Susah nak jumpa rumah yang ada televisyen pada tahun 80an. Namun, pada tahun 90an kebanyakan rumah sudah ada televisyen berwarna. Cukup seronok bila teringat kembali iklan-iklan pada masa itu. Mohon maaf jika kualiti video tidak begitu memuaskan.
Mari kita lihat iklan apa yang menarik pada tahun 80an dan 90an.
Sumber: Kebanyakan video adalah ihsan dari AbgCantik. Layari akaun YouTube beliau di youtube.com/abgcantik.
1. Dutch Lady (1983)
Pasti yang teringat dengan iklan yang mencuit hati ini. Pastikan tonton sehingga akhir apa bila kanak-kanak kecil itu berkata “Betul tak?”…. “Betul…..”
2. Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak (1990)
Iklan ini cukup sinonim semasa tayangan Maero Attack. Bagi yang masih bersekolah pada tahun 1990, ramai yang sanggup ponteng sekolah agama semata-mata ingin menyaksikan Sommersault Berpusing. Anda antara orangnya?
3. Trojan (1993)
Memang menggelikan hati apabila teringat gelagat seorang lelaki dengan tong sampah di dalam bas. Ihsan dari youtube.com/DinPastiKacak
4. ChocFudge (1990)
Dengan tagline yang cukup mencuit hati dan menjadi usikan seharian pada waktu itu, “Kejap ada, kejap tiada” memang cukup kreatif.
5. Axion
Siapa yang masih hafal lagu ini?
6. Zaitun
7. Ajinomoto (1986)
8. Susu Cap Teko (1984)
9. Kingsway (1988)
Model: Edika Yusof
Waktu ini, fesyen rambut Edika Yusof menjadi kegilaan muda-mudi.
10. Milo (1987)
11. 7-Up (1983)
12. Follow Me (1990)
13. Buttercup (1982)
14. Shelltox (1987)
Model: Malek Noor
Kalau tidak salah, kini jenama ini dipanggil Shieldtox.
15. Colgate (1983)
16. Darkie (1983)
17. FAB (1989)
Model: Kartina Aziz
18. Benson & Hedges (1995)
Walaupun kini iklan rokok diharamkan dari ditayangkan, pasti perokok tegar jenama Benson & Hedges ini teringat-ingat saat mereka mencuri-curi menghisap rokok ini.
19. Trojan (1983)
20. Susu Cap Bendera (Frisian Flag) (1983)
21. Proton Saga 1.3S (1986)
22. Rexona (1989)
Model: Nasha Aziz
Siapa rasa Nasha Aziz masih lagi cantik? 🙂
23. Nescafe (1993)
24. Maggi (1983)
25. Breeze (1994)
Sudah selesai menonton iklan yang terpampang di kaca televisyen semasa anda membesar? Kongsikan dengan kami iklan kegemaran anda!
memoir#
hehehe..iklan axion tu teringat2 lg smpi skarang hehe
semua iklan lama2..terimbauuuu…
Tersenyum sorg2 bla tgk sume iklan2 ni
mmg kena tgk ni..tergelak2 je bile tgk semula..
Masa Atok muda dulu2 ada iklan arak bahasa Melayu di TV….
rasa nak balik ke zaman tu balik.banyak kenangan manis walaupun masa tu hidup susah…..
Hahahah… Mengimbau kenangan!
T o n i c – c h o p – g a j a h…
tonic chop gajah
sabun mandi samsi xda..?
sy cari iklan nescafe lama..2 org lelaki dkat kpl terbang
Memang best klau ingt balik zaman 90an..especially iklan zaitun..iklan yg paling sy takut kecik2 smpai sy nangis x agak2..sbab lagunye dan logonye iklan tu buat sy seram semacam…smpi skrg sy ingt lgi..tpi apa pun mmg nostalgia iklan2 mse tu..
ada tak iklan susu kotak yang sekitar tahun 90an? yang sy ingat ada budak lelaki remaja curi susu kotak tu dekat kedai runcit masa dia lalu kedai tu,lepas tu dia p dekat peti tu p ambik susu tu buat masuk dalam beg,bila tuan kedai tu perasan dan kejar dia,dia lari p naik bas.dalam bas tu dia duk sebelah pempuan,pastu dia minum susu yang dia curi tadi,pempuan tu duk tengok ja kat dia.dia bukak beg tengok banyak susu kotak yang di curi tadi dan bagi satu dekat pempuan tu..pastu habis….ada sapa2 ingat tak iklan ni??klu ada nk..