Ibu Bekerja Tanpa Pembantu
Bangun pagi, gosok gigi, mandi dan bersiap ke tempat kerja. Kemudian bersarapan ketika dalam perjalanan atau setibanya di tempat kerja. Selesai kerja, balik ke rumah.
Esok, rutin yang sama berulang selama lima hari dalam seminggu. Zaman sekarang, ia nampak macam biasa. Adakah anda salah seorang mangsa ‘rat race’ dalam golongan pertengahan ini?
Ada suami kisah? Mari kita kupas isu dan cabaran isteri atau ibu bekerja.
1. Penat yang amat sangat

Terlalu banyak untuk disenaraikan. Penat untuk masak, kemas rumah, sapu lantai, basuh baju, cuci pinggan dan lain-lain lagi. Ada jenis suami yang buat tidak tahu sahaja, sedangkan kedua-duanya bekerja. Isteri bekerja untuk meringankan beban suami, bukan untuk jadi kuli.
Bayangkan, selepas penat bekerja di pejabat, isteri perlu bergegas untuk melakukan kerja-kerja rumah. Beruntung pada yang mempunyai suami yang ringan tulang, mudah membantu isteri membereskan segala kerja rumah yang tertunda.
2. Masa berkualiti untuk anak-anak

Masa yang ada hanyalah pada waktu selepas bekerja sahaja. Pada awal pagi, terlalu sedikit masa untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Bagi yang masih mempunyai bayi, waktu pagi ialah waktu tidur mereka. Tatkala dihantar ke ‘nursery’ atau rumah pengasuh, kebiasaannya mereka masih tidur.
Bagi yang mempunyai anak yang sudah bersekolah, mari kita sama-sama ambil peluang untuk hantar mereka pergi ke sekolah setiap hari. Ini sahaja masa yang paling berkualiti. Boleh tanyakan perkembangan anak-anak setiap hari. Tambahan lagi, ibu-bapa masih lagi mempunyai tenaga yang tinggi pada waktu pagi.
Waktu malam, jika anak ke kelas tuisyen, maka lebih sedikit masa yang dapat diluangkan bersama. Mari kita sama-sama luangkan masa untuk mengajar anak Al-Quran selepas solat Maghrib.
Semua diatas tampak mudah untuk dilakukan. Hakikatnya, apabila balik dari pejabat jam 5.30 petang, belum tentu sampai rumah jam 6.30 petang. Dengan mengambil kira ibu bekerja di Lembah Kelang, masa yang dibazirkan di jalan raya adalah lebih banyak dari masa untuk bersama anak.
3. Masa untuk ‘bersama’ suami

Pernah berlaku atau tidak, suami muncung tanpa sebab? Semasa sama-sama bersiap ke tempat kerja, sepatah ‘haram’ suami tidak bercakap. Mahu tahu kenapa?
Jawapannya ialah sikap isteri yang menolak ajakan suami pada waktu malam. Sebenarnya, isteri bukan sengaja. Apabila terlalu penat (lihat ‘point’ nombor 1), isteri akan cepat terlelap. Lebih-lebih lagi selepas menyiapkan barang untuk anak esok hari.
Jadi, suami-suami sekelian, jika anda mahukan isteri dapat memberi ‘servis’ terbaik setiap malam, lebih afdal malam Jumaat, rajin-rajinlah tolong isteri.
4. Masak untuk keluarga

Semua isteri dan ibu pasti bersetuju, makan di luar sememangnya tidak elok untuk keluarga. Kita tidak tahu berapa banyak perencah dan ‘Ajinomoto’ yang diletakkan di dalam makanan itu. Namun apakan daya, apabila terlalu penat dan ‘malas’ menguasai diri, suami-isteri akan mengambil keputusan untuk makan di luar.
Ada yang makan Mc Donald’s (McD), ada juga yang makan Kentucky Fried Chicken (KFC). Masing-masing tahu ia tidak baik untuk kesihatan bukan?
Sebaliknya, apa salahnya suami memasak untuk isteri dan anak-anak pula?
5. Sentiasa risau keadaan anak-anak

Ibu mana yang tidak risau pada anak yang ditinggalkan pada orang lain, samada ‘nursery’ atau pengasuh? Walaupun kita percaya pada mereka, belum tentu anak kita dilayan dengan baik. Kadang-kadang, ada terdengar ibu yang mengeluh, “Buat apa aku belajar tinggi-tinggi sampai universiti, tetapi anak aku dijaga oleh orang yang tiada SPM?”.
Itu masing-masing punya pandangan. Pencarian duit untuk sesuap nasi juga penting. Jika ibu tidak bekerja, takut-takut gaji suami tidak dapat menampung perbelanjaan seisi rumah. Lebih memeritkan, kerajaan baru sahaja menaikkan harga untuk pelbagai barangan harian.
Anda rasa ada lagi cabaran yang patut dikongsikan disini? Apakah jalan penyelesaiannya untuk semua cabaran di atas? Kongsikan dengan kami di ruang komen di bawah.
Ibu mana yang tidak sayang anak bukan? Buat suami di luar sana, ringan-ringankanlah tangan tolong isteri!
setuju….
Setuju sangat2… Beri la penghargaan n bantu lah isteri yg sgt2 kepenatan
kalau isteri yg kena oncall 36jam lg la masa yg ada sgt2222 terhad.. aihhh
yg nie mmng aku sookoooong sngt.. aku kje oncall 24 jam… shift lg… senin sampai sabtu ahad oncall… staff x ckop, kje lak dr shah alam ke kajang… blk kol 11 kua sampai umah kol 12 mlm pas tu esok plak kje pg kol 6 lbh dh kne kua cbb jem… mmng pnat sngt2 bdn… x de rehat..
Munir Mohsin
betul betul betul…
Sgt setuju..isteri keluar bekerja..sama penat ngn suami. Balik umah keje lain menunggu..suami dh rileks dh waktu ni..kerenah anak2 lg..nk kena msk sbb suami x suka mkn di luar..mlm kena lyn suami lg..pg bgun awal sbb tpt keje jauh dr rumah..penat sgt2. Perbelanjaan rumah yg besar2 spt ansuran rumah n ansuran keta semua bini tanggung dgn alasan gaji isteri lebih besar..mudah jd lelaki kt dunia skrg..tp mudah ke kt akhirat nti?
ibu mana yg tak sayang anak?
Alhamdulillah… Terima kasih encik suami Ridz Jaafar kerana membantu. =)
Nizan Edris mmg betul
Pahlawan Jihad…..cuba baca nih
Muhammad Nizan
Klu suami plk penat.. malam kamu akan brlps n terlepas begitu shj lah nampak2 gaya yekk
cadangan dan pendapat
– spend kualiti time dgn anak 10-30 minit semalam sama ada baca buku, sembang waktu makan, masa rehat tgk tv, bawa ke playground jika sempat
– kerja rumah byk, betul.. Boleh dikongsi tugas dgn suami, susun supaya boleh settle hujung minggu, upah weekend cleaner
– ambil supplemen supaya lebih bertenaga dan bantu kawal stress & emosi seperti b complex
Realiti macam tu la. Tapi sbenarnya, kalau ikutkn, tugas buat kerja rumah tu terletak kt bahu lelaki walaupun isteri mereka tu surirumah sepenuh masa. Tp lelaki kt malaysia ni dah terlalu dimanjakan sangat. Malah jika suami tak mampu nk wat keje rumah , harus utk mereka upah pembantu rumah.
Lelaki ni mindset diorang isteri kene kerja lebih kuat utk dpt syurga. Padahal diorg x tahu tanggungjawab diorang lagi besar. Takpe. Biar Allah yang menilai usaha kita dan kemalasan mereka
masing tahu tgjwb bersama, senang cerita, bntu membantu, bru aman bahagia,
itu mindset laki ko je.