5 Senarai Kedai Nasi Arab Di KL & Selangor. Ranking Terbaik Foursquare!

Kedai Nasi Arab

Bagi yang pernah menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah untuk mengerjakan Umrah atau Haji, pasti pernah merasai keenakan nasi Arab di sana. Rasa kambing dan daging di sana sangat berlainan dengan di Malaysia. Apabila terimbau kenangan di Makkah & Madinah, pasti rindu untuk makan nasi Arab yang sunguh lazat.

Bagi yang tidak pernah mengerjakan Umrah atau Haji, cubalah sekali. Pasti mahu lagi!

Di sini, kami senaraikan kedai nasi Arab di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor (‘Area’ Shah Alam, Bangi/Kajang, Cyberjaya).

Apa Kriteria Yang Kami Gunakan?

Kami gunakan maklumat sedia ada dari Foursquare. Restoran yang kami senaraikan mempunyai ‘ranking’ yang tinggi hasil undian pengguna-pengguna Foursquare.

Kami tahu, sedap itu sungguh subjektif. Maka senarai ini bukan mengikut ‘ranking’ sedap atau tidak. Cuma ‘ranking’ dari 4Square sahaja. Ia hanya senarai yang bakal membantu anda menikmati rasa nasi Arab yang sungguh enak!

 

Foto Kredit: Facebook Aroma Hijrah
Foto Kredit: Facebook Aroma Hijrah

1. Restoran Aroma Hijrah (TTDI Jaya, Shah Alam)

Bermula dengan kedai 2 pintu, kini Restoran Aroma Hijrah kini sudah ada 4 pintu. Tentu sekali mempunyai pelanggan tetap yang datang semula setelah menikmati hidangan yang enak. MySelera.com ada ‘review’ untuk sesiapa yang mahu tahu bagaimana keadaan Restoran Aroma Hijrah ini. Ternyata, ini restoran nasi Arab paling popular di Shah Alam.

restoran-aroma-hijrah-foursquare

Lokasi:
NO 6 & 8, Jalan Opera H, TTDI Jaya, Shah Alam

Tempahan (Booking):

03-7832-1524 (Restoran)
012-6544838 (Hj Amin)
012-6644639 (Hjh Rohani)

Landmark:
Lebih kurang 3km dari Stadium Shah Alam, melepasi Politeknik Shah Alam
Atau 2km dari Space U8 Shopping Mall, Bukit Jelutong
100 meter dari Masjid Al-Itisam, TTDI Jaya

Makanan Popular:
Mandy rice, Kabsah rice or Maqlubah rice
Roasted lamb, Kabsah lamb, Mandy Lamb, Roasted Mandy & Masywi Chicken
Roasted Quail (burung puyuh)
Special Spicy Lamb soup!!

Waktu Operasi:
Dibuka setiap hari dari 11am – 10.30pm
Jumaat-Ahad, 11am – 11pm

Kapasiti:
450 tempat duduk, termasuk 40 tempat duduk bersila

Kemudahan:
Surau
Maksimum 30 jemaah Muslim dan 10 jemaah Muslimah

Bayaran:
Tunai
Kad Kredit (MasterCard & Visa untuk RM50 ke atas)

Facebookhttps://www.facebook.com/aroma.hijrah

Foursquare: https://foursquare.com/v/restoran-aroma-hijrah/4fe48b33e4b0b1bb7ed3a23d

 

Foto Kredit: Foursquare
Foto Kredit: Foursquare

2. Restoran Saba’ (Setiawangsa dan Cyberjaya)

Menduduki tangga pertama untuk juadah nasi Arab di kawasan Kuala Lumpur. Selalunya, kedai ini yang terletak di Setiawangsa penuh dengan pelanggan pada hujung minggu. Selepas ‘order’ kena tunggu agak lama tapi berbaloi! Kalau mahu tahu lebih lanjut, sila baca ‘review’ Restoran Saba’ ini.

restoran-saba-cyberjaya-foursquare

Lokasi Cawangan:

Cyberjaya
4800 Suite 0-2, Ground Floor, Block A1, Jalan Perdana,
CBD Perdana, Cyberjaya, 63000, Selangor

Tempahan (Booking): 03-83202544

Kuala Lumpur
1-01 Dataran, Setiawangsa, Jalan Jelatek,
Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur

Tempahan (Booking): 03-42512592

 Web: http://www.sabaholdings.com.my

Foto Kredit: Foursquare
Foto Kredit: Foursquare

3. Restoran Al-Rawsha

restoran-al-rawsha-kampung-pandan-foursquare

Menduduki tangga kedua selepas Restoran Saba’ di Foursquare bagi kawasan sekitar Kuala Lumpur. Restoran ini sungguh unik kerana berbentuk seperti ‘castle’. Adakah sajiannya juga seperti hidangan istana? Sila baca ulasan Restoran Al-Rawsha ini.

Lokasi:

8, Jalan Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia

Tempahan (Booking):

03-9200 6600

 

Web: http://alrawshakl.com

Facebook: https://www.facebook.com/pages/Al-Rawsha-Restaurant/142261482522600

Foursquare: https://foursquare.com/v/al-rawsha-restaurant/4c405719cc410f47866ca961

 

nasi-arab-restoran-tareem-hadramawt-kajang
Foto Kredit: Foursquare

4. Restoran Tareem Hadramawt (Kajang)

Walaupun di kawasan Kajang, masih lagi dekat dengan orang Bangi.

restoran-tareem-hadramawt-kajang-bangi-foursquare

Lokasi:

Jalan Kajang Mewah 2, Taman Kajang Mewah (Jalan Sepakat Indah 2/1, Taman Sepakat Indah), Kajang

Foursquare: https://foursquare.com/v/restoran-tareem-hadramawt/4cc13b5821a4f04da8e06255

 

[button icon=’entypo-light-up’][/button] BONUS:

Foto Kredit: Foursquare
Foto Kredit: Foursquare

5. Restoran Nasi Arab Damsyik

restoran-nasi-arab-damsyik-senawang

Restoran ini bukan terletak di kawasan Lembah Kelang, namun lokasinya berdekatan. Terletak di Senawang, Negeri Sembilan, harga makanannya juga dikatakan lebih murah daripada di Kuala Lumpur.

Lokasi:

No. 1, Jalan Bourgainvilla 1 (Taman Bourgainvilla, Senawang), 70450 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia

Tempahan (Booking):

0 14-265 7313

Foursquare: https://foursquare.com/v/nasi-arab-damsyik/4c3dbe08b169c9b606684768

Kini, jika ada majlis sambutan hari lahir, majlis ‘farewell’ untuk rakan sekerja yang ‘resign’, majlis sambutan kenaikan pangkat dan macam-macam lagi, tidak perlu ke Nandos, Kenny Rogers, TGI Friday’s atau Chilis lagi. Boleh terus ke kedai nasi Arab untuk menjamu selera!

Untuk maklumat lanjut dan ‘review’ tentang senarai restoran-restoran di atas, tunggu ‘crew’ MySelera.com turun padang. Jika ada tuan punya kedai atau pekerja restoran yang sedang baca artikel ini, boleh hubungi ‘crew’ MySelera.com di [email protected] untuk berbincang denga mereka. Semoga lebih ramai dapat rasa keenakan nasi Arab!

Selamat menjamu selera!

16 thoughts on “5 Senarai Kedai Nasi Arab Di KL & Selangor. Ranking Terbaik Foursquare!”

  1. Cuba try dekat cafe Infrastructure University..selalu banyak org gi sana makan…not only the student there but outsider also have their lunch there…dekat je dgn kajang dan serdang..

    Reply
  2. Baru Sabtu lepas makan Nasi Arab kat ChowKit.. rasa sampai harini terbayang2.. anak2 pun siap comment sedap.. Menu yg dlm dulang tu price cuma RM24 shj.. ok apa..berbaloi2

    Reply
  3. 1st mmg aroma hijrah. Malay rest yg besttt gileee. Lg best sbb dkt ngan rmh. Suggest u all g try. 2nd. Hadramawt jln ampang dkt mrr2 pon best. 3nd sanaa cyber juga best. Saba ranking not in my list. Boleh la klu nk mkn….

    Reply

Leave a Comment