Cara Tidurkan Anak Awal Waktu
Ramai ibubapa yang mengalami masalah untuk menidurkan anak lebih-lebih lagi yang sedang aktif seperti kanak-kanak yang berumur 2 hingga 4 tahun. Ada yang terpaksa berkejaran dengan anak yang enggan tidur dan tidak berhenti bermain. Puaslah memujuk tetapi mereka masih enggan tidur. Mungkin tip di bawah boleh membantu anda.
Ini adalah pengalaman saya sendiri. Anakanda Wajdi yang berumur 3 tahun adalah seorang anak yang aktif, sihat dan petah berkata-kata. Jika tiba waktu tidur, saya akan mengajaknya tidur dan biasanya memang tiada bantahan.
Bila anak banyak main siang hari, susah mahu tidur. Ada yang sampai jam 2-3 pagi, mata masih terbeliak lagi. Ikut cara tidurkan anak awal waktu ini. Apakah tipnya?

1. Biar anak main puas-puas dahulu
Beri anak masa yang secukupnya untuk dia bermain. Hanya kita yang tahu bila waktu yang sesuai untuk dia berhenti dan tidur. Menghalang anak daripada bermain hanya akan membuatkan anak resah. Bermain adalah fitrahnya. Kadangkala dengan bermain sebentar, akan membuatkan dia letih dan lebih mudah untuk tidur.
2. Buat rumah senyap-sunyi
Hentikan segala aktiviti yang boleh menggangunya tidur buat seketika seperti menutup televisyen. Jangan pula paksa anak tidur, sementelahan ibu-bapa masih lagi menonton televisyen di ruang tamu. Teman anak naik ke bilik, tepuk belakang hingga dia tertidur.
3. Lampu bilik tidur yang malap
Menyediakan bilik tidur yang baik dan selesa untuk anak. Suasana bilik tidur yang suram dan tidak terang akan membantunya untuk tidur. Jika anak takut gelap, usah pula buka lampu kalimantang. Bila terang-benderang, lagi susah anak mahu tidur.
4. Temankan anak
Saya faham, ramai ibu-bapa yang bekerja dan penat mahu melayan anak. Jangan selfish sangat sehinggakan anak mahu tidur, dibiarkan sendiri. Ambil peluang untuk menyanyi dan bercerita tentang kisah yang menarik minat anak. Ketika anak sudah berada di tempat tidurnya, baringlah di sebelah nyanyikan untuknya beberapa lagu dan cerita yang baik.
Pengalaman Saya: Cerita Si Putih
Inilah yang membuatkan Wajdi suka hendak tidur. Kerana Si Putih!
Siapakah Si Putih? Si Putih adalah karekter yang saya wujudkan di dalam penceritaan saya. Biasanya saya akan baring di sebelah Wajdi dan akan menyanyi beberapa buah lagu kanak-kanak yang disukai nya dan kemudian bercerita.
Si Putih adalah seekor kucing yang sangat baik. Cerita ini telah banyak membantu saya untuk membantu Wajdi menjadi anak yang baik di sekolah, di rumah dan di mana sahaja. Si Putih adalah karektor kucing yang suka pergi ke sekolah dan mempunyai ramai kawan.
Bagaimana saya mengaitkan karektor Si Putih dengan Wajdi dan kehidupannya. Contoh mudah adalah begini.
Jika hari itu Wajdi didapati tidak mahu berkongsi barang dengan abang-abangnya mahupaun kawan-kawan, maka saya akan selitkan kisah berkongsi di dalam penceritaan saya. Seperti:
“…….Si Putih mempunyai sebiji kereta berwarna merah. Dia sangat menyukai keretanya itu. Pada suatu hari, abangnya, Si Tompok ingin meminjam kereta Si Putih.
” Putih…boleh tak saya meminjam kereta awak? ” Si Putih seekor kucing yang baik hati dan tidak lokek.
” Boleh, apa salahnya. Kita main sama-sama ya!”
Di sinilah saya menyelitkan nasihat untuk Wajdi. Dia pasti akan terleka di samping sebelum itu terhibur dengan pelbagai bunyi lucu dari saya. Biasanya saya akan mengakhiri cerita saya dengan bacaan Al-Fatihah, Ayatul Kursi, 3 Qul dan surah Taha ayat satu hingga 5 untuk melembutkan hatinya..
Tip ini mungkin dapat membantu anda menyelesaiakan masalah anak yang tidak mahu atau susah tidur. Moga disayangi Allah sentiasa.
Jika anak masih ada masalah untuk tidur sendiri, baca tips pisahkan anak dari tempat tidur.
Selamat mencuba!
nak cuba cerita2 ni la..terima kasih kerana berkongsi.. 🙂
SAMA KITA PELAJARI….UTK KEBAIKAN ANAK2 KITA..
Wow.. terima kasih untuk tips yang hebat nie..
Good info for sharing..kalau saya pun buat nyanyi dalam bentuk zikir lepas tu kekadang geletek geletek dia gurau gurau sampai dia penat and then tido memang senang.
Tq..sungguh bermanfaat
Terima Kasih atas perkongsian ni..anak sy xda masalah tidur..cuma sy rasa masa sebelum tidur amat penting utk bersama anak..sy xpernah lg bercerita dgn anak..cuma sebelum tidur sy akan baca ayat kursi,doa tidur dan 3 qul..minta dia tadah tangan dan aminkan…lepas tu peluk dan cium anak..dia akan peluk tgn sy smpai terlena…sy nak try bercerita lepas ni…:)
Terima kasih..perkongsian yg sgt bermanfaat.barakallahu fiik.
terima kasih untuk info. anak-anak sy memg perlu diteman sblm tidur.rumah kna sunyi dan bilik kna gelap.. lepas ni boleh cuba cerita si putih. 🙂
seronok baca kisah si putih.. mmg ada unsur nasihat di situ..blh cerita dengan anak2 juga.. tq share
tq
Info yang sgt baik untuk atasi masalah tidur anak2.. 😉
Assalamualaikum
macamana nak pisahkan tempat tidur dgn anak oku yang sindrom downnya tak berapa teruk
Blh di practiskan utk anak2.tq 4 the info
tq…macam tak sabar nak ada anak sendiri…bole cerita tentang kucing sendiri…si Luna dan si Zorro
tq admin
Camelialeea84 @ gmail.com
wow.. menarik sungguh kisah si putih..
bila dibaca semasa dia nak tidur mesti sgt berkesankan..
mesti cuba tips ni.. TQ