5 Kesilapan Besar Dalam Mendidik Anak

Bagi anak-anak yang tidak faham, mereka akan memberontak, membuat perangai dan macam-macam lagi sebagai tanda protes dan tidak puas hati. Sebaliknya, bagi ibu-bapa, itu adalah jalan yang terbaik.

Benar, ramai parents yang silap dalam hal ini. Sepatutnya mereka mendidik anak ikut cara Islam yang menyelitkan kaedah psikologi.

Kesilapan besar dalam mendidik anak untuk berdisiplin

Bila anak susah dikawal, memang menguji kesabaran, apatah lagi bila badan dah penat seharian bekerja di pejabat. Apa lagi, anda pun start membebel dan memarahi anak hingga menyebabkan suasana dalam rumah menjadi tegang. Anak-anak tidak bertegur sapa dan bermasam muka dengan anda.

1. Suka membebel

Tahukah anda, berleter adalah antara 5 kesilapan dalam mendidik anak?

Bagi ibu bapa, berleter adalah satu cara untuk melepaskan perasaan marah dan mengawal anak. Sebaiknya, tenangkan diri sebelum mula berleter kerana apabila anda tenang, anak pun akan tenang malah mudah dipujuk.

Biasanya, selepas membebel dan berleter, tangan akan singgah juga ke badan anak. Cukup-cukuplah, ada caranya untuk mendidik anak tanpa memukul, menjerit dan memekik.

Dan 4 lagi kesilapan yang perlu dielakkan adalah:

2. Suka membanding-bandingkan dengan adik-beradik

Sungguhpun lahir dalam rahim yang sama, namun semua anak-anak lain perangainya. 10 anak, 10 ragamnya. Ada yang mendengar kata, ada yang nakal dan ada yang kurang menonjol. Jangan jadikan kekurangan mereka sebagai isu untuk anda membandingkan antara satu sama lain apabila anda memarahi mereka.

3. Gunakan kekerasan fizikal untuk mengajar anak

Elak guna kekerasan dalam mendidik anak. Apabila ibu bapa gunakan kekerasan, mereka akan jadi pemarah dan kuat memberontak kerana menganggap ibu bapa sudah tidak sayangkan mereka lagi.

Lebih baik, berkomunikasi dengan lembut agar mereka tahu anda sebenarnya menyayangi mereka.

4. Jangan panjangkan kesalahan mereka

Bila anak membuat kesalahan, maafkan mereka dan lupakan apa yang terjadi. Jangan suka ungkit mengungkit di hadapan mereka kerana jiwa mereka sensitif dan mudah terluka. Jika dibiarkan boleh membawa kepada depresi.

5. Jangan terlalu mengharap

Bila anak jiran merai kejayaan atas kecemerlangan, anda pun mengharap anak anda cemerlang. Beri mereka ruang untuk menyerlah. Mungkin bukan sekarang, mana tahu dalam masa 5 tahun anak anda dapat memberi apa yang anda idamkan.

Apa pun,

Kesilapan besar dalam mendidik anak
Foto Kredit: mamanpourlavie.com

Ingatlah anak adalah anugerah terindah untuk anda. Jadi, ibu bapa perlu menunjukkan sikap positif pada anak-anak kerana mereka akan mengikuti perlakuan anda sepanjang pembesaran mereka.

Elak wujudkan ruang yang boleh memisahkan anda dan anak. Sebelum anda lakukan kesalahan di atas, letakkan tempat anda dalam situasi mereka. Antara jalan yang terbaik, ikutlah kaedah mendidik anak cara Islam dan cuba didik anak solat dahulu!

Sumber: parentingnation.in

Leave a Comment