Cara Menghilangkan Sakit Gigi
Sakit gigi adalah gejala yang tidak asing lagi. Segala peringkat umur mengalaminya. Lebih-lebih lagi pada yang hamil atau mengandung. Apabila mengalami sakit gigi, segala kerja, perilaku akan terbantut.
Apakah yang menyebabkan gejala sakit gigi? Sakit gigi berlaku apabila rasa ngilu pada gigi diakibatkan oleh karies gigi, rahang, gingivitis dan banyak lagi. Jika tidak diubati secepat mungkin, ia juga boleh mengakibatkan sakit jantung dan juga stroke.
Bagaimanakan untuk menghilangkan sakit gigi? Perkara pertama yang akan terlintas ialah berjumpa dengan doktor gigi. Namun ramai yang takut untuk berjumpa doktor gigi, dan lebih memilih untuk mengubatinya sendiri. Di sini ada petua-petua yang mungkin boleh hilangkan atau redakan sakit gigi.
Antara cara menghilangkan sakit gigi dan petuanya adalah:
1. Hilangkan plak
Ini cara menghilangkan sakit gigi yang pertama. Berkumur dengan bahan kumur seperti Listerine supaya dapat hilangkan plak pada gigi. Plak antara punca-punca gejala sakit gigi. Buat sekurang-kurangnya 3 kali sehari selepas membasuh gigi.
2. Minyak gamat
Cara menghilangkan sakit gigi ini, tidak ramai orang tahu. Cuba letakkan minyak gamat pada putik kapas dan sapukan pada bahagian yang sakit.
3. Gigit bunga cengkih
Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas. Insya-Allah beransur hilang.
4. Kumur dengan air garam
Bancuh satu sudu kecil garam pada secawan air hangat. Kacau sampai larut. Biarkan hingga suam kemudian kumurlah dengan air garam tadi. Jika mencuba cara menghilangkan sakit gigi dengan air garam, jangan sampai terminum air garam tadi pula.
5. Kapur sirih
Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Kunyahlah sirih yang bercampur sedikit kapur. Insya-Allah sakit gigi itu akan cepat hilang.
6. Kumur air rebusan sirih
Ambil 10 helai daun sirih tua direbus dengan air sebanyak 4-6 gelas sehingga mendidih. Sejuk dan tapiskan. Berkumurlah dengan air rebusan daun sirih tersebut. Sakit gigi akan hilang.
7. Lidah buaya
Ambil isi lidah buaya dan letakkan pada tempat yang sakit. Dalam kira-kira 2-3 jam kemudian dapat menghentikan rasa sakit.
8. Habbatus Sauda
Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habbatus sauda), letakkan dalam gigi yang berlubang.
9. Daun serai
Ambil daun serai dan tumbukkan hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.
10. Tomato muda
Ambil buah tomato muda yang dibelah dua, kemudian masukkan tomato ke bahagian yang sakit tadi. Andaikata gigi anda dimakan ulat, ulat itu akan keluar dengan sendirinya.
Setelah itu kumur-kumurlah dengan air apabila terasa sembuh. Jika petua ini sesuai Insya-Allah sakit gigi akan hilang.
11. Gambir
Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang sakit. Gambir akan mengebaskan gigi tetapi jangan gunakan terlalu banyak kerana ianya akan mengebaskan bibir. Insya-Allah.
12. Kumur garam, air dan limau nipis
Rebus garam, air dan limau nipis yang dibelah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkan hingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sampai sakitnya berkurangan.
13. Asam jawa
Asam jawa digoreng beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.
14. Bawang putih
Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan sekurang-kurangnya selama satu jam. Insya-Allah, anda akan terasa kesannya.
Akhir kata

Sakit gigi amatlah menyakitkan dan sesiapa yang mengalaminya pasti rasa tidak senang duduk.
Namun untuk membiarkan ianya tidak berlarutan,selalulah menggosok gigi sebelum tidur dan selepas makan, kerana karies gigi boleh berlaku apabila anda membiarkan bakteria di dalam mulut. Jika sakit gigi berlarutan, jumpalah doktor gigi untuk rawatan lanjut.
Bagus
Good
i'll try this
Eas Annisa
Ijan Herb nah coba <3
Artikel yang bagus, bermanfaat
Kata tanpa ubat Ini pakai ubat namanya…
assif..maksudnya tak perlu secara klinikal..xperlu guna ubat klinik atau farmasi.. buat secra tradisional.. in sha allah.. 🙂
Bagus ptua ni..mmg mderita kku sakit gg…xsng ddk dbuatnye…
abah Abd Ghani Haron 🙂
Maaf, tp gambar itu misleading. .
Seolah-olah memberi gambaran Bahawa dengan melakukan salah satu dari 14 cara yg disebutkan di atas, seolah-olah gigi yang berlubang akan kembali pulih
Ini petua yg paling mujarab saya pernah cuba.. bagi sakit gigi sebab bengkak gigi brlubang.. gunakan berus gigi masukkan ubat kumur (eg lesterine) ke tmpat gigi berlubang….lnsha Allah lepas 5 minit trus hilang sakit gigi
habis kalau yg hitam tu mcam mna nk buang ??
Ade lg petua yg saya nk kongsikan…hanya 1minit sakit hilang….titikkan Minyak Adta(minyak wangi nk ke masjid tu) pada lubang atau tempat yg sakit insyaalah mujarap serta merta…saya n rakan2 dah cuba…
Yg lain ok..tp xpernah dgr lg ulat mkn gigi
gambar diatas cuma bikin penarik sipembaca aja mas bro ,namanya jg artikel dibuat semenarik mungkin
Byk obat nyaaaaa
super.. sangat bermanfaat infonya.. thanks
Siip
memang takde pun. itu konsep zaman dahulu kala haha
Apa Cara hilangakan mulut berbau
gambar diatas itu bukan lubang, tetapi plak gigi.
Mudah jer..berus gigi hingga keluarkan sisa2 makanan dan berus permukaan lidah
sy slalu mengalami pening2 kepala setiap sa'at macam nak pitam.ade sesiapa tau tak cara hilangkan pening kpala sya ni..bantu saya saudara
Ada kok ulat makan gigik sampe ada dokter yg suru pakai ovat cacing ke lubang gigi. Di tv juga perna liat
Super…
Adeh … nak kena cuba semua yg dicadangkn nih. Lama sangat makan bubur, padahal banyak lagi benda yg ada jual kat bazaar Ramadhan tu. Hehehe,
Sy cadangkan, utk mengelakkan sakit gigi boleh try cabut semua gigi.. in sya allah x ada gigi maka x ada sakit gigi.. selamat beramal..
masaalah plak pada gigi..
cara baru dan senang nak tanggalkan plak pada gigi.. gunakan plak moto .. NGK.. atau. Splitfire.. slamat mencuba..
awk dah gosok gigi dah kumur ngn ubt kumur.. still bau laku better pegi check ngn doktor tkut ada something kt kerongkong…
ada lagi petuanya
Celup putik kapas pada minyak petrol, kenakan pada tempat gigi yg. sakit, insyaallah dlm masa lima minit hilang sakitnya.
Menarik ni. Gigi pun mmng tgh bermasalah. Kalau gigi tgh sakit sgt nak kemas Homestaykesidang Melaka pun x ada mood
nk cepat hilang cabut je gigi yg sakit tu
Paling mujarab. CABUT
Thanks udh bagi” tipsnya..
PAS HARI RAYA YANG KEDUA ISTRIKU SAKIT GIGI, ALHAMDULILAH SETELAH DIOBATI PAKE MINYAK CENGKEH, SAKIT GIGI ISTRIKU SEKARANG SEMBUH TOTAL,,,,, TERIMA KASIH INFORMASINYA
Info yang menarik mengenai petua rawatan sakit gigi. Sebaik-baiknya kesihatan gigi kita dijaga dengan baik bagi mengelak berlakunya gejala ini.
Sebagai doktor gigi saya menggalakkan supaya pergi melakukan pemeriksaan setiap 6 bulan sekali untuk mengelakkan gigi berlubang, ini adalah apabila gigi sudah berlubang ianya tidak akan tertutup dengan sendirinya. Peringkat awal lubang pada gigi hanya rasa nyilu dan tidak selesa, jika tidak di tampal awal , lubang akan semakin dalam mendedahkan bahagian saraf, ketika ini sakit berdenyut2 yang hanya akan hilang bila saraf gigi tersebut telah mati.
Nasihat di atas hanyalah untuk mengurangkan rasa sakit bukan menyembuhkan atau menghilangkan kesakitan, kerana saraf gigi yang terdedah kepada jangkitan kuman akan seterusnya menyebabkan jangkitan yang lebih teruk, bengkak dan bernanah di bahagian dalam akar gigi.
Sekian. Sila rujuk maklumat yang lebih tepat tentang rawatan pergigian.
doc, sy prgnnt 6weeks. gigi dah teruk x leh tmpal dah. nk cabut pn x leh lg skrg. makin sakit denyut2. cm ne nk buat? bole ke mkn ubt thn sakit?
Ada petua utk gusi berdarah x…kalo ada tlg share
Kalau selalu pening2 ambil satu biji lemon potong dalam 5 atau 6 keping rendam dengan air panas dan minum perlahan lahan, lebih mujarab minum waktu panas insyallah…. kesannya amat baik.
utk jaga gigi cuba pkai kayu sugi…sy dh try masa gosok xberdarah dn nafas segar…ia mematikan bakteria….sape dh cuba pasti tau…
Guna kulit kayu manis jdkan serbuk klu gigi berlubang letakkan dlm lubang gigi In sha Allah beransur sembuh
gigi sy tengah sakit skank ne .. berdenyut2 belubang
Alhamdulillah..lepas berdoa dan letak habbatusauda dilubang..sakit berkurangan.
Agrhh sakit gigi nihh!!
semua cara ni mungkin berkesan…tetapi hanya sementara…kenapa perlu takut jumpa dktr gigi??? gigi yg berlubang perlu ditampal dgn cara yg betul…kita juga disarankan buat pemeriksaan gigi setahun sekali sekurang kurangnya… utk mengetahui keadaan gigi kita…mn2 yg rosak…dpt dicegah awal…
-saya misi gigi-
benarlah ckp org tua2…lebih baik sakit hati drpd sakit gigi…
tpi x thn bau nya lah…mmg mebeles..
tk ade kesan mcm mabuk pening ker
cobe jgn x cobe…
Alhamdulillah…terima kasih admin atas perkongsian yang sangat berguna ini. Assalamu'alaikum.
As Salam, tapi di mana boleh beli SUGI? Bonda kat UK ni. Terima kasih.
Boleh kha kita guna kedua2 cara example..pertama berkumur2 dngan air garam pastu letak bawang putih kat tempat sakit gigi..
apa yang kita makan tu tersekat cecelah gigi kalau tak dibersihkan jadi ulat perosak
klu dah akar brnanah jln paling baik cabut gigi ke.?
Thanks a lot for the information.
Semua dh cuba tp tak leh