7 Cara Mengambil Hati Kakak Ipar

“Dear Diari,

Seronoknya dapat mak mertua dan ayah mertua yang sayangkan saya tapi kenapa ya kakak-kakak ipar, kak Ros dan Kak Min tak sukakan saya? Beza sangat dengan abang-abang ipar yang sporting sangat!

Macam mana ya nak ambil hati kakak-kakak ipar ni? Adakah saya patut telefon dan bertanya khabar mereka sekerap mungkin?”

 

Kakak ipar selalu bermasalah?

Memang bukan mudah mengambil hati keluarga mertua. Meskipun terikat kerana perkahwinan, hakikatnya anda adalah “orang luar” dalam keluarga. Bukan mudah bagi mereka untuk menerima orang baru lebih-lebih jika anda menantu sulung.

Seboleh mungkin elak membiarkan gap antara ipar berterusan kerana mereka kini adalah kakak/adik/abang baru anda.

Yang paling susah sekali ialah mengambil hati kakak ipar. Silap sedikit dia akan report pada mak mentua. Betul tak?

Jadi, apa yang boleh dilakukan untuk menarik dan mengambil hati ipar duai anda?

1. Kenalpasti hobi atau minat ipar

Dengan mengetahui hobi ipar, setiap kali anda berjumpa mereka, anda dapat berkongsi topik tentang hobi tersebut dengan mereka. Lagi-lagi kalau kebetulan punya minat yang sama, memang leka berbual.

2. Cuba luangkan masa bersama

Sesekali dating dengan ipar. Bawa ke tempat yang disukainya atau dan luangkan masa melakukan aktiviti kegemarannya bersama-sama.

3. Alu-alukan kehadirannya

Setiap kali bila ada perjumpaan keluarga di rumah anda, alu-alukan kehadiran ipar-duai agar mereka tidak rasa kekok malah selesa bertandang ke rumah. Layan dan ajak mereka berbual. Jangan pula anda duduk terperap dalam bilik!

4. Anggap seperti adik-beradik sendiri

Bagaimana anda melayan adik-beradik anda dengan mesra, begitu jugalah anda perlu melayan ipar-duai.

5. Jadi teman

Jika ipar lebih muda dari anda, bersedialah untuk jadi tempat mereka mengadu.

6. Ambil berat

Setiap kali tiba hari lahir dan ulang tahun perkahwinan atau perayaan, jangan buat acuh tak acuh. Anda boleh wish sebagai tanda ingatan dan memberi hadiah.

7. Sering berkomunikasi

Kadang-kadang penampilan ipar yang lebih ‘senior’ nampak garang dan tegas. Tapi jangan jadikan ia sebagai penghalang untuk anda terus berbual-bual dan mengenali ipar dengan lebih rapat.

Ingatlah,

Mengambil hati ipar
Foto Kredit: cbc.ca

Air dicincang takkan putus. Begitulah hubungan ipar-duai kerana mereka juga keluarga kita. Meskipun berbeza pandangan dan latar belakang, tapi ingatlah semasa susah senang, sakit dan gembira, merekalah juga yang akan kita cari.

Bagi sesiapa yang belum kahwin, sambil-sambil belajar cara mengambil hati ipar, belajar sekali cara berjumpa bakal mertua!

Leave a Comment