Isteri Curang Dengan Suami Orang Kerja Offshore. Kenal Dari WeChat!

Isteri Curang Dengan Suami Orang

Salam,

Di sini ingin berkongsi masalah saya dan dapatkan pandangan dari pihak tuan. Saya seorang isteri, berusia 24 tahun dan baru berkahwin bulan Julai 2014  yang lalu. Sebelum berkahwin saya telah jatuh cinta dengan suami orang yang berusia 39 tahun. Dia juga telah mempunyai 4 orang anak.

Isterinya mengandung, kami berkenalan

Semasa isteri nya mengandungkan anak ke 4, kami mula berkenalan melalui aplikasi WeChat. Semasa berkenalan, secara jujur, dia mengakui bahawa dia adalah suami orang dan bapa kepada anak-anak kesayangan. Memang saya tiada masalah, kerana sekadar kawan-kawan biasa sahaja.

Dia terus menerus menghubungi saya sehingga saya jatuh cinta padanya dalam masa tidak sampai 2 bulan. Bermula dari situ kami saling mencintai dan menyayangi. Dia kerja offshore dan cuma balik darat setiap 2 bulan. Masa dia nak balik, kami telah atur pertemuan sulung kami di sebuah hotel. Hati sungguh berdebar-debar kerana itu adalah kali pertama kami bersemuka. Sebelum ini kami hanya video call sahaja spanjang dia berada di laut.

Terlanjur jua akhirnya

Kali pertama dating saya telah kalah dengan dia. Saya terlanjur dengan dia. Dia adalah lelaki kedua yang penah saya terlanjur. Sebelum ini, saya pernah terlanjur dengan bekas teman lelaki semasa menjadi pelajar di universiti. Kami terlanjur di hotel itu, atas kehendak masing-masing, tiada paksaan.

Seterusnya, begitulah setiap kali balik ke darat, kami telah atur pertemuan untuk pergi honeymoon. Dia sanggup menipu isterinya untuk pergi honeymoon dengan saya. Kasih sayang dan cinta kami makin erat dan sukar untuk saya lupakan dia. Saya cuba lupakan dia, tetapi saya tidak dapat bohong perasaan saya sendiri. Saya cintakan dia sangat-sangat.

 

Kenapa sanggup curang?

Saya ada bertanya, kenapa dia curang dengan isteri. Katanya, “Abang takkan curang kalau isteri tiada masalah. Kehendak batin abang selalu tidak dipenuhi”. Itu sahaja alasannya. Saya pun terdetik, “Adakah aku ini hanya pemuas nafsu untuk dia?”. Saya cuba bencikan dia dan tidak berhubungan dengan dia, tetapi gagal. Sayang saya pada dia sangat kuat.

Dalam masa kami bercinta, pernah isteri dia baca mesej kami. Bila isterinya tanya, dia jawab cuma kawan sahaja. Saya keliru dengan cinta kami.

 

Terima lamaran

Dalam masa bercinta dengan suami orang itu, tiba-tiba kawan lama saya masa kanak-kanak dahulu dataung melamar. Saya menerima lamaran itu dengan harapan inilah cara terbaik untuk saya berpisah dan melupakan suami orang itu. Setelah tarikh kahwin ditetapkan, saya beritahu dia, “Abang, ayang dah nak berkahwin”. Dia benar-benar terperanjat dan menangis.

Dia ada nyatakan hasrat untuk berkahwin dengan saya. Namun, saya sendiri takut untuk beritahu keluarga kerana status dia sebagai suami orang. Jarak umur kami juga jauh, dan saya adalah anak bongsu. Keluarga mengharapkan yang terbaik untuk saya.

Saya suruh dia jumpa kelurga saya kalau betul mahu kahwin dengan saya. Dia kata, “Abang akan cari masa yang sesuai”

Setelah memberitahu dia yang saya akan berkahwin, saya fikir ini akan buatkan hubungan kami terputus. Sebaliknya, ia jadi semakin galak dan masing-masing tidak dapat kawal diri. Kami sangat sayang antara satu sama lain. Sehinggakan, dia sanggup berikan duit untuk saya, sponsor semua barang hantaran perkahwinan dan baju kahwin saya. Barang hantaran dan baju kahwin, kami pergi shopping bersama-sama. Sampai macam itu sekali dia sanggup layan saya. Kadang-kadang terfikir, patutlah dia boleh belanja saya kerana bergaji besar. Seks dengan saya dia dapat, jadi apalah sangat dengan duit itu. Kadang-kadang terfikir, betapa bodohnya saya.

Hari ijabkabul

Tanggal hari perkahwinan saya, dia menangis lagi. Setelah sebulan kahwin, kami masih tidak berjumpa. Kami masih tidak dapat kawal diri kami. Kami terlanjur lagi, walaupun selepas saya kahwin. Ia berlanjutan sehingga ke hari ini. Saya buntu bagaimana mahu berpisah dengan dia. Saya ada beritahu, saya tidak mahu berkawan lagi dengan dia. Dia hanya cakap, “Abang tetap sayang dan cintakan ayang macam dulu-dulu. Abang akan tunggu ayang selamanya”. Dia masih tidak mahu lepaskan saya.

Saya tidak dapat elak dari dia. Saya sayang dia sangat-sangat. Kadangkala, terfikir mahu beritahu isterinya, bahawa suaminya curang dengan saya. Namun, saya terfikir pula kerana faham perasaan lembut perempuan. Mesti isteri dia sedih bila tahu suaminya curang dengan saya. Sebelum ini, dia juga pernah terlanjur dengan perempuan lain. Pernah bawa berjumpa dengan isterinya untuk minta izin berkahwin lagi. Isterinya tidak izinkan. Kini, saya pula menghadapi situasi ini.

Hubungan jarak jauh

Saya tinggal jauh dari suami. Sebab itulah saya ada masa untuk layan suami orang itu bila dia balik ke darat. Sudahlah jauh, suami saya pula sibuk dengan kerja. Isteri kekasih saya juga sibuk dengan kerja. Jadi, selama ini, sayalah yang melayan suami orang itu.

Saya buntu. Bagaimana mahu berpisah?

31 thoughts on “Isteri Curang Dengan Suami Orang Kerja Offshore. Kenal Dari WeChat!”

  1. Senang saja…balik kepada pangkal jalan iaitu agama kita…sekiranya kamu adalah orang Islam..dekatkan diri pada orang-orang yang solehah…rajin ke masjid dan bertaqlim…hanya agama saja yang dapat membantu..semoga kamu insaf dan diampunkan Allah…Saya juga seorang isteri yang suaminya pernah curang…jagalah hati kami…

    Reply
  2. Binasa klu di ikutkn desakan setan dlm dri… sedar dri.. status awk da jd isteri org… bini org yang sah…. sanggup awk biarkn dri awk jd pemuas nafsu llki laen… ape perasaan suami awk klu die tahu prbuatan awk.. dosa besar tu klu suami x ampunkan x bau syurga awk nnt.. 1 lg cube awk bygkn kddkn awk sbgai isteri.. suami awk buat mcm tu kat awk pulak… ape awk rs??? Ke tiada prasaan??? Igt setiap 1 prbuatan kita allah byr cash.. bertaubatla….

    Reply
  3. Cubalah fikir sedalam dalamnya,sampai bilakah hubungan terlarang ini akan berterusan..Islam melarang akan perbuatan keji dan mungkar ini..Tidakkah kita merasa berdosa pada si suami sekiranya perkara ini berlanjutan..Dapatkah kita memohon ampun pada suami nanti..Ingatlah syurga isteri ditelapak kaki suami…

    Reply
  4. Jgn cari salah org lain…
    Alasan suami sibuk dgn kerja…
    Na putus mudah je…
    Tukar no..
    Add & approve kawan2 yang kenal je..
    Org lain na add ignore jela.. ta rugi apa..
    Kita sebagai isteri, jg maruah kita, sama la kita jg maruah suami kita..
    Pulang ke pgkal jalan…
    Org tu cume hancurkan hidup awak…
    Sayang dia sebab awk muda je…
    Bersyukur suami terima awk walau da ta dara…

    Reply
  5. selagi ada masa dan ruang utk hidup lagi lekaslah bertaubat. kenapa perlu kahwin kalau dah tahu diri tu curang?? bkn susah utk melupakan dia kalau diri sendiri x mahu berubah..isteri yg taat xkan curang andai si suami tiada byk masa bersama sekalipun..igtlah dosa pahala..malu sy kaum hawa spt awk sebegini..terlalu murah maruah utk diperjudikan..tepuklah dada tnye iman..tiada siapa boleh mngubah kamu, melainkan diri kamu sendri!

    Reply
  6. Subhanallah, peliharalah diriku.. peliharalah kaum kerabatku. Aku takut… baca cerita mcm ni..sedih… knapa perempuan.. hati kau lembut.. biar kena pada tempatnya.. cepat2 bertaubat.. cepat2 hindarkan.. jangan menyalahkan org lain , salahkan diri sendiri…

    Reply
  7. rejam sampai mati sajaer hukumannya dari terus berterusan…itulah perlukan hudud selagi tak nampak neraka depan mata…..hina kamu lebih hina dari anjing ……najis pegang anjing dan masih boleh disamak, tetapi kamu bukan setakat najis, sudah jadi lebih hina dari anjing dan layak lebih pada pelacur..taubat adalah jalan menghenti semua itu..kalau berterusan juga..seprti saya katakan diatas layaknya kamu…

    Reply
  8. Bertaubatlah adik..akak dulu pun pernah bercinta dengan suami orang.tapi dia tipu akak ckp dia bujang lagipun dia tua setahun je dari akak.jadi mmg saya tak expect yg dia suami org..dekat setahun kami berkawan.tapi akhirnya terbongkar juga status dia.akak sedih sbb akak mmg sayangkan dia.sampaikan akak sanggup jadi no 2.tapi pikir punya pikir akak tak sampai hati pd istri nya.akak rasa berdosa sangat.jadi akak ambil keputusan tinggalkan lelaki tu.walaupun sakit rasanya akak cuba lupakan dia.alhamdullilah boleh.walaupun ambil masa berbulan.akak boleh lupakan dia.sekarang dah takde apa perasaan pun terhadap dia.ingat dik jangan jadi hamba nafsu.akhir nnti diri sendiri yg susah.

    Reply
  9. bertaubat lah.. tukar nombor fon.. xpyh duk igt lg.. takut Allah ambik nyawa kita dlm keadaan mengaibkan.. hurmmm.. suami tu kan halal.. mmg suami sibuk bekerja.. tp bekerja utk isteri.. cari rezeki utk isteri.. kesian suami.. kalo awk di tempat suami ape awk rase??

    Reply
  10. Salam

    Baliklah kepangkal jalan. Bertaubat nasuha dan jangan ulangi lagi perkara terkutuk tersebut. Takutilah akan hari pembalasan. Sesunguhnya pada hari tersebut tiada siapa yang boleh membantu kecuali iman dan amalan. Ikutilah kisah Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW di mana Allah mempertunjukkan hukuman keatas perbuatan zina. dan perbuatan keji yang lain.

    Wslm

    Reply
  11. Ai…gatalnya pmpn ni xda maruah n murahan sgt2. Mak bapak sah memg x pnh didik ilmu agama smpi buta hati itu laki org.Nama sj msk 'U' tp otak letak dkt lutut. Study high2..but stupid never finish2. Ingat kau tu pmpn..hr ini kau ganggu rmhtgga org esok lusa engkau pula yg dibls mcm tu padan muka. Meh..sini klu nak lupa sgt laki org tu sini ada petua…ko naik mana2 shoppg kompleks cr tingkat yg tinggi sikit plg2 pun 7 tingkat..so..apa tggu lg ko terjun la..hbs crta. Comfirm trs lupa punya….memg anti sgt la jenis betina mcm ni. Byk alasan….

    Reply
  12. Apa awk rasa klau auami awk buat mcm tu?? Habiskan duit untuk perempuan lain?? Memuaskan nafsu dia dgn perempuan lain?? Apa yg awk rasa?? Mcm tu jugak lh yg isteri lelaki tu dan suami awk rasa..

    Reply
  13. Apa awk rasa klau suami awk buat mcm tu?? Habiskan duit untuk perempuan lain?? Memuaskan nafsu dia dgn perempuan lain?? Jumpa perempuan lain sebelum dia jumpa awk.. Hubungan jarak jauh kan??? Apa yg awk rasa?? Mcm tu jugak lh yg isteri lelaki tu dan suami awk rasa.. Jgn sakiti hati perempuan lain. Sbb nnti mungkin awk yg akn merasa..

    Reply
  14. Ingatkan Allah itu Maha Pengampun tetapi fikirkan balik mengapa Allah swt menetapkan hukum yang sedemikian, sanggup atau tidak kita jadi seperti wanita yang mengaku di depan Rasulullah yang dia telah berzina dan sanggup menerima hukum. Itu hukum Allah Taala bagaimana pula dengan dosa “kekasih” puan dan puan sendiri terhadap suami kerana dosa sesama manusia kalau tidak di ampun akan sia-sia sahaja taubat tersebut. Allah lebih Mengetahui

    Reply
  15. Dosa zina termasuk dlm dosa besar tapi bukan tergolong dlm dosa yang tidak terampun..maka Taubat Nasuha sebaik jalan kembali..Ingatlah Allah sentiasa membuka pintu bagi semua hambaNya untuk bertaubat selagi tidak mempersekutukanNya..jangan lah pulak kita menghukum dosa seseorang padahal amalan kita di dunia sedikit hendaknya..Ingatlah Allah Maha Pengampun..berdoalah..jangan berputus asa dari Rahmat Allah..selagi hidup dikandung badan selagi nafas masih ada peluang untuk bertaubat sentiasa ada..Insha Allah

    Reply
  16. Sedih baca cerita perempuan ni.sedih sebab dia hanya tempat utk melepaskan nafsu meletakan maruah diri jauh hina.cuba bayangkan kalau awak tu isteri lelaki yg mengkhianati ikatan pernikahan.bolehkan awak rasa hancurnya hati isteri dia.biasa alasan lelaki akan memburukan isteri dia sbb dia nk pikat n nk ratah tubuh bdn.isteri yg sah dinikahi boleh dikata keji gitu apa lagi awak hanya perempuan simpanan dan tak ubah seperti pelacur.taubat n kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat.jadilah isteri yang setia pada suami kerana di situ syurgamu

    Reply

Leave a Comment