Cara Kuruskan Badan
Biasanya, banyak tips hanya menjurus kepada, bagaimana untuk kuruskan badan sahaja. Banyak tips kuruskan badan secara semulajadi yang kita baca, namun semunya kita abaikan. Jarang kita lihat ada yang memberi tips untuk kuruskan peha, lengan dan pipi. Tentu anda terfikir, kenapa spesifik kepada peha, lengan dan pipi? Bukan mudah untuk kekal cantik dan langsing.
Ini kerana anggota inilah yang menjadi kegusaran pada wanita. Sekarang, cuba pegang lengan anda. Besar tak? Sekarang, pandang bawah. Lihat paha anda pula, rasa besar tak? Jika sudah, belek cermin pula, ada nampak dagu berlapis (double chin) atau tidak? Kebiasaannya, bila dagu berlapis, pipi mesti tembam juga.
Lelaki vs Perempuan
Kalau lelaki, beratnya lebih terarah pada bahagian perut. Sebaliknya, lemak perempuan akan terkumpul di bahagian paha dan lengan. Anda tahu paha anda besar jika seluar ‘jeans’ yang dipakai tampak haus di bahagian kelengkang. Ini kerana bahagian paha bergesel sesama sendiri.
Entri kali ini tidak akan memberikan tips yang spesifik untuk setiap anggota tersebut. Ia lebih kepada kombinasi atau gabungan cara untuk kurus secara keseluruhannya.
Perlu diingat, tiada produk kesihatan seperti Shaklee, Herbalife dan lain-lain yang diperlukan. Cuma sedikit masa yang keinginan yang kuat. Mari ikuti tips kuruskan badan secara semulajadi ini.
1. Setkan minda untuk kurus

Selepas anda buat keputusan untuk kurus, lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kalau hari ini kata nak kurus, hari ini juga lakukannya. Bukannya esok, lusa atau minggu depan. Biasanya, selepas bulan Ramadan, “Ahh, mana boleh tak makan lauk raya. Lepas raya lah aku diet”. Nampaknya, jika anda salah seorang yang berfikiran sebegini, tidak akan kurus sampai bila-bila. Lebih baik, letak matlamat untuk kekal sihat.
2. Pelajari ilmu tentang kalori

Tahukah anda, kalori lebih banyak terbakar semasa anda tidur? Sebenarnya, nak kurus mudah sahaja. Ambil kalori yang diperlukan sahaja untuk setiap hari. Jika anda perlukan 1300 kcal sehari, jangan makan 2500 kcal untuk hari itu.
Kalau kurang daripada 1000 kcal, anda akan jadi lapar dan tidak bertenaga. Cuba ambil dalam julat 1000 – 1300 kcal. Ini sekadar contoh, setiap orang lain keperluan kalorinya. Cuba Google untuk maklumat lanjut.
3. Makan dalam kuantiti yang kecil

Maknanya, makan sikit-sikit tetapi banyak kali. Bukannya makan sekali hadap. Simpan biskut dalam ‘handbag’ jika perlu. Pastikan ia mempunyai kandungan fiber yang tinggi.
4. Elakkan makan waktu malam

Pernah tengok bila waktu keluarga Cina makan malam? Biasanya, kalau selalu ke pusat membeli belah, mereka akan penuhi tempat makan seawal jam 6.30 petang. Sebenarnya, ini ialah waktu yang cukup ideal. Seeloknya, makan sebelum/selepas Maghrib. Ini kerana badan kita memerlukan 4 jam untuk menghadamkan makanan. Bayangkan makan pukul 10 malam, anda kena berjaga sehingga pukul 2 pagi. Kalau terus tidur pukul 12 malam, alamatnya jadi lemak.
5. Elakkan makanan dan minuman bergula

Ini bukan untuk orang tua yang ada kencing manis atau ‘diabetes‘ sahaja. Ia penting untuk semua peringkat umur. Jauhkanlah minuman bersoda seperti Coke, Pepsi, F&N dan lain-lain. Minum air masak itu lebih baik. Air masak tak sedap? Cubalah minum air bergula, nescaya tidak akan kurus sampai bila-bila. Tabiat ini semestinya dibuang.
6. Tukar kepada makanan yang rendah lemak

Kalau pergi Giant atau Tesco, pernah tengok apa kandungan makanan tersebut pada bungkusan? Kalau anda seorang yang teliti, anda akan menyedari berapa banyak kalori atau lemak. Berbalik pada ilmu, pelajari tentang pengambilan kalori. Sama juga dengan pengambilan lemak. Tentu selepas ini anda akan lebih berjaga-jaga. Biasa makan nasi penuh atau nasi separuh?
7. Banyakkan makan buah

Malaysia sungguh bertuah kerana berada di iklim Khatulistiwa. Terlalu banyak buah-buahan yang berkhasiat. Buah-buah tropikal ini sangat mahal di negara asing. Hargai khazanah negara kita. Cara kuruskan badan yang efektif ialah dengan makan buah-buahan tempatan. Bukan epal atau blueberry sahaja, buah-buahan seperti pisang terlalu banyak khasiat. Selain nutrien, buah-buahan membekalkan vitamin dan anti-oksidan untuk badan kita agar kekal sihat.
8. Banyakkan minum air masak (bukan air bergula)

Malu nak bawa botol air besar ke pejabat? Takut orang ejek? Kalau malu, sampai bila tidak akan kurus. Ini kerana badan memerlukan banyak air. Air ialah sumber semulajadi yang penting untuk kurus. Setidak-tidaknya, minum 8 gelas air sehari.
Toksin dalam badan menyebabkan lemak sukar dibuang. Jadi untuk membuang toksin keluar melalui air kencing, minum sahaja air masak. Mudah dan murah cara kuruskan badan dengan minum air bukan?
9. Banyakkan berjalan (dan berjogging)

Tidak pergi gym pun tidak mengapa. Yang penting kena selalu bergerak. Kalau selalu berjogging, bagus juga. Sesekali, kalau asyik naik lif sahaja, apa salahnya naik tangga? Lebih menyihatkan badan, peluh pun keluar. Sebaik-baiknya, buat senaman 30-40 minit. Ia dapat membantu memperbaiki peredaran darah, buang lemak dan menaikkan stamina. Kalau sebelum ini asyik tercungap-cungap, mulakan dengan senaman ringan. Nescaya, badan akan jadi lebih ringan.
Bila tiba hujung minggu, ajak satu keluarga bersama-sama berjogging di taman tasik terdekat. Keluarga lebih akrab, peluh pun keluar!.
10. Beri 100% komitmen pada tujuan asal ‘Nak kurus’

Ingat lagi tips yang pertama, iaitu set minda? Tidak guna selepas set minda untuk kurus, anda abaikan sahaja kerana rasa malas. Pokoknya, kena konsisten atau ‘istiqamah‘ dalam melakukan sesuatu untuk kebaikan diri sendiri.
Memandangkan ini cara kuruskan badan yang terakhir, harus diingatkan bahawa tidak guna kalau ‘exercise‘ seminggu, selepas itu kembali malas dan duduk-duduk sahaja selama sebulan. Tidak guna kalau diet seminggu, selepas itu melantak coklat sampai 3-4 bar. Tepuk dada, tanya nafsu.
Akhir kata
Nah, tidak perlu apa-apa produk bukan? Semuanya bergantung kepada disiplin diri sendiri. Kalau bukan diri kita yang mendisplinkan diri sendiri, siapa lagi?
Bayarlah RM10,000 sebulan pada Personal Trainer di gym anda, kalau minda tidak fokus pada kuruskan badan, sukar untuk anda mencapai impian berat badan idaman. Usah percaya pil atau ubat untuk cepat kurus. Jangan cuba-cuba makan pil kurus seperti Amphetamine kerana ia membahayakan kesihatan.
Cara paling mudah dan efektif ialah: Ubah Cara Hidup atau ‘Lifestyle’.
Selamat mencuba!.
Alahai. .entry mcm ni sgt bosan..dh byk dlm Internet. .ingt kan lain dri yg lain
sya sgat hppy ada nota mcm ni…
Selalu hangat2 tahi ayam je….katakan boleh selps ini…!!!yes!!!Malaysia Bolehhh!!!!
perkongsian yang sangat menarik admin. Saya pun ada share tip kurus di blog saya. Jemputlah melawat. http://bit.ly/tipcantikdanlangsing
Tip2 yg menarik tuk dikongsi bsama..thanks..
Kunci kepada program menurunkan berat badan adalah istiqamah dan perlu mempunyai sifat penyabar yang tinggi. Tips menarik yang tuan kongsikan. 🙂
Tips menarik yang tuan kongsikan. 🙂
makaseh untuk tips ni …..berat sy 60…umor saye 9 …kurus sangat …… buley bagi untuk gemukkan lagi
saya suka entry macam ni, padat dengan ilmu,.
tq ya…sebab wanita suka diet hehe
saya akan melaksanakan cara seperti ini!! terima kasih kerana memberi semangat kepada saya! ^^
boleh cuba tips ni
berape sebotol sis?
i can try 🙂
bisa di coba nii ky,a
boleh dicoba..
bagus entri ni..sebagai peringatan…huhu
Satu info yang sngat bergun.tq
Nak kurus memang memerlukan komitmen tinggi, tak boleh hangat2 tahi ayam je…
wow !! Mmg owesome la. 🙂
makaseh tips nya ye kak nak coba dulu 🙂
info yang basic tapi cukup untuk memulakan journey penurunan berat badan. Saya pun buat macam tu la tapi dengan sedikit bantuan supplement untuk kekalkan tenaga terutama mula-mula start kontrol kalori tu.
Nice tips,,,tekad itu sangat penting
Saya juga ada rahsia kurus untuk anda sila2kan melawat blog saya tq
Semangat balik nak kurus. Asalnya, saya ni kecil. Berat pun cuma 42kg. Sesuai dgn badan saya yg agak kecil. Tapi sejak akhir² ni kerja saya makan, pipi pun dah mula tembam. Thnks sis. Entry ni beri saya semangat.
Nice info .Saya pun ada juga buat entry untuk kuruskan badan, secara sihat.apa sahaja nak lakukan, kita kena ada ilmu dan konsisten.
tk de pun care2 nk kuruskan badan
Bagus
Mohon untuk share.
Alhamdulillah…tips yang sangat berguna dan patut diamalkan secara berkekalan. Jangan biarkan badan kita mengembang dan mengembang tanpa kawalan. Biarkan badan kita kurus dengan bentuk badan yang sempurna. Seorang wanita terutama para isteri wajib menjaga bentuk badan dan penampilan diri. Ingat seorang suami suka melihat isterinya sentiasa cantik dan slim walaupun mereka tidak menyatakan secara lisan tp itulah hakikatnya. Jangan sampai suami kita suka memandang perempuan lain yang lebih cantik dan slim di luar sana. Jaga diri kita untuk menjaga suami kita dan semoga kita lebih disayangi suami.
Nampaknya nk kurus pon kena ada ilmu. Kena tau mana nk mula. Bukan main terus stop makan nasi. Huhuhu thanks for sharing!