7 Sebab Kenapa Suami Curang Dengan Isteri

Hubungan suami isteri adakalanya hambar dan muncul pelbagai masalah apabila usia perkahwinan mencecah 10 tahun. Kadang-kadang tak sampai 5 tahun usia perkahwinan pun suami sudah mula buat hal. Kenapa boleh jadi sebegitu rupa?

Kenapa suami curang?

Berikut merupakan 5 sebab dan selalu dijadikan “alasan” suami, kenapa dia berlaku curang:

Kenapa suami curang
Isteri tidak dapat atau tidak mampu memberikan zuriat

1. Zuriat

Isteri tidak dapat atau tidak mampu memberikan zuriat. Zuriat merupakan antara perkara penting dalam sesuatu rumahtangga. Ya ini memang benar tapi kita tidak boleh menyalahkan isteri kerana ini semua ketentuan dan kehendak-Nya.

Siapalah kita untuk mencabar kekuasaan-Nya, betul tak? Ini semua dugaan yang Allah berikan untuk menguji kita tentang ikatan perkahwinan. Tetapi alasan ini seringkali digunakan oleh si suami untuk mencari yang lain.

5 Alasan Suami Curang
Suami tabiatnya memang suka berfoya-foya

2. Tabiat

Memang tertekan kalau suami tabiatnya memang suka berfoya-foya. Manusia boleh berubah tetapi itu semua atas kehendak sendiri. Kalau suami memang nak berubah, sebelum kahwin pun dia dah fikir nak berubahkan?

5 Alasan Suami Curang
Suami “test market”

3. Pergaulan

Ini memang banyak terjadi, kadang-kadang sisuami tiada niat pun nak curang tetapi disebabkan bergaul dengan kawan-kawan yang suka mencabar maka terjadilah perkara yang tidak diingini. Bila kawan-kawan mula mencabar ego sisuami, mulalah dia nak “test market” juga.

5 alasan suami curang
Kurang aktiviti seks

4. Nafsu Seks

Menjaga hubungan seks memang amat penting kerana faktor ini sangat penting buat si suami. Tapi kita hanya manusia biasa, kadang-kadang isteri sibuk menguruskan rumahtangga sehingga terlupa untuk menjaga penampilan diri dan lain-lain.

Perkara ini juga sering dijadikan alasan bagi si suami untuk mencari yang lain.

5 alasan suami curang
Suami tidak tahan digoda

5. Tidak Tahan Digoda

Tidak dinafikan wanita diluar sana pun apa kurangnya suka menggoda. Walaupun tahu lelaki tersebut telah berkahwin tetapi bagi mereka sangat seronok dan sukakan cabaran untuk memikat lelaki yang sudah bergelar suami.Kebanyakkan lelaki memang tidak tahan godaan.Niat dihati nak setia tetapi baru kena cuit sikit dah jatuh terguling dalam dakapan wanita lain.

Inilah adalah antara lima alasan si suami untuk berlaku curang, kadang-kadang wanita di luar sana tidak cantik mana pun tetapi kenapa suami beralih arah?

Akhir kata

Sebenarnya yang paling penting adalah dengan menjaga kepercayaan pasangan kita. Cuba tonton video Ustaz Azhar Idrus di YouTube tentang doa pengikat kasih sayang.

https://www.youtube.com/watch?v=m_AXY8Dqb6g

Suami Curang
Foto Kredit: yourtango.com

Kebanyakan antara kita berkahwin atas dasar cinta, jadi pupuk dan semailah cinta tersebut sehingga ke akhir hayat. Insyallah Allah S.W.T akan berkati perkahwinan tersebut.

2 thoughts on “7 Sebab Kenapa Suami Curang Dengan Isteri”

  1. Biar seribu alasan yg diberi, hanya satu jawapan yg boleh diberikan… “Tepuk Dada Tanyalah Iman” Renungkan kembali matlamat & tujuan sbenar diri kita sewaktu mula2 menggengam tangan tok kadi @ wali si isteri untuk mekafazkan akad nikah tanda telah sedia menerima segala tanggungjwb serta sedia untuk mnerima sgala kelebihan@kekurangan, kebaikan@keburukan pasangan kita itu…. Jika ijab kabul itu benar2 kerna ikhlas dlm mencari kebahgiaan dan keredhaan dari Allah swt… insyalah tidak akn ada 1 pun alasan yg akn diberikan utk melakukan kecurangan… Sebaliknya apabila niat dan matlamat sekadar utk memenuhi tuntutan nafsu serakah dan iman didada setipis kulit bawang… maka terjadilah seribu alasan bahkan mungkin sejuta alasan utk menyalahkan pasangan demi utk melakukan kecurangan….

    Reply

Leave a Comment