4 Hotel Di Cameron Highlands, Dengan Senibina English Tudor Yang Menjanjikan Kelainan!

Hotel Di Cameron Highlands

Baik, mungkin anda sudah penat Google mencari tempat menarik di Cameron Highlands. Semuanya sama sahaja. Kemungkinan besar, anda akan jumpa senarai seperti:

  • Taman Agrotek Mardi
  • Mossy Forest
  • Cactus Valley
  • Ladang Teh BOH Sungei Palas
  • Big Red Strawberry Farm
  • Kea Farm, Brinchang
  • Pasar Malam, Brinchang

Kini, senarai tempat menarik sudah ada. Bagaimana pula dengan hotel? Biasanya orang akan cari hotel yang:

  • Murah atau berpatutan
  • Berdekatan dengan pasar malam
  • Berdekatan dengan Kea Farm

Itu kriteria yang biasa-biasa.

Bercuti di tempat peranginan tanah tinggi, kita mahu ia terasa bagaikan di luar negara. Bila angin menderu ke muka, segar sungguh rasanya. Dengan cuaca sejuk dan lanskap bersama pokok pain yang tersusun, terasa tidak mahu pulang semula ke rumah. Itu baru lanskap. Bagaimana dengan tempat penginapan? Kami mahu pastikan anda tidur dan berehat di tempat yang menarik bergaya English Tudor!

Apa itu senibina English Tudor?

Menurut Wikipedia, gaya seni bina Tudor adalah suatu perkembangan akhir dalam bidang seni bina abad pertengahan ketika Zaman Tudor (1485–1603) dan malahan zaman seterusnya, untuk penaung-penaung kolej konservatif. Ia telah mengikuti seni bina Gothik Inggeris dan, walaupun digantikan oleh gaya seni bina Elizabeth dalam pembinaan bangunan domestik sama ada dalam apa-apapun prategang sehinggalah kepada gaya dan seni binaan, gaya Tudor masih lagi mengekalkan sentuhan tradisi Inggeris, bahagian-bahagian bangunan yang ditambah pada berbagai kolej Oxford dan Cambridge, dilihat masih kekal dalam mengetengahkan gaya seni Tudor dalam binaan bangunannya, walaupun adanya unsur tumpang tindih dengan kebangkitan pertama daripada gaya seni bina Pemulihan Gothik.

Jika inginkan satu kelainan, cuba hotel-hotel ini yang mempunyai gaya English Tudor, bak zaman kolonial British.

1. The Smokehouse Hotel, Tanah Rata

Hotel di Cameron Highlands
Foto Kredit: http://wahidayatulaswa.blogspot.com/2013/07/cuti2-cameron-highlands-tea-with-scones.html

Bukan setakat architecture menarik yang dibina pada tahun 1937 sahaja, taman di sekelilingnya cukup menawan. Dengan bunga yang berwarna-warni, buaian klasik berwarna putih, batu-bata lama, dan tumbuhan yang menjalar di luar dinding rumah, cukup membuatkan kita terasa di England. Kalau biasa menonton cerita-cerita lama, apa yang ada di dalam Smokehouse adalah lebih kurang sama. Susun atur perabot dan hiasan dalamannya juga nampak bagai zaman silam.

Teruja dengan gambar di atas? Boleh jamu mata dengan banyak lagi gambar yang menarik perkongsian wahida, yang bercuti bersama suami dan anak-anak. Juga dengan sitimurni yang cukup obses dengan bunya yang hidup subur di Cameron Highlands.

Tempat Menarik di Cameron Highlands
Foto Kredit: http://wahidayatulaswa.blogspot.com/2013/07/cuti2-cameron-highlands-tea-with-scones.html

Maklumat dari blog mrkumai,  matlamat asal pembinaan hotel ini adalah bagi mewujudkan persekitaran yang sama dan ini mendapat sambutan hangat bagi koloni Inggeris yang berada di Malaya dan merindui suasana kampung halaman mereka. (S.van Heckle & L. van der Linde)

Hotel di Cameron Highlands
Foto Kredit: http://sujeanlife.blogspot.com/2011/02/cameron-highland-smokehouse-hotel.html

Bukan setakat penginapan yang sangat unik, dikatakan Scone di Smokehouse ialah yang paling sedap di Cameron Highlands. Walaupun sedikit mahal, dengan hidangan Scone yang panas-panas bersama jem strawberi dan teh panas, pasti ia satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Tidak perlu menginap di sini untuk merasai kelazatan Scone di Smokehouse.

Di Agoda, Smokehouse menduduki carta paling atas, paling ramai orang berpuashati!

Maklumat lanjut: smokehousehotel.com

2. The Lakehouse, Tanah Rata

Hotel di Cameron Highlands
Foto Kredit: http://pheurontay.com/the-lakehouse-cameron-highland-review/

Tengok gambar sahaja boleh meruntun hati. Cantik sangat bila berada di sini. Terbayang-bayang jika ada kuda yang berkeliaran di sini, namun tidak ada.

Kalau ikut jarak, The Lakehouse terletak sebelum pekan Tanah Rata. Cuma jangan risau, kerana ada kedai berdekatan yang menjual hasil tanaman dan sayuran.

Hotel di Cameron Highlands
Foto Kredit: hotels.com

Sesuai dengan nama Lakehouse, ia terletak dekat dengan tasik. Namun, jangan ingat tasik yang cantik, kerana warnanya seperti kopi susu. Bolehlah, sambil melayan suasana sejuk di sini!

Maklumat lanjut: lakehouse-cameron.com

3. Planter’s Country Hotel, Tanah Rata

Hotel Di Cameron Higlands
Foto Kredit: http://www.balaschalet.com

Tempat ini agak tersorok sedikit. Anda mungkin akan perasan signboard shaja dari jalan besar. Langsung tidak nampak resort ini dari kejauhan. Kena mendaki bukit sedikit untuk ke atas.

Hotel di Cameron Highlands
Foto Kredit: http://layka.eu/portfolio/balaschalet/

Untuk pengetahuan, sebelum ini hotel ini dikenali The Bala’s Holiday Chalet. Banyak video klip lagu tempatan menggunakan lokasi ini dalam video muzik mereka.

Maklumat lanjut: balaschalet.com

4. Cameron Highlands Resort, Tanah Rata

Hotel di Cameron Highlands
Foto Kredit: https://www.carrier.co.uk

Walaupun terletak di tepi jalan besar, masih lagi terasa kehijauan di mana-mana bila melihat dari luar tingkap. Padang golf hanya terletak sepelaung meningkat lagi suasana kedamaian di sini.

Hotel di Cameron Highlands
Foto Kredit: http://eatdrinkkl.blogspot.com/2013/02/the-dining-room-cameron-highlands-resort.html

Sarapan pagi gaya Inggeris di tempat sebegini, nampak mewah. Apa tidaknya, breakfast bagaikan fine-dining.

Maklumat lanjut: cameronhighlandsresort.com

 

Harapan saya

Sebenarnya, bukan Cameron Highlands sahaja yang ada senibina English Tudor begini. Mungkin ada yang kami tidak tahu. Harap dapat beritahu kami di ruangan komen.

Semoga percutian ke Cameron Highlands kali ini memberikan satu perspektif berbeza. Selamat bercuti!

7 thoughts on “4 Hotel Di Cameron Highlands, Dengan Senibina English Tudor Yang Menjanjikan Kelainan!”

  1. saya antara individu yang suka membaca blog sirap limau..penulisan yang ringan..dan penceritaan pelbagai membuatkan saya suka klik siraplimau.com
    terutama bila baca tentang tempat menarik..teruja nak pergi.:-)

    Reply
  2. Smokehouse memang best.. Setiap bilik penginapannya berbeza2. Maknanya, kalau kita menginap di situ untuk kali kedua or tiga, kita takkan tinggal di bilik yg sama n suasana juga berbeza… Sangat2 privasi..

    Reply

Leave a Comment