Senarai Hospital Mesra Suami, Boleh Temankan Isteri Bersalin Dalam Labour Room

Hospital Mesra Suami

Naluri isteri, dia mahukan peneman. Walaupun ada isteri yang tidak menzahirkan dengan kata-kata, jauh di sudut hati, dia inginkan suami teman isteri ke dalam bilik bersalin. Tidak ada yang lebih manis bagi isteri tatkala bertarung nyawa melahirkan bayi, suami ada di sisi memberi motivasi dan kata-kata semangat. Walaupun gembira dengan kedatangan bayi dalam keluarga, ada ketikanya sukar untuk mengatasi rasa takut bersalin.

 

Wahai suami…

Buat para suami, ambil peluang ini untuk melihat sendiri proses kelahiran bayi. Dengan nafas isteri yang tercungap-cungap, proses teran yang panjang dan sedikit jeritan pasti akan menginsafkan suami. Genggam tangan isteri dan berilah kata-kata perangsang. Hafal dan baca surah-surah tertentu agar isteri dipermudahkan bersalin. Maafkan semua dosa-dosa isteri.

 

Hospital Mesra Suami
Foto Kredit: damansaradamaimc.wordpress.com

Senarai Hospital Mesra Suami

Kami cuba mencari maklumat di laman web Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mencari senarai hospital mesra suami. Senang cerita, yang husband-friendly. Namun, tidak banyak maklumat yang diperolehi.

Justeru, kami beralih ke laman sosial Facebook. Hasil perbincangan di laman sosial, ada juga beberapa individu yang berkongsi pengalaman di mana suami dibenarkan masuk menemani isteri semasa bersalin. Mereka juga menyenaraikan hospital mana yang membenarkan dan bagi suami masuk untuk teman isteri.

 hospital-serdang-pengalaman-bersalin

Polisi Hospital Rakan Suami

Untuk pengetahuan, suami dibenarkan menemani isteri semasa proses kelahiran berdasarkan kepada kekosongan tempat dan peraturan yang ditetapkan.

Harus diingat, ada hospital yang menetapkan bahawa suami perlu menghadiri kursus dahulu. Ada juga hospital yang cuma panggil suami teman bila saat-saat isteri tengah meneran, di mana bayi hampir keluar. Maka tidak dapat teman sepanjang masa.

Menurut sumber dari Hospital Teluk Intan, berikut adalah polisi hospital rakan suami:

  • Kemudahan teman di Bilik Bersalin adalah berdasarkan kepada kekosongan tempat (hanya terdapat satu bilik bersalin ‘Rakan Suami’ dan hanya seorang sahaja dibenarkan masuk pada satu masa).
  • Hanya suami pesakit dibenarkan menemani isteri di Bilik Bersalin.
  • Kebenaran menemani isteri bersalin bergantung kepada keadaan semasa di bilik
    bersalin dan di atas budi bicara ketua jururawat / jururawat bilik bersalin.
  • Suami dibenarkan berada di sisi isteri sehingga proses kelahiran selesai, namun sentiasa bersedia untuk keluar dari bilik bersalin apabila diminta berbuat
    demikian oleh anggota bilik bersalin.
  • Proses keluar masuk suami ke bilik bersalin mesti mendapat kebenaran
    jururawat terlebih dahulu. Suami dibenar keluar dua kali sahaja.
  • Privasi pesakit lain perlu dihormati. Suami dilarang menjenguk ke bilik lain atau
    menjadi penyampai maklumat kepada orang lain.
  • Perakam video, kamera dan telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa masuk ke
    bilik bersalin.
  • Sentiasa memakai ‘gown’ dan pas pelawat khas yang disediakan sepanjang
    berada di bilik bersalin.
  • Suami dilarang makan atau minum di dalam Bilik Bersalin.

Walaupun ada senarai yang kata suami dibenarkan masuk, ada saatnya suami tidak dibenarkan masuk iaitu apabila:

  • Isteri kena jalani pembedahan caesar (czer), bukan bersalin normal
  • Isteri kena vakum

Yang penting, jangan marah-marah dan salahkan pihak hospital. Tenangkan diri.

Senarai Hospital Rakan Suami Mengikut Negeri (Hospital Kerajaan)

Pengalaman Bersalin di Hospital Putrajaya

PENTING!: Senarai ini bukan yang rasmi. Kami mengambil maklumat dan sumbangan para pembaca di laman sosial. Bermakna, terbukti bahawa suami mereka dibenarkan masuk.

Untuk mengetahui senarai yang betul-betul rasmi dan telah dikemaskini, sila hubungi pihak hospital dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk maklumat yang lebih tepat.

1. Perlis

Hospital Tuanku Fauziah, Kangar

2. Kedah

Hospital Sultanah Bahiyah – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Sultan Abdul Halim – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kulim – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Langkawi – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Baling
Hospital Sik
Hospital Yan
Hospital Jitra
Hospital Kuala Nerang

3. Pulau Pinang

Hospital Pulau Pinang – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Seberang Jaya
Hospital Bukit Mertajam – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kepala Batas
Hospital Sungai Bakap
Hospital Balik Pulau

4. Perak

Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Taiping
Hospital Teluk Intan – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Seri Manjung
Hospital Slim River – suami boleh masuk teman isteri saat bayi mahu keluar sahaja
Hospital Batu Gajah
Hospital Kuala Kangsar
Hospital Tapah
Hospital Parit Buntar
Hospital Kampar
Hospital Sungai Siput
Hospital Selama
Hospital Gerik
Hospital Changkat Melintang

5. Selangor

Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Hospital Selayang – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Serdang – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kajang
Hospital Banting
Hospital Ampang – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kuala Kubu Baru
Hospital Tanjung Karang
Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam
Hospital Sungai Buloh – suami boleh masuk teman isteri

 

6. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Hospital Kuala Lumpur – suami boleh masuk teman isteri

 

7. Wilayah Persekutuan Putrajaya

Hospital Putrajaya – suami boleh masuk teman isteri

 

8. Wilayah Persekutuan Labuan

Hospital Labuan

 

9. Negeri Sembilan

Hospital Tuanku Jaafar – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Tuanku Ampuan Najihah – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Tampin
Hospital Port Dickson – suami boleh masuk teman isteri, kena isi borang dulu
Hospital Jelebu – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Jempol

 

10. Melaka

Hospital Melaka – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Alor Gajah
Hospital Jasin

 

11. Johor

Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Sultanah Fatimah, Muar – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Batu Pahat – suami boleh masuk teman isteri, kena pergi kursus dahulu
Hospital Kluang – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Segamat – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kota Tinggi
Hospital Pontian
Hospital Temenggong Ibrahim, Kulai jaya
Hospital Tangkak
Hospital Mersing – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru – suami boleh masuk teman isteri

 

12. Pahang

Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kuala Lipis – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Bentong
Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands
Hospital Raub
Hospital Jerantut
Hospital Jengka
Hospital Muadzam Shah
Hospital Pekan

 

13. Terengganu

Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kemaman
Hospital Dungun
Hospital Besut
Hospital Hulu Terengganu
Hospital Setiu

 

14. Kelantan

Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bahru – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kuala Krai
Hospital Pasir Mas
Hospital Tanah Merah
Hospital Tumpat
Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Machang
Hospital Gua Musang
Hospital Jeli

 

15. Sarawak

Hospital Umum Sarawak, Kuching – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Sibu – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Miri
Hospital Bintulu – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kapit
Hospital Sarikei
Hospital Sri Aman
Hospital Saratok
Hospital Kanowit
Hospital Limbang
Hospital Serian
Hospital Daro
Hospital Betong
Hospital Bau
Hospital Mukah
Hospital Simunjan
Hospital Marudi
Hospital Lundu
Hospital Lawas

 

16. Sabah

Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah (Likas) – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Duchess of Kent
Hospital Tawau
Hospital Keningau
Hospital Lahad Datu
Hospital Beaufort
Hospital Kudat
Hospital Kota Belud
Hospital Sipitang
Hospital Tenom
Hospital Ranau
Hospital Papar
Hospital Kinabatangan
Hospital Kota Marudu
Hospital Semporna
Hospital Beluran
Hospital Tambunan
Hospital Kunak
Hospital Pitas
Hospital Kuala Penyu


Senarai Hospital Rakan Suami Di Bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

  • Hospital Universiti Sains Malaysia, Kelantan – suami boleh masuk teman isteri
  • Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM / UMMC)  – sudah dimansuhkan. suami tidak lagi dibenarkan teman isteri
  • Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia – suami boleh masuk teman isteri

Senarai Hospital Rakan Suami Mengikut Negeri (Hospital Swasta)

Maaf, kami belum sempat membuat kajian untuk hospital swasta. Pada hemat kami, kebanyakan hospital swasta membenarkan suami menemankan isteri.

 

Bagaimana dengan pengalaman anda?

Adakah anda salah seorang yang bernasib tidak baik? Suami anda tidak dibenarkan masuk untuk menemai anda? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.

Dan jika ada senarai di atas yang tidak betul dan belum dikemaskini, kongsikan juga dengan kami di ruangan komen.

Semoga segala maklumbalas anda dapat membantu bakal ibu yang sedang berdebar-debar dan menghitung hari!

 

91 thoughts on “Senarai Hospital Mesra Suami, Boleh Temankan Isteri Bersalin Dalam Labour Room”

  1. hospital port dickson suami bleh msuk teman isteri tp kna isi form dlu…msa sy tmpoh hari suami x sempat msuk bby dh nk kluar…hospital kuala krai pun bnarkan suami teman isteri

    Reply
  2. Sepatutnya bg je suami tu teman biar suami tu nampak jerit perih istri.biar insaf skit dorang.tau nk hargai istri tu.jgn bg istri tanggung sorang2.xaci la sdp sama2 tp tanggung skt sorg2 jek

    Reply
  3. Saya alhamdulillah 2 orang anak saya suami teman…

    Pada saya bila suami teman hilang rasa takut nak bersalin. Tak leh bayang kalau bersalin lagi suami tak boleh masuk…mau nangis dibuatnya…

    Reply
  4. sy bsalin kt hospital selayang. dh 3org kt sna. suami teman masa kt labour room. tp dgr cite hospital selayang suami dh xboleh masuk. tak tahu betul or x.

    Reply
  5. Yes Hospital Serdang suami dapat masuk sebaik isteri dihantar ke labour room.Sya suka Hosp Serdang sebab layanan nurse serta doc di labour room sangat baik.Siap suapkan sy minum sebaik selepas bersalin.

    Reply
  6. PPUM XBENARKAN.KECEWA.DR MUDA DALAM LABOUROOM MMBUATKAN SY RASA TRAUMA LG DGN LAYANAN.KITA DAH TERUK CONTRACTION KATAMYA MESIN CTG XDETECT PUN.NK MINTA BANTUAN MCM RENTAP TGN KITA JGN PGG TGN DIA.NASIB ADA PLATIH DR CINA.XSAKIT KATANYA NURSE CEK JLN DAH 9CM PUN.11 PG INDUCE 1.32 PAGI BERSALIN.

    Reply
    • Sy pun trauma dengan PPUM… sombong2 doktornya… berlagak….misi pun sama.. ada misi yg baiknya juga tp sorg dua je… yg lain sombong….

      Reply
  7. Pusat Perubatan Uni Kebangsaan M'sia….suami boleh teman dlm labour room. 3 kali sya bersalin kat situ, suami tunggu dr mula masuk hingga selesai bersalin. Sama2 keluar dr labour room ke wad.

    Reply
  8. Hospital batu pahat boleh teman isteri sepanjang proses persalinan. X perlu kursus. Cuma sebelum masuk ada bg serba sedikit penerangan buat suami.

    Reply
    • Betul ke xpayah kursus ? Tadi pergi klinik desa masa check up . Nurse cakap suami & isteri kena dengar ceramah dulu kalau nak suami teman dalam wad bersalin . Mana satuu ni ?

      Reply
  9. Anak pertama dan anak ke2 Tahun lepas bln 22 October 2014 bersalin Hospital Selayang suami Sy teman sampai baby keluar. Alhamdulillah dpt layanan yg baik
    Nurse pun baik2

    Reply
  10. Hosp Sg Buloh suami boleh teman time baby betul2 nak kuar je (Normal)…time menunggu bukaan di labour room suami tak boleh teman tak kisah la brape jam pun.. pengalaman sendiri baru je deliver 23feb aritu…

    Reply
  11. Hosp Sg Buloh suami boleh teman time baby betul2 nak kuar je (utk normal)..time menunggu bukaan di labour room suami tak boleh teman tak kisah la brape jam pun.. pengalaman sendiri masuk labour room dari 4pm sampai 12malam sorang2 tanggung kesakitan.. 🙁

    Reply
  12. Hospital ampang suami boleh teman dari mula isteri masuk labour room sampai habis proses bersalin, sampai masuk ward lepas tu… best.. alhamdulillah. Dgn alunan bacaan ayat suci alquran masa dalam labour room sangat2 mendamaikan.

    Reply
  13. #Hospital sultan abdul halim, kedah suami hanya boleh masuk labour room bila isteri da bkak 10cm..sy xsempat merasa sbb bertahan 6cm je pastu operate..pngalaman 2013
    hospital sultanah bahiyah , alor star suami boleh masuk labour room skali dr 4cm lg..pngalaman 2014

    Reply
  14. Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju…suami dibenarkan teman isteri dlm labour room.smpi deliver baby…Alhamdulillah,layanan nurse,doktor & doktor pakar spjg warded & waktu nk bersalin pon sgt bagus…sentiasa bg support….

    Reply
  15. Sya prnh bersalin kt sana,alhamdulilah pmintaan sya dtunaikan i2pn atas budi baik bidan n doc yg mrawat sya..tgk pd doc n nurse yg btugas jg..ada ok ada jg x ok..jujurle doc kt sana mmg ok klu kita minta cra baik..

    Reply
  16. Saya bersalin di Hospital Pantai Ipoh. Suami boleh teman dari awal sampai settle semua. Cuma tak best sikit masa tu doktor india dia terus bawa baby untuk dimandikan etc., suami xdapat azankan lepas lahir. Tapi suami saya azan kuat2 dalam bilik bersalin sebaik saja baby lahir.hehe

    Reply
  17. Anak sy 3 org dari 3 hospital brbeza..smua bg suami masuk hingga siap azan..HUSM,HOSP. K.KRAI N HOSP. DUNGUN..sy rasa y utama sikap suami kne jga n hormati kakitangn hospital trmsuk guard..

    Reply
  18. Hospt HUSM kelantan terbaik…isteri baru masuk labour room jrwt dh mnta suami temankn wlaupn isteri xmnta..shgga selesai proses kelahiran…hby sy doc bg pluang gnting tali pusat ank tp xdpt lakukn cz kaku tgk ank smpi doc sedarkn dye blik…pnglmn yg xdpt di lupakn..dua2 ank lahir di HUSM kelantan..

    Reply
  19. masa bersalin tahun 2010 dulu, memang suami boleh masuk. tapi malangnya tidak ada nurse/staf memaklumkan pada suami saya. dah bersalin pun tidak ada yang maklumkan. kebetulan suami nak bertanya akan keadaan saya, baru nurse/staf kat Hospital tu bagi tahu yang saya dah bersalin. bayangkan kalau tak ditanya….

    Reply
  20. Staff menanyakan tentang suami & membenarkan suami masuk
    semasa melahirkan baby pd tahun 2012 di Hosp Wanita & Kanak2 Likas(Sabah)…rasa kecewa sehingga sekarang kerana mengarahkan suami utk pulang berehat kerana kesiankan suami yg penat menunggu..

    Reply
  21. Hospital Ampang, suami dibenarkan masuk.
    1) Pro – Ok, layanan pon mesra tp depends pada situasi kot.
    2) Cons – Nurse berpenglamn tu kecik ati sbb tny dia mna doktor sbb kepala baby dah keluar. bleh lak dia kata “klu nak tggu doktor bleh tp dia tgh layan pesakit lain (jahit luka). So bleh la saya handle pesakit lain pulak”. mana la kita tau yg nurse tu yg akan sambut kelahiran. walupn dia buat mcm iklhas x ikhlas tp msh handle dgn baik. Kena share bilik ramai2 slps bersalin (bertuah masa tu bilik dah penuh, so dpt bilik yg selesa, share dgn 2 org je)

    Reply
  22. Hosp Sultan Ismail (HSI) Johor. Undang2 dia ketat..kalau tak ada bwk sijil nikah @ kad nikah suami tak blh masuk..walhal dh tunjuk 2 org anak punya Mykad bukti yg itu suami kita..pun x blh masuk apeda..undang2 kunun

    Reply
  23. Hospital Kunak,Sabah.
    Tidak membenarkan suami menemankan isteri bersalin. Doktorny sgt tidak friendly malahan kasar melayan sy yg sakit nak bersalin. Org nk beranak mmgla mjerit menangis dan smuanya., boleh doktor tuh ugut jgn dtg bersalin kat hospital tuh lg. smpai skrg sy ingt muka doktor tuh.

    Reply
  24. sy br 3ari lps bsln twins kt hosp sultan ismail jb…mmg suami blh msuk tp dsbbkn bby sy premature n sy bsln normal nurse x bg suami teman..
    sedih..btarung nyawa nk kua kn twins secare normal tanpa suami..
    spnjg proses bsln sy bygkn suami sy ade kt sblh..

    sy br 3ari lps bsln twins kt hosp sultan ismail jb…mmg suami blh msuk tp dsbbkn bby sy premature n sy bsln normal nurse x bg suami teman..
    sedih..btarung nyawa nk kua kn twins secare normal tanpa suami..
    spnjg proses bsln sy bygkn suami sy ade kt sbl sy br 3ari lps bsln twins kt hosp sultan ismail jb…mmg suami blh msuk tp dsbbkn bby sy premature n sy bsln normal nurse x bg suami teman..
    sedih..btarung nyawa nk kua kn twins secare normal tanpa suami..
    spnjg proses bsln sy bygkn suami sy ade kt sblh..

    Reply
  25. Actully waktu sy suru husband pulang masa tu belum lg ada rasa sakit bukaan baru 3cm..waktu tu baru jam 3 ptg so sy surulah husband pulang lu..ingatkan lama lg masa mo menunggu bukaan 10cm tu…nda d sangka2 dlm jam 5 lebih sudah bersalin…sebenarnya hanya suami yg ada mengikuti krusus ja yg d benarkan utk masuk tu….

    Reply
  26. Saya cukup tak puas hati kat Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, pasai pe status suami boleh masuk padahal masa anak saya dilahirkan dulu, haram tak bagi masuk, dah le dera isteri saya punya teruk, baby dah nak keluar, dah sampai masa nak teran, nurse boleh sembang2 gelak lg, siap suruh tahan dulu sbb doktor belum sampai, kalo biasa beranak tau le keadaan masa patut teran terpaksa tahan, sampai nak pengsan isteri saya dibuatnya, hingga lah doktor sampai, isteri saya nak teran pon dah tak der tenaga, terpaksa guna vakum, sampai kepala anak saya nampak mcm cawan je masa baru2 lahir tu… dan banyak lagi kes2 yg sangat tidak sedap didengar di hospital Ipoh tu, sape dah pegi memang menyesal, lebih baik pegi hospital pakar bersalin Dr. Raoofah kat Silibin, mahal sikit le (x semahal hospital swasta) tapi puas hati….

    Reply
  27. Hospital mlk boleh tpi kena ambik kursus dahulu. Dah tu masa sya nk bersalinkan ank no.3 saya thn 2010 masa buat pendaftaran tuk kursus bersalin tu ada lak syarat nya lak. Kata nurse tu ank sulung sahaja digalakan. Ank no. 2 n 3 x digalakan sebab klu kursus pun benda yg sama juga jdi ramai ayah2 yg tido..kecewa sgt.

    Reply
  28. Pengalaman;
    Hubby temankan saya di labour room tuk semua ke empat – empat anak kami…
    1st baby year 2006 – Hospital Sultanah Aminah (Gov)
    2nd baby year 2007 – Hospital Penawar (Swasta)
    3rd baby year 2009 – Hospital Sultan Ismail (Gov)
    4th baby year 2014 – Hospital Penawar (Swasta)

    Reply
  29. pengalaman sy bersalin pd bln 10 thn 2012 anak sulung di hukm sangat bagus layanan di sana. suami dpt temankan dri mula masuk LR smpai la baby keluar. sy dpt kekuatan ble suami ada disisi.. tapi masa last kne jahit tu suami kne keluar kejap then ble dah siap sama2 blk ke wad. alhamdulillah..

    Reply
  30. HOSPITAL PEKAN PAHANG.. ya hospital pekan sangat teruk perkhidmatannya.isteri sy nak bersalin dah buke 4 cm pecah air ketuban..ditahanyya lama.sampai la doktor transfer ke HTAA.time tu pun dorang lembab gila.tu melibatkan nyawa orang.HTAA untuk di ceaser.memang x kan jejak la kaki ke hospital pekan.pesakit x ramai tapi perkhidmatan sangat lambat.

    Reply
  31. Pengalaman saya tak sama mcm en mior al-jawahir tu….3 orang anak saya dilahirkan di hospital raja pemaisuri bainun ipoh.yg 1st emrgcy ceasr dan 2nd dan 3rd secara normal…saya bagi 5 bintang utk suite bersalin,ward dan servis.suami bersama saya swktu mlahirkan anak ke 2 dan 3.smasa di ward dan high risk ward pun layanan mmg tip top…anak 1st ada pakar penyusuan ibu dtg dan bg kaunseling tntg pnyusuan ibu dan cara bff bila bkrja.mmg amt mbantu….smasa di labour room pun bidan dan doc mmg baik…dgn suami pun dilayan dgn baik.shinggakan nak tingglkan hsptl pun sy beri kad ucapan trm ksh pd staff yg mjaga sya….saya bersyukur ats rezeki itu…tabik pada hrpb ipoh….

    Reply
  32. 2 Kali bersalin di salam medical centre Shah Alam, bersalin normal coz husband boleh masuk, bersalin oprat pun husband boleh masuk, so husband ada pengalam tgk bersalin normal n oprat, thank to all doc. nurse n staff at salam medical centre Shah Alam,

    Reply
  33. Salam puan. Maaf mencelah, tetapi sepengetahuan saya doktor tidak akan memandikan bayi yang baru lahir. Ini kerana akan menganggu suhu badan bayi. Bayi akan terus diletak dalam warmer dan diwipe saja. Doktor biasanya perlu check bayi dari minit pertama lahir ke minit ke 5 untuk mengira APGAR score terutamanya jika bayi disyaki mengalami komplikasi seperti kesukaran bernafas, bayi nmpk kebiruan, kelihatan lemah, memerlukan oksigen, suction, etc. personally saya rasa elok lah doktor periksa betul2 bayi yg baru lahir bg memastikan tiada masalah. Lepas tu mak dan ayah azan, cium dan peluk lah. Yg penting bayi selamat.

    Reply

Leave a Comment