“Ish apa hal kulit muka aku ni pagi-pagi lagi dah berminyak? Tengok ni berminyak-minyak katdahi dan hidung aku. Padahal baru aja aku pakai ‘foundation’ dan mekap tadi. Kalau kesat muka untuk hilangkan kulit berminyak, habislah tanggal mekap aku!”
Sebenarnya kulit muka menghasilkan minyak semula jadi untuk melindungi kulit daripada terlalu kering.
Namun jika berlebihan, ia menyebabkan muka berminyak, mudah berjerawat dan masalah kulit muka hingga rasa kurang keyakinan pada diri.
11 Cara Paling Berkesan Untuk Hilangkan Kulit Berminyak
Ikuti cara berikut untuk hilangkan kulit berminyak pada muka.
1. Guna pembersih muka yang lembut
Pilih pembersih muka yang mengandungi benzoyl peroxide, salicylic acid, glycolic acid atau beta-hydroxy acid.
Kandungan ini sangat lembut dengan semua jenis kulit tambah lagi yang berminyak. Ia akan mengawal pengeluaran minyak berlebihan.

2. Elak cuci muka dengan bahan kasar
Jika selama ini anda mencuci muka dengan kain, tuala atau span yang keras, hentikan!
Ia akan menyebabkan kulit menghasilkan lebih banyak minyak kerana menggantikan minyak semula jadi yang hilang akibat mengguna bahan-bahan tersebut.

3. Cuci muka pada waktu siang dan malam
Cuci muka sebaik bangun tidur dan sebelum tidur.
Ia akan menstabilkan kadar pengeluaran minyak semula jadi di kulit muka.

4. Cuci dengan air suhu bilik
Elak guna air panas untuk mencuci muka.
Ini kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit dan membantu hilangkan kulit berminyak secara semula jadi pada muka.

5. Guna toner di bahagian yang berminyak sahaja
Pastikan penggunaan toner hanya di bahagian yang berminyak sahaja.

6. Bawa ‘astringent pad’
Jika anda tiada kesempatan untuk mencuci muka pada waktu tertentu, guna astringent pad kerana ia dapat membantu hilangkan kulit berminyak dengan pantas.

7. Pakai ‘clay mask’
Amalkan penggunaan clay mask sebulan sekali.
Ia mengeringkan kulit muka secara tak langsung membantu mengawal penghasilan minyak berlebihan pada kulit muka.

8. Elak moisturizer yang mengandungi petroleum
Petroleum dan shea butter memang bagus untuk kulit yang kering tetapi bukan untuk yang berminyak.
Ini kerana ia akan menambahkan lagi pengeluaran minyak pada kulit muka.
Periksa label dulu sebelum membeli.

9. Pilih moisturizer yang mengandungi dimethicone
Beli moisturizer yang oil-free dan mengandungi dimethicone.
Ia memberi penampilan matte effect yang menawan sekali gus dapat melindungi serta hilangkan kulit berminyak.
Cari juga yang berlabel non-comedogenic dan non-acnegenic kerana ia mengandungi bahan yang tidak akan menyebabkan jerawat.

10. Elak makanan yang menghasilkan minyak
Makanan yang tinggi lemak, gula dan garam penyumbang kepada muka berminyak, begitu juga produk tenusu.
Hadkan pengambilan makanan sebegini untuk elakkan muka berminyak.

11. Ambil makanan tinggi fiber
Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah-buahan sitrus terutamanya sangat bagus untuk mengurangkan penghasilan minyak berlebihan.
Sebaiknya makan sayur-sayuran yang direbus atau dikukus.

Namun, cara yang paling efektif adalah
Minum air sebanyak yang mungkin kerana air boleh membuang toksin dalam badan yang menyebabkan penghasilan minyak berlebihan dan pertumbuhan jerawat.
Elakkan juga terlalu stres kerana lebih banyak tekanan, lebih banyak penghasilan toksin dan minyak pada kulit.
Tips yang menarik