GrabCar, Alternatif Kenderaan Awam Yang Lebih Murah

“Anda baru sahaja tiba dengan bas di tengah bandar Kuala Lumpur agak lewat dari yang dijangkakan. Nak naik LRT, dah lepas jam 12 tengah malam. Takkan nak jalan balik pulak? Ada dekat sejam kena menapak ni. Nak telefon kawan-kawan, malu lah pulak, diorang mesti tengah tidur ni. Tengok dalam dompet, ada RM30.”

Pernah alami situasi seperti di atas ini? Dengan bajet yang terhad, bagaimana jika anda hanya bayar mengikut kepada kadar tetap dan tak perlu risau jika terlebih bajet?

Jangan risau. Dengan adanya GrabCar ini, ia telah pun membuat pengiraan yang tepat, dan apabila kereta tersebut sampai; anda hanya bayar ikut kadar yang ditetapkan tadi. Tiada caj tersembunyi, tiada surcaj tengah malam. Menarik bukan?

Pernah dengar tentang GrabCar?

grabcar new logo

Jika tidak pernah, bagaimana pula dengan MyTeksi? Sudah pasti anda pernah mendengar atau menggunakan perkhidmatan MyTeksi bukan? GrabCar menawarkan perkhidmatan kereta dengan pemandu menerusi aplikasi mudahalih MyTeksi.

Apa yang best dengan GrabCar?

Ciri-ciri utama GrabCar adalah, ia mengenakan bayaran pada kadar tetap. Tambang telah dikira terlebih dahulu berdasarkan jarak di antara tempat anda diambil sehinggalah tempat anda diturunkan, dan juga masa perjalanan yang dianggarkan.

Anda tidak perlu risau lagi tentang dikenakan bayaran lebihan di luar kemampuan anda. Ia adalah telus dan anda hanya akan dikenakan bayaran pada kadar yang telah dikira tadi. Anda tidak akan dikejutkan dengan kadar yang di luar jangkaan secara tiba-tiba. Bolehlah kira-kira dulu bajet, sebelum panggil GrabCar untuk membawa anda ke destinasi yang hendak dituju.

Harga tambang diturunkan?

Perkhidmatan GrabCar yang dilancarkan sejak bulan Mei 2014, dan baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan pengumuman harga tambang yang jatuh mendadak. Dengan penurunan harga tersebut, ia merupakan salah satu cara pengangkutan yang paling berpatutan di dalam kawasan Lembah Klang. Anda juga tidak perlu tunggu begitu lama untuk mendapatkan perkhidmatan GrabCar ini.

Pelanggan GrabCar (Ekonomi) akan berpeluang menikmati kadar baru ini bagi membolehkan lebih ramai orang menikmati perkhidmatan pengangkutan awam pada kadar yang lebih murah. Walaupun ia murah, ia masih menumpukan tumpuan kepada tiga tunjang utama iaitu, keselamatan, kepantasan dan kepastian.

Berapa kadar tambang GrabCar?

Grabcar mengenakan bayaran pada kadar tetap. Tambang dikira berdasarkan jarak di antara tempat anda diambil sehingga ke tempat anda diturunkan, dan juga masa perjalanan yang dianggarkan.

(Nota: Kadar tol tidak termasuk di dalam tambang. Semua kadar tol adalah tanggungjawab penumpang.)

grabcar new fare grabcar new fare2

 

Apa lagi yang menarik dengan GrabCar?

Di antara ciri-ciri utama GrabCar ialah ia amat menitikberatkan aspek keselamatan sama seperti ciri-ciri yang terdapat pada aplikasi MyTeksi.

Boleh percaya ke pemandu GrabCar?

grabcar driverSebagai langkah keselamatan, perjalanan anda boleh dikesan melalui aplikasi GrabCar. Perincian pemandu seperti nama pemandu dan nombor telefon juga diketahui.

Dan yang paling penting sekali ada satu fungsi iaitu Berkongsi Perjalanan Anda. Ini membolehkan penumpang GrabCar berkongsi perjalanan dengan orang yang tersayang, yang sedang risau menunggu di rumah.

Anda pastinya berasa selamat dan selesa, walaupun anda keseorangan dan sudah lewat malam!

Sekurang-kurangnya, anda boleh memaklumkan kepada keluarga atau kawan rapat anda yang anda sedang menggunakan perkhidmatan GrabCar ini.

Proses saringan

Setiap kenderaan dan pemandu GrabCar turut melalui proses saringan yang menyeluruh dan hanya yang betul-betul layak sahaja boleh membawa kenderaan tersebut. GrabCar menjalankan pemeriksaan latar belakang bagi setiap pemandu GrabCar yang menyertai dan menjadi aktif dengan mereka.

Pemandu akan diperiksa untuk (i) kes jenayah, (ii) kes sivil dan rekod pemanduan, dan mana-mana pemohon yang didapati mempunyai sebarang rekod untuk (i) dan (ii) atau mempunyai rekod pemanduan secara merbahaya, tidak akan dibenarkan untuk menyertai GrabCar sebagai seorang pemandu.

Cepat dan pantas

Dari segi kepantasan pula, anda akan menerima notifikasi mengenai status tempahan anda dalam masa 1 minit sahaja. Anda tidak perlu menunggu lama.

Akhir sekali, anda akan mendapat kepastian mengenai berapa tambang yang perlu anda bayar dan hanya bayar mengikut kadar tersebut. Tiada kejutan sama sekali.

Kita lihat pula model kenderaan yang digunakan seperti berikut:

  • GrabCar (Ekonomi): Toyota Vios, Perodua Myvi, Honda City
  • GrabCar+ (Premium): Toyota Camry, Honda Accord, Hyundai Sonata

Akhir kata

GrabCar Malaysia
Foto Kredit: thenextweb.com

Dengan adanya perkhidmatan GrabCar ini, anda pasti berasa lebih selamat kerana semua maklumat telah diperolehi lebih awal.

Malah, ia benar-benar dapat mengurangkan bebanan kos pengangkutan awam. Anda boleh berjimat di samping mengetahui lebih awal tambang yang perlu dibayar. Tiada lagi caj tersembunyi dan anda boleh bajet secukupnya wang yang anda ada.

Siapa kata perkhidmatan pengangkutan awam mahal? Kini semua orang boleh menaiki pengangkutan awam!

Leave a Comment