Kembar Tiga Ini Hafal Al Quran. Sunguh Beruntung Ibunya!

Sungguh beruntung ibu yang melahirkan mereka bertiga. Sejuk perut ibu mengandung. Perjuangan ibu melahirkan bayi kembar tiga, perjuangan membesarkan serta mendidik tiga anak sekaligus, kini berbaloi.

Kini, bayi kembar 3 itu sudah membesar menjadi pemuda-pemuda soleh yang diberi nama Abdul Hannan Jamaluddin, Abdul Mannan Jamaluddin dan Abdul Ihsan. Subhanallah, semuanya hafiz, iaitu hafal Al Quran.

 

Hafal Al Quran

Hafal Al Quran

Mempunyai nama panggilan pendek iaitu Hannan, Mannan dan Ihsan, mereka ini masih berusa 17 tahun. Lahir pada 11 Jun 1997 di Batam, Indonesia. Ketika artikel ini ditulis, ibu mereka sedang mengandung anak kelapan yang diharapkan juga akan menjadi penghafal Al-Quran seperti adik beradik yang lain. Subhanallah!

Menurut islamdairy99, kecintaan yang kuat pada Al-Quran hasil didikan orang tua di rumah membuat kembar 3 ini mengenali kitab suci ini sejak kecil lagi. Ibu yang selalu mendampingi perkembangan anak-anaknya dan ayah yang menjadi guru agama menjadikan mereka anak yang membesar dalam suasana Islam dan harmoni.

Di laman Facebook Berita Islami Masa Kini pula, puluhan ribu pengguna Facebook mengucapkan tahniah dan kagum kepada tiga pemuda kembar itu. Ramai juga yang berharap agar anak-anak mereka dapat menjadi seperti mereka. Siapa yang tidak mahukan anak-anak yang boleh hafal Al Quran?

“Sesungguhnya Allah mempunyai keluarga di antara manusia, para sahabat bertanya, “Siapakah mereka ya Rasulullah?” Rasul menjawab, “Para ahli Al Qur’an. Merekalah keluarga Allah dan pilihan-pilihan-Nya.” (HR. Ahmad)

Subhanallah, masih mudah sudah gemar baca Al-Quran. Semoga kita juga mempunyai keturunan seperti ini dan menjadi penghafal al-Quran.

Aamiin

Nota: Untuk maklumat terkini, boleh ikuti blog dan laman Facebook kembar 3 ini di Kembar3 Hannan Mannan Ihsan.

 

9 thoughts on “Kembar Tiga Ini Hafal Al Quran. Sunguh Beruntung Ibunya!”

    • Masha allah.Semoga Allah kurniakn ku keturunan tahfiz yg cintakan Al-Quraan.Aaamiin Ya Allah..Aaamiin Ya Rahman…Aaamiin Ya Rahim.

      Reply

Leave a Comment