Hanya orang yang menderita gout faham, betapa sakitnya bila nak pijak lantai!
Apakah itu gout?
Gout dan sakit sendi sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
Bagi yang tidak tahu, gout adalah sejenis penyakit disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan. Namun, kini dengan kemajuan
dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
Cara menghilangkan gout

Mudah sahaja. Jika ingin tahu cara menghilangkan gout, jangan biarkan kandungan asid urik dalam badan tinggi. Kurangkan kandungan asid urik dalam badan. Boleh buat blood test untuk melihat kadar asid urik.
Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
Ada banyak ubat yang boleh membantu mengurangkan kesakitan ini. Cuma harganya mungkin agak mahal. Untuk alternatif, boleh juga guna cara semula jadi yang menawarkan manfaat tambahan kesihatan untuk tubuh badan. Ia dikatakan dapat membuang hablur asid urik dalam sendi.
Cara membuang asid urik
Kami kongsikan tips dan cara yang dikatakan berkesan untuk membuang asid urik dalam badan melalui Internet. Mungkin boleh percaya, mungkin tidak. Kenalah cuba dahulu!

Ikut resepinya seperti di bawah:
Bahan-bahan:
1 biji timun (saiz sederhana)
2 batang saderi
1 hiris lemon
1 inci akar halia muda (ginger root)
Cara-Cara:
1. Sediakan bahan-bahan seperti di atas dan bersihkan terlebih dahulu. Pastikan saderi tiada kotoran.
2. Potong timun menjadi lebih kecil.
3. Potong lemon separuh. Buangkan kulit. Anda boleh meletakkan yang satu lagi di dalam peti sejuk.
4. Kemudian masukkan sedikit akar halia muda (ginger root)
5. Campurkan semua dan blend.
6. Sedia untuk diminum setiap hari.
Resipi bergambar dalam Bahasa Inggeris:

Akhir Kata
Resipi di atas hanyalah satu panduan sahaja. Pantang, pantang juga. Jangan main langgar sahaja.
Panduan ini bukannya satu permanent solution kepada masalah gout. Maka, ubahlah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
Janganlah lupa amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout.
2 pelepah celery bukan saderi , sederi daun sup . kalau nak bagi petua biar betul jgn mudaratkan orang
2 pelepah celery bukan saderi , sederi daun sup . kalau nak bagi petua biar betul jgn mudaratkan orang
Tn Hj…nak comment tu buat la kajian dulu… Celery tu dalam bhasa inggeris, dalam bahasa melayu org panggil saderi… memang celery @ saderi ni org letak dlm sup…
Che ooi celery dia batang besar ada pelepah pelepah dia memang bagus untuk bengkak sendi, kalau sapa ada gout p farmasi beli cemeti tablets, saderi dalam bahasa org putih parsley dia bagus utk cuci buah pinggang
assalammualaikum saya dah cuba cari di farmasi atau klinik cemeti tablets. tapi tak ada pun yang jual. boleh saya tahu ejaan atau gambar ubat tersebut. minta tolong whatapps saya 0173030282
Celery tablet
Celery dan saderi tu sama
saderi dan celery sama ja..cuma kat malaysia batang kecik tak macam yang diimport tapi parsley totally different plant than celery.
Jgn bergaduh la
Pak Hj. tu betul.
bila org kata bodoh kang nak marah celery ngan saderi tuh sama je..hadoiiii
Hàntàm saja la labuu
Saderi = daun sup =celery
Parsley = daun ketumbar
Sumber: wikipedia
Dia kata celery rib maksudnya seleri eropah yang batang besar.Kalau saderi kita dia kata chinese celery. Kalau yg ada ubi dia kata celery root atau pun celeriac.
saderi ngan celery sama la…adoyai…
Belum berubat lagi dah bertengkar, kalau kau orang jadi bomoh, orang sakit tu mati dulu, kau dok sebok bertengkar… akhir penyudahnya…hospital jugak. Kih, kih, kih
Xfhm la.apa beza celery dan saderi.yg saya tahu saderi batang sup..
celery pula apa benda
Tu la kan smpai orang sakit jadi was2 pulak nk ikot k x petua ni
Ermm… gout oh GOUT.. !!! penyakit rahmat dan NEKMAT ..
U guys mmg kelakar hahaha…xkesah la nk gaduh ke ape kann tp thanks ats petua tu….walau pn xde gout kiya masih bole cuba utk kesihatan semua.
Gout berlaku kerana kandungan asid urik yang tinggi dalam tubuh badan akibat pengambilan berlebihan makanan yang berprotien. Oleh itu, amalan pengambilan air alkali merupakan salah satu alternatif rawatan gout secara semulajadi yang boleh diamalkan untuk meneutralkan kandungan asid yang berlebihan ini.
celery dan parsley tak sama oiii………buka kamuslah kalau tak percaya
kemarin baru kena.amboi terasa nikmatnya tak terhingga,jalan terhencot-hencot.rasa denyutan sangat sakit.terima kasih yang beri maklumat.
pasal sayur pun nak gaduh….hahaha…
CELERY = SALARY = GAJI..paham?
SEDERI = SAUDARI…
CELERY + SEDERI = GAJI SAUDARI…..
CELERY x SEDERI = GOUT
CONCLUSION = ADA SALARY BELI SEDERI DAN UBAT GOUT….