Cara Solat Jamak Taqdim & Takhir Yang Betul Dari JAKIM

Cara Solat Jamak

Selalunya, di hentian R&R Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), kita biasa nampak tatacara, panduan dan cara solat jamak dan qasar di dinding surau. Bila mahu solat, kita baca. Lepas itu, lupa. Jika singgah lagi di R&R, baca lagi. Selepas itu, lupa lagi. Mungkin kerana tidak dipraktikkan, kita selalu lupa.

Apa tidaknya, jika tidak selalu diamalkan, kita akan terlupa cara solat jamak. Kena selalu praktis cara solat jamak jika bermusafir agar terus lekat dalam kepala. Di bawah ini ialah panduan sembahyang musafir atau cara solat jamak yang diambil menggunakan kamera di salah satu Hentian R&R PLUS.

Cara Solat Jamak
Gambar ihsan PLUS. Di ambil di Hentian R&R Tangkak, Arah Selatan. Klik untuk saiz yang lebih besar.

Apabila bermusafir, tidak kira menaiki kenderaan di darat, laut atau udara, kita dibolehkan melakukan solat jamak. Namun, bagi orang yang tidak biasa, tentu agak janggal. Oleh yang demikian, ini adalah perkongsian agar kita dapat ketahui cara solat jamak taqdim dan takhir dari sumber yang mempunyai kredibiliti iaitu JAKIM.

Apa itu solat jamak?

Menurut JAKIM, takrifan solat jamak terbahagi kepada dua, iaitu:

1. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

2. Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

Apakah syarat solat jamak?

Untuk solat jamak taqdim:

1. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’.

2. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.

3. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.

4. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.

5. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

Untuk solat jamak taakhir:

1. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.

2. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

Bagaimana cara dan contoh niat solat jamak?

Untuk jamak taqdim:

1. Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2. Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

Untuk jamak taakhir:

1. Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)

2. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)

Akhir kata

Semoga artikel cara solat jamak ini dapat membantu kita melakukan ibadah, walau di mana kita berada. Usah sesekali meringankan solat, walaupun bermusafir.

Untuk menghimpunkan dan memendekkan rakaat solat, baca panduan solat jamak qasar yang betul. Harus diingat, yang dibolehkan hanya solat Zohor dengan Asar, dan Maghrib dengan Isyak sahaja.

Walaubagaimanapun, jika hanya ingin memendekkan solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’, ikuti panduan solat qasar dari JAKIM.

Semoga perjalanan kita mendapat keredhaan Allah.

85 thoughts on “Cara Solat Jamak Taqdim & Takhir Yang Betul Dari JAKIM”

    • 1. Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

      أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
      (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)

      Reply
      • أُصَلِّي فَرْضَ العَصْرِ أربع رَكعَاتٍ مَجْمُوْعًا مع الظُّهْرِ اَدَاءً للهِ تَعَالى

        “Ushollii fardlol ‘ashri arba’a raka’aatin majmuu’an ma’azh zhuhri adaa-an lillaahi ta’aalaa.”Artinya : “Aku sengaja shalat fardu Ashar empat rakaat yang dijama’ dengan dhuhur, fardu karena Allah Ta’aala”

        Reply
    • Jamak tu maksudnya himpun 2 solat dalam satu waktu ..samada taqdim iaitu asar dlm zohor / isyak dlm maghrib. Ta’khir iaitu zohor dlm asar/ maghrib dlm isyak. Setiap solat boleh 4 rakaat atau di pendekkan jadi 2 rakaat kecuali maghrib kena penuh 3 rakaat. Setiap solat wajib didirikan.

      Reply
  1. alangkah baiknya kalau tajuk dan kandungan “Cara Solat Jamak Taqdim & Takhir Yang Betul Mengikut RasululLah s.a.w” !!!

    Reply
  2. Kalau tak silap, kena bagi tahu lah syarat paling wajib solat jamak jadi sah. Syarat sah solat apabila jarak perjalanan anda itu melebihi 2 marhalah atau 60 batu atau 90 km baru lah sah solat jamak, sekiranya anda pergi ke sesuatu destinasi melebihi 4 hari, anda tidak boleh solat jamak kecuali semasa dalam perjalanan pergi dan balik sahaja.

    Reply
  3. saya tahu kena jama kan solat zohor ke asar.. xkira solat 4 rakaat or 2 rakaat.. selepas solat tu mesti kena solat kedua plak untuk solat asar.. jadi saya mahu tahu niat untuk solat asar tu mcm mana plak.. ?

    Reply
    • أُصَلِّي فَرْضَ العَصْرِ أربع رَكعَاتٍ مَجْمُوْعًا مع الظُّهْرِ اَدَاءً للهِ تَعَالى

      “Ushollii fardlol ‘ashri arba’a raka’aatin majmuu’an ma’azh zhuhri adaa-an lillaahi ta’aalaa.”Artinya : “Aku sengaja shalat fardu Ashar empat rakaat yang dijama’ dengan dhuhur, fardu karena Allah Ta’aala”

      Reply
  4. utk jamak takdim sy rsa dah jelas.
    tp penjelasan utk jamak ta’khir masih samar..adakah sma spt jmak takdim perlu mengikut tertib atau sebaliknya.

    Reply
  5. Nk lebih yakin niat nya mcm ni. Cntoh jamak takdim zohor dn asar.. mse solat zohor tu "shja aq solat zohor dihimpunkan dgn asar dilakukan pd waktu pertama (takdim) 4 rakaat kpd 2 rkaat krna Allah taala". Kmudian utk asar "shja aq solat fardu asar dihimpunkn dgn zohor dilakukan pda waktu pertama, 4 rkaat kpd 2 rkaat tunai krna Allah taala". Sdikit prkongsian dr sy.. btulkn sy jika tersilap.

    Reply
  6. Apa yang saya faham..bergantung pada niat kita..kalau niat untk bermusafir tidak lebih dr 3 hari..boleh jamak..tapi kalau niat bermusafir lebih dr 3 hari,hanya dibenarkan jamak ketika dlm perjalanan..wallahualam..sekiranya salah tlg betulkan

    Reply
    • Musafir berapa haripun boleh jamak dan qasar… apabila bermastautin atau duduk satu tempat lebih 3 hari…. taraf musafir akan hilang dan tsk bolehlah solat jamak dan/ atau qasar.

      Reply
  7. Ye bergantung kpd niat ketika nk memulakan perjalanan..kalau dh berniat tinggal lama atau bermusafir lebih 3 atau 4 hari, hanyak boleh jamak pada hari perjalanan shj..kalau hanya berniat nk bermusafir 3 hari cthnya, tp terpaksa bermusafir sehingga hari ke 5 atas sbb2 tak dpt dielakkan, maka bolehla jamak sehingga hari ketiga..jamak tidak terhad kepada musafir atau perjalanan yg lebih 2 marhalah, ada hal2 tertentu yang dibolehkan jamak seperti seorang doktor terlibat dgn pembedahan yg mana ianya berterusan dlm tempoh yg lama. Tp kalau qasar ianya hanya utk musafir utk perjalanan yg melebihi 2 marhalah.. wallahualam, kalau salah tlg betulkan..

    Reply
  8. jamak takdim dan qasar : (dilakukan dlm waktu zohor)

    ‘sahaja aku solat fardhu zohor 2 rakaat dipendekkan dan dihimpunkan dengan asar tunai kerana allah taala’….

    ‘sahaja aku solat fardhu asar 2 rakaat dipendekkan dan dihimpunkan dengan zohor tunai kerana allah taala’

    Reply
  9. Assalamualaikum.izinkan saya berkongsi sedikit mengenai hal diatas.dizaman rasulullah s.a.w perjalanan diantara 1 tempat ke 1 tempat sgt jauh kerana hanya berjalan kaki.disana kawasan yg mempunyai air cuma sedikit.perjalanan rasulallah itu bukan lah kerana urusan pejabat,urusan keluarga or urusan seronok tetapi urusan agama.dalam masa yg sama baginda diburu untuk dibunuh.justeru itu baginda diarahkan utk berhijrah.akan tetapi dimalaysia saat ini perjalanan dari jb ke penang mengambil masa 7 or 8 jam tetapi setiap 50km ada r&r yg cukup selesa untuk kita menunaikan tanggongjawab kita.dan tujuan kita membuat perjalanan itu pun bukan disebabkan urusan agama.adakah dgn menunaikan waktu kita itu 10 minit setiap waktu boleh melambatkan urusan kita ? Fikir2kan lah

    Reply
  10. Riwayat dari Ya’laa bin Umayyah radhiallahu 'anhu , dia berkata:

    Aku pernah bertanya kepada Umar al-Khattab radhiallahu 'anhu berkenaan dengan firman Allah “maka kamu tidaklah berdosa "mengqasar kan" (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir” sedangkan pada masa sekarang ini manusia telahpun berada dalam keadaan aman.” Umar menjawab: “Aku sendiri pernah merasa hairan juga seperti kamu oleh itu aku telah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang hal ini lalu baginda bersabda: “Itu adalah sedekah yang diberikan oleh Allah kepada kalian maka terimalah sedekah-Nya.

    P.S: Ustaz pernah tanya, kamu yakin ke akan sempat sampai ke destinasi solat dlm perjalanan sedangkan Allah dah bagi keringanan (rukhsoh) kpd kita?

    Reply
  11. Untuk Jamak takhir, kalau ikut dari sunnah (dalam sirah Nabi) yg Nabi akan solat dulu waktu Zuhur dahulu baru asar kerana Baginda mahu membayar "hutang" solatnya terlebih dahulu …melainkan telah masuk waktu Asar, maka Nabi Shalat berjemaah Asar terlebih dahulu.

    Reply
  12. Ya betol.utamakan solat Asar..tp berjemaah la 4 rakaat dgn imam..lps tu terus buat zuhur 2 rakaat..niat solat zuhur dlm waktu asar. segbgnerakan solat bila masuk waktunya.

    Reply
  13. Betul la tu.
    Untuk jama' taqdim: asar dihimpun ke zohor.
    Sebab tu "dihimpun KEPADANYA asar"

    Untuk jama' takkhir:
    Zohor dihimpun ke asar
    Sebab tu "dihimpunkan KEPADA asar"

    Reply
  14. Kena 2 kali.
    Jama' taqdim: himpun asar kepada zohor.
    1st solat zohor dulu macam biasa pun boleh sebab waktu zohor. Atau nak qasar (pendekkan kepada 2 rakaat) zohor pun boleh. "Sahaja aku solat fardhu zohor 2 rakaat qasar kerana Allah taala"

    Lepas tu baru solat asar dengan niat jama'
    "Sahaja aku solat fardhu asar dihimpunkan kepada zohor 4 rakaat tunai kerana Allah taala"
    Atau jika nak qasar sekali untuk asar:
    "Sahaja aku solat fardhu asar dihimpunkan kepada zohor 2 rakaat, qasar kerana Allah taala"

    Reply
  15. Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kpd umat Islam dlm mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir. Kelonggaran ini dinamakan RUKHSAH SOLAT.

    Sabda Rasullah SAW ;

    إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد
    “Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.

    Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.

    SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UTK SOLAT QASAR/JAMAK
    1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
    2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
    3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).

    HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK
    1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.
    2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
    3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.
    4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.

    SOLAT QASAR

    Bahasa ; Pendek dan ringkas.
    Istilah ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.
    Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.

    SYARAT-SYARAT SOLAT QASAR
    1. Hendaklah melepasi semapadan kawasan tempat tinggal.
    2. Tidak berniat bermukim melebihi 4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
    3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
    4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.

    Cara Solat Qasar

    1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
    2. Lafaz niat adalah spt beikut ;
    أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.

    SOLAT JAMAK

    Bahasa : Himpun @ kumpul
    Istilah : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.
    Solat Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.

    Solat Jamak terbahagi kepada ;

    1. JAMAK TAQDIM – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.

    SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM
    1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).
    Niat hendaklah dilakukan dalam solat terutama ketika takbiratulihram. Walau bagaimanapun, boleh dilakukan niat semasa (pada mana-mana bahagian) solat yang pertama sekalipun semasa memberi salam. (Bukannya selepas memberi salam sbb solat sudah habis/selesai).
    2. Bertertib iaitu memulakan solat yang pertama (Zohor/Maghrib), kemudian diikuti dgn solat yang kedua (Asar/Isya) kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah untuk waktu yang pertama (Zohor/Maghrib), sedangkan solat yang kedua (Asar/Isya), adalah pengikut bagi solat yang pertama, maka mestilah solat yang diikuti (solat pertama). Alasannya yang kedua ialah solat yang pertama (Zohor/Maghrib) telah masuk waktu, sementara solat yang kedua (Asar/Isya) belum lagi masuk waktu… Jadi amat wajarlah kita dahulukan solat (Zohor/Maghrib) kerana telah masuk waktu, sementara solat yang kedua hanya penumpang… belum masuk waktu.
    Jika dilakukan solat kedua-duanya dgn didahului oleh solat yang pertama, tiba-tiba terbatal solat yang pertama kerana tidak sempurna syarat dan rukunnya, maka terbatal juga solat yang kedua. Walau bagaimanapun, solat yang kedua menjadi solat sunat mengikut pendapat yang asah.

    3. Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku pemisahan yang lama di antara kedua-dua solat kerana jamak telah menjadikan kedua-dua solat tersebut sebagai satu solat, maka mestilah bersambung di antara kedua-duanya seperti rakaat-rakaat solat.
    Kalau dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang walaupun kerana keuzuran spt terlupa atau pitam. Maka terbatallah jamak. Maka wajiblah ditunda solat yang kedua kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat jamak. Walau bagaimanapun, jika dipisahkan kedua-duanya umtuk tempoh sekejap spt oleh azan, iqamah dan bersuci maka tidak terbatal Jamak.
    Tidak membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat kerana mendapatkan sedikit air utk berwudhuk kerana perbuatan tersebut adalah keperluan solat sebagaimana Iqamah, malah lebih utama lagi kerana wudhuk adalah syarat sah solat tetapi iqamah bukan syarat.

    4. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua. (sekurang-kurangnya Takbiratul Ihram solat yang kedua). Sekalipun, selesai musafir tidak lama setelah TakbiratulIhram solat yang kedua. Tetapi jika selesai musafir sebelum memulakan solat yang kedua, maka tidak sah jamak kerana hilang sebab yang membolehkannya.
    5. Kekal waktu solat yang pertama dengan yakin sehingga mendirikan solat yang kedua.
    6. Zan (sangkaan yang kuat) bahawa solat yang pertama itu sah.

    Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM
    1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
    2. Selepas salam solat pertama, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
    3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM

    Solat Zohor dan Asar Jamak Taqdim

    أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

    أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan kepada Zohor Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

    Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim

    أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

    أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 4 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

    2. JAMAK TA’HIR – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.

    SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TA’HIR
    1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).
    Niat hendaklah dilakukan seblum habis waktu solat yang pertama. Sekalipun waktu yang masih ada itu sekadar satu rakaat sahaja.

    2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.
    * Tertib tidak menjadi wajib kerana waktu bagi solat yang kedua (Asar/Isya’), telah masuk waktu bagi solat yang pertama (Zohor/Maghrib). Oeh itu boleh didahulukan mana-mana solat sama ada solat pertama atau solat kedua.

    Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR

    1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama (Zohor/Maghrib)
    2. Selepas salam solat waktu kedua, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
    3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR

    Solat Zohor dan Asar Jamak Ta’hir

    أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan kepada Zohor Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

    أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

    Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir

    أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 4 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

    أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

    SOLAT QASAR DAN JAMAK

    Selain drp melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan utk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.

    Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.

    Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.

    Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.

    Solat Zohor dan Asar Jamak Taqdim dan Qasar.

    أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Zohor 2 rakaat Qasar dihimpunkan solat Asar kepadanya
    Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

    أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Asar 2 rakaat Qasar dihimpunkan kepada Zohor Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

    Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.

    أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

    أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 2 rakaat Qasar dihimpunkan kepada Maghrib Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

    Solat Zohor dan Asar Jamak Ta’hir dan Qasar.

    أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Asar 2 rakaat dihimpunkan kepada Zohor Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

    أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Zohor 2 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

    Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.

    أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 2 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

    أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

    Reply
  16. assalamualaikum.. pernah sy terfikir…
    skrg,,, masjid amat mudah dijumpai spjg perjalanan musafir..
    jd, apa salahnya jika kita singgah solat bg setiap waktu itu??
    kemudian,, kata seorg sahabat sy,,
    "Allah itu Maha Mengetahui apa yg terjadi akan datang.. apakah kamu kira, Allah tidak mengetahui bahawa masjid2 ini bakal dibina… TIDAK… Allah telah mengetahui ttg itu…"
    "jd,, anggaplah bhw rukhsah solat dan rukhsah puasa itu adalah suatu HADIAH dr Allah buatmu"
    ^_^ inshaALLAH… SELAMAT BERAMAL!

    Reply
  17. Assalam, sy ingin penjelasan, jika kita solat jamak qasar maghri dan isyak semasa dlm perjalanan dr kg, apabila sy smpi ke rumah waktu isyak belum masuk lgi, adakah sy kena solat isyak semula, ingin penjelasan?

    Reply
  18. Kalau musafir lebih 2 marhalah n tujuan musafir diharuskan syara', means boleh jama'kan n pendekkan (qasar) solat yg 4 rakaat. kalau xmusafir, tapi contohnye ade hal mcm doktor yang kene buat surgery dari sebelum masuk waktu zohor smpai la asar. jdik die akan terlepas zohor. so die boleh jama'kan solat tapi tak boleh pendekkan (qasar). tpi utk lebih detail, sile tye ustadz dkt surau awak. Wallahualam.

    Reply
  19. Apabila kita di dalam keadaan musafir iaitu di dlm perjalanan, tiada siapa yang tahu rezeki masing dan panjang pendek umurnya..maka dgn berjama' takdim, setidak2nya….solat kita yg seterusnya terpelihara insyaAllah…

    Wallahulam..

    Reply
  20. mmg betul masjid byk..mudah..ada kapal terbang…ttp jika nak solat jamak pun boleh..nak solat pada waktunya pun boleh…cuma jika kita solat jamak kita dapat pahala berganda…1 solat fardhu..2 sunnah nabi..jika berjemaah dapat pula pahala berjamaah…solat jamak adalah 1 cara Allah berikan kepada kita utk memudahkan urusan ibadah kita…walapun zamanberubah..islam tidak berubah..islam sesuai setiap zaman..

    Reply
  21. Allah maha mengetahui apa yang berlaku dari dahulu hingga sekarang itu adalah anugerah allah kepada mereka yang bermusafir dgn niat yang baik..jgn buat andaian ikut akal..ikutlah quran dan hadis sebagai panduan…orang bermusafir lebih afdal sembahyang jamak dan qasar

    Reply
  22. ahmad faisal jubri..awak pakai kaedah mana ni kitab mana dalil mana yg awak rujuk..jaga2pemahaman awak klu mengaku diri tu fahaman imam as syafie…jgn main hukum ikut hukum aqli'…faham memolek deh…solat jamak taqdim dan jamak takhir ni anugerah atau hadiah istimewa dari allah s.w.t kpd hamba2nya bermusafir…klu awak nak banding kan perkara Yg menjadi mustahil di benak minda hukum akal manusia mmg lah…tapi ini hukum allah allah yg membenarkan syariat islam yg membenarkan kita boleh berbuat demikian…awk nak menafikan pemberian istimewa pahala yg byk jika owg melaku kan solat jamak ni dah kenape….awk lagi pandai dari allah plak…???mmg lah klu nak di ikut kan dari kisah dizaman rasulullah yg ketika itu rasullullah menunai kan solat jamak kena dgn zaman yh xde kenderaan macam kita..air ssh nak cari xmcm zaman kita air mudah masjid keliling pinggang ada..allah mensyariat kan solat jamak ni kpd hambanya malah allah membenarkan hamba2nya yg beriman melaku kan solat jamak tidak zaman…tidak kira keadaan or kesesuaian…bahkan allah xpenah menghalang hambanya daripada melaku kan solat jamak!!!malah allah lipat kali gandakan ganjaran rahmat serta pahala yg lebih lagi dari solat biasa…jadi ape masalah.. moral storynya =awak xnak ke allah nak bagi lebih ..???ape yg sy share kan ni bkn nak cari gadoh wahai saudara..sebelum sy bagi hujah sy rujuk dgm alim ulamak yg beritahu macamtu..bkn sy reka ikut kehendak hukum akal yg selalu bercanggah dgn hukum hakiki iaitu hukum allah..maaf ckp ye..hujah yg awak kata tu sama seperti hujah golongan wahabi..hujah fahaman golongan imam syafie…takkan kuar pendapat hujah sperti awak cek ahmad faizal jubri..jgn mencelaru kan lagi terutama kpd golongan yg dahaga kan ilmu yg tgh teekapai2memcari mana yg betul mana yg salah…cara hujah yg awak berikan boleh mengeliru kan lagi keadaan…jgn pertikai kenape kita zaman dah moden perlu lagi nak laksanakan solat hajat!!!jgn pertikaikan gife hadiah dari allah…jgn jadi golongan yg rugi…wallahuaklam..aslkm

    Reply
  23. Solat jama' & qasar adalah hadiah drp.Allah kpd musafir. Syarat nya melebihi 2 marhalah bukan tertakluk kepada masa. Walau pun 2 marhalah tu cuma 1 jam, kita layak terima hadiah tersebut. Tk kan Allah bagi hadiah kita tk mau terima…

    Reply
  24. Allah telah memudahkan solat utk hambanya yg bermusafir dan Allah lebih mengetahui akan hamba nya…usahakan lah kita mempertikai perintàh Allah. Terpulang kpd diri sendiri utk menerjakannya solat jamaknya,semuanya akan dinilai oleh nya

    Reply
  25. Assalamualaikum saya kurang pasti…tentang niat..sbb ada niat yg hanya disebutkn qasar shj.ada yg niat sebut jamak..kadang sekali jamak n takdim…boleh tak bg tunjuk ajar pada sya yg baru nk bljar ni…t kasih byk3

    Reply
  26. Salam maaf nak tanya klu tetiba diantara 50 km tu ada kemalagan dan jln jem hingga habis waktu mcm mana pulak klu nak kira…. Maaf nak tanya je atau kena tinggalkan kerata gi jln kaki ke masjid atau surau.

    Reply
  27. Kalau dalam perjalanan @ bermusafir, boleh dijamak @ diqasar. yang 3 hari (terdapat pendapat jika tertangguh bole sampai 18 hari) tu ketika kita sampai destinasi.

    Contoh: Kita dari Penang, ada urusan di JB. Kita expect urusan kita di JB selama 3 hari. Masa dikira bermusafir (yakni boleh qasar/jamak) ialah dari mula kita keluar mukim kita (taman perumahan/kampung) sehingga destinasi kita (JB) , 3 hari (ada pendapat 4) di JB, dan perjalanan kita dari JB ke Penang (mesti luar mukim).

    Tetapi kalau kita expect lebih 3 hari, maka selepas sampai JB, kita tidak dikira bermusafir. Hanya perjalanan kita dari penang ke JB dan sebaliknya dikira bermusafir.

    Katakan kita expect urusan kita 3 hari, akan tetapi tertangguh sehingga 18 hari, kita masih dikia bermusafir. Contoh: kita dari Penang ke JB untuk melawat saudara dan kita expect hanya untuk weekend. Tetapi tiba-tiba anak kita sakit dan warded. Jadi kita kena tinggal lebih lama. Jadi Kita dibenarkan jamak/qasar solat sehingga 18 hari di JB. lepas tu kita kena solat tamam.

    Untuk makluman Solat Jamak/Qasar tidak hanya untuk musafir tetapi juga untuk keadaan tertentu spt perang, doktor merawat (spt pembedahan) pesakit dsb.

    Berkenaan hal Tuan dalam kapal (kerana bekerja), kalau ikutkan apa yang katakan di atas, Tuan adalah dalam keadaan bermusafir ketika Tuan berada dalam kapal tidak kira berapa lama sekalipun (of course dengan syarat kapal tu bergerak ke destinasi, jangan duduk diam je). Akan tetapi sebaiknya tanya yang lebih arif dan berilmu daripada saya.

    Wallahu aklam.

    Reply
  28. Jamak = gabungkan 2 solat ke 1 waktu, Yang boleh dijamak, Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak. Tak boleh Asar/maghrib, Isya/Subuh. Bila kita jamak solat kita lakukan solat zohor DAN asar (berturut-turut) dalam waktu zohor(taqdim-awal waktu) atau dalam waktu asar(takhir – akhir waktu)

    Qasar = pendekkan rokaat solat. hanya untuk solat 4 rokaat (Zohor, Asar, Isya), dan dipendekkan kpd 2.

    Reply
  29. Niat spt biasa utk solat pertama. sebelum habis solat pertama, niatkan yang kita hendak jamakkan solat kedua dalam hati kita.

    Contoh, Jamak Zohor/Asar. Niat solat Zohor Spt biasa (kalau nak qasar kena masukkan niat qasar sekali). tetapi sebelum kita habis solat zohor, kita niatkan dalam hati kita yang kita hendak menjamakkan solat Asar selepas kita buat solat zohor. selepas habis solat zohor terus buat solat asar.

    Wallahuaklam

    Reply
  30. Nanny Poilin yang 3/4 hari tu ialah masa ketika kita di destinasi. bukan musafir. Kalau (kita tahu) perjalanan mengambil masa lebih 4 hari, kita masih boleh jamak/Qasar di destinasi, dgn syarat niat kita tidak lebih dari 4 hari di destinasi.

    Contoh: kalau kita pergi ke mekah naik kapai, tak kira berapa lama kita dalam kapal,kita boleh Jamak/Qasar. Cuma samada kita boleh Jamak/Qasar di Mekah bergantung pada niat kita. Jika kita berniat tak lebih 4 hari, maka kita boleh Jamak/Qasar di mekah. Jika tidak kita kena tamam.

    Reply
  31. solat mudah dan ringkas ini ialah hadiah dari Allah SWT. Rugilah kalau tak gunakan. Allah memberi, kita sambut dgn tersangat bergembira. Contoh kita dah biasa ke sekolah dengan berjalan kaki, kerana hawa nyaman dan selesa berjalan. Hari itu terbangkit awal, lagilah banyak masa nak berjalan. Tiba2 ayah kata, jom ayah hantar. Boleh ke jawab,"tak apalah, masa banyak dan hawa best pagi ini." Tentu ayah kecil hati kerana dia tentu ada fikir lain. Nak mudahkan anaknya belajar kerana sudah kurangkan kudrat di segi mengayuh langkah. Allah lagi Tahu kenapa DIA bersedekah cara mudah solat ini so – terimalah dengan penuh kesyukuran [bagi yg tau perform ]

    Reply
  32. mohd amin
    pandangan saya
    kita letak kn kita dalam "stanby mood" bila kita niat musafir iaini keluar rumah dengan perjalalnan 2 marhalah atau lebih terima la hadiah Allah ini , kita tak tau rahsia Allah pada kita seandainya apa2 akan berlaku dalam perjalanan kita yang memungkin kan kita tak dapat menunaikan kan pada waktu2 yang diwajiblkan kita bersolat.. tak nak la sebut perkara tak diingin berlaku pada perjalanan kita.. kalau dgn izin Allah terjadi kita dah selesaikan satu perkara wajib yang islam menegah melewat kan atau langsung meninggal kan waktu tak lah nanti kita kelam kabut nak mncari tempat utk bersolat..waullahuaklam..

    Reply
  33. Selagi mana dalam pelayaran atau dalam perjalanan selagi tu anda dalam keadaan bermusafir.. kalu berlayar selama setahun pun setahun la dalam musafir.. kalu dah sampai ke destinasi dan hari keempat di destinasi barulah bersolat mcm biasa..

    Betulkan kalu saya salah.

    Reply
  34. Waalaikumsalam. Jika tidak praktis bila nak pandai. Kena ingat juga solat jamak dan qasar adalah kemudahan yg Allah SWT beri pd umatnya. Bukan soal jangkamasa perjalanan yg dijadikan ukuran dalam Islam tapi jarak perjalanan iaitu dua marhala.

    Reply
  35. Assalam. Nk tanya. Blh ke kita solat jamak dlm uma kita sndri? Pnh tnmpk kwn blk dr outstation. Smpai je rumah ddk rehat sat pastu wat solat jamak. Mohon pencerahan dr yg arif. Thanks

    Reply
  36. Bagaimana sekiranya dan contohnya di Madina…mana lebih afdal….Jamak dan Qasar atau sembahyang fardhu seperti biasa di Masjid Nabawi…..lebih lebih lagi…jadual pergi Umrah sekarang selalu nya di Madina sesingkat dua hingga empat hari sahaja….

    Reply
  37. Bolih kah kita….contohnya semasa jamak takdim…..bolihkah kita niat qasar shj pd sembahyang yg terdahulu….kemudian semasa sembahyang berikutnya….baru di niatkan jamak dan qasar …….

    Reply
  38. Solat jamak adalah hadiah dr Allah, adal cukup syarat maka sah solat tersebut… Memng zaman skrg mudah utk solat tapi kalau dah itu hadiah dr Allah kita janganlah bongkak utk menolak… Bergantung pada kehendak masing2… Kalau nak jamak boleh taknak pun boleh yg penting SOLAT ITU WAJIB…

    Reply

Leave a Comment