat pukul 2pm. Ok dah start gabra ni tak pasal-pasal sejam lagi kena buat presentation masa meeting nanti. Dahlah aku ni ‘nervous’, memalukan sungguh. Mesti suara pun susah nak keluar. Aduh, ‘sure’ berpeluh-peluh aku dalam bilik ‘meeting’. Ni pun dah ‘panic attack’ ni. Cepatlah bagi cara hilangkan gemuruh, aku nak buat sekarang sebelum rasa nak tercabut jantung ni.”

Semua orang pasti pernah alami perasaan ini. Gemuruh bila hadapi orang ramai, gugup apabila dalam dewan peperiksaan, panik berjumpa bakal mertua dan banyak lagi perkara yang menyebabkan timbulnya perasaan ini.

Relaks. Ini adalah perasaan normal.

Foto Kredit: yucatan.com
Foto Kredit: yucatan.com

10 Cara Hilangkan Gemuruh Dalam Segala Hal

Sebenarnya ada cara hilangkan rasa gemuruh ini. Apa yang anda boleh lakukan adalah:

1. Banyakkan praktis perkara yang buat anda gemuruh

Jika anda cepat gemuruh apabila bercakap di hadapan orang ramai atau public speaking, anda boleh atasinya dengan menghadirkan diri dalam mesyuarat atau diskusi awam.

Sesekali suarakan pandangan anda pada isu berbangkit. Jadi anda akan lebih konfiden untuk bercakap kepada orang awam.

Foto Kredit: hercanberra.com
Foto Kredit: hercanberra.com

2. Bersedia

Jika anda bakal menghadapi temu duga kerja, pastikan anda sudah mencari maklumat mengenai syarikat tersebut, jawatan dan juga soalan-soalan yang akan ditanya sewaktu dalam temu duga nanti.

Apabila anda bersedia dengan maklumat yang ada, dengan sendirinya anda yakin pada diri sendiri secara tak langsung dapat mengurangkan rasa gemuruh.

Berhenti Kerja Kerajaan, Kerana Dihina. Cari Jawatan Kosong Lain, Tiada Rezeki.

3. Fikir positif

Yakin dengan diri yang anda mampu melakukan yang terbaik.

Tenangkan diri dengan bersifat positif yang semuanya akan anda lakukan dengan jayanya.

Apabila anda sudah set dengan fikiran positif, maka hasilnya pasti juga positif.

Foto Kredit: sun-sentinel.com
Memandu pertama kali pun gemuruh juga kan? Foto Kredit: sun-sentinel.com

4. Tenangkan diri

Relakskan diri daripada memikirkan pelbagai perkara. Duduk dan regangkan diri agar badan lebih ‘longgar’.

Seeloknya, bawa diri berjalan agar minda lebih tenang. Tutupkan mata dan fokus pada matlamat anda.

interview nervous

5. Fokus pada pernafasan

Tarik nafas perlahan-lahan dan lepaskan.

Lakukan berulang kali sehingga rasa diri relaks. Ia dapat mengurangkan perasaan gemuruh.

Women, Healthy Lifestyle, Sun.

6. Pakai pakaian yang membuatkan anda ‘bernafas’

Perasaan gemuruh boleh meningkatkan pengeluaran peluh.

Elak memakai pakaian yang ketat atau tidak selesa kerana ia boleh menambah lagi rasa gemuruh.

Pakai pakaian yang longgar dan mudah menyerap peluh.

Foto Kredit: neemonstlag.nl
Foto Kredit: neemonstlag.nl

7. Kurangkan pergerakan

Kurangkan pergerakan kerana ia boleh menyebabkan orang sekeliling merasai perasaan gemuruh yang anda hadapi.

Untuk tampil yakin, pegang pen di tangan kerana ia dapat mengatasi rasa gemuruh. Pastikan anda juga berdiri lurus.

cara hilangkan gemuruh
Foto Kredit: antennaconsulting.com

8. Beri semangat pada diri sendiri

Dengan ini, diri akan lebih bersemangat, yakin pada diri sendiri dan kurang rasa gemuruh.

Cakap “You can do it!” pada diri anda di cermin.

Foto KreditL sophietarrant.com
Foto Kredit: sophietarrant.com

9. Elak kafein

Seeloknya, elak minum kopi, teh dan energy drink yang mengandungi kafein sehari sebelum event yang membuat anda gemuruh.

Sebaliknya, cuba amalkan teh herba yang boleh membantu memberi ketenangan.

minum kopi semasa hamil
Foto Kredit: cafe-hallmanns.com

10. Tidur secukupnya

Pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup. Kurang tidur boleh menambah rasa lesu, tidak bermaya dan mudah panik.

Apabila panik, perasaan gemuruh juga meningkat.

tidur lelaki

Yakin Pada Diri Sendiri

Walaupun anda dah mengamalkan semua cara hilangkan gemuruh di atas, perlu ada keyakinan pada diri sendiri.

Bila hilang keyakinan, maka dengan mudah, perasaan panik dan gugur secara automatiknya akan hadir pada diri.

Leave a Comment