3 Teknik Mudah Melembutkan Daging Dalam Masakan. Baru Empuk!

“Aduh… Kenapa liat pulak daging ni sampai terkehel mulut aku nak mengunyah. gigi aku pun rasa nak tercabut. Bukan main susah rupanya nak melembutkan daging ni, ingatkan dah cukup empuk. Macam mana ni, takkan nak buang? Ke nak rebus balik bagi lembut?”

Memang ‘potong stim’ kalau dapat daging yang liat. Mulut dan gigi habis kejang sebab nak pastikan daging dikunyah halus sebelum telan. Naya kalau tertelan ketulan daging yang besar!

Bukan mudah untuk pastikan daging yang kita masak benar-benar empuk sebelum dimakan.

Perlu ada teknik yang betul dan cara memasak daging juga perlu diambil perhatian kerana jika terlebih masak, daging jadi kering dan liat.

melembutkan daging
Foto Kredit: food.thefuntimesguide.com

3 Teknik Mudah Melembutkan Daging Dalam Masakan

1. Ketuk daging

Dengan mengguna mallet, meat tenderizer, atau pengetuk daging, ketuk bahagian lembut daging perlahan-lahan dan ketuk dengan kuat di bahagian yang keras.

Tujuan mengetuk daging ini adalah untuk melembutkan otot-otot fiber daging yang keras. Dengan itu, daging akan mudah lembut apabila dimasak.

petua melembutkan daging
Alat melembutkan daging atau ‘meat tenderizer’. / Foto Kredit: galantime.com

2. Perap

Untuk melembutkan daging, buat perapan antara dua hingga 24 jam mengguna sumber makanan yang boleh melembutkan tisu otot dan bahagian yang keras secara semula jadi.

Asid yang terhasil sewaktu perapan akan membantu melembutkan fiber otot.

Perapan juga membantu menambah moisture dalam daging, menjadikannya lebih enak dimakan.

Antara perapan yang boleh diguna adalah:

  • Jus daripada sitrus seperti lemon dan limau nipis
  • Makanan berasid seperti cuka dan yogurt
  • Makanan kaya enzim seperti halia, buah nanas dan kiwi

Tips: Boleh guna satu sumber perapan atau digabungkan bersama

cara melembutkan daging
Foto Kredit: villaoasis.ru

3. Guna cara memasak yang sesuai

Umumnya anda boleh menggunakan ‘pressure cooker’ untuk mendapatkan daging yang lembut.

Lain jenis daging, lain cara memasaknya.

  • Daging yang lembut boleh dipanggang, rebus dan BBQ
  • Daging yang keras seperti Flank steak dan Cube steak perlu ditumis dengan air atau sup

Tips: Sebelum makan, periksa suhu daging. Ia selamat dimakan jika suhu berada pada 145F.

teknik melembutkan daging
Masak daging menggunakan ‘pressure cooker’ memang amat sesuai. / Foto Kredit: rpp.pe

Kini Anda Boleh Pelbagaikan Hidangan Daging!

Kalau dah tahu teknik melembutkan daging, bolehlah anda selalu memasak hidangan daging kambing atau lembu.

Macam-macam masakan boleh buat seperti kari, sup, atau goreng kunyit.

Anda juga tak perlu takut nak buat masakan barat seperti ‘steak’ atau sate yang menggunakan daging sebagai bahan utama!

Meskipun sedap dimakan, kurangkan pengambilan daging merah dalam diet seharian untuk mengelakkan daripada pelbagai masalah kesihatan.

Leave a Comment