Cara Solat Dhuha
Adakah anda sedang baca artikel tentang cara solat dhuha di pejabat? Tentu sekali anda ialah seorang pekerja yang baik berdedikasi. Pasti disayangi oleh pentadbir dan rakan-rakan sekerja yang lain.
Atau adakah anda sedang membaca artikel tentang cara solat dhuha ini dari rumah? Jika anda seorang surirumah, bertuah sungguh suamimu. Sanggup luangkan masa yang sedikit, mencari ilmu tentang cara solat dhuha untuk mendekatkan diri pada Allah.
Jika anda baca entri cara solat dhuha ini dari asrama atau hostel, kami yakin yang anda adalah seorang pelajar cemerlang. Susah mahu jumpa pelajar yang bukan sahaja berjaga awal, tetapi ada inisiatif untuk mengerjakan solat dhuha.
Tahniah kami ucapkan!
Untuk pengetahuan, sumber asal artikel ini adalah terbitan Panduan Mengerjakan Solat Sunat & Surah Yasin dan Amalan Pilihan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Terengganu. Cara solat dhuha ini cuma sebahagian sahaja dari keseluruhan Panduan Mengerjakan Solat Sunat. Untuk download PDF lengkap dari Unisza, sila ke sini.
Teks untuk gambar di atas adalah seperti berikut:
Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari ) hinggalah matahari berada tepat di tengah- tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).
Anjuran Rasulullah terhadap amalan Solat Dhuha adalah sebagaimana dalam sebuah hadis Riwayat Abu Hurairah ra:
“Telah bersabda Rasulullah SAW; Barang siapa yang memelihara jaminan (yang ada pada) Solat Dhuha, terampunlah baginya dosa-dosanya, sekalipun seumpama buih di lautan”
1. Lafaz Niat Solat Dhuha;
“Aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”
Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua (2) rakaat sahaja atau boleh diulang sehingga enam (6) kali solat. Bacaan dalam solat dibolehkan membaca sebarang surah. Namun begitu dicadangkan untuk membaca surah al-Shams pada rakaaat pertama dan pada rakaat kedua surah ad-Dhuha
2. Doa selesai solat Dhuha;
“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu, (Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik)Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala) perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia, Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah, dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu, Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.”
Doa Solat Dhuha
Sebagai alternatif, untuk doa dalam Bahasa Arab dan Bahasa Melayu, tonton video di YouTube ini dari UNIC.
Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu Dhuha-Mu
Kecantikannya Kecantikan-Mu
Keindahannya Keindahan-Mu
Kekuatannya Kekuatan-Mu
Kekuasaannya Kekuasaan-Mu
Perlindungannya Perlindungan-Mu
Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, per-Mudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah
Berkat waktu Dhuha
Kecantikan-Mu, keindahan-Mu
Kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hamba-Mu yang soleh
Untuk mengetahui fadhilat dan kelebihan solat Dhuha, boleh rujuk di sini.
Semoga bermanfaat!
Terima kasih. Mudah-mudahan admin dikurniakan pelaburan pahala di sisi Allah.
Terima kasih mudah mudahan admin sentiasa berada dlm rahmat Allah. Aamiin
Solat Dhuha sgt luarbiasa.hebat
trimakasih Add a comment…
Terimakasih atas info yg berguna
Terbaikkk
Sgt memudahkn ibadah bg sy. Trn kasih…
Terbaik..
matur nuwun terima kasih atas referensinya
Syukran..info yg sgt berguna mohon utk share…
terima kasih….info yang bagus dan berguna…
Syukran….diatas info yang bermanfaat ini.
kalau kta tak reti bca dlm bhasa arab baca bhsa melayu je blh ke
Terima kasih ats info yg brguna..
minta izin nak print.thanks
Alhamdulillah, Penerangan ringkas dan mudah difahami
Alhamdullilah syukuran,terima kasih admin,dapat kita belajar sesuatu yang bermafa,'at,,
Terima kasih atas panduan solat2 sunat yang anda beri. Insyallah saya akan berkongsi ilmu ini dengan sahabat2 yang lain
Kul brape waktu duha
Terimakasih kerana menyediakan ruangan utk kita belajar beribadah..semoga Allah merahmati kita semua..amiin ya robb
alhamdulillah di atas info…dptlah kita ilmu utk menunaikan solat sunat dhuha dgn lebih baik.amin.
Mksih 🙂
tqvm.. 🙂
Info yang berguna. Terima kasih 🙂
Assalam… terima kasih di atas perkongsian ilmu ini…
Semasa mengerjakan solat bacaan ape yg sepatutnye dibaca?
sembahyang seperti solat sunat yang lain.. Alfatihah dan ayat lazim. Surah al-sham dan ad-dhuha digalakkan
Alhamdulilah bisa belajar lebih dari solat wajib
Terima kasih kerana memberi info yg bermanfaat
Syukur Alhamdulillah.
assalamualaikum
mohon untuk copy and paste.
terima kasih.
Amin……….. Alhamdullilah dan sukur saya saya dan insallah saya amalkan……………………………………………………………………………………………………………………" Kerugian akan menjelma sekiranya tidak beramal…Mendengar rugi— Membaca rugi KEUNTUNGAN akan dapat sekiranya BERAMAL"……….asalamualaikum…..
Terima kasih diatas segala info..
Mohon copy n paste
Insyallah mudahan mendapat keberkatan dari ape yang kita lakukan..Amin.
Alhamdulillah.terima kasih….ilmu yg amat bermanfaat….
Alhamdulillah… Tkasih
Salam… terima kasih atas perkongsian…Moga Allah permudahkan urusan Tuan Dunia & akhirat…Amin(engkau perkenankanlah)
Amin….terima kasih…
Mohon copy
Amiin….Alhamdulilah
Amiin….Alhamdulilah
Assalamualaikum..syukran utk ilmu yg brmanfaat..mohon utk copy&paste ya…
Insyllh,saya buat,saya amalkan
Assalamualaikum. ..
Saya nak tanya. Saya lihat kawan saya solat dhuha apabila sujud rakaat ke 2 sangat lama. Adakah apa apa bacaan atau doa semasa sujud itu.
sekiranya tidak hafal surah al-Shams dan Al-Dhuha perlu ke saya membaca ayat kursi sebanyak 7x pada rakaat pertama dan 11x pada rakaat kedua coz saya ada baca buku cara2 sembahyang dhuha diperlukan membaca ayat kursi sekiranya tidak hafal surah2 tersebut.. Perlu penjelasan.. Terima Kasih..
Alhamdulillah …. Terima kasih kepada siraplimau.com. Mudah-mudahan sentiasa dalam keberkatan Allah. Aminnnn
Assalamualaikum…. Alhamdulillah, Terima kasih kepada siraplimau.com.. Mohon keizinan untuk copy&past ya….
Assalam Admin .. Mohon Copy Semua maklumat di atas utk tujuan amalan kami sekeluarga .
Alhamdulillah
Terima kasih satu perkongsian yg terbaik
Terima kasih admin untuk perkongsian ini. Kata2 motivasi di awal post juga sangat dihargai. Semoga Allah sentiasa merahmati amin.
terima kasih info semoga Allah akan mengakbulkan permintan hamba2nya semoga Allah mengampunkan dosa2 kita,,
Artikel yang berguna untuk semua…Terima Kasih byk byk
Alhmdulillah syukur
Ketemu juga. Tq
solat dhuha lebih baik daripada dunia dan isinya.marilah kita budayakan solat dhuha minimal dua rakaat setiap hari.
terbaik
Terima kasih
syukron jazakallohu khoiron katsiron
Terimakasih banyak atas ulasan yang menarik ini 🙂
Alhmdhulillah …aamiin terima kasih di atas perkongsian dengan ilmu ALLAH S.W.T, semoga yang memberi akan mendapat ganjaran pahala dunia dan akhirat aamiin………
Terima kasih utk ilmu bermanfaat ni.
Saya ingin dekat kan lagi diri dgn allah s.w.t 💞
Mohon share..terima kasih sgt2
Tk ada sharing..mudah utk sya dgn anak2 n sahabat2
Makasih banyak ada videonya
Terima kasih atas perkongsian ilmu ini.