Cara Menyimpan Susu Badan
Bagi yang bercadang untuk menyusukan bayi secara eksklusif, ketahui cara penyimpanan susu yang betul. Ini kerana cara penyimpanan yang salah akan membuatkan susu rosak. Ikuti 6 tips mudah ini.

1. Ikut kuantiti bayi
Simpan susu dalam jumlah yang diambil oleh bayi pada setiap kali penyusuan. Ini akan mengelakkan pembaziran. Kerja juga menjadi lebih mudah.
2. Label Dengan Betul
Label setiap bekas dengan tarikh, masa dan jumlah perahan. Beli sticker dan marker yang murah-murah di kedai-kedai alatulis.
3. Sediakan Ruang
Bukan ruang untuk simpan susu dalam peti sejuk. Maksudnya, jika susu dibekukan, tinggalkan sedikit ruang di dalam bekas untuk susu mengembang.
4. Jangan Campur

Ini penting. Jangan sesekali mencampurkan susu yang baru diperah ke dalam perahan susu yang sudah disimpan. Susu yang elok, mungkin bercampur susu yang tidak elok. Maka semua susu berpotensi jadi rosak.
5. Freezer Paling Sejuk
Sentiasa simpan susu di bahagian yang paling sejuk di dalam peti sejuk atau di dalam bahagian dingin beku (bukan di bahagian pintu). Biasanya, ini tempat orang simpan ikan dan ayam, bukan sayur. Tidak perlu beli peti sejuk baru. Kemas, bersihkan dan sediakan ruang untuk simpan susu badan.
6. Sekali Guna Sahaja
Guna susu perahan sekali sahaja. Sebab itu diberitahu, simpan ikut kuantiti bayi. Jangan bekukan kembali susu yang telah dilarutkan.Tempoh Simpanan Susu Ibu:
Jangkamasa Simpanan Susu Badan
Untuk menyimpan susu perahan, ibu perlu ketahui suhu dan tempoh simpanan. Susu yang melangkaui tarikh luput adalah berbahaya untuk bayi.
Suhu bilik: Sehingga 8 jam
Peti sejuk: 24 – 48 jam
Dingin beku (peti sejuk dua pintu) : 3 bulan
Peti sejuk beku lampau (-20): 1 tahun
Untuk panduan lebih lanjut, rujuk jadual di bawah:

Dapatkan informasi tentang jenama breast pump yang murah dan bagus dalam entri kami sebelum ini. Boleh juga rujuk entri satu lagi tentang cara simpan susu perahan ibu.
Semoga bermanfaat!
@nor alis arman
Not gd to store in freezer …it will mixed with water.
🙂
Info tak updated ni..
bidang terjun ke yang menulis ni….
Beres….
Moga bermanafaat
Kalau yg premature mcam mana ye?x sama kan cr penyimpanan susu dgn baby normal
walaupun ringkas tapi membantu ibu-ibu yang baru first time nak breastfeed
Info yang bagus tapi boleh di perbaiki sikit lagi. Apa pun sebagai permulaan boleh di jadikan panduan
Nice sharing, simple dan mudah faham. 🙂