Encik Suami Mesti Makin Sayang Jika Anda Lakukan 9 Perkara Ini

“Siapa tak sayang suami oii. Tapi itulah, kadang-kadang selepas 5-10 tahun berkahwin rasa macam dah kurang romantik. Alahai, yang setahun dua pun ada yang bosan. Apa perlu buat untuk menambat hati suami ya?”

Isteri-isteri, jangan biarkan kasih sayang suami berkurangan dek perubahan masa. Maklumlah, ada yang mengabaikan penampilan dan terlalu sibuk menguruskan keluarga.

Anda perlu buat sesuatu agar kasih dan sayang suami bertambah hangat pada anda meskipun sudah lama berkahwin.

Semarakkan cinta suami isteri
Foto Kredit: myislamicpartner.com

Ini Caranya Menambat Hati Suami, “1..2..3… ACTION!”

1. Guna Panggilan Manja

Cari nama panggilan yang disukai suami dan panggillah dengan nama itu.

2. Elak Membebel

Inilah lumrah seorang isteri. Walaupun tak berniat melukakan hati, ramai lelaki stres kalau dimarahi atau dinasihati dengan cara yang salah.

Elak melawan kata suami, terutamanya ketika masing-masing sedang marah. Biar dia ‘cool down’ dulu, baru cari peluang untuk bercakap dengan suami.

3. Meminta Maaf Tak Bererti Salah

Segera minta maaf jika anda ada lakukan kesalahan. Suami, hatinya mudah cair dan tersentuh.

Foto Kredit: http://www.whitsundayprofessionalcounselling.com
Foto Kredit: whitsundayprofessionalcounselling.com

4. Muliakan Suami

Bercakap yang baik-baik sahaja mengenai suami apabila di hadapan keluarganya dan rakan-rakan. Seringlah memuji suami di hadapan anak-anak.

5. Pandai Ambil Hati Mertua

Hormati dan sayangi mak mertua. Jika anda baik melayan keluarga mertua, pasti suami bertambah kasih pada anda.

6. Buat Kejutan, Walaupun Ringkas

Bangun awal dari suami dan siap-siap sediakan makanan kegemarannya. Pakai pakaian yang cantik walaupun berada di rumah, dan gunakan sedikit wangian. Suami pasti teruja jika anda buat kejutan dengan masakkan makanan kegemarannya.

bosan dengan pasangan
Kalau dulu-dulu, ada saja ‘surprise’ romantik. Sekarang? / Foto Kredit: petrotimes.vn

7. Pelukan Itu Penting!

Beri pelukan hangat pada suami setiap kali pergi dan balik kerja.

8. Murahkan Senyuman

Apabila memandang muka suami, jangan lupa lemparkan senyuman semanis mungkin padanya.

9. Layangkan Mesej Cinta

Tulis surat cinta pada suami dan slipkan dalam wallet. Kan bagus kalau masih menggunakan kod rahsia atau tabiat semasa mula bercinta dulu!

menambat hati suami
Foto Kredit: madeleinelamarre.com

Timbulkan Bibit Kemesraan Kembali

Penting bagi isteri menjaga penampilan diri agar kelihatan pesona, menarik dan memikat di mata suami. Wujudkan perasaan rindu di hati suami agar dia sering teringatkan anda setiap masa.

Ramai yang lupa tugas seorang isteri yang perlu melayan suami, dek kerana disibukkan dengan urusan rumahtangga.

Jadi, kena bijak membahagi masa. Ini yang akan menambahkan lagi kasih dan sayangnya pada anda!

Leave a Comment