Cara Mengerjakan Solat Sunat Tasbih
Sepertimana yang kami kongsikan sebelum ini tentang cara solat taubat, kami bawakan sekali lagi cara solat tahajjud. Panduan ini adalah hasil ihsan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sila rujuk gambar di bawah yang diperolehi dari JAKIM. Boleh download keseluruhan panduan Qiamullail dari JAKIM dalam bentuk PDF di sini.
Solat Sunat Tasbih Yang Ringkas
Jika rasa panjang sangat, ini versi pendek dari http://apps.islam.gov.my/ka/questions/view/22769
Solat sunat tasbih merupakan solat sunat yang didalamnya dibaca sebanyak 300 tasbih dalam 4 rakaat. Bagi solat ini:
1) Sekiranya solat pada siang hari, hendaklah dikerjakan dengan 4 rakaat dan satu salam
2) Sekiranya solat pada malam hari hendaklah ditunaikan tiap-tiap 2 rakat dengan satu salam.
Cara mengerjakan solat sunat tasbih adalah seperti berikut:
Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat tasbih empat rakkat / dua rakaat kerana Allah Taala”
Bacaan surah selepas membaca surah Al-fatihah iaitu
i) Pada rakaat pertama surah al-Takathur
ii) Pada rakaat kedua surah Al-Asr
iii) Pada rakaat ketiga surah al-kafirun
iv) pada rakaat keempat surah al-ikhlas
Bacaan tasbihnya ialah ” Subhanallah walhamdulillah wala ila ha illallah wallahu akbar.
Bilangan tasbih pada setiap rakaat ialah:
a) 15 kali selepas membaca surah
b) 10 kali ketika ruku’ selepas tasbih ruku’
c) 10 kali ketika iktidal
d) 10 kali ketika sujud selepas tasbih sujud
Semoga bermanfaat!
Sumber: Panduan Qiamullail, Cetakan Ketigabelas, 2013, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
kalau rakaat pertama,slps sujud ke-2 mesti duduk ke?kalau kene nk kne baca tahhiyat ke tak payah?
Duduk istirahat sekejap slpas sujud kedua, tak perlu baca tahiyyat.. Cukup baca tasbih shj..
Amiinn moga ilmu yg bermanfaat dapat menambahkan amal kita.Berkongsi ilmu bererti kita telah melebarkan silaturahim ke hubungan yg lebih luas tanpa ada halangan & rintangan.Moga Allah swt telah menrahmati dan memberi barokah kpd insan x2 yg terpilih utk melebarkan dakwah Islamiah ini ke tahap yg lebih luas tanpa sempadan.Amiinn.