Nasi Lemak Sedap di KL & PJ
Pelik sungguh bila kita lihat gaya hidup rakyat Malaysia. Sarapan pagi, nasi lemak. Tengahari makan nasi lemak. Makan malam juga menjamah nasi lemak.
Tidak dapat disangkal lagi, nasi lemak ialah salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia.Nasi lemak boleh dikatakan makanan ‘all time favourite’ bagi rakyat Malaysia tak kira bangsa. Berbeza di Pantai Timur, nasi lemak menjadi makanan pilihan untuk sarapan sahaja. Sebaliknya, di Kuala Lumpur, nasi lemak menjadi makanan untuk dinner ataupun supper. Adakah anda salah seorang penggemar nasi lemak atau nasi lemak lover?
Kali ini kami ingin berkongsi dengan peminat nasi lemak iaitu 5 kedai nasi lemak popular di Kuala Lumpur (KL) dan Petaling Jaya (PJ).
Seperti senarai kedai nasi Arab yang kami kongsikan sebelum ini, senarai nasi lemak sedap ini kami buat mengikut ranking di Foursquare. Ia berdasarkan review dari penggemar nasi lemak merangkumi kesedapan sambal dan lauk tambahan seperti ayam goreng.
1. Restoran Village Park (Damansara Utama)
Restoran Village Park atau lebih dikenali sebagai Uptown Village Park sering kali sesak dengan pelanggan sehingga perlu menunggu lama untuk mendapat tempat duduk walaupun pihak restoran telah membuka meja dibahagian parking. Menurut review yang kami baca, rata-rata menyatakan kesedapan nasi lemak disini adalah kerana ayam gorengnya.
Lokasi:
5, Jln SS 21/37 (Damansara Utama), 47400 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi:
Dibuka setiap hari dari 7am – 8pm
Ahad 7am – 6pm
Foursquare: https://foursquare.com/v/village-park-restaurant/4b224fc6f964a5206a4524e3

2. Nasi Lemak Bumbung (Seapark Petaling Jaya)
Nasi lemak bumbung adalah sebuah restoran India yang sering menjadi tumpuan dikala malam bagi mereka yang tinggal di kawasan Petaling Jaya. Walaupun meja hanya dibuka di lorong jalan, dan agak sukar untuk mendapat tempat ia tetap menjadi tumpuan. Saya sendiri pernah beberapa kali makan di Nasi Lemak Bumbung. Pada saya, sambal dia sangat sedap! Lebih-lebih lagi bila ditambah dengan telur goyang (telur mata).
Lokasi:
Jalan 21/11B, Seapark, 46300 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat dibuka dari 5pm – 4am
Foursquare: https://foursquare.com/v/nasi-lemak-bumbung/4b5adfc4f964a52048d828e3

3. Nasi Lemak Mak Wanjor (Kampung Baru)
Gerai Nasi Lemak Mak Wanjor sudah 42 tahun dibuka di Kampung Baru dengan menjual nasi kukus pada permulaannya sehingga menjadi trademark Mak Wanjor sehingga kini. Yang menjadi tarikan disini adalah sambal yang ‘hot’ yang menjadi perbualan ramai walaupun ia sebaris dengan Nasi Lemak Antarabangsa. Ramai yang memberi maklum balas, Nasi Lemak Mak Wanjor lebih sedap berbanding Nasi Lemak Antarabangsa. Disini mereka mengamalkan konsep bayar dahulu sebelum makan.
Lokasi:
8, Jalan Raja Muda Musa (Kampung Baru), 50100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Dibuka setiap hari bermula 6.30am – 12pm, dan 4pm – 1am
Foursquare: https://foursquare.com/v/nasi-lemak-mak-wanjor/4b77549bf964a52097922ee3
4. Nasi Lemak Selera Jaya 223 (Petaling Jaya)
Bagi saya yang seringkali makan nasi lemak di sini, saya lebih suka nasi lemak cop merah atau lebih dikenali sebagai Nasi Lemak Panas Gerai Yatie Pak Cu. Ini kerana sambalnya yang pedas dan manis berbanding Suri yang lebih kepada pedas semata-mata. Lagi sedap dapat nikmati nasi lemak dengan otak-otak bakul kuning!. Nasi lemak di sini antara yang termurah dengan harga RM1.20 sebungkus dan RM2.50 sepinggan.
Lokasi:
Jalan 51A/223, 46100 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi:
Dibuka setiap hari seperti masa berikut
Isnin – Khamis : 1pm – 2pm dan 8pm – 2am
Jumaat – Sabtu : 8pm – 4am
Ahad : 8pm – 1am
Foursquare: https://foursquare.com/v/selera-jaya-223-petaling-jaya-selangor/4b531a90f964a520098f27e3

5. Nasi Lemak Mali’s Corner (Danau Kota)
Bagi mereka yang tinggal berdekatan Danau Kota, Nasi Lemak Mali’s Corner pasti menjadi bualan selain dari Char Kuey Teow. Konsep di Mali’s Corner adalah layan diri. Tetapi agak pelik kerana perlu membuat ‘que‘ ditempat berbeza untuk Nasi Lemak dan Char Kuey Teow.
Walaubagaimanapun, disebabkan sambutan yang menggalakkan, Mali’s Corner telah membesarkan perniaggan daripada 1 lot kepada 3 lot kedai. Myselera.com ada membuat review di Mali’s Corner untuk tatapan dan panduan pembaca.
Lokasi:
Platinum Walk, Danau Kota (Jalan Taman Ibu Kota), 53300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Dibuka setiap hari 8am – 5am
Foursquare: https://foursquare.com/v/malis-corner/4bcd3bd6937ca5930894ac92

Pasti ada yang perasan dan tertanya-tanya, bagaimana dengan kedudukan ranking untuk nasi lemak paling popular iaitu Nasi Lemak Antarabangsa, Nasi Lemak Tangling dan Nasi Lemak Famous Bangsar. Untuk makluman, berdasarkan kajian saya, kedudukan adalah seperti berikut:
- Nasi Lemak Antarabangsa – Ranking 13
- Nasi Lemak Tanglin – Ranking 14
- Nasi Lemak Famous Bangsar – Ranking 29 (Baca review dari Myselera.com)
Pernah dengar Nasi Lemak Wak Kentut yang popular di Kulaijaya, Johor? Tunggu review di MySelera.com pada masa akan datang.
Anda pula bagaimana? Dimana tempat nasi lemak paling sedap bagi anda? Kalau anda jenis yang tidak suka makan luar, boleh buat nasi lemak sedap sendiri dengan merujuk pada laman web MyResipi.com
Selamat mencuba!
Kalau kt 223 punya tu tak best pun. Kalau saya, tak masuk dalam top 10 pun. Jauh best lagi kt Kelana Jaya jual tepi jalan waktu pagi dekat ngan SK Kelana Jaya. Nasi Lemak Kangkung kat dalam Restoran Jamal, FAM pun best gak. Ada banyak lauk pilihan.
nasi lemak FAM, Rest. Jamal Mohamad
Kat 223 memang thorbaik !! I kalau balik office , tak selera conpom stop dulu makan kat sana ,, hehee … pastu pekena otak-otak memang umphh ,,, Chicken chop kat situ pun sedap apa .
Nasi lemak antarabangsa sepatutnya tak masuk dlm mana2 senarai… Apa barang sambal campur sos dgn ciliboh… Menyesal bawak family yg tgh lapar makan kat situ..
As Salam ! Pd aku nasi lemak trbaik kt PJ adalah Nasi Lemak Pak Hamid di Tmn Medan, Jln Klg Lama. Msuk ikut Tmn Dato Haron trus slps Sekolah, Gerai plg hujung skali. Lauk pelbagai. The Best of The Best punya. Tiada tandingan.
Waktu niaga : 7.00-10.00mlm
Hari : Isnin-Sabtu (Khamis & Ahad tutup)
Wak manjo je yg ok.. Yg lain biasa je….
Nasi lemak bumbung tu bkn org india punya. Itu kedai org islam berketurunan mamak.makanan nya 100% halal walaupun anda dapati majoriti yg mkn di situ berbangsa cina.
Nasi lemak yg paling sedap yg sy penah makan selain nasi mak sy sendiri.. nasi lemak di taman melati.. nasi lemak makcik cantik… klu dulu dr kecik mmg minat nasi lemak.dkt situ la yg terbaik.. xd tmpt len.. sangup dr putrajaya pergi sana semata2 breakfast nasi lemak tuh.. huhhh.. kedai makcik tu buka dlm sekitar jam 7am klu dtg jam 9am jgn harap ada lg cepat sgt habis.. terliur da ni..ekekeke.. klu uols nk cuba boleh g kt taman melati setapak area blok A.. sebelah A14.. dulu kedai makcik ni sblh kedai nurazam tp xtahu skg mungkin da xd kedai nurazam tuh… cuba dulu.. perghhhh
Salam..ada lagi satu yg sy boleh recommend nasi lemak ujang dkt bandar baru selayang @ taman greenwood area gombak. Rasa boleh have a try dekat ctu since ada variety of lauk.
Nasi lemak opah di usj 9 tu amacam?? Rasenyer best jugak…ramai btol org di sana
nasi lemak cek na kelate kt tasik selatan pernah cuba tak?betol-betol dekat ngan trafic light sblm nk masuk apartment tasik heigh.
ce try nasi lemak resepi opah kt usj9
Try rasa nasi lmak kerang dkat keramat. .bkk kdai ptg, pkul 7 lbih nsi lmak dah hbis. .kdai biasa jee, warung tepi jalan. .trbaikk @ Warung Kerang – ATZ FOOD (pernah masuk jjcm)
Datanglah ke warong Nasi Lemak Belahan di Jalan utama Kg Seri Belahat Tampok.
Harga yang sangat murah RM0.60 tapi rasa yang sangat hebat…
Detail hubungi owner kedai 0127457675
cuba pula kat Ratha Raub Kari Ayam di Damansara Utama sebaris dengan bangunan Cimb ….nasi lemak dan sambal terbaik
Kalau kat Kedah, Nasi Lemak Pokok Buluh kat Bandar Seri Astana, Sg Petani pun sedap juga.
Kalau kat Kedah, Nasi Lemak Pokok Buluh kat Bandar Seri Astana, Sg Petani pun sedap juga
Nasi Lemak Ampang depan LRT station tu leh consider gak…
Nasi Lemak Addeen Trading pun sedap jugak, sambal pekat terbaikkk
Lokasi Kiosk IPR, tepi Bulatan Pahang
Menu lain Nasi Kerabu sangat sedappp..
Nasi Lemak Ujang di BBS Selayang atau di GreewnwoodGombak.Paling sedap.Bole letak rangking no 1.
Nasi lemak RA di Kg. Baru sedap. Kedai di belakang stesen lrt Dang Wangi… Nasi lemak antarabangsa tu mmg tak sedap langsung, tak sepatutnya ada dlm list. Tak reti buat sambal, mcm tak masak je…