Nak Putihkan Baju Sekolah Yang Makin Kusam? Ikut 8 Petua Ini

“Geram betul dengan anak bujang sorang ni. Setiap hari balik sekolah, mesti baju dah tak macam baju sekolah. Penuh dengan cat lukisanlah, krayonlah, lumpur dan pasir. Yang lehernya pula penuh daki sampai dah jadi kuning. Dahlah susah putihkan baju ni!”

Baju putih memang susah nak jaga apatah lagi untuk kekalkan ‘keputihannya’ lebih-lebih lagi baju sekolah anak-anak yang tengah lasak dan aktif. Memang kena ada extra baju sebab setiap hari perlu ditukar ganti.

Masalah mengekalkan warna putih pada pakaian memang sering dihadapi oleh ibu-ibu yang mempunyai anak yang masih bersekolah.

Kalau suka pakai baju putih pun, mesti terfikir juga cara nak putihkan baju supaya lebih tahan lama.

putihkan baju
Foto Kredit: thecloakroom.com

8 Petua Putihkan Baju Sekolah Yang Makin Kusam

Tapi sebenarnya ada cara untuk anda kekalkan warna putih pada pakaian mereka.

1. Asingkan Daripada Pakaian Lain

Elak cuci baju putih dengan pakaian berwarna gelap, tuala dan cadar kerana ia boleh mempengaruhi pakaian berwarna putih.

Akibatnya baju putih nampak seperti kusam.

putihkan baju
Foto Kredit: goodhousekeeping.com

2. Asing Ikut Material

Meskipun sudah diasingkan yang berwarna putih, sekali lagi perlu pastikan setiap pakaian diasingkan mengikut material iaitu:

  • Acetates boleh digabung bersama acrylics
  • Linen boleh dibasuh bersama kain kapas
  • Wool tidak boleh bercampur dengan mana-mana material
  • Delicate perlu dicuci tangan
putihkan baju
Foto Kredit: ask.com

3. Rendam Dalam Air Suam

Periksa dulu label baju sama ada boleh dicuci dengan air panas.

Jika boleh, rendam baju putih dalam air suam kerana ia sebenarnya ‘setting’ terbaik untuk pakaian berwarna putih.

Kemudian baru cuci dengan sabun seperti biasa.

4. Guna Jus Lemon Atau Cuka

Jika anda kurang berminat guna agen pemutih yang ada di pasar raya, boleh gantikannya dengan bahan semula jadi seperti jus lemon, cuka putih (1 cawan) atau hydrogen peroxide (3%). Bahan ini menjadikan pakaian putih kembali putih.

Caranya: Tuang ½ cawan jus lemon ke dalam mesin basuh/baldi. Kemudian jemur di bawah cahaya matahari kerana sinaran ultraviolet membantu mengembalikan warna putih pada pakaian

putihkan baju
Foto Kredit: dailynewsdig.com

5. Periksa Mesin Basuh

Pastikan mesin basuh bersih daripada saki baki kotoran yang terhasil daripada mencuci pakaian terdahulu.

Saki baki ini mudah melekat pada pakaian putih.

putihkan baju
Foto Kredit: rubbedin.com.au

6. Elak Cuci Dengan Air Sejuk

Kalau nak putihkan baju, kena pastikan suhu air yang elok.

Elak cuci baju putih dengan air sejuk kerana kandungan mineral dalam air sejuk memudahkan kotoran melekat pada pakaian.

7. Jauhi Klorin

Bahan kimia seperti chlorine bleach boleh menyebabkan baju putih nampak seperti warna kuning.

putihkan baju
Foto Kredit: love-aesthetics.blogspot.my

8. Elakkan Matahari Terik

Elak gantung baju putih di tempat yang redup, jauh daripada cahaya matahari terlalu terik kerana ia boleh menyebabkan warna putih nampak kusam.

cara putihkan baju
Foto Kredit: answers.getwashio.com

Bukan Sekadar Putihkan Baju, Cadar & Tuala Pun Tiada Masalah!

Lepas ini bolehlah anda praktikkan cara yang sama untuk putihkan baju atau persalinan seperti stokin, kasut sekolah, tuala, atau cadar.

Ada juga orang dewasa yang sangat suka dengan warna putih, tetapi tidak berkesempatan memakainya kerana takut kotor.

Dengan mengamalkan cara cucian di atas, bolehlah anda membeli dan menggayakan pakaian putih selalu.

Tiada masalah lagi!

Leave a Comment