Cara Solat Jamak Qasar Yang Betul – Zohor, Asar & Maghrib, Isyak (Himpun & Pendekkan)

Cara Solat Jamak Qasar

Untuk yang ringkas, berikut ialah panduan dan cara solat jamak Qasar, sumber dari UnisZa. Boleh terus download fail dalam bentuk PDF untuk simpanan sendiri di sini.

Cara Solat Jamak Qasar

 

Cara Solat Jamak Qasar

 

 

Berikut ialah sumber dari Masjid Wilayah Persekutuan yang menceritakan cara solat jamak qasar dengan lebih panjang lebar.

 

Apa maksud Jamak dan Qasar?

Makna Jamak ialah dihimpunkan
Makna Qasar ialah dipendekkan

 

Apakah yang perlu kita niat setelah keluar rumah?

Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:-

“Sahaja aku musafir kerana Allah Ta’ala”.

Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.

 

Jamak Qasar Taqdim

Jamak Takdim dan di qasarkan (dipendekkan)

1.  Melakukan sembahyang Asar dalam waktu Zuhur itu di namakan jamak takdim.
Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.

Niat untuk sembahyang Zuhur ialah “Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Ta’ala”.

Niat untuk sembahyang Asar pula ialah “Sahaja aku sembahyang fardu Asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Ta’ala”.

Jamak Takhir dan di qasarkan (dipendekkan)

1.  Melakukan sembahyang Zuhur dalam waktu Asar itu di namakan Jamak Takhir.
Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:-

“Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu Asar”

Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang Zuhur 2 rakaat.

Niat untuk sembahyang Asar ialah “Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Ta’ala”.

Niat untuk sembahyang Zuhur ialah “Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Ta’ala”.

Kita boleh juga jamakkan Maghrib dengan Isyak atau sebaliknya tapi waktu Magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-

 

Jamak Qasar Takhir

Jamak taqdim dan di qasarkan (dipendekkan)

1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.
Niat untuk sembahyang Maghrib ialah:

“Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak taqdim kerana Allah Ta’ala”.
Niat untuk sembahyang Isyak ialah:

“Sahaja aku sembahyang fardu Isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu Magrib dengan jamak taqdim kerana Allah Ta’ala”.

Jamak takhir dan di qasarkan (dipendekkan)

1.  Melakukan sembahyang Magrib dalam waktu Isyak itu dinamakan jamak takhir.
Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu Maghrib berakhir

“Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam  waktu Isyak”

Niat untuk sembahyang Isyak ialah:

“Sahaja aku sembahyang fardu Isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu Maghrib dengan jamak takhir kerana Allah Ta’ala”.

Niat untuk sembahyang Maghrib ialah:

“Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu Isyak dengan jamak takhir kerana Allah Ta’ala”.

 

Akhir kata, semoga panduan dan cara solat jamak qasar ini dapat memberikan sedikit manfaat.

9 thoughts on “Cara Solat Jamak Qasar Yang Betul – Zohor, Asar & Maghrib, Isyak (Himpun & Pendekkan)”

  1. Assalamualikum salam sejahtera. Sy ingin bertanya. Adakah solat jamak qasar ini hanya boleh dilakukan sewaktu dalam perjalanan? Bagai mana jika kita berada di satu tempat yg ingin di tuju seperti contoh sebuah pulau untuk 3 hingga 4 hari, adakah kita boleh melakukan solat jamak qasar itu sewaktu berada di pulau itu. Atau solat jamak qasar itu hanya boleh dilakukan didalam perjalan menuju ke pulau itu sahaja. Sekian mohon pencerahan.

    Reply

Leave a Comment