7 Cara Kemas Mainan Anak, Guna Teknik Psikologi!

7 Cara Ajar Anak Kemas Mainan

Berbuih mulut ibu-bapa suruh anak kemas mainan yang bersepah. Rasanya, sudah menjerit banyak kali. Namun, anak buat tidak tahu sahaja. Bagaikan tidak takut dengan hukuman.

Adakah anda salah seorang daripada ibu-bapa ini? Mari cuba tips ini.

1. Berlumba dengan anak

Senang cerita, ‘Race against time’. Jadikan ia satu cabaran, ‘Time-bound challenge’. Sifat kanak-kanak memang suka berlumba. Gunakan ‘stopwatch‘ dan mula berlumba dengan anak. Siapa yang siap kemas dulu, dia menang!

 

2. Jadikan ia aktiviti yang menyeronokkan

Dengan kata lain, ‘Make it fun’. Kalau kemas kapal terbang, buat bunyi kapal terbang sambil gerak tangan memasukkannya dalam bekas mainan. Kalau kemas lori, buat bunyi lori. Tukarkan daripada suasana tegang kepada suasana yang menarik. Jadikan satu permainan.

 

3. Janji main lagi

Pertama sekali, main dengan anak dulu. Bila mahu kemas, kemas sama-sama. Mungkin anak sedih kalau kita kata mahu berhenti. Masa inilah kita boleh cakap, “Kita kemas dulu ya. Mama janji, nanti mama main sama-sama lagi. Okay?”

 

4. Puji susunan mainan anak

Walaupun berterabur dan masih lagi bersepah, asalkan ada dalam bekas mainan itu, puji anak dengan bersungguh-sungguh. “Pandainya abang kemas toys. Cantiknya. Macam inilah anak mama!”, sambil peluk anak. Anak akan tersenyum dan rasa gembira kerana dipuji. Secara tidak langsung, jadi motivasi pada dia untuk kemas pada masa akan datang.

 

5. Sentuhan terakhir

Kadang-kadang, anak tidak mampu kemas sendirian. Sebab itu dia malas kerana terlalu banyak untuk dikemas. Biar ibu-bapa buat lebih banyak dari anak, asalkan dia belajar sesuatu. Apa kata ibu-bapa tolong 80% dan anak buat 19%. Lagi 1% bagaimana?

Masa inilah yang paling kritikal. Buat anak rasa dirinya juara kerana dia yang buat sentuhan terakhir. Dia yang buat ‘finishing‘ kemas permainan itu! Secara psikologi, bagaikan dia yang kemas semuanya 100%.

 

6. Rumah mesti kemas

Kalau mahu suruh anak kemas, pastikan persekitaran kita kemas. Bukan kemas sehingga tiada habuk langsung, cuma asalkan elok dipandang mata. Bayangkan kalau bantal masih lagi bersepah di sofa di ruang tamu, bagaimana anak ingin kemas permainan di sudut rumah. Dia akan nampak, “Rumah pun mak aku tak kemas, nak suruh aku kemas toys pulak”.

 

7. Main tarik tali

Kalau tidak kemas, kita akan ambil atau bagi orang lain. Ini biasanya hanya boleh digunakan untuk anak kecil 1-4 tahun. Setelah besar, dia tidak akan peduli. Cuba guna teknik 1-6 di atas.

Jika ingin gaya komunis, buang betul-betul dalam tong sampah buat pengajaran! Tentu dia sedih dan tidak akan buat lagi.

Akhir kata, paksaan dan meninggikan suara tidak akan menyelesaikan masalah. Kita kena kreatif dalam cara kemas mainan anak. Gunalah teknik psikologi

Selamat mencuba!

26 thoughts on “7 Cara Kemas Mainan Anak, Guna Teknik Psikologi!”

  1. Saya rasa boleh buat cara mcm tu cuma gaya kena betul. Kena buat perjanjian sebelum anak mula bermain, selepas bermain sama ada simpan dalam bakul mainan atau buang dalam tong sampah atau bagi orang lain. Bila parents dan anak dah ada persetujuan, kalau diajak kemas pun anak tak nak kemas, kita ingatkan tentang perjanjian yang pernah dibuat. Kalau diingatkan pun dia tak mahu kemas, baru buang betul-betul, supaya anak tahu perjanjian dan peratiran yang dibuat serius, bukan main-main atau senang diingkari.

    Reply
  2. Saya selalu deal dulu ngn ank-ank sblm strt main..tp besepah semcam..bila cakp, nnt umi bik plstik hitam, mmg dia akan kemas..tp gaya ank-ank kemaslah..at least bergerak jgk..
    tp berbeza pendekatan suamiku..dia akan bersama-sama ngn ank2 utk kemas …kesan nya, anak2 sgt lbh rapat dengan abahnya..bile time umi, anak cakap, umi cm kak rose (upin-ipin)..hihih

    Reply
  3. Sy xkesah klu ank wat sepah, sbb klu suruh/xsuruh dia kemas pun mmg sy yg akn kemaskan brg mainan dia, tp suami selalu marah2 klu rumah bersepah brg mainan..macam xfaham perangai budak yg sukakn mainan yg byk bile bermain..ish..ish..cmne pulak tu?

    Reply
  4. Saya pun pernah guna kaedah ala komunis tu. Sy cakap kat anak2 sambil start menyapu "mama nak sapu sampah ni…sape nak mainan kutip cepat letak dalam bilik…kalau tak, mama sapu je.." kaedah ni paling berkesan untuk pastikan diorg immediately kutip mainan yg bersepah2 atas lantai

    Reply
  5. Kalu kembar cam na plak. Nk puji tk leh puji sorang. Nt mcm pilih kasih plak. Cam na pn cara komunis kena buat gak, bg takut sket kt parent.

    Reply
  6. memang teknik psikologi anak2..kdg2 nak marah..cepat2 terus slow down suara.anak2 lbih dge kata..kalau jerit lagi dia melawan mogok xnk kemas.tp tgk timing gak..kdg kami main sape cepat siap dlu..mama kutip utk masuk dlm tong tp dia kutip utk simpan dlk bekas mainan.hehhe..so dia akan kemas cepat2.utk anak yg 5 thn blehla sbb dh buat perjanjian awal2.kalau yg kecik..mmg kna kemas sama2.kalo tak sume bnda dibalingnya hehe

    Reply
  7. letak 1 bakul or tempat simpan mainan dorang depan dorang then angkat 1 demi 1 permainan dorang dan masuk kan saye selalu buat mcm tue kat anak buah saye

    Reply
  8. Terima kasih untuk perkongsiaan. Saya juga setuju. Sebelum ini saya ada terikut cara salah – buang mainan. Tapi tak jadi sebab lepas itu anak lebih tak menghargai. Tapi cara yang dikongsikan di atas membuatkan hubungan saya dan anak lebih akrab.

    Reply
  9. Ank2 sy suka mengemas bila kita pun bz mengemas…dorg akan bantu sama…cuci bilik air,vacuum rmh pun mcm tu…sbb dorg suka ikut pe kita buat…n lps tu sy biarkn dorg rasa buat sendri krn mrk yg pilih…maka dgn itu, kita buat sama2… peace

    Reply

Leave a Comment